Sambut Birthday Di Mios Kitchen Shah Alam



tidur lambat sikit lah harini. memandangkan petang tadi aku dijamu emak dengan hazelnut latte keluaran nescafe. manalah tahu, penangan air 3in1 mampu menahan aku dari ke-mengantuk-an. padahal waktu aku menaip entri ini, aku sudah berkira - kira mahu berbaring di atas katil dengan membaca kisah hiburan difacebook. 
kejap aku fikir. mungkin aku sudah lebih sejam di atas kerusi selepas membuka laptop tanpa menyentuhnya, sekadar menekan butang on dan dibiarkan begitu sahaja. aku sedang sibuk membelek video petang tadi di mios kitchen sewaktu menyambut hari lahir fateha, rakan sekerja. eh tiba tiba aku rasa entri ini janggal dan skema. seperti mahu menulis cerpen. hahaha. abaikanlah dan kita mulai lanjut membaca rentetan peristiwa tadi. 
Mios Kitchen Shah Alam
Semalam seharian bertanyakan google tempat menarik untuk makan selain di kfc yang terletaknya di sebelah bangunan ofis (tesco). lupa pula yang kita ada puan jannah dan puan norhaliza dimana mereka lebih arif tentang restoran mana yang best dan menarik untuk dijadikan pilihan. setelah membuat senarai dan undian dari 'ramai' pihak, mios kitchen telah menjadi pilihan. terletaknya cuma beberapa kilometer dari bangunan ofis. 
boleh dikatakan hanya sebelah ofis sahaja, bersebelahan dengan pusat zakat seksyen 13 shah alam. cuma kalau berjalan kaki, agak jauh seperti melakukan senaman ditengahari dengan terik matahari. aku dan puan norhaliza telah keluar dari ofis lima belas minit awal untuk membeli sebiji kek di tesco. sebiji kek yang dibeli di tesco dari kedai king's confectionery. pilihan kek dibuat oleh puan norhaliza; kek black forest. 


kami berdua tiba beberapa minit awal dari yang lain. meja kami telah ditempah awal oleh puan syuhada. setelah duduk dan menilik buku menu yang disediakan, aku dan puan norhaliza sepakat untuk meng 'order' dari pilihan menu yang sama. oh shit, aku lupa nama makanan yang dipilih. korang boleh usha harga disini > menu makanan di mios kitchen

semua ralit memilih makanan yang akan dimakan sebagai makan tengahari masing - masing. mula - mula aku memesan air jus guava. sekali terpaksa dibatalkan atas sebab jus guava tidak ada. hanya air bergas berperisa guava sahaja yang ada. aku terus menukar pilihan air iaitu ice lemon tea; air biasa yang dipesan di kedai mamak: teh o ais limau. 
sebelum mendahului catatan, nak berterima kasih kepada puan norhaliza kerana telah menyelesaikan urusan 'surprise' kek. hahaha. terima kasih kerana mengambil tanggungjawab yang ringan ini. 
sementara menunggu makanan sampai, kami berbual 'mesra'. seramai dua belas orang turut serta dalam acara makan tengahari bersama. 3 orang dari praktikal yang telah dipisahkan tempat duduk (lupa nama), puan syuhada, puan jannah, puan norhaliza, fateha, mieza, farina, nazurah, aiman, serta alif (praktikal juga). bos utama dan bos kedua tidak ada. sibuk dengan urusan yang lebih penting. 

Lagu Birthday Berkumandangwaktu sedang leka berbual, lagu happy birthday berkumandang selama beberapa saat. mungkin menjangkau seminit dua. tak sempat aku menyanyikan lagu, lagu sudah ditamatkan dan diganti dengan lagu default yang dipasang sebelumnya. halamak. hahhaha. 
fateha seperti biasa. walaupun namanya surprise, diwajahnya sentiasa tidak mempunyai perasaan apa - apa. atau mungkin dia rasa kaku dan tak percaya. kalau ikutkan, birthday fateha semalam; pada  tanggal tiga belas ogos. semalam hanya buat ucapan mulut. tidak ada surprise apa - apa yang dibuat. kesian fateha. 
memang sudah menjadi satu kelaziman menyambut hari kelahiran kecil - kecilan untuk staf di halal academy. tidak kisah lah bagaimana atau apa cara sekalipun cara meraikannya. tujuannya cuma satu; menghargai. 
sebelum kek sampai, air kami tiba mengikut giliran. air paling 'senang' dibancuh ialah air paling lambat sampai dimeja. hahaha. kesian warm water paling akhir. 
selamat panjang umur buat fateha, puan syuhada dan farina
selepas acara meniup lilin, (sebelum ini aku mahu menaip lelen tapi disedari awal dan cepat - cepat dipadamkan) makanan kami sampai. yang paling 'susah' disediakan ialah makanan yang paling awal sampai. hahaha. aku, puan syuhada dan puan jannah telah memilih kombo. apekelah  nama menunya. rujuk gambar dibawah hokayy. harganya dalam lingkungan rm50 lebih. 
makanan yang dipesan boleh dikongsi seramai 3/4 orang. kami kenyang. terdapat mashed potato, kentang goreng, salad dan beberapa kepingan ayam, daging dan kambing. aku menambah (add on) mashed potato bersama bebola daging. juga dikongsi bersama orang yang sama dan orang kiri kanan aku. boleh tahan kenyang kalau makan sorang.  

mashed potato bersama bebola daging
dibawah ialah makanan yang dipesan puan norhaliza. rasanya sama sahaja dengan menu pilihan kami bezanya cuma ia dimakan oleh seorang sahaja. dan ada tambahan jagung yang sedikit lemau,  katanya. 
makanan yang dipesan oleh puan norhaliza
Tempat Makan Best di Shah Alamrata - rata kami berpuas hati dengan makanan yang dipilih. servis cepat dan pantas, tak sampai 15 minit pun makanan sampai. makanan sedap, cuma mungkin ada masalah - masalah kecil yang tak dapat dielakkan. bak kata orang; tak ada apa yang sempurna. ha gituu. 
masing - masing berniat akan datang sekali lagi membawa keluarga masing - masing. begitu juga aku. next gaji mak! hahahha. untuk harga makanan/ minuman tak ada masalah. kerana tak mahal sangat dan tak tak juga murah. sedang - sedang ajaaaa. 
kedai bersih dan kemas. pelanggan didendangkan dengan lagu - lagu inggeris sambil berbual dan menikmati makanan. lagu tak terlalu kuat sehingga menjejaskan perbualan yang sedang berlangsung. staf mesra dan cepat bertindak. 
ada pelbagai pilihan masakan western, masakan korean, pecal lele (yang tak tahu nak letak kategori apa) dan macam - macam. korang boleh google untuk lebih info tentang restoran ni. sangat disarankan bagi mereka yang mahu mencuba selera western di restoran baru; belum pernah jejak. 
kami kekenyangan. ketika mahu pulang, hujan sedang renyai - renyai turun. 
terima kasih puan syuhada untuk makan tengahari yang mewah dan sambutan hari lahir buat fateha

buat fateha; rakan sekerja dan juga jiran sebelah. semoga panjang umur dengan kesihatan yang baik. dimurahkan rezeki dunia akhirat. juga bahagia dunia akhirat. semoga kerja lebih lama di halal academy dan mendapat banyak ilmu. terima kasih sebab selalu bantu dalam urusan kerja. :) muah ciked

** gambar adalah milik puan norhaliza sepenuhnya. aku meletakkan watermark kerana ia digunakan diblog aku. huhu

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kanvasdakwat.blogspot.com/2019/08/sambut-birthday-di-mios-kitchen-shah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pre Birthday Party Bbl Kat D Kayangan Grill Bbq Steamboat Shah Alam

Pre Birthday Party Bbl Kat D Kayangan Grill Bbq Steamboat Shah Alam

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 993 hits
Assalamulaikum guys Aduh surprise betul malam tadi bila dapat celebrate hari lahir awal seminggu Al kisahnya just hangout makan steamboat dengan member kat D Kayangan Grill Barbeque Steamboat seksyen 13 Shah Alam So memang mind set datang u...
Aff B 18 Shah Alam Antlers Terpaksa Lupakan Khidmat Ryan Selepas Mendapat Panggilan Vietnam

Aff B 18 Shah Alam Antlers Terpaksa Lupakan Khidmat Ryan Selepas Mendapat Panggilan Vietnam

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 408 hits
Pasukan Liga M4 negara Shah Alam Anters terpaksa melupakan khidmat pemain berusia 16 tahun yang berasal dari Thailand Ryan Nguyen Gilbert untuk aksi sulung di Klang Valley League membabitkan kelab yang berpengkalan di Shah Alam itu selepas ...
Baru Sambut Birthday Pelajar Malaysia Hilang Nyawa Jatuh Pangsapuri Gagal 5 Subjek Di Sydney

Baru Sambut Birthday Pelajar Malaysia Hilang Nyawa Jatuh Pangsapuri Gagal 5 Subjek Di Sydney

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 390 hits
Baru sambut birthday pelajar Malaysia hilang nyawa jatuh pangsapuri gagal 5 subjek di Sydney
Jangan Mudah Lupa Shah Alam Menjadi Saksi

Jangan Mudah Lupa Shah Alam Menjadi Saksi

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 329 hits
Sesiapa yg hadir di dewan di Shah Alam ketika itu pasti tidak akan lupa peristiwa bersejarah ini Ini yg PH janjikan sekiranya PH membentuk kerajaan iaitu 1 Tun M ditabalkan sebagai PM 2 Dr Wan Azizah dilantik sebagai TPM 3 Mendapatkan penga...
Celebrating 62nd Year Of Merdeka Celebration At Grand Blue Wave Hotel Shah Alam

Celebrating 62nd Year Of Merdeka Celebration At Grand Blue Wave Hotel Shah Alam

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 606 hits
AssalammualaikumIn conjunction with the 62nd Independence Day Celebration the Grand BlueWave Hotel Shah Alam will be promoting the Independent Food Promotion for the entire month of RM62 00 Free Hi Tea Promotion 1 KG RM62 00 Vibrant Rainbow...
Dill S Restaurant Shah Alam

Dill S Restaurant Shah Alam

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 343 hits
Dill s Restaurant Shah AlamApril yang lepas waktu berkelana di rumah abang kat subang saya berkesempatan buat sesi jalan jalan cari makan Antara tempat yang saya terjah adalah Dill s Restaurant di Shah Alam Apa yang menariknya di restoren d...
Perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam Murah Oleh Sf Car Rental Agency

Perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam Murah Oleh Sf Car Rental Agency

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 851 hits
Assalamualaikum Hi semua Haaaa Lyssa tahu kenapa korang tiba tiba tekan link untuk masuk ke blog Lyssa ni D Ni mesti sebab korang tengah mencari cari kereta sewa area Shah Alam kan Yeah entri blog kali ni memang sesuai dan tepat sangat untu...
Kvl M4 Aze Fc Rompak Shah Alam United Untuk Menang 2 1

Kvl M4 Aze Fc Rompak Shah Alam United Untuk Menang 2 1

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 206 hits
Bola sepak sememangnya kejam apabila gol minit minit akhir memberikan AZE FC kemenangan 2 1 ke atas Shah Alam United yang jauh lebih dominan sepanjang perlawanan Sekitar minit ke 13 AZE FC mendapat gol pendahuluan menerusi elemen nasib Syim...
D Warees Menghidangkan 5 Jenis Kari Kepala Ikan Terbaik Batu 3 Shah Alam

D Warees Menghidangkan 5 Jenis Kari Kepala Ikan Terbaik Batu 3 Shah Alam

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 934 hits
Hi korang Entry kali ni khas untuk mereka si penggemar kari kepala ikan yang terletak di Batu 3 Shah Alam Boleh dikatakan sebut je kari kepala ikan dia lah orang pertama yang gelojoh nak try Kali ni korang pasti akan terluir bila tengok hid...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025