Pre Birthday Party Bbl Kat D Kayangan Grill Bbq Steamboat Shah Alam
Assalamulaikum guys,
Aduh surprise betul malam tadi bila dapat celebrate hari lahir awal seminggu. Al kisahnya just hangout makan steamboat dengan member kat D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat seksyen 13, Shah Alam. So memang mind set datang untuk makan je. Perut pulak tengah lapar dari tengahari tak makan berat.
Tengah syok duk bakar ayam berempah ni..tetiba black out ingat terputus elektrik. Rupanya ada kejutan August baby. Satu kedai menyanyi lagu 'selamat hari jadi' na na macam ombak gituh. Saja buat dek birthday siapa la hari ini.. last-last si king Xul pergi bocorkan rahsia birthday BBL bulan Ogos. Aduh celebrate jelah awal walaupun tak sampai seminggu lagi pun. Hahahaha tak nak jadi tua!
Pakej Hari Jadi Harga Bombastik Alang-alang seat kosong kami duduk ni memang khas untuk celebrate hari jadi tema disco gituh. Oh D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat ada provide services sambutan hari lahir berdisco. Siap ada lampu persis disco malah kek hari lahir diberi percuma. Sesuai la buat birthday party kat sini. Harga pakej semurah RM29.90 seorang je
Apa yang best kat Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan ni semua pilihan bahan mentah segar-segar belaka. Macam-macam ada seperti udang besar, kari ayam, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi. Fuyooh, rambang mata nak pilih. Yang pasti kena cuba semua baru tahu..
Bermacam jenis bahan-bahan nak masak!Harga murah dan siapa yang suka steamboat & grill ala 'All You Can Eat' semua tu kat sini makan lah sepuasnya. Sambil tu boleh la praktise masak steamboat..alah apa susah letak je apa korang nak makan dalam sup. Hahaha.. Apa yang menjadikan restoran ini lain dari yang lain
😋 12 jenis seafood segar disediakan setiap hari
😋 24 jenis perapan daripada ayam, ikan, daging & kambing
😋 15 jenis pilihan jenis sos seperti bbq, pedas, air asam, masam manis
😋 2 pilihan sup seperti tom yam dan sup ayam
😋 Pelbagai pilihan Yong Tau Fu yang boleh di pilih
😋 Menu 'rare' seperti ABC, aiskrim dan kek turut disediakan. Yummy!
😋 Char Kuey Teow Basah Termasyur& mee goreng di masak 'live'
Tak sangka memang ramai customer datang makan steamboat kat sini eh. Dari BBL sampai lebih kurang pukul 6.30 petang tu..sampailah pukul 9 lebih pun ramai lagi orang beratur nak makan. Tempat sedap & murah memang jadi favourite la kan.
Sementara tunggu ayam & daging siap masak, boleh alas perut dengan menu seperti spaghetti, nasi goreng, mee goreng, rojak buah atau buah-buahan. Aiskrim & air batu campur pun ada. Buat sendiri nak letak apa dalam ABC korang.. yummy.
Kemudahan tersedia
Jangan risau kalu nak buat majlis di D'Kayangan Steamboat, BBQ & Grill kerana kemudahan untuk sebarang acara. Memang sesuai sangat untuk aktiviti seperti makan besar bersama keluarga, sambutan birthday serta jamuan korporat. Malah boleh muat hingga 600 pax tetamu dalam satu masa. Fuh meriah kalu gathering berjemaah ni.➡️ Meja VIP & hadiah
➡️ Muzik
➡️ Parking banyak & percuma
➡️ Kemudahan surau lelaki & perempuan
➡️ Wifi power
➡️ Ruang makan indoor dan outdoor
Harga Buffet Steamboat, BBQ & Grill Dewasa RM 29.90 net
Kanak-kanak RM 12.50 net
*bawah 4 tahun makan PERCUMAApa tunggu lagi, orang-orang sekitar Shah Alam, Klang, Subang Jaya, Kelana Jaya, Puchong atau kebetulan tengah mencari tempat makan murah & sedap, harus lah cuba singgah dan rasai pengalaman menikmati steamboat & grill bersama D'Kayangan Shah Alam.
D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat Belakang Acappella Servis Apartment (dekat Gaint & stadium Shah Alam)Masa Operasi : Isnin - Jumaat [5 petang hingga 11.30 malam]
Sabtu, Ahad & Cuti umum [3 petang hingga 11.45 malam]
No telefon : 012 297 1091 | 017 627 4015Facebook : www.facebook.com/dkayangansteamboatInstagram : www.instagram.com/dkayangansteamboat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://budakbandunglaici.blogspot.com/2019/08/pre-birthday-party-bbl-kat-dkayangan.html