Catatan Hujung Minggu 23 November 2025


Catatan hari Ahad, 23 November 2025.
Pagi ini hujan masih belum berhenti di tempat tinggal saya - situasi ini sudah pun masuk hari ketiga (bermula hari Jumaat pagi). Kalau sebelum ini sudah berminggu-minggu jarang sekali matahari bersinar seharian, tapi kali ini hujan turun tanpa henti - ada ketika lebat, ada ketika hanya gerimis halus. 
Awal pagi Ahad, saya dan Encik Suami keluar untuk membeli keperluan dan mendobi pakaian. Sambil tu bolehlah bersarapan di tempat kegemaran. Tempat tinggal kami ni jauh dari bandar, jadi kalau sesekali keluar memang kami buat banyak urusan sekali gus

Melewati kawasan sawah padi di kanan dan kiri jalan. Tenang

Ada kawasan sawah yang nampaknya hampir bertukar menjadi kolam dek curahan hujan tanpa henti. Jajaran bukit batu kapur yang menjadi latar pemandangan di sini kelihatan indah dilitupi kabus


ARAU KOPIKedai makan sarapan yang agak biasa saya kunjungi pada hujung minggu. Boleh baca entri lanjut berkenaan tempat ini DI SINI.
Kami tiba di sini kira-kira pukul 8 pagi, tak ramai pelanggan seperti kebiasaan hujung minggu. Mungkin faktor cuaca hujan menjadi penyebabnya

Nampaknya ada kad menu baharu - ada perubahan harga pada menu tertentu

Hidangan kami - nasi ayaq berlauk, pek nga kosong dengan pilihan sambal tumis, nasi rendang (tiada foto - nasi goreng isi ikan termenung goreng), minuman lemon suam dan kopi Arau

Terasa bahagia sungguh dapat menikmati hidangan pagi yang menepati selera, sambil mendengar halwa telinga irama instrumental lagu tradisional Melayu dan memerhati titisan hujan. Alhamdulillah


GIANT KANGAR - PENGHARGAAN SARA
Kami ke pasaraya Giant di Kangar, satu-satunya Giant di negeri Perlis

Misi kami - nak gunakan semua peruntukan Penghargaan SARA. Bila membelek dari rak ke rak, oh…macam-macam barang kita boleh beli - rujuk label MyKasih yang dipamerkan

Alhamdulillah…selesai berbelanja dengan wang pemberian kerajaan. Tiada pelanggan lain di kaunter khas MyKasih. Lancar dan mudah urusannya. Kali pertama berbelanja dan terus habiskan semua, cuma kena tambah 60 sen


LAUNDRY2U BESERIDari satu kedai dobi ke satu kedai dobi kami pergi, semuanya ramai orang. Kena menunggu giliran kalau nak mendobi di situ. Akhirnya, kami tiba di sebuah kedai dobi yang cuma ada seorang pengguna. Rezeki

Kali pertama kami mendobi di sini. Ruangnya kecil tapi kemas dan bersih. Juga ada mesin 2 in 1 - washer & dryer dalam satu mesin

Kadar harga. Saja letak sini untuk rujukan sendiri

Lega sungguh bila dapat selesaikan urusan baju. Nak harapkan kering dengan menjemur dalam rumah tu memang ambil masa. Apa lagi dengan keadaan hujan berterusan - suasana sejuk dan lembab. Dalam rumah pun terasa sejuk

***
PERKEMBANGAN TERKINI | Hari ini (Selasa, 25 November) masuk hari kelima hujan tanpa henti di tempat saya, masih dengan keadaan yang sama kadang lebat dan kadang renyai

Buat masa ini, tempat tinggal saya masih selamat tidak dinaiki air kerana kedudukan kawasan rumah di tempat tinggi. Pun begitu, jalan-jalan utama sudah dinaiki air menjadikan pergerakan keluar/masuk terbatas atau terhalang. Kami perlu bersedia dengan kemungkinan bekalan elektrik terputus sekiranya situasi semakin memburuk. Setakat ini (ketika entri ini ditaip), saya dan jiran-jiran sekitar dalam keadaaan baik dan selamat

Di tempat lain di sekitar Perlis, situasi semakin memburuk dengan banyak tempat dinaiki air. Negeri-negeri lain yang turut terjejas banjir ketika ini - Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Selangor

Semoga situasi semakin membaik dan matahari muncul kembali. Kepada Allah jua tempat kami berserah. Ya Allah…kau jadikanlah curahan hujan ini, hujan yang bermanfaat.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/11/catatan-hujung-minggu-23-november-2025.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Final Muzikal Lawak Superstar 2025 Malam Gelak Kudap Kudap Lengkapkan Hujung Minggu Anda

Final Muzikal Lawak Superstar 2025 Malam Gelak Kudap Kudap Lengkapkan Hujung Minggu Anda

papar berkaitan - pada 28/11/2025 - jumlah : 466 hits
Hujung minggu anda biasanya penuh dengan aktiviti memasak waktu santai bersama keluarga dan sesi menonton rancangan kegemaran Kalau ya Final Muzikal Lawak Superstar 2025 pada 29 November ini adalah pilihan paling sesuai untuk menaikkan mood...
List Drama Korea November Desember 2025 Yang Gacor Abis

List Drama Korea November Desember 2025 Yang Gacor Abis

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 232 hits
Intip rekomendasi drama Korea November Desember 2025 yang ngantri buat ditonton 1 Dear X 2 Dynamite Kiss 3 The Manipulated 4 The Moon Flows Through the River 5 As You Stood by 6 Taxi Driver
Makluman Luruan Monsun Di Rantau Negara Bermula Dari 24 Hingga 27 November 2025

Makluman Luruan Monsun Di Rantau Negara Bermula Dari 24 Hingga 27 November 2025

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 342 hits
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia Analisis terhadap model model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun dijangka memasuki rantau negara bermula pada 24 November 2025 dan berterusan sehingga 27 November 2025 Keadaa
Pada Hari Selasa 25 November 2025 Platinum Berpotensi Untuk Mengukuh Ke Arah Tahap Rintangan Terdekatnya

Pada Hari Selasa 25 November 2025 Platinum Berpotensi Untuk Mengukuh Ke Arah Tahap Rintangan Terdekatnya

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 169 hits
Platinum Dengan kedua dua EMA mula membentuk Silangan Emas dan RSI berada pada tahap Neutral Menaik hari ini Platinum berpotensi untuk mengukuh Tahap Utama 1 Rintangan 2 1584 0 2 Rintangan 1 1571 0 3 Pivot 1549 0 4 Sokongan 1 1536 0 5 Sokon...
Sabah Decides State Polls 29 November 2025

Sabah Decides State Polls 29 November 2025

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 182 hits
POLLING DAY FOR SABAH IS TOMORROW SABAHANS HAVE TO DECIDE VOTE WISELY FOR THE RIGHT CANDIDATES SABAH S FUTURE IS IN YOUR HANDS
Doa 29 November 2025

Doa 29 November 2025

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 157 hits
Ya Allah tenangkan hati kami dalam doa meski dunia penuh bising
7 Fakta Penting Tentang Gangguan Cloudflare 18 November 2025 Yang Perlu Kamu Tahu

7 Fakta Penting Tentang Gangguan Cloudflare 18 November 2025 Yang Perlu Kamu Tahu

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 188 hits
Gangguan besar Cloudflare pada 18 November 2025 membuat banyak situs tidak bisa diakses akibat file konfigurasi Bot Management yang bermasalah Artikel ini merangkum kronologi lengkap penyebab teknis layanan terdampak serta pelajaran penting...
Emas Berkemungkinan Akan Terus Mengukuh Hari Ini Rabu 26 November 2025 Walaupun Terdapat Potensi Untuk Pembetulan Yang

Emas Berkemungkinan Akan Terus Mengukuh Hari Ini Rabu 26 November 2025 Walaupun Terdapat Potensi Untuk Pembetulan Yang

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 224 hits
Emas Pembeli nampaknya masih mendominasi Emas pada masa ini seperti ditunjukkan oleh pembentukan Silangan Emas pada EMA dan EMA Walaupun terdapat juga potensi untuk pembetulan terhad seperti yang ditunjukkan oleh RSI selagi ia tidak ditembu...
Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

Bermain Badminton Waktu Malam Boleh Dapat Serangan Jantung

Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Nasi Goreng Tomyam Padu Wangi Resipi Pedas Yang Buat Terus Lapar

Beli Rak Letak Pokok Bertingkat Online


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kenapa Pilih Syarikat Packaging Custom Ini 7 Sebab Produk Anda Perlu Kotak Berkualiti

Terlupa Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid

Kesan Kopi Jantung Berdebar Setelah Dua Tiga Teguk

Panda Gergasi Terakhir Japan Mengucapkan Selamat Tinggal Yang Emosional Di Zoo Tokyo

Asus V600 Aio Kini Boleh Didapatkan Pada Rm3599

Celcomdigi Dan Ppum Jayakan Pembedahan Ent Secara Langsung Berasaskan 5g