Salah Sikit Je Terus Merajuk Cara Anak Luahkan Perasaan Mak Ayah Jangan Buat Tak Layan


Anak sensitif dan terlampau kuat merajuk kadangkala memeningkan kepala ibu dan ayah. Namun inilah cara anak kecil kita meluahkan perasaannya dan menunjukkan emosi yang ada dalam hatinya. Jika bayi berekspresi melalui tangisan, kanak-kanak diusia dua tahun tahun ke atas menunjukkan rasa hatinya dengan merajuk.
Jangan buat tidak layan, mak ayah bantulah untuk pujuk dengan cara paling terbaik. Menurut Puan Aisyah Kassim, yang merupakan Patologis Pertuturan-Bahasa, anak-anak yang sedang membesar sememangnya banyak karenahnya, terutamanya bagi yang masih kecil dan cuba mempelajari untuk memahami dunia dan sekeliling mereka.

Usia 1 hingga 2 tahun merupakan usia di mana kanak-kanak belajar melalui penerokaan benda, perkara-perkara yang terjadi dan orang-orang di sekeliling mereka.
Menurut teori perkembangan kognitif (kemahiran berfikir) Piaget, kanak-kanak berusia 0-2 tahun berada dalam tahap perkembangan sensorimotor iaitu mereka belajar dengan cara melihat, mendengar, merasa, menggenggam dan mengisap.
Dan spesifik bagi kanak-kanak 1-2 tahun, mereka mula meneroka dan belajar melalui kaitan sebab dan akibat. Di mana mereka akan cuba memanipulasi sebab untuk melihat akibat perbuatan mereka itu. Sebagai contoh, kanak-kanak akan menangis untuk mendapatkan apa yang mereka ingini.
Menangis —> Dapat mainan
(Sebab) (Akibat)

Mengikut Dr. Robert Marvin, Pakar Psikiatri kanak-kanak, kanak-kanak 2 tahun sudah boleh merasai pengalaman emosi yang menyeluruh. Jadi pada usia ini, mereka baru mula untuk belajar memahami dan mengawal emosi-emosi tersebut. Ini menyebabkan kita dapat melihat emosi kanak-kanak ini sentiasa berubah dengan cepat.
Jadi, tak hairanlah jika pada usia 1-2 tahun ini kanak-kanak akan mencuba pelbagai cara untuk memanipulasi keadaan dan orang-orang sekeliling mereka termasuklah merajuk.
Pada usia ini, kanak-kanak merajuk ditunjukkan dengan kelakuan-kelakuan seperti menangis, merengek, menjerit atau memukul.
Beli Amar Amran Kurta Al Fallah Di Sini
Amar Amran Kurta Al-Fattah  

FAKTOR DAN KESAN RAJUK
Kanak-kanak 1 hingga 2 tahun mempunyai kosa kata yang sedikit. Ini menyebabkan mereka sukar untuk menyampaikan kehendak dan emosi mereka secara verbal. Jadi cara terbaik adalah dengan merajuk. Tambahan pula, ibubapa sukar untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh kanak-kanak yang mungkin akan memburukkan lagi rajukan mereka.
Sekiranya ibubapa kurang memainkan peranan ketika ini, kanak-kanak akan mengalami kesukaran untuk mengekspresikan emosi mereka dengan betul. Kelakuan tersebut akan berterusan dan semakin lama ianya makin sukar untuk ditangani.
Ini boleh menyebabkan tekanan pada kanak-kanak dan ibubapa itu sendiri. Tekanan yang terhasil akan menyebabkan pembelajaran kanak-kanak juga akan terganggu kerana kesukaran ibubapa untuk memberikan input yang tepat pada mereka.

Selain itu, kanak-kanak usia ini juga mempunyai daya berfikir yang terhad. Mereka merasakan bahawa mereka tidak mempunyai alternatif lain jika mereka tidak dapat apa yang mereka ingini pada masa tersebut. Sebagai contoh, kanak-kanak ingin bermain dengan pisau dan ibu menyebut “jangan”.
Pada masa itu mereka akan merasakan bahawa tiada lagi perkara yang menarik untuk mereka lakukan dan akan bermulalah episod tangisan atau jeritan mereka. Untuk situasi ini, ibubapa perlu bijak menangani situasi. Ingat, pada usia ini kanak-kanak mempunyai tumpuan yang pendek dan minat mereka boleh berubah dengan cepat.
Jadi ibubapa boleh menggunakan cara mengalihkan perhatian mereka pada sesuatu yang lain. Dengan cara ini juga, kanak-kanak akan belajar bahawa terdapatnya alternatif lain untuk mereka lakukan dan ianya juga menyeronokkan. Dan sudah semestinya, mereka juga boleh belajar untuk mengawal emosi.

Ada kalanya, kanak-kanak merajuk disebabkan oleh keinginan mereka untuk mendapatkan perhatian dari orang dewasa. Kanak-kanak pada usia ini sukar untuk membezakan perhatian yang baik atau pun tidak. Bagi mereka, semua perhatian dari orang dewasa adalah baik. Jadi, jika kelakuan merajuk mereka mengundang kemarahan anda, mereka tidak kisah kerana yang penting bagi mereka adalah perhatian yang diberikan.
Jadi ketika ini, adalah sangat penting bagi ibubapa membezakan rajuk mereka agar anda tidak memberikan perhatian kepada sikap yang negatif dan menyebabkan sikap itu berterusan sehingga mereka meningkat usia.
Sebagai contoh, kanak-kanak memukul adik dan dengan cara itu ibubapa akan memberi perhatian padanya dengan memarahi atau menegur mereka. Dari sini mereka akan belajar bahawa kelakuan tersebut boleh menarik perhatian ibubapa, jadi mereka akan meneruskan kelakuan tersebut walaupun dimarahi berkali-kali. Begitu juga dengan sikap tantrum dan sebagainya.

Kanak-kanak 1-2 tahun memang masih kecil dan comel, tapi jangan terpedaya kerana mereka juga boleh menjadi sangat manipulatif. Mereka akan cuba memanipulasi keadaan untuk mendapatkan keinginan mereka. Ada kalanya kita lihat kanak-kanak berguling dan menangis apabila mereka tidak diberikan apa kemahuan mereka.
Seperti yang disebut oleh Piaget, kanak-kanak belajar dengan sebab-akibat. Jadi sekiranya mereka boleh mendapatkan apa yang mereka mahu dengan bergolek, kelakuan tersebut akan diteruskan untuk perkara-perkara lain juga. Sekiranya ianya tidak berjaya, mereka mungkin akan mencuba cara lain pula.

Jadi ibubapa perlu berhati-hati apabila memberi respon pada rajuk anak kerana mereka sangat bagus untuk mengaplikasikan tingkahlaku rajuk dalam semua perkara. Ada yang sehingga usia 5 tahun atau 6 tahun masih lagi melakukan perkara yang sama. Ini mengganggu proses pembelajaran mereka terutamanya apabila pada mereka memasuki usia persekolahan. Dan jangan terkejut jika sikap tersebut terbawa-bawa sehingga mereka remaja.
Cara tangani anak kuat merajuk
Bantu anak kenal pasti emosi anak. Ajar anak melabel emosi tersebut misalnya “adik marah ke” atau adik sedih ya” dan sebagainya mengikut situasi yang sesuai. Cara ini buat anak cepat nyatakan perasaan mereka dan tidak lagi merajuk. Apabila usia anak menghampiri 3 tahun, mereka sudah mulai faham perkataan tersebut dan mereka akan meluahkannya melalui perkataan yang mana ianya lebih sesuai. Jangan sekadar melabel sikap yang negatif sahaja, sebutkan juga sikap positif yang dilakukan oleh kanak-kanak. Menarik: Panik Bukaan Dah 9 Sentimeter, Ryzal Syukur Dapat Tengok Anak Lahir, Sediakan Sup Seaweed Untuk Maryam!

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
 
The post Salah Sikit Je Terus Merajuk, Cara Anak Luahkan Perasaan, Mak Ayah Jangan Buat Tak Layan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/salah-sikit-je-terus-merajuk-cara-anak-luahkan-perasaan-mak-ayah-jangan-buat-tak-layan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Sakit Tekak Mak Ayah Boleh Redakan Ikut Cara Semulajadi Ni Simple Tapi Berkesan

Anak Sakit Tekak Mak Ayah Boleh Redakan Ikut Cara Semulajadi Ni Simple Tapi Berkesan

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 256 hits
Bila anak demam selain hidung yang selesema dan berhingus anak akan turut mengalami sakit tekak Bagi memulihkan masalah anak sakit tekak ini sebenarnya tidak perlukan ubat Salah satu cara yang boleh meredakan masalah sakit tekak ini adalah ...
Cucuk Vaksin Anak 5 11 Tahun Mak Ayah Tak Perlu Bimbang Ini Penjelasan Pakar

