Anak Mula Menipu Sebab Takut Kena Marah Tangani Cara Cool Bukan Terus Menghukum


Bukan hanya anak, kita sendiri ada kalanya terpaksa menipu anak demi kebaikan anak. Siapa yang tidak pernah berbuat salah. Bila anak mengakui silapnya, terima dan tanganilah cara paling berkhemah. Bukan terus menghukum. Inilah penyebab anak semakin mahu menipu.
Ada anak-anak yang mula pandai menipu kerana rasa takut dimarahi, berlaku jujurlah dengan anak sentiasa. Biar dia tahu kita jujur, jauh sekali memberi contoh yang tidak baik pada anak kita. Perkongsian Pn Wawa Shauqi ini boleh jadikan panduan untuk kita.

Selama ni saya ingat kanak-kanak tak pandai menipu. Ya. Mereka ni jujur. Hati bersih. Tapi kita jangan mudah tertipu.
Ada antara mereka yang hebat berlakon seolah-olah benda yang mereka cakap tu betul-betul berlaku.
3 sebab anak menipu :
1) UNTUK DIRI DILIHAT HEBAT
Anak yang kurang self esteem mereka-reka cerita supaya mereka dilihat hebat di mata orang lain. Bila menipu begitu, barulah mereka dapat perhatian yang mereka perlukan.

2) TAKUT KENA MARAH
Fakta mengejutkan! Ramai yang sangka fungsi otak yang terbesar adalah untuk berfikir. Rupanya tak. Otak lebih banyak bekerja untuk SURVIVAL.
Dan menipu adalah salah satu bentuk survival. Anak menipu untuk elak diri dari dihukum, dimarahi dan dipaksa buat perkara yang mereka tak suka. Lagi mudah kita marah bila anak buat silap, lagi kreatif mereka belajar menipu.
3) BERCAKAP SEBELUM BERFIKIR
Boleh jadi mereka tak niat pun nak menipu. Tapi, sebab mulut ‘bekerja’ lebih laju dari otak, benda tak betul pun boleh terlepas dari mulut.
Sebab tu kita kena hati-hati menapis cerita yang diterima dari anak. Selagi kita tak nampak depan mata, kita beri respon sekadarnya sahaja. Lagi over react kita respon, lagi galak mereka menipu.
Dan elakkan dari memarahi mereka. Sebaliknya cari masa yang sesuai untuk sit down dan brief kat anak tentang keburukan menipu. Bawa mereka ke taman atau tawan hati mereka sebelum kita mula korek cerita.

Contoh dialog yang boleh kita guna :
“Hari ni mama nak cerita tentang TIPU. Abang tau tak tipu tu apa? Tipu tu bila kita cakap sesuatu yang tak betul. Mama pun pernah menipu. Lepas tu, mama rasa tak tenang je hati.
Rupanya tau sebab apa? Sebab, Allah tau kita tipu. Dan Allah marah. Kalau kita nak jadi anak soleh dan solehah, kita tak boleh menipu. Siapa yang tak bertaubat, nanti kat akhirat Allah hukum orang yang menipu. Dan masuk dalam neraka. Jadi, mama nak minta maaf kat anak-anak mama kalau mama pernah tipu korang.”

Kalau kita nak selidik sesuatu dari anak, boleh tanyakan mereka,
“Boleh mama tau tak, anak mama pernah tipu mama tak? Mama faham, kadang-kadang kita menipu sebab takut kena marah. Tapi hari ni mama decide taknak marah. Malah mama tabik kalau anak mama boleh mengaku.”
Dan yang paling penting, kita mak ayah ni tunjuk teladan yang baik. Kalau tak betul, mengaku aje. Jangan pusing ke laut sebab takut kantoi.
Biasakan meminta maaf. Tak jatuh martabat kita sebagai mak ayah bila kita meminta maaf. Sebaliknya, ia buat anak lebih hormat kat kita. Malah mengajar anak, tak mengapa buat silap. Asalkan mengaku kemudian usaha betulkan kesilapan.
Menarik: Panik Bukaan Dah 9 Sentimeter, Ryzal Syukur Dapat Tengok Anak Lahir, Sediakan Sup Seaweed Untuk Maryam!

