6 Makanan Yang Buat Kita Nampak Tua Lebih Cepat


6 Makanan Yang Buat Kita Nampak Tua Lebih Cepat
Ramai antara kita memberi tumpuan penuh kepada rutin penjagaan kulit. Misalnya dengan memakai pelindung matahari, retinol atau serum vitamin C.
Sayangnya, kita sering terlupa bahawa kulit adalah organ yang sentiasa bertindak balas terhadap apa yang kita makan.
Sinar matahari memang punca utama penuaan pramatang. Tetapi, menurut TOI, ada satu lagi punca yang tidak disedari ramai iaitu advanced glycation end products (AGEs).
AGEs terbentuk dalam aliran darah apabila makanan tertentu dipecahkan dan kemudian melekat pada kolagen serta elastin, menjadikan kulit kurang anjal, kusam dan cepat berkedut.
Lebih membimbangkan, kerosakan ini berlaku secara perlahan tanpa disedari dan hanya terlihat selepas bertahun-tahun.
Justeru, kami kongsikan beberapa makanan yang ‘diam-diam’ mempercepatkan penuaan kulit menurut TOI.
1. Kentang Goreng Makanan bergoreng seperti kentang goreng dimasak pada suhu sangat tinggi dan ini menghasilkan banyak AGEs. AGEs boleh merosakkan protein kulit, melemahkan kolagen dan membuatkan kulit kurang anjal.
Kajian dalam American Journal of Laboratory Medicine menunjukkan makanan segera yang tinggi AGEs boleh meningkatkan tekanan oksidatif dalam badan.
2. Roti Putih Roti putih mengandungi karbohidrat ditapis yang mudah dicerna dan menyebabkan gula darah meningkat dengan cepat.
Lonjakan gula ini menggalakkan proses glikasi, iaitu apabila gula bergabung dengan protein seperti kolagen dan menghasilkan AGEs.
Kajian dalam The American Journal of Clinical Nutrition turut mengaitkan pengambilan karbohidrat halus dengan peningkatan tahap AGEs pada kulit.
3. Gula Putih Pengambilan gula berlebihan terus meningkatkan pembentukan AGEs. Apabila paras gula darah berada pada tahap tinggi, ia bertindak balas dengan protein kulit dan membuatkan kolagen serta elastin menjadi keras.
Ini menjadikan kulit kurang tegang dan mudah berkedut. Penyelidikan dalam JAMA juga mendapati hubungan jelas antara pengambilan gula tambahan dan peningkatan usia epigenetik.
4. Daging Diproses (Hot dog, Bacon, Sosej) Daging diproses mengandungi tahap tinggi garam, lemak tepu dan bahan pengawet yang boleh mencetuskan keradangan serta tekanan oksidatif. Keradangan berpanjangan melemahkan kolagen dan mengurangkan ketahanan kulit.
Tinjauan dalam Journal of Food Science turut menyatakan produk daging ultra-proses boleh mengaktifkan tindak balas metabolik dan keradangan yang mempercepatkan penuaan kulit.
5. Produk Tenusu Kesan produk tenusu berbeza bagi setiap individu. Bagi sesetengah orang, pengambilan tenusu boleh menyebabkan keradangan atau tekanan oksidatif yang akhirnya menjejaskan kesihatan kulit.
Kajian dalam jurnal Nutrients menjelaskan bahawa AGEs, keradangan dan corak pemakanan tidak sihat memainkan peranan dalam proses penuaan kulit. Namun begitu, sensitiviti terhadap tenusu bergantung kepada tubuh masing-masing.
6. Minuman Bergula & Kafein Tinggi (Soda dan Kopi) Walaupun bukan semua berkaitan AGEs, minuman ini boleh mengganggu tidur.
Kafein berlebihan boleh menyebabkan tidur tidak berkualiti, dan kurang tidur dikaitkan dengan tanda penuaan seperti lingkaran gelap, garis halus dan kulit kusam.
Peringatan Menurut TOI, maklumat yang dikongsikan adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukan nasihat perubatan. Justeruk, sentiasa dapatkan nasihat daripada profesional kesihatan bertauliah sebelum memulakan sebarang ubat atau rawatan baharu serta sebelum mengubah diet atau pengambilan suplemen anda.
BACA: 5 Benda Di Rumah Anda Yang Suka ‘Memanggil’ Ular
Sumber: TOI
The post 6 Makanan Yang Buat Kita Nampak Tua Lebih Cepat appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/25/6-makanan-yang-buat-kita-nampak-tua-lebih-cepat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Itu Spot Uv Bagaimana Ia Jadikan Packaging Nampak Lebih Eksklusif

Apa Itu Spot Uv Bagaimana Ia Jadikan Packaging Nampak Lebih Eksklusif

papar berkaitan - pada 28/11/2025 - jumlah : 204 hits
Dalam dunia reka bentuk pembungkusan moden teknik finishing memainkan peranan penting untuk menjadikan sesuatu produk lebih menonjol dan eksklusif Salah satu teknik paling popular dan sering digunakan dalam packaging premium ialah Spot UV R...
Sentuhan Madani Buat Urusan Rakyat Lebih Cepat Beri Nafas Baharu Kepada Peniaga

Sentuhan Madani Buat Urusan Rakyat Lebih Cepat Beri Nafas Baharu Kepada Peniaga

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 235 hits
Usaha kerajaan memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam terus diperkasakan menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif baharu yang memberi manfaat langsung kepada rakyat termasuk pelancaran Kiosk Sentuhan MADANI dan perluasan Gerai MADA...
Siraman Baja Mikrob Guna Drone Ai Kini Menjadi Pilihan Pengusaha Ladang Kerana Kaedah Ini Lebih Murah Jimat Dan Cepat

Siraman Baja Mikrob Guna Drone Ai Kini Menjadi Pilihan Pengusaha Ladang Kerana Kaedah Ini Lebih Murah Jimat Dan Cepat

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 210 hits
Kaedah siraman baja Mikrob menggunakan Drone AI kini menjadi satu pilihan kepada pengusaha ladang kelapa sawit getah durian musang king padi dan lain lain pokok buah buahan serta sayuran di negeri ini Teknologi itu kini mula tiba dan sudah ...
Kajian Dedah Buah Ini Bantu Tidur Lebih Lena Tingkatkan Tenaga Dengan Cepat

Kajian Dedah Buah Ini Bantu Tidur Lebih Lena Tingkatkan Tenaga Dengan Cepat

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 232 hits
Kajian Dedah Buah Ini Bantu Tidur Lebih Lena Tingkatkan Tenaga Dengan Cepat Umum ketahui makanan merupakan sumber asas yang memastikan tubuh kita mampu berfungsi dengan baik setiap hari Sejak kecil kita diajar bahawa makan pada waktu yang t...
Ini Sebab Air Kelapa Jauh Lebih Baik Dari Minuman Isotonik Lepas Bersukan

Ini Sebab Air Kelapa Jauh Lebih Baik Dari Minuman Isotonik Lepas Bersukan

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 183 hits
Ini Sebab Air Kelapa Jauh Lebih Baik Dari Minuman Isotonik Lepas Bersukan Selepas beriadah dan bersukan pilihan minuman sebenarnya memainkan peranan penting Rasa penat yang menekan dada badan yang lesu dan kepala yang sedikit berdenyut memb...
Tidur Lebih Nyenyak 5 Minuman Ini Boleh Buat Badan Rasa Lebih Tenang

Tidur Lebih Nyenyak 5 Minuman Ini Boleh Buat Badan Rasa Lebih Tenang

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 186 hits
Tidur Lebih Nyenyak 5 Minuman Ini Boleh Buat Badan Rasa Lebih Tenang Dalam dunia serba sibuk hari ini ramai yang bergelut untuk mendapatkan rehat yang cukup Tidur yang cukup dan berkualiti sangat penting untuk kesihatan fizikal serta mental...
Anthony Loke Tak Berkompromi Isu Lori Lebih Muatan Jadi Menteri Sepenggal Pun Tak Apa

Anthony Loke Tak Berkompromi Isu Lori Lebih Muatan Jadi Menteri Sepenggal Pun Tak Apa

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 182 hits
Menteri Pengangkutan Anthony Loke tak berkompromi dengan permintaan yang mahu melonggarkan tindakan nbsp terhadap lori membawa muatan berlebihan Menurut laporan Sinar Harian pendirian tegas itu akan terus kekal walaupun ia mungkin menyebabk...
Lonjakan Luar Biasa Jumlah Pelancong China Ke Pulau Pinang Meningkat Lebih 520 Tahun Ini

Lonjakan Luar Biasa Jumlah Pelancong China Ke Pulau Pinang Meningkat Lebih 520 Tahun Ini

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 171 hits
Kemasukan pelancong dari China ke Pulau Pinang mencatatkan lonjakan luar biasa sebanyak 520 2 peratus antara Januari hingga September tahun ini Menurut laporan Sinar Harian jumlah pelancong meningkat daripada 26 056 orang pada 2023 kepada 1...
Tidur Lebih Lena Dengan Origin Mattress

Tidur Lebih Lena Dengan Origin Mattress

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 204 hits
Salam Hai Dah lama sebenarnya Nova cari tilam yang betul betul ngam dengan katil IKEA queen size bilik Nova Itulah masalahnya bila beli tilam jenama lain saiz dia tak masuk elok sebab tak ikut standard dia dah pula ada ruang hujung kaki kat...
Analisis Dan Sorotan Perlawanan Liga Wanita Nasional 2025 Hari Ini

Perginya Kakak Ipar Yang Ceria Dan Baik Budi Kehilangan Yang Tak Disangka

Legoland Malaysia Christmas 2025 Brick Tacular Holidays Experience With Giant Lego Tree Festive Shows

Cara Reset Kewangan Anda Sebelum Masuk Tahun Baru

Membuat Modul Iot Membaca Banyak Device Dengan Rs485

Pmx Umum Kejayaan Program Budi Madani Ron95 Yang Jimatkan Lebih Rm

Speed Read A Sportster Street Tracker By Fxr Division And More

Resepi Kampung Bajet Hidangan Murah Rasa Kaya Yang Memukau


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Mula Mula Kahwin Niat Nak Impress Family Mentua Lain Pula Yang Jadi

Jatt Sisa Sisa Cinta Chord

Kerajaan Perlis Pimpinan Shukri Ramli Tumbang

Cops Nab Eight For Rioting With Dangerous Weapons At Masai Restaurant

Strong Earthquake Hits Papua New Guinea

Don T Relax Penang Hill Slope Development Restrictions