Ikan Cuci Cermin Penawar Mujarab Penyakit Ekzema
Ikan Cuci Cermin Penawar Mujarab Penyakit Ekzema (Petua Tradisional). Ikan cuci cermin atau dipanggil juga sebagai ikan bandaraya dikatakan boleh mengubati penyakit ekzema atau atopic dermatitis iaitu keadaan rada pada kulit dengan gatal, bengkak dan rumah merah seolah kulit melecur serta berair yang menyebabkan kegatalan.
Penyakit ekzema biasa akan berlaku kepada bayi atau kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia boleh berlaku sama ada di pergelangan tangan, muka, pertengahan sikut atau pun lutut. Apabila ia terjadi kulit yang terkena penyakit ini akan kelihatan berkerak dan gatal.
Antara penawar eczema yang mujarab adalah ikan cuci cermin ini yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Md Rosdi Hassan yang berkongsi bagaimana ikan bandaraya ini boleh menjadi ubat yang berkesan jika sesiapa saja yang diserang penyakit kulit ini.
Ikan Cuci Cermin Penawar Penyakit Ekzema
Jangan pandang hina pada ikan cuci cermin.
Semalam tayar motosikal tua saya pancit jadi saya menolak motosikal saya. Ketika saya lalu di kawasan sebuah sungai saya lihat beberapa orang sedang menjala ikan di situ.
Boleh dikatakan banyak ikan yang mereka dapat di sungai itu, ikan yang mereka dapat ialah seperti ikan lampam, talapia serta haruan. Ikan cermin yang masuk dalam jala, mereka buang begitu.
Saya tanya, “kenapa buang ikan ini bang?”
Saya pun mengambil semua ikan yang mereka buang itulah dan ikan itu akan saya gunakan untuk membantu kepada seorang budak yang bermasalah dengan penyakit kulit eczema.
Tahukah anda ikan cuci cermin boleh merawat penyakit ekzema?
Caranya sungguh mudah carikan ikan cuci cermin dalam enam atau tujuh ekor kemudian bersiang kulitnya yang kasar itu dan ambil isinya untuk dijadikan sup dan makan sup serta isi ikan tersebut.
Jangan anda terkejut bila memakan isi ikan ini nanti kerana rasanya cukup sedap dan tak perlu dirisaukan kerana ia halal untuk dimakan.
Kalaulah dan bermacam ubat anda gunakan untuk merawat penyakit eczema tak juga sembuh, cuba anda menggunakan cara ini pula, mana lah tahu kalau ia serasi dengan anda. – Md Rosdi Hassan.
The post Ikan Cuci Cermin Penawar Mujarab Penyakit Ekzema (Petua Tradisional) appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/ikan-cuci-cermin-penawar-mujarab-penyakit-ekzema-petua-tradisional/