Saksi Rm5 Juta Masuk Akaun Najib Elak Umno Dapat Cek Tendang


KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa sejumlah RM5 juta dipindahkan pada September 2014 daripada akaun Putra Perdana Construction di Allianz Bank ke akaun Datuk Seri Najib Tun Razak di AmBank untuk memastikan cek yang dikeluarkan kepada UMNO tidak tendang.
Bekas pengurus perhubungan AmBank, Joanna Yu Ging Ping, 48, mendedahkan perkara ini semasa pemeriksaan balas oleh peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Najib pada hari ke-46 perbicaraan bekas perdana menteri itu berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Loading… Harvinderjit membaca transkrip perbualan Yu dengan ahli perniagaan yang menjadi buruan pihak berkuasa Low Taek Jho atau Jho Low, dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Putra Perdana, Jerome Lee pada 10 September 2014.
Log perbualan menunjukkan bahawa Yu menghubungi Low pada pagi 10 September 2014 untuk memaklumkan kepadanya bahawa jumlah RM3.8 juta mesti dimasukkan ke akaun Najib pada pukul 3 petang pada hari yang sama.
Log juga menyebut bahawa cek RM5 juta itu perlu dikembalikan jika dia gagal berbuat demikian.
Harvinderjit: Low kemudian memberitahu anda untuk menghubungi Jerome bagi memindahkan dana ke dalam akaun… anda kemudian telah berkomunikasi dengan Lee sehingga sejumlah RM5 juta dipindahkan dari akaun Putra Perdana Construction di Allianz Bank ke dalam akaun Najib?
Yu: Ya.
Menurut log perbualan, Low mengarahkan Yu untuk memberitahu Jerome bahawa pemindahan dana tidak boleh dilakukan dari akaun Putra Perdana di AmBank.
Kepada soalan lain, saksi juga memberitahu bahawa cek masih dikeluarkan daripada akaun Najib walaupun dana dalam akaun itu tidak mencukupi.
“Saya memberitahu Low untuk memaklumkan kepada pemegang akaun supaya tidak lagi mengeluarkan sebarang cek dan juga memberitahunya bahawa Pengarah Urusan Kumpulan AmBank Ashok
Ramamurthy telah menghalang deposit tunai,” katanya sambil menambah bahawa bagaimanapun, cek masih dikeluarkan.
Yu juga mengesahkan pemindahan 5.75 juta pound ke dalam akaun Najib di AmBank dari Vista Equity Partners Ltd, firma berkaitan Low, yang berpangkalan di Seychelles pada 2014.
Beliau berkata kedua-dua transaksi itu disebut sebagai “hadiah” dalam dokumen sokongan yang diberikan kepada AmBank dan transaksi itu tidak mencetuskan sebarang kewaspadaan.
Najib, 66, menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung. –Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/08/saksi-rm5-juta-masuk-akaun-najib-elak-umno-dapat-cek-tendang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salinan Resit Bayaran Rm2 Juta Tiada Dalam Buku Resit Umno Saksi

Salinan Resit Bayaran Rm2 Juta Tiada Dalam Buku Resit Umno Saksi

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 210 hits
Seorang saksi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mengetahui bagaimana salinan pendua resit pembayaran RM2 juta yang diberikan Tengku Adnan Tengku Mansor kepada Pengarah Urusan Syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd Chai...
Najib Pertikai Kenapa Akaun Milik Umno Masih Dibekukan

Najib Pertikai Kenapa Akaun Milik Umno Masih Dibekukan

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 337 hits
PULAU PINANG Bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mempertikaikan tindakan kerajaan Pakatan Harapan yang masih membekukan akaun dan harta milik parti itu walaupun sehingga kini tiada bukti bahawa UMNO menerima dana daripada 1Malays...
Jawab Kenyataan Dr M Bahawa Orang Bodoh Saja Yang Masuk Umno

Jawab Kenyataan Dr M Bahawa Orang Bodoh Saja Yang Masuk Umno

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 298 hits
1 SAYA terpanggil untuk jawab kenyataan Dr M bahawa orang bodoh saja yang masuk Umno Simpati juga dengan dia kerana kenyataan sebegitu mengundang banyak kritik mengenai era 22 tahunnya sebagai presiden Umno Waktu itu sesiapa pun jadi presid...
Jho Low Manipulasi Akaun Peribadi Najib

Jho Low Manipulasi Akaun Peribadi Najib

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 216 hits
Pasukan peguam bela bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang sedaya upaya membuktikan peranan yang dimainkan oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dalam perbicaraan SRC International melibatkan penyewele...
Joanna Panik Guna Duit Sendiri Rm55 000 Supaya Cek Najib Tidak Ditendang

Joanna Panik Guna Duit Sendiri Rm55 000 Supaya Cek Najib Tidak Ditendang

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 321 hits
Saksi yang merupakan bekas Pengurus Perhubungan Ambank Joanna Yu hadir untuk perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kes SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur foto NOOREEZA HASHIM KUALA LUMPUR Saks...
Najib Tidak Pernah Saman Ambank Kerana Akaun Disalah Guna

Najib Tidak Pernah Saman Ambank Kerana Akaun Disalah Guna

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 194 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah memfailkan saman sivil terhadap AmBank kerana akaunnya disalah guna Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini Bekas Pengurus Perhubungan AmBank Joanna Yu Ging Ping 48 berkata demikian ...
Bolehkah Najib Jadi Saksi Kes Kunan Ini Pencerahan Dari Tuan Haniff

Bolehkah Najib Jadi Saksi Kes Kunan Ini Pencerahan Dari Tuan Haniff

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 160 hits
SUDUT PERUNDANGAN SIRI 35 BICARA NAJIB RAZAK TANPA GUNDAH GANJARA PERMOHONAN RASMI PEGUAM NEGARA BERKAITAN TINDANAN BICARA SRC DAN 1MDB DAPATKAN VIDEO PENUH PADA LINK DI BAWAH https youtu be Syy73PPNKgQ Layari Facebook kami untuk mendapat b...
Kylie Jenner Sewa Equanimity Rm5 1 Juta Seminggu

Kylie Jenner Sewa Equanimity Rm5 1 Juta Seminggu

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 248 hits
Kapal mewah kontroversi Equanimity yang asalnya dimiliki jutawan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low telah dijual kerajaan Malaysia April 2019 lalu kepada Genting Malaysia Berhad pada harga RM514 14 juta Sementara itu selebriti hangat Ho...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


The Evolution Of Adult Entertainment

Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran