Kedah Makin Panas Pengundi Mahu Tukar Mb Sanusi




 Oleh: Noraini Nordin



ANALISIS: Walaupun tarikh pengundian bagi PRN enam negeri hanya akan berlangsung kira-kira sebulan lagi daripada sekarang, riak-riak 'gelombang panas' yang mahukan perubahan di Kedah sudah mula dapat dikesan.





'Kalih Kasi Sama dengan Kerajaan Pusat', 'Malulah dengan MB Sanusi ni', 'kelaku tak reti nak jaga..'





Begitulah perbualan rambang yang penulis dengar dalam siri jelajah Kedah sejak beberapa hari lalu.





Dalam perbualan rambang dengan pelbagai lapisan pengundi daripada beberapa peringkat usia, tergambar jelas bahawa mereka tidak gembira negeri Kedah ditadbir Perikatan Nasional (PN).





Mereka mahukan perubahan agar kehidupan juga berubah.





Nur Nazatul Nuha Mohamad Nazar, 23 tahun, seorang pelajar UUM berkata perubahan kerajaan amat diperlukan di Kedah bagi memastikan rakyat memperolehi kehidupan yang lebih selesa dan berkualiti.






                                           Nur Nazuha





Katanya, rakyat Kedah perlu bekalan air bersih dan jalan-jalan kampung yang berturap sempurna.





Terutama di kawasan pedalaman, katanya, masih banyak terdapat jalan kampung yang tidak diperbaiki dan berlopak-lopak di sana sini hingga membahayakan nyawa pengguna.





"Dengan perubahan kerajaan, di mana Kerajaan Negeri selari dengan kerajaan pusat diharapkan semua masalah itu dapat diatasi," ujarnya yang pertama kali mengundi pada PRU15 November lalu.





Beliau yang berasal dari Sungai Petani akan mengundi di Sekolah Menengah Parit Panjang, DUN Kuala Ketil.





Seorang lagi penduduk, Ramli Jusoh, 73 tahun turut berharap ada perubahan dalam PRN akan datang ini.





Menurutnya, di Kedah ini apa yang diperlukan rakyat ialah pembangunan dan penyediaan kemudahan asas yang lebih baik.





"Diharap keadaan akan lebih baik bila berlaku pertukaran kerajaan," kata beliau yang merupakan pengundi DUN Bukit Pinang.





Asmah Ismail, 63 tahun dari Taman Pinang Jaya juga sependapat, perlunya perubahan di negeri jelapang padi itu.





Kata beliau, Kedah masih banyak kekurangannya berbanding negeri-negeri lain.





"Kita mahu perubahan demi kehidupan lebih baik bagi keluarga di masa hadapan nanti," jelasnya.





\




Zaharah Ismail





Manakala Zaharah Ismail, 45 tahun dari Bukit Selambau lebih berterus terang mengatakan perubahan kerajaan amat diperlukan kerana kepimpinan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang tidak boleh diterima sebagai Menteri Besar.





Ujar beliau, mereka malu ada Menteri Besar yang suka menghina orang secara terbuka serta tidak hormat kepada Raja.





"Perlakuannya amat tidak patut, dia bukan saja wajar mohon ampun kepada Sultan Selangor, tetapi juga kepada Menteri Besar Selangor yang dihinanya “cokia” itu," tegasnya.





Muhamad Saad, 49 tahun dari Bukit Pinang pula berasa malu dengan perlakuan Sanusi yang ditontonnya melalui video yang tersebar luas ketika ini.





"Tiada adab beliau berkelakuan begitu dan menghina orang lain sesuka hati," katanya.





Menurut Muhamad, sudah sampai masanya Kedah dipimpin oleh pemimpin yang lebih baik serta tinggi budi bahasa.





                                                                                Habsah Ahmad





Habsah Ahmad, 60 tahun yang merupakan Ketua Wanita UMNO Merbok dalam pada itu berkata, perangai Sanusi yang sejak dulu suka mempersenda dan mencari salah orang lain merosakkan imej negeri Kedah.





Sikapnya yang begitu, kata beliau, tidak melayakkannya untuk terus menerajui Kedah.





