Salinan Resit Bayaran Rm2 Juta Tiada Dalam Buku Resit Umno Saksi


Seorang saksi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mengetahui bagaimana salinan pendua resit pembayaran RM2 juta yang diberikan Tengku Adnan Tengku Mansor kepada Pengarah Urusan Syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd, Chai Kin Kong tidak berada di dalam buku resit rasmi Umno.
Timbalan Ketua Jabatan Pengurusan Kewangan, Ibu Pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Farahdzilah Abd Kadir, 38, berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim pada perbicaraan hari ke-11 kes rasuah RM2 juta yang dihadapi bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu.
Julia: Boleh maklumkan kepada mahkamah adakah terdapat salinan pendua bagi resit 376241 (resit pembayaran RM2 juta) di dalam buku resit rasmi UMNO?

Loading… Farahdzilah: Tidak ada.
Julia: Kenapa tidak ada?
Farahdzilah: Saya tidak tahu.
Farahdzilah, yang bertugas di Ibu Pejabat Umno PWTC sejak Jun 2004 berkata salinan kedua dan ketiga resit tidak pernah dikeluarkan daripada buku resit rasmi Umno ataupun disimpan secara berasingan di dalam fail.
“Kebiasaannya, jika resit dikeluarkan daripada buku resit rasmi Umno, salinan pendua bagi resit itu ditinggalkan di dalam buku resit berkenaan.
“Bila pegawai ‘incharge’ akan memasukkan butiran mengenai resit yang digunakan ke dalam sistem komputer bagi tujuan pengauditan, mereka akan rujuk salinan pendua resit yang ada pada buku resit berkenaan,” katanya.
Disoal Julia apakah prosedur yang dilakukan oleh bahagian pengurusan kewangan jika Umno menerima sumbangan daripada mana-mana pihak, Farahdzilah berkata: “Sekiranya Umno menerima sumbangan daripada mana-mana pihak, kebiasaannya ibu pejabat akan keluarkan resit dan resit asal akan diberi kepada pemberi manakala salinan kedua dan ketiga disimpan di dalam buku resit rasmi”.
Menjawab soalan peguam Tan Hock Chuan, yang mewakili Tengku Adnan, saksi pendakwaan ke-21 itu bersetuju bahawa buku resit rasmi Umno digunakan secara rawak dan tidak teratur.
Pada 16 Julai lepas, Chai dalam keterangannya di mahkamah mengesahkan pembayaran cek RM2 juta kepada Tengku Adnan adalah untuk dana politik.
Mengikut pertuduhan, Tengku Adnan sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan didakwa telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada ahli perniagaan, Chai Kin Kong melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik syarikat Aset Kayamas.
Cek itu didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd yang Tengku Adnan mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat Aset Kayamas ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.
Tengku Adnan dituduh melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara, di sini pada 14 Jun 2016, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/08/salinan-resit-bayaran-rm2-juta-tiada-dalam-buku-resit-umno-saksi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perbicaraan Kes Tengku Adnan Resit Bayaran Rm2 Juta Dipercayai Dikeluarkan 2018

Perbicaraan Kes Tengku Adnan Resit Bayaran Rm2 Juta Dipercayai Dikeluarkan 2018

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 312 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Saksi Rm5 Juta Masuk Akaun Najib Elak Umno Dapat Cek Tendang

Saksi Rm5 Juta Masuk Akaun Najib Elak Umno Dapat Cek Tendang

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 315 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa sejumlah RM5 juta dipindahkan pada September 2014 daripada akaun Putra Perdana Construction di Allianz Bank ke akaun Datuk Seri Najib Tun Razak di AmBank untuk memastikan cek y...
Design Banner Backdrop Tag Dan Kulit Buku Cenderamata Untuk Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Batu Pahat

Design Banner Backdrop Tag Dan Kulit Buku Cenderamata Untuk Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Batu Pahat

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 1112 hits
Design Banner Backdrop Tag dan Kulit Buku Cenderamata Untuk Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Batu Pahat Berminat untuk dapatkan design Bleh hubungi saya Berminat untuk tempah design poster banner bunting sticker logo editing vide...
Witness Unaware Copy Of Rm2 Million Payment Receipt Not In Umno S Receipt Book

Witness Unaware Copy Of Rm2 Million Payment Receipt Not In Umno S Receipt Book

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 240 hits
KUALA LUMPUR A witness yesterday told the High Court that she did not know why the duplicate copy of the RM2 million payment receipt given by Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor to Aset Kayamas Sdn Bhd managing director Tan Sri Chai Kin K...
Polis Ambil Keterangan 7 Saksi Dalam Kes Tetak Veteran Umno Kelantan

Polis Ambil Keterangan 7 Saksi Dalam Kes Tetak Veteran Umno Kelantan

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 382 hits
Kamaruddin Abdullah dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu selepas ditetak 2 lelaki dengan senjata tajam pada 28 Julai lalu KOTA BHARU Polis sudah mengambil keterangan 7 saksi berkaitan kes menetak Timbalan Pengerusi Vet...
Jho Low Suruh Saksi Berbohong Mengenai Draf Bank Rm139 Juta Oleh Src

Jho Low Suruh Saksi Berbohong Mengenai Draf Bank Rm139 Juta Oleh Src

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 308 hits
Ahli perniagaan yang menjadi buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low telah meminta bekas pengurus perhubungan Joanna Yu Ging Ping berbohong untuk tujuan menunaikan tiga keping draf bank bernilai RM139 juta yang dikeluarkan o...
Iskandar Educity Guna Sistem Solar Berjaya Jimatkan Rm2 22 Juta Bil Elektrik

Iskandar Educity Guna Sistem Solar Berjaya Jimatkan Rm2 22 Juta Bil Elektrik

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 628 hits
Iskandar EduCity Guna Sistem Solar Berjaya Jimatkan RM2 22 Juta Bil Elektrik Tanggal 29 Julai lepas telah termeterai satu perjanjian Tenaga Lestari Boleh Diperbaharui yang dijangka mampu menjimatkan pembayaran bil elektrik Iskandar EduCity ...
Bekas Setiausaha Agung Umno Dituntut Jelaskan Cukai Rm57 167 Juta

Bekas Setiausaha Agung Umno Dituntut Jelaskan Cukai Rm57 167 Juta

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 367 hits
Selain dari didakwa atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan yang juga Bekas SU Agung UMNO dilaporkan berhadapan tuntutan cukai sebanyak RM57 167 juta dari Kera...
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Court Orders Naza Wheels To Pay Damages Over Breach Of Contract

Cara Memasak Telur Separuh Masak

Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

7 Skim Perkhidmatan Ekonomi Gred E Sspa Yang Disenarai Ikut Pekeliling 2024

Precious Metal Recycling Malaysia A Smarter Way To Reduce Waste And Recover Value

Tunm To Pmx No Harm Stepping Down Due To Public Pressure Both Boris Johnson Sheikh Hasina Did So

Resipi Kuah Rojak Homemade Ala Penang Manis Pedas Memang Padu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lavazza X Aura Pop Up Coffee Experience Di Suria Klcc Rasai Kemewahan Kopi Itali Asli

Demystifying The Insurance Declaration Page Understanding Your Policy At A Glance

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Hantaran Tiktok Marissa Dania Raih Perhatian Netizen Kata Seperti Menggambarkan Perasaan Jika Kamu Tidak Diperjuangkan

Rafizi Aku Dah Tak Kenal Parti Ini Rafizi Petik Situasi Umno 1998

S Line Thriller Fantasi Misteri Korea Lakonan Lee Soo Hyuk Paling Berani Tahun Ini