Kalau Terbukti Guan Eng Pun Main Isu 3r Kerajaan Mesti Berani Ambil Tindakan


 


Apabila kerajaan mengeluarkan arahan atau peringatan agar isu berkaitkan 3R (Raja, Agama dan Kaum) tidak dimainkan, terutama menjelang PRN akan datang, ia sebenarnya bukan saja ditujukan kepada parti atau pemimpin blok pembangkang semata-mata.
Secara umum dan mudah difahami, arahan berkaitan larangan isu 3R itu adalah bersifat menyeluruh dan tidak memilih bulu.
Semua parti, pemimpin atau sesiapa saja tidak terkecuali daripadanya kewajipan mematuhinya.
Jika tidak, arahan atau peringatan seperti itu tidak bermakna sama sekali.
Namun demikian, terlebih penting lagi sebenarnya, parti dalam kerajaan perpaduan sendiri haruslah lebih dahulu mematuhi arahan tersebut.
Kiranya pihak pembangkang dianggap bersalah kerana melanggar arahan yang dikeluarkan kerajaan, pemimpin yang berada dalam kerajaan atau partinya sebahagian daripada kerajaan lebih bersalah lagi jika berbuat demikian.
Ini kerana, sebagai parti atau sebahagian daripada kerajaan, menunjukkan teladan dan mematuhi arahan yang dikeluarkan kerajaan sendiri adalah lambang intergriti serta kewibawaan.
Sebab itu, semua kita, tentu terkejut dengan laporan berhubung kenyataan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang memberi amaran kepada pengundi Pulau Pinang untuk menyekat “gelombang hijau” daripada bertapak di negeri itu, sambil mendakwa ia akan mengakibatkan tokong Buddha dimusnahkan dan orang bukan Islam berdepan pelbagai sekatan.
Portal Malaysia Now yang memetik laporan daripada Chine Press yang menyebut bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai berkata, jika “gelombang hijau tidak senang dengan tokong yang mereka lihat, mereka akan memusnahkannya”.
“Tetapi selagi Pulau Pinang masih kekal sama, rakyat masih boleh bersembahyang kepada dewa dan Buddha,” kata Lim ketika menghadiri sebuah acara keagamaan sempena Jelajah Raja Naga Putih Tian Fu Gong di Jelutong semalam.
Laporannya di sini – https://www.malaysianow.com/my/news/2023/07/08/guan-eng-dakwa-gelombang-hijau-bakal-musnahkan-tokong-nafi-hak-agama-di-pulau-pinang
Dalam hal ini, kita tentu terkejut dan hairan, jika benar, bagaimanakah kenyataan seperti yang dilaporkan itu boleh dikeluarkan oleh pemimpin DAP yang merupakan sebahagian daripada kerajaan?
Dan sebagai membuktikan keseriusan serta ketegasan mengota apa yang dikata, pihak berkuasa dalam hal ini hendaklah segera menyiasat Lim Guan Eng untuk mengetahui sama ada beliau benar-benar berucap sebagaimana dilaporkan media itu atau sebaliknya.
Kalau sahih, kerajaan mesti berani dan tidak takut mengambil sesuatu tindakan yang munasabah.
Ini sebagai pengajaran dan untuk menunjukkan betapa kerajaan benar-benar serius menjaga keharmonian dan perpaduan kaum serta agama di negara.
Penduduk pebagai kaum dan agama secara umumnya tiada masalah untuk hidup harmoni di negara ini, tetapi ia seringkali dirosakkan oleh lidah-lidah ahli politik yang terdesak untuk memperolehi undi.
Mereka inilah yang sering memecahbelahkan perpaduan dan menghasut rakyat menggunakan sentimen kaum dan agama semata-mata untuk memperolehi undi.
Maka itu, kerajaan tidak boleh bertolak ansur lagi tanpa mengira siapa.
Pembangkang, pemimpin kerajaan, bekas Perdana Menteri, negarawan, agamawan atau siapa saja, jika terbukti memainkan isu 3R, tindakan tegas hendaklah diambil tanpa pengecualian.
Jika kes berkaitan Lim Guan Eng ini boleh dijadikan duluan dalam menunjukkan ketegasan kerajaan, maka jika ada kes-kes 3R yang lain berlaku lagi selepas ini, tidak kira siapa yang memainkannya, lebih mudah lagi untuk kerajaan bertindak menanganinya. – ShahbudinHusin 08/07/2023.












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/kalau-terbukti-guan-eng-pun-main-isu-3r.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siasatan Polis Terhadap Guan Eng Bukti Kerajaan Tidak Bersikap Pilih Bulu

Siasatan Polis Terhadap Guan Eng Bukti Kerajaan Tidak Bersikap Pilih Bulu

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 169 hits
Berikutan adanya beberapa laporan polis terhadap Pengerusi DAP Lim Guan Eng atas kenyataannya yang mengaitkan gelombang hijau dengan perobohan tokong pihak polis telah memulakan siasatan terhadap beliau Kenyataan Guan Eng itu dianggap menye...
Sanusi Terbukti Main Isu 3r Pengundi Kedah Wajib Rasa Malu

Sanusi Terbukti Main Isu 3r Pengundi Kedah Wajib Rasa Malu

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 177 hits
July 13 2023 Sanusi oh Sanusi apa nak jadi dengan hang ni Selama ini ramai yang menganggap Menteri Besar Kedah Sanusi Mohd Nor sebagai pemimpin yang berani hebat dan begitu menghiburkan ketika berceramah Ketika berceramah ada saja lawak jen...
Sentuh Isu 3r Polis Siasat Guan Eng

Sentuh Isu 3r Polis Siasat Guan Eng

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 188 hits
satuberita myBy July 9 2023Lim Guan EngTIMBALAN Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk G S Suresh Kumar hari ini mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap Pengerusi DAP Lim Guan Eng Menurutnya siasatan tersebut berhubung ...
Guan Eng Govt Plans To Restore Iconic Ferry Service In Penang

Guan Eng Govt Plans To Restore Iconic Ferry Service In Penang

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 207 hits
The iconic car carrying ferries were retired on January 1 back in 2021 while the single remaining ferry that ply the Penang channel to carry motorcycles and bicycles stopped this year Picture by Sayuti ZainudinGEORGE TOWN July 3 DAP nationa...
Temples Will Be Destroyed So Stop The Mongols Guan Eng Warns Penangites Against Green Wave

Temples Will Be Destroyed So Stop The Mongols Guan Eng Warns Penangites Against Green Wave

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 258 hits
The DAP leader in a hard hitting speech paints Penang s fate as that of ancient China being devastated by the violent Mongols DAP chairman Lim Guan Eng has raised the spectre of the destruction of Buddhist temples as well as a ban on non Mu...
Harakahdaily Mohon Maaf Kepada Guan Eng Kerana Menyiarkan Berita Palsu

Harakahdaily Mohon Maaf Kepada Guan Eng Kerana Menyiarkan Berita Palsu

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 199 hits
Malaysiakini Lidah rasmi PAS Harakahdaily memohon maaf atas penerbitan artikel yang mendakwa bekas ahli DAP Mohamed Razali Abd Rahman yang baru baru menyertai parti itu merupakan bekas penasihat khas Lim Guan Eng Menurut Harakahdaily pihak ...
Pm Beri Amaran Terakhir Kepada Pelampau Main Isu 3r

Pm Beri Amaran Terakhir Kepada Pelampau Main Isu 3r

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 162 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran terakhir kepada puak pelampau yang sengaja memainkan serta menyentuh isu 3R iaitu agama raja dan kaum Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pi...
Alamak Kembar Lah

What Happens In Vegas Must See Motorcycles From The 2025 Aimexpo

The Leadership Versatility Index Unlocking The Power Of Adaptive Leadership

Antara Punca Masalah Kesihatan Makanan Yang Tidak Halalan Toiyibban

Cafe Aesthetic Warunk Koffie By Wood Steel

Yeay Dah Beli Tiket Flight Dah

Sawan Demam Punca Jenis Tanda Tanda Awal

The Fight For Syria


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


10 Individu Terkaya Di Malaysia

Atikah Suhaime Dipuji Rendah Diri Walaupun Kaya Beli Barang Bayi Online Je

The Commitment To Excellence What Makes Canadian Cigarettes A Premium Choice

10 Pelanggan Pasar Raya Disembur Minyak Cili

Ppim Selar Rayer Dakwa Obses Campuri Hal Ehwal Islam

Ministers Made 236 Overseas Trips In 2024 Cost Rm44m Parliament Told