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sumber: Wawa Shauqi
The post Anak Mula Menipu Sebab Takut Kena Marah, Tangani Cara ‘Cool’, Bukan Terus Menghukum! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-mula-menipu-sebab-takut-kena-marah-tangani-cara-cool-bukan-terus-menghukum/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salah Sikit Je Terus Merajuk Cara Anak Luahkan Perasaan Mak Ayah Jangan Buat Tak Layan

Salah Sikit Je Terus Merajuk Cara Anak Luahkan Perasaan Mak Ayah Jangan Buat Tak Layan

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 232 hits
Anak sensitif dan terlampau kuat merajuk kadangkala memeningkan kepala ibu dan ayah Namun inilah cara anak kecil kita meluahkan perasaannya dan menunjukkan emosi yang ada dalam hatinya Jika bayi berekspresi melalui tangisan kanak kanak dius...
Cepat Cepat Peluk Anak Kalau Tengah Marah Emosi Jadi Lagi Terkawal Anak Pun Makin Cool

Cepat Cepat Peluk Anak Kalau Tengah Marah Emosi Jadi Lagi Terkawal Anak Pun Makin Cool

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 271 hits
Kesibukan kita setiap hari buat kita terlupa untuk peluk anak sedangkan memeluk anak walaupun nampak simple begitu meninggalkan kesan pada anak kecil kita Bukan saja buat anak makin tenang bahkan emosi anak menjadi lebih baik Malah menurut ...
Cara Hafal Sifir Dengan Mudah Untuk Anak Anda

Cara Hafal Sifir Dengan Mudah Untuk Anak Anda

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 427 hits
Ada tak cara hafal sifir yang mudah pantas dan berkesan Semestinya ada Saya faham di kala zaman pendemik yang meghimpit kita sekarang semua anak anak perlu belajar secara online PDPR Tetapi jika anda soal semula anak anda berkenaan sifir te...
Video Alahai Anak Daddy Maryam Ajar Fizo Omar Cara Pakaikan Cincin Kahwin

Video Alahai Anak Daddy Maryam Ajar Fizo Omar Cara Pakaikan Cincin Kahwin

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 646 hits
Teka teki mengenai pernikahan Fizo Omar akhirnya terjawab apabila beliau disahkan melangsungkan pernikahan dengan gadis yang berasal dari Sarawak yang diberi nama Fazeera Nazri Aziz Walaupun banyak teka teki mengenai status perkahwinan mere...
Mahu Anak Mudah Dengar Cakap Cara Bercakap Pun Kena Ikut Peringkat Umur

Mahu Anak Mudah Dengar Cakap Cara Bercakap Pun Kena Ikut Peringkat Umur

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 342 hits
Bagi membesarkan anak dalam usia yang berbeza anak mempunyai tahap keperluan komunikasi yang berbeza juga Komunikasi yang baik antara ibu bapa dengan anak ialah kunci hubungan yang sihat antara kita dengan anak anak Kita tak nak bila anak d...
Anak Sakit Tekak Mak Ayah Boleh Redakan Ikut Cara Semulajadi Ni Simple Tapi Berkesan

Anak Sakit Tekak Mak Ayah Boleh Redakan Ikut Cara Semulajadi Ni Simple Tapi Berkesan

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 256 hits
Bila anak demam selain hidung yang selesema dan berhingus anak akan turut mengalami sakit tekak Bagi memulihkan masalah anak sakit tekak ini sebenarnya tidak perlukan ubat Salah satu cara yang boleh meredakan masalah sakit tekak ini adalah ...
Bawa Masuk Kolam Sentuh Air Terus Baby Menangis Nak Atasi Anak Fobia Air Ada Caranya

Bawa Masuk Kolam Sentuh Air Terus Baby Menangis Nak Atasi Anak Fobia Air Ada Caranya

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 219 hits
Suka bawa si kecil berkelah di pantai atau mandi kolam tapi kenapa gayanya macam fobia air Ada ke cara untuk mengatasi ketakutan tersebut Wujudnya masalah fobia air Anak anda suka dengan masa mandi dan gemar bermain air Tetapi setibanya di ...
Anak Lelaki Perempuan Cara Cakap Berbeza Ini Tekniknya Anak Ingat Apa Kita Pesan

Anak Lelaki Perempuan Cara Cakap Berbeza Ini Tekniknya Anak Ingat Apa Kita Pesan

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 324 hits
Cabaran mendidik anak anak hari ini besar cabarannya buat ibu bapa sekarang Ramai ibu bapa selalu mengeluh anak sekarang mudah mengamuk melawan cakap degil asyik bergaduh dan macam macam lagi Tahu tak bila ibu bapa selalu mengeluh itu seben...
Pengalaman Cara Penjagaan Anak Kucing Parsi Umur 2 Bulan Tanpa Ibu

Pengalaman Cara Penjagaan Anak Kucing Parsi Umur 2 Bulan Tanpa Ibu

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 493 hits
Pengalaman Cara Penjagaan Anak Kucing Parsi Umur 2 Bulan Tanpa Ibu Umur anak kucing yang selalu di beli adalah sekitar 2 bulan Waktu ini baby kucing sudah boleh dipisahkan dari ibu dengan syarat cara penjagaannya hendaklah betul Cara penjag...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Christmas From The Manger To The Margins

Walimatul Urus Majlis Bertaut Kaseh Uzair Izzati

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Road To Upkk 2024

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration