Sanusi Terbukti Main Isu 3r Pengundi Kedah Wajib Rasa Malu




 

 Shahbudin HusinJuly 13, 2023 Sanusi oh Sanusi… apa nak jadi dengan hang ni?
Selama ini ramai yang menganggap Menteri Besar Kedah, Sanusi Mohd Nor sebagai pemimpin yang berani, hebat dan begitu menghiburkan ketika berceramah.
Ketika berceramah, ada saja lawak jenaka dan mereka yang ditibainya pun banyak dalam bentuk lawak jenaka juga.
Tetapi, sesiapa yang mendengar ceramah beliau baru-baru ini yang memperlekeh Sultan Selangor dalam isu pelantikan Amirudin Shari sebagai Menteri Besar pada 2018 lalu, rata-ratanya kini mula mengubah fikiran mereka.
Ucapan beliau yang memperlekeh Sultan Selangor itu adalah suatu kebiadapan yang melampau, apa lagi tindakannya membandingkan dengan Sultan Kedah yang didakwanya lebih hebat yang tidak mungkin melantik pemimpin “cokia” seperti Amirudin sebagai Menteri Besar.
Apa hak Sanusi mempertikaikan Sultan Selangor, sedangkan kuasa melantik Menteri Besar adalah hak mutlak dan kebijaksanaan baginda selaku negeri?
Selain itu, dengan menyifatkan Amirudin sebagai pemimpin tak cukup inci atau pendek, Sanusi juga secara nyata melakukan penghinaan atas sesuatu ciptaan Tuhan.
Walaupun menarik balik kata-kata tak cukup inci itu, perbuatan Sanusi tetap tidak boleh diterima kerana beliau adalah pemimpin negeri dan tidak seharusnya begitu celupar menghina bentuk tubuh seseorang bila bercakap di depan khalayak yang terbuka.
Sedarkah beliau, kalau mahu dikira tak cukup inci, siapa lebih tinggi antara Amirudin dengan Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden Pas sendiri?
Kenapa juga Sanusi hanya menarik balik kata-kata tak cukup inci yang ditujukan kepada Amirudin saja, tetapi tidak menarik balik perlekehannya terhadap Sultan Selangor?
Dalam ceramah beliau itu, sekurang-kurangnya ada tiga kesalahan telah dilakukan oleh Sanusi.
Pertama, beliau secara terang-terang telah menyentuh isu berkaitan 3R (Raja, Kaum dan Agama) secara tidak bertanggungjawab, biadap dan melampau.
Kedua, menghina fizikal individu lain secara terbuka dan sengaja.
Ketiga, menghina sesuatu ciptaan Tuhan kerana sama ada pendek, tinggi, hitam, putih atau apa juga rupa bentuk seseorang itu, ia adalah ketentuan serta rahsia tentang kebesaran-Nya yang kita sebagai manusia adalah berdosa menghinanya.
Dengan tiga kesalahan tersebut, pihak berkuasa wajar mengambil tindakan sewajarnya terhadap Sanusi.
Kalau orang biasa didapati menghina Sultan atau Raja, mereka pasti akan didakwa di mahkamah dan dalam kes Sanusi ini, pihak berkuasa wajar lebih pantas lagi untuk bertindak.
Ini kerana sebagai pemimpin, perlekehannya terhadap Sultan lebih membawa kesan buruk berbanding rakyat biasa yang melakukannya.
Dan kebetulan PRN Kedah akan berlangsung pada 12 Ogos depan, berdasarkan perlakuan Sanusi yang memalukan itu, inilah masanya untuk pengundi Kedah menghukum beliau dan parti yang diwakilinya.
Kedah tidak memerlukan pemimpin seperti Sanusi yang langsung tiada adab dan budi bahasa kepada Tuhan, Raja serta sesama manusia.
Orang Kedah wajib berasa malu daripada terus berketuakan Sanusi memimpin negeri itu.
Dalam hal ini, jika Pas dan PN mahu mengelak daripada turut terbeban dengan apa yang Sanusi lakukan, langkah paling wajar ialah dengan tidak meletakkan beliau sebagai calon Menteri Besar Kedah lagi selepas ini.
Pas dan PN, demi nama baik Kedah dan nama mereka sendiri sebagai parti yang menjaja nama Islam, hendaklah berani menggugurkan Sanusi dan meletakkan pemimpin lain sebagai penggantinya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/sanusi-terbukti-main-isu-3r-pengundi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedah Makin Panas Pengundi Mahu Tukar Mb Sanusi

Kedah Makin Panas Pengundi Mahu Tukar Mb Sanusi

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 177 hits
Oleh Noraini Nordin ANALISIS Walaupun tarikh pengundian bagi PRN enam negeri hanya akan berlangsung kira kira sebulan lagi daripada sekarang riak riak gelombang panas yang mahukan perubahan di Kedah sudah mula dapat dikesan Kalih Kasi Sama ...
Pengundi Kini Wajib Tolak Sanusi Dan Parti Yang Diwakilinya

Pengundi Kini Wajib Tolak Sanusi Dan Parti Yang Diwakilinya

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 132 hits
Setelah berhari hari cuba mempertahankan keceluparan dan kebiadapannya terhadap Raja Raja Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor akhirnya bertemu buku dengan ruas apabila didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan di bawah Akta Hasutan Tuduhan pert...
Kalau Terbukti Guan Eng Pun Main Isu 3r Kerajaan Mesti Berani Ambil Tindakan

Kalau Terbukti Guan Eng Pun Main Isu 3r Kerajaan Mesti Berani Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 192 hits
Apabila kerajaan mengeluarkan arahan atau peringatan agar isu berkaitkan 3R tidak dimainkan terutama menjelang PRN akan datang ia sebenarnya bukan saja ditujukan kepada parti atau pemimpin blok pembangkang semata mata Secara umum dan mudah ...
Pengundi Kedah Harus Tolak Sanusi Biadap Melampau Wanita Keadilan

Pengundi Kedah Harus Tolak Sanusi Biadap Melampau Wanita Keadilan

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 170 hits
Pengundi Kedah harus membuktikan mereka tidak mahu ahli politik yang biadap dan melampau terus mentadbir negeri itu dalam Pilihan Raya Negeri pada Ogos ini Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat Noraini Nordin berkata pengundi Kedah waja...
Sanusi Minta Maaf Pengajaran Jangan Main Isu 3r Mb Amirudin

Sanusi Minta Maaf Pengajaran Jangan Main Isu 3r Mb Amirudin

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 121 hits
Kenyataan meminta maaf Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kepada Sultan Selangor berhubung ceramah beliau yang mempertikaikan kebijaksanaan sultan melantik MB Selangor merupakan pengajaran penting sebelum kempen Pilihan R...
Isu Sanusi Berdiam Diri Bukan Lagi Pilihan Buat Pas Kata Saifuddin

Isu Sanusi Berdiam Diri Bukan Lagi Pilihan Buat Pas Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 367 hits
B Nantha KumarBerdasarkan perkembangan terkini kata Saifuddin Nasution Ismail oran ramai boleh memahami bahawa isu dakwaan Muhammad Sanusi Md Nor terhadap Sultan Selangor adalah sangat serius Justeru kata Setiausaha Agung PKR itu parti PN k...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Training Refresher Sistem 24 10 2024 29 10 2024

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Sisters In Islam Denounce Cruel Public Caning At Mosque