Sambil mengharapkan perubahan akan menjadi kenyataan pada 12 Ogos nanti, beliau lebih bersetuju jika Sanusi memohon maaf secara bersemuka kepada Sultan Selangor dan bukan sekadar mengutus surat saja kepada baginda.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/kedah-makin-panas-pengundi-mahu-tukar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sanusi Terbukti Main Isu 3r Pengundi Kedah Wajib Rasa Malu

Sanusi Terbukti Main Isu 3r Pengundi Kedah Wajib Rasa Malu

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 164 hits
July 13 2023 Sanusi oh Sanusi apa nak jadi dengan hang ni Selama ini ramai yang menganggap Menteri Besar Kedah Sanusi Mohd Nor sebagai pemimpin yang berani hebat dan begitu menghiburkan ketika berceramah Ketika berceramah ada saja lawak jen...
Pengundi Kedah Harus Tolak Sanusi Biadap Melampau Wanita Keadilan

Pengundi Kedah Harus Tolak Sanusi Biadap Melampau Wanita Keadilan

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 185 hits
Pengundi Kedah harus membuktikan mereka tidak mahu ahli politik yang biadap dan melampau terus mentadbir negeri itu dalam Pilihan Raya Negeri pada Ogos ini Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat Noraini Nordin berkata pengundi Kedah waja...
Sanusi Not In Kedah Has Departed For Kl To Attend Official Matters

Sanusi Not In Kedah Has Departed For Kl To Attend Official Matters

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 243 hits
Caretaker Kedah Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor is reportedly not in Kedah and has instead departed for Kuala Lumpur to attend official matters today NSTP SYAHARIM ABIDINALOR STAR Caretaker Kedah Menteri Besar Datuk Seri Muh...
Logik Sanusi Kedah Boleh Lebih Maju Dari Selangor Jika Ada Kl

Logik Sanusi Kedah Boleh Lebih Maju Dari Selangor Jika Ada Kl

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 252 hits
Shakira BuangMenteri Besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan keyakinannya Jelapang Padi Malaysia itu mampu menjadi negeri paling maju jika Kuala Lumpur berada berhampiran mereka Katanya dengan itu juga hujah bahawa Selangor ...
Hiburan Mb Kedah Sanusi Ditahan Polis Jam 3 Pagi Didakwa Pagi Ini Lima Trak Fru Standby Depan Mahkamah

Hiburan Mb Kedah Sanusi Ditahan Polis Jam 3 Pagi Didakwa Pagi Ini Lima Trak Fru Standby Depan Mahkamah

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 174 hits
Memetik Astro Awani Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan telah ditahan oleh polis sekitar pukul 3 pagi tadi di sebuah hotel bertempat di ibu negara bagi menghadapi pertuduhan mengikut Akta Hasutan di mahkamah pagi ini Sanusi difaham...
Polis Mengesahkan Menteri Besar Kedah Sanusi Ditahan Polis Awal Pagi Tadi

Polis Mengesahkan Menteri Besar Kedah Sanusi Ditahan Polis Awal Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 252 hits
Muhaamad Hafis Nawawimhafis mediaprima com myKuala Lumpur Polis mengesahkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ditahan hari ini untuk menghadapi pertuduhan di mahkamah mengikut Akta Hasutan Ketua Polis Negara Tan Sri Raza...
Sanusi Ghaib Dari Kedah

Sanusi Ghaib Dari Kedah

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 152 hits
M Hifzuddin Ikhsan dan Zuliaty Zulkifflibhnews bh com myALOR SETAR Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan tidak berada di Kedah hari ini sebaliknya sudah berangkat ke Kuala Lumpur untuk urusan rasmi hari ini Sumber berka...
Pengundi Kini Wajib Tolak Sanusi Dan Parti Yang Diwakilinya

Pengundi Kini Wajib Tolak Sanusi Dan Parti Yang Diwakilinya

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 139 hits
Setelah berhari hari cuba mempertahankan keceluparan dan kebiadapannya terhadap Raja Raja Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor akhirnya bertemu buku dengan ruas apabila didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan di bawah Akta Hasutan Tuduhan pert...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization