Zahid Tidak Serah Dokumen Agm Audit Untuk Dikemas Kini


KUALA LUMPUR, 12 FEB: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, Yayasan Akalbudi milik bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah menfailkan laporan mesyuarat (AGM) dan laporan audit secara tahunan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak penubuhan pada 1997.
Setiausaha syarikat Yayasan Akalbudi, Mahinder Kaur Teja Singh, 64, mendedahkan bahawa Ahmad Zahid telah memintanya mengemas kini dokumen Yayasan Akalbudi kerana beliau (Ahmad Zahid) mengetahui sejak penubuhannya, Yayasan tidak pernah mengemukakan dokumen itu kepada SSM.
Membacakan penyataan saksinya, Mahinder berkata beliau tidak boleh mengemas kini dokumen Yayasan Akalbudi kerana beliau tidak diserahkan dokumen-dokumen yang lengkap.
Saksi pendakwaan ke-28 itu berkata beliau mengenali Ahmad Zahid pada 1989 dan pada 1993 beliau dilantik sebagai setiausaha syarikat Measurement Sdn Bhd yang dimiliki Ahmad Zahid, seterusnya sebagai setiausaha syarikat Yayasan Akalbudi pada 2012.
“Pada tahun 2003 Ahmad Zahid ada meminta saya untuk mengemas kini dokumen Yayasan Akalbudi. Dari tahun 2003 hingga 2011 saya tidak boleh mengemas kini kerana saya tidak diserahkan dokumen-dokumen yang lengkap,” katanya pada hari ke-14 perbicaraan kes Ahmad Zahid yang berdepan 47 pertuduhan melibatkan dana Yayasan Akalbudi berjumlah jutaan ringgit.
Mahinder berkata beliau telah beberapa kali memaklumkan kepada bekas timbalan perdana menteri itu bahawa dokