Saksi Dedahkan Ahmad Zahid Tidak Pernah Serah Dokumen Agm Laporan Audit


Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Yayasan Akalbudi milik bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah menfailkan laporan mesyuarat tahunan (AGM) dan laporan audit tahunan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak penubuhannya pada 1997.
Setiausaha syarikat Yayasan Akalbudi, Mahinder Kaur Teja Singh, 64, mendedahkan bahawa Ahmad Zahid telah memintanya mengemas kini dokumen Yayasan Akalbudi kerana beliau (Ahmad Zahid) mengetahui sejak penubuhannya, Yayasan tidak pernah mengemukakan dokumen itu kepada SSM.

Loading… Membacakan penyataan saksinya, Mahinder berkata beliau tidak boleh mengemas kini dokumen Yayasan Akalbudi kerana beliau tidak diserahkan dokumen-dokumen yang lengkap.
Saksi pendakwaan ke-28 itu berkata beliau mengenali Ahmad Zahid pada 1989 dan pada 1993 beliau dilantik sebagai setiausaha syarikat Measurement Sdn Bhd yang dimiliki Ahmad Zahid, seterusnya sebagai setiausaha syarikat Yayasan Akalbudi pada 2012.
“Pada tahun 2003 Ahmad Zahid ada meminta saya untuk mengemas kini dokumen Yayasan Akalbudi. Dari tahun 2003 hingga 2011 saya tidak boleh mengemas kini dokumen Yayasan Akalbudi kerana saya tidak diserahkan dokumen-dokumen yang lengkap,” katanya pada hari ke-14 perbicaraan kes Ahmad Zahid yang berdepan 47 pertuduhan melibatkan dana Yayasan Akalbudi berjumlah jutaan ringgit.
Mahinder berkata beliau telah beberapa kali memaklumkan kepada bekas timbalan perdana menteri itu bahawa dokumen berkenaan perlu difailkan kepada SSM untuk dikemas kini.
“Beliau (Ahmad Zahid) memaklumkan kepada saya bahawa beliau akan memberi dokumen berkenaan bagi tujuan itu, namun sehingga kini saya masih belum menerimanya untuk saya kemas kini dokumen Yayasan Akalbudi dengan SSM,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt.
Mahinder berkata dalam pengetahuannya sejak memegang jawatan itu pada 2012, Yayasan Akalbudi juga tidak pernah mengadakan mesyuarat antara Lembaga Pemegang Amanah, AGM dan tidak ada membuat audit ke atas akaun-akaun miliknya.
“Sepanjang saya dilantik sebagai setiausaha syarikat Yayasan Akalbudi, saya juga tidak pernah dimaklumkan dengan aktiviti-aktiviti Yayasan Akalbudi, laporan kewangan tidak pernah dibentangkan kepada saya untuk difailkan ke SSM dan tidak ada menghantar laporan audit kepada pihak SSM,” katanya.
Mahinder menjelaskan di bawah Akta Syarikat 1965, sesebuah syarikat harus mengadakan AGM pertama dalam masa 18 bulan selepas didaftarkan manakala AGM berikut hendaklah diadakan dalam masa 15 bulan daripada AGM sebelum itu.
Katanya, di bawah akta itu sesebuah syarikat harus menghantar laporan audit kepada SSM dalam masa 30 hari selepas AGM diadakan.
Mahinder berkata, alamat berdaftar yayasan itu adalah seperti yang terdapat dalam ‘maklumat syarikat SSM Yayasan Akalbudi’, bagaimanapun beliau tidak mengetahui sama ada alamat itu wujud atau tidak.
Saksi itu juga memberitahu bahawa beliau tidak menerima sebarang pertanyaan daripada SSM berhubung Yayasan itu.
Ditanya Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairi bagaimana cara Ahmad Zahid memberi arahan kepadanya, Mahinder menjawab “menerusi panggilan telefon dan jumpa di pejabat beliau (Ahmad Zahid) “.
Ahmad Zahid, 67, menghadapi 47 pertuduhan, dengan 12 daripadanya bagi pecah amanah (CBT), lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
– Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2020/02/saksi-dedahkan-ahmad-zahid-tidak-pernah-serah-dokumen-agm-laporan-audit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Tidak Serah Dokumen Agm Audit Untuk Dikemas Kini

Zahid Tidak Serah Dokumen Agm Audit Untuk Dikemas Kini

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 308 hits
KUALA LUMPUR 12 FEB Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Yayasan Akalbudi milik bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah menfailkan laporan mesyuarat dan laporan audit secara tahunan kepada Suruhanjaya Sya...
Saksi Rm 31 Juta Dana Akalbudi Dikeluar Melalui Kiriman Wang Cek Ditandatangani Zahid

Saksi Rm 31 Juta Dana Akalbudi Dikeluar Melalui Kiriman Wang Cek Ditandatangani Zahid

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 324 hits
3 30 petang KES ZAHID Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan Yayasan Akal Budi yang dipengerusikan bekas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi membuat pembayaran berjumlah RM 31 082 732 57 atas pelbagai tujuan Perkara itu d...
Yayasan Akalbudi Never Submit Agm Audit Reports To Ssm Court Told

Yayasan Akalbudi Never Submit Agm Audit Reports To Ssm Court Told

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 245 hits
KUALA LUMPUR The High Court here was yesterday told that Yayasan Akalbudi founded by former deputy prime minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi had never submitted its annual general meeting and audit reports to the Malaysian Companies C...
Balai Tak Pernah Bincang Untuk Turunkan Karya Kata Ahmad Fuad

Balai Tak Pernah Bincang Untuk Turunkan Karya Kata Ahmad Fuad

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 246 hits
Balai tak pernah bincang untuk turunkan karya kata Ahmad Fuad Dikemas kini 23 minit yang lalu Diterbitkan pada 12 Feb 2020 2
Lelaki Bersenjata Iringi Saksi Serah 2 Beg Kepada Rizal Mansor

Lelaki Bersenjata Iringi Saksi Serah 2 Beg Kepada Rizal Mansor

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 270 hits
Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau telah diiringi seorang lelaki Melayu berjaket gelap dan bersenjata api sebelum dua bagasi berat berwarna hitam diserahkan kepada bekas pembantu Datin Seri Rosm...
Zahid Tandatangan 51 Cek Yayasan Akalbudi Berjumlah Rm31 Juta Saksi

Zahid Tandatangan 51 Cek Yayasan Akalbudi Berjumlah Rm31 Juta Saksi

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 251 hits
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menandatangani 51 keping cek berjumlah RM31 juta milik Yayasan Akalbudi yang digunakan untuk membuat beberapa pembayaran termasuk kegunaan peribadi Pengurus...
Wakil Who Bimbang Laporan Kes Libatkan Mangsa Tidak Pernah Bekunjung Ke China

Wakil Who Bimbang Laporan Kes Libatkan Mangsa Tidak Pernah Bekunjung Ke China

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 261 hits
Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata penularan wabak koronavirus di beberapa negara di serata dunia setakat ini mungkin hanyalah permulaan Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam tweet miliknya berkata timbul kebimbangan mengena...
Kalau Anak Pernah Tangguh Vaksin Tolong Bagitahu Doktor Tak Semua Ada Kepakaran Merawat Pesakit Tersebut

Kalau Anak Pernah Tangguh Vaksin Tolong Bagitahu Doktor Tak Semua Ada Kepakaran Merawat Pesakit Tersebut

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 497 hits
Sesetengah ibu bapa sangat memandang rendah terhadap vaksinasi terhadap anak mereka Apa yang kebanyakan mereka tidak tahu adalah tanpa vaksin anak mereka akan lebih mudah dijangkiti pelbagai penyakit berbahaya yang boleh membawa maut sepert...
Pondok Abuya

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga

5 Pulau Terbaik Untuk Percutian Keluarga Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine