Jawab Kenyataan Dr M Bahawa Orang Bodoh Saja Yang Masuk Umno





1. SAYA terpanggil untuk jawab kenyataan Dr M bahawa ‘orang bodoh saja yang masuk Umno’. Simpati juga dengan dia kerana kenyataan sebegitu mengundang banyak kritik mengenai era 22 tahunnya sebagai presiden Umno. Waktu itu, sesiapa pun jadi presiden, akan disokong.
2. Batang pisang pun akan disokong kalau jadi presiden. Malaysia pada waktu itu sedang membangun. Negara Asia seperti Vietnam, Kemboja dan China belum lagi membuka pintu kepada pelaburan asing. Kemunculan Dr M hanya kebetulan kerana Malaysia saja yang menjadi tumpuan pelabur asing di rantau ini. Malaysia maju di bawahnya. Kerana itu rakyat dan kroni-kroninya taksub dengan beliau, bangga dengan kemampuannya membangunkan negara. Beliau pintar ambil kesempatan ekonomi serantau waktu itu. Ia berlaku secara ‘fluke’. Untuk terus memimpin parti dan negara, beliau gunakan pelbagai cara untuk mengunci penentangnya dalam kerajaan dan parti, termasuk ISA dan ugutan ‘takut pada bos’ yang diterapnya. Memang dia handal waktu itu tetapi ia turut mencipta beberapa ‘mistakes by fluke’ juga. Misalnya Perwaja dan Bakun.
3. Di akhir-akhir eranya, Proton kerugian dan ada juga tuduhan mengenai Forex Scandal yang kini ditutupnya dengan Rule of Law. Peristiwa Memali juga dibiarkan tanpa enggan mengambil tanggungjawab. Banyak lagi ‘skeleton in the closet’ yang hanya diketahui oleh orang lama dalam Umno yang bersamanya sekarang. Beliau memperbodohkan ahlil Umno dengan cara ‘kelepetokrasi’nya, menutup apa jua kelemahan. Itu zaman analog, tiada Internet. Banyak projek legasi dibuatnya sehinggakan hutang luar negara meningkat secara mendadak, hanya surplus pada 1993-1996 saja. Saya ingat lagi Dewan Merdeka ‘blackout’ ketika pengiraan undi Ku Li menentang dia sebagai presiden parti. Selepas itu ahli diperbodohkan dengan sistem kuota untuk menjamin dia kekal sebagai presiden. Jawatan lain, lantaklah.
4. Ini satu cara untuk halang orang yang tidak dapat blessing dia daripada bertanding jawatan dalam parti. Yang pandai dan golongan cerdik-pandai tidak dapat tempat yang baik di dalam Umno. Golongan muda rasa terpinggir dan mula menyertai Pas dan parti lain. Tidak ada yang berani sanggah kata dia, termasuklah Majlis Raja-Raja Melayu. Hari ini dia kata Umno parti bodoh, walhal dialah yang memulakan dan membiarkan parti begitu selama 22 tahun. Politik sebegini tidak gentleman langsung. Selepas eranya, zaman Pak Lah, Najib dan Zahid Hamidi mula menyaksikan aliran lebih baik di segi kemasukan ahli muda ke dalam parti.
5. Dan hari ini juga, beliau cuba memimpin cara dahulu tetapi dibayangi oleh DAP, seperti pengakuannya baru-baru ini. Asia kini sudah membangun, Jepun, China dan kuasa ekonomi lain makin kurang tumpuan terhadap Malaysia. Ketirisan projek kerajaan amat serius. Pembohongan terpaksa digunakan untuk menutup semua ini. Hanya 15 peratus projek kerajaan ditender, 85 peratus lagi semua dirunding secara terus dengan kroninya, mengikut dakwaan sesetengah pihak dalam kerajaan. Sedarlah, kami masih menghormatinya walaupun sukar untuk memaafkan apa yang dibuat kepada Melayu… wallahu’alam
https://www.facebook.com/jailani.harun/posts/2200299900082684



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/07/21/jawab-kenyataan-dr-m-bahawa-orang-bodoh-saja-yang-masuk-umno-2/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr M Bersatu Ambil Iktibar Umno Suka Orang Bodoh

Dr M Bersatu Ambil Iktibar Umno Suka Orang Bodoh

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 297 hits
Diterbitkan Hari ini 5 31 petangBersatu perlu mengambil iktibar budaya pemimpin yang mementingkan diri sendiri dengan menyekat penyertaan anggota parti yang lebih cekap daripada dirinya maklum Pengerusinya Dr Mahathir Mohamad Ini kita dapat...
Hamid Bador Mengeluarkan Kenyataan Bodoh

Hamid Bador Mengeluarkan Kenyataan Bodoh

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 341 hits
Dato Hamid Bador Ketua Polis Negara hari ini sekali lagi mengeluarkan kenyataan bodoh Kali ini beliau sekali lagi membuktikan bahawa beliau tidak layak memegang jawatan sebagai IGP Dalam kenyataan beliau hari ini kepada Malaysiakini Datuk H...
Kenyataan Ketua Penerangan Pemuda Umno Kepong Isu Penyatuan Parti Melayu

Kenyataan Ketua Penerangan Pemuda Umno Kepong Isu Penyatuan Parti Melayu

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 554 hits
Assalamualaikum WBT Merujuk kepada pelawaan Tun M agar parti parti politik Melayu bergabung demi atas satu tujuan iaitu demi kepentingan agama bangsa dan negara Saya menyambut baik cadangan tersebut setelah ditelusuri segala intipati ucapan...
Ramai Melayu Akan Masuk Pan Jika Pas Dan Umno Terus Berkerjasama

Ramai Melayu Akan Masuk Pan Jika Pas Dan Umno Terus Berkerjasama

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 448 hits
Parti Amanah Negara menyifatkan penyatuan antara Pas dan UMNO menguntungkan Pakatan Harapan apabila ramai dalam kalangan ahli di peringkat akar umbi yang dipercayai kecewa dengan kerjasama berkenaan beralih arah Presidennya Mohamad Sabu ber...
Ketua Cawangan Umno Tak Bodoh Zahid Balas Dakwaan Dr M

Ketua Cawangan Umno Tak Bodoh Zahid Balas Dakwaan Dr M

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 308 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menegaskan ketua cawangan mereka tidak bodoh seperti yang didakwa Pengerusi PPBM Dr Mahathir Mohamad Beliau berkata malahan mereka bijak menilai sabar dan setia dalam perjuangan Harap Tun tak lupa program di...
Hadi Pas Umno Pertahan Dr M Jadi Pm Sampai Habis Penggal

Hadi Pas Umno Pertahan Dr M Jadi Pm Sampai Habis Penggal

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 397 hits
Ini meskipun terdapat perjanjian dalam PH untuk Dr Mahathir melepaskan jawatan perdana menteri kepada penggantinya Presiden PKR Anwar Ibrahim
Beranikah Umno Totok Engkar Tuntutan Kerakyatan Dap Seperti Melawan Tun Dalam Ppbm

Beranikah Umno Totok Engkar Tuntutan Kerakyatan Dap Seperti Melawan Tun Dalam Ppbm

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 433 hits
Melihat gambar yang dipaparkan oleh Ahli Parlimen Lanang Alice Lau Kiong Yieng bersama sama 5 lagi pemimpin DAP bertemu dengan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan isu isu kewarganegaraan Lima pemimpin DAP yang l...
Benarkah Azmin Menang Besar Hilman Terkena Sindrom Umno

Benarkah Azmin Menang Besar Hilman Terkena Sindrom Umno

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 465 hits
Rupanya bukan mudah mempertahankan kedudukan bosnya Azmin Ali yang makin lama makin goyah kedudukannya baik dalam kerajaan mahupun parti Hingga terpaksa presiden Gerakan Dominic Lau mengadakan sidang media di Sungai Petani Kedah bagi menjel...
Sumber Formula Agihan Kerusi Dalam Piagam Umno Pas

Sumber Formula Agihan Kerusi Dalam Piagam Umno Pas

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 317 hits
News Diterbitkan Hari ini 8 34 pagi Umno dan PAS dikatakan sudah memperincikan soal agihan kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum ke 15 dan ketetapan mengenainya telah dimasukkan dalam piagam kerjasama yang bakal ditangani 14 Sept nanti P...
Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Grand Beach Resort Port Dickson Your Ultimate Family Beach Getaway In Malaysia

Anak Kak Km Nafi Gagal Latihan Pramugari Letak Jawatan Demi Keluarga Tercinta

User Generated Content For Marketing

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian

Saat Dunia Bergelap Lebih Enam Minit

Resipi Orang Dulu Dulu Lempeng Pisang Nostalgia Yang Sedap Mudah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sanah Helwah Abang Sayang

How Being Shy Is Hurting You

Moments You Missed At G Dragon S Bermensch World Tour In Malaysia Without The Huawei Pura 80 Ultra

Netflix S Culinary Class Wars Athwart Allegations Of Format Theft In China No Licensing Agreement Secured

Breakthrough Study Discovers Novel Type 1 Diabetes Variant In Africa Secures Funding Newsnation

Tun Faisal Dakwa Pn Pernah Turunkan Harga Minyak Juga Tanpa Berjanji Dalam Manifesto