Cucuk Vaksin Anak 5 11 Tahun Mak Ayah Tak Perlu Bimbang Ini Penjelasan Pakar

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 264 hits
Pemberian vaksin yang kini bakal diberikan kepada kanak kanak di bawah usia 11 tahun sedikit merisaukan ibu bapa Bila melibatkan anak anak kecil ada ibu bapa yang mula merasakan kegusaran hati mereka Namun artikel yang dikongsikan oleh Astr...
Anak Mula Menipu Sebab Takut Kena Marah Tangani Cara Cool Bukan Terus Menghukum

Anak Mula Menipu Sebab Takut Kena Marah Tangani Cara Cool Bukan Terus Menghukum

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 205 hits
Bukan hanya anak kita sendiri ada kalanya terpaksa menipu anak demi kebaikan anak Siapa yang tidak pernah berbuat salah Bila anak mengakui silapnya terima dan tanganilah cara paling berkhemah Bukan terus menghukum Inilah penyebab anak semak...
Senyum Tak Henti Henti Anak Pakaikan Mak Ayah Baju Pengantin Di Hari Ulang Tahun Perkahwinan Ke 53

Senyum Tak Henti Henti Anak Pakaikan Mak Ayah Baju Pengantin Di Hari Ulang Tahun Perkahwinan Ke 53

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 542 hits
Setiap anak wajib memuliakan ibu bapa mereka kerana Allah SWT meletakkan darjat kedua dua ibu bapa sangat istimewa dalam kehidupan seorang anak Walaupun kita sibuk dengan kerjaya atau pelajaran jauhkan diri daripada sikap kacang lupakan kul...
Jangan Sedih Kalau Anak Perempuan Cuma Nak Ayah Dia Ibu Kena Bertenang Fahami Situasi

Jangan Sedih Kalau Anak Perempuan Cuma Nak Ayah Dia Ibu Kena Bertenang Fahami Situasi

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 293 hits
Sayang jom ibu dukung ujar Lia kepada anaknya Zara Tak nak Zara nak ayah yang dukung jawab si anak Aduh sedihnya hati ibu bila menerima jawapan sebegitu Bagaikan tamparan padu hinggap ke wajah Fahami situasi Mesti terkedu dan kecewa jika be...
Tak Senang Duduk Ayah Keluar Tak Perlu Berahsia Dengan Anak Cara Irine Nadia Didik Anak Perempuan

Tak Senang Duduk Ayah Keluar Tak Perlu Berahsia Dengan Anak Cara Irine Nadia Didik Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 247 hits
Bila anak semakin meningkat remaja lain pula kisahnya Lebih banyak soal hati yang perlu dikongsikan Bagi personaliti media sosial Irine Nadia dia tidak lokek berkongsi apa sahaja dengan anak sulungnya yang kini sudah pun berusia sembilan ta...
Sebagai Ayah Penat Marah Macam Mana Sekalipun Jangan Sesekali Mencarut Mengutuk Orang Depan Anak

Sebagai Ayah Penat Marah Macam Mana Sekalipun Jangan Sesekali Mencarut Mengutuk Orang Depan Anak

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 218 hits
Seorang ayah yang penyayang dan baik akan memberikan impak yang besar buat anak anak Anak akan membesar dengan mencontohi ayahnya Sebagai ayah kita kena berhati hati bila di depan anak Walau mana penat dan stress pun jangan sesekali Menengk...
Emosi Anak Anak Terkesan Dengan Kata Kata Mak Ayah Tukarlah Bahasa Positif Anak Jadi Bertambah Baik

Emosi Anak Anak Terkesan Dengan Kata Kata Mak Ayah Tukarlah Bahasa Positif Anak Jadi Bertambah Baik

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 197 hits
Mendidik anak di zaman sekarang ini sememangnya memerlukan kesabaran yang cukup tinggi Anak anak perlu diberikan lebih perhatian dalam mendidik mereka Ada waktunya perkataan dan ayat yang kita gunakan tanpa sedar menyakiti hati anak kita Se...
Anak Sulung Umpama Pa Mak Ayah Minta Tolong Apa Semua Boleh Selalu Jadi Contoh Adik Adik

Anak Sulung Umpama Pa Mak Ayah Minta Tolong Apa Semua Boleh Selalu Jadi Contoh Adik Adik

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 236 hits
Anak sulung ni biasanya jadi anak untuk kita jadikan harapan terutamanya jika ada adik adik Biasanya kita tak menang tangan nak uruskan semua jadi dia lah yang banyak membantu kita Kadang kadang tak perlu disuruh pun dia sendiri tahu tanggu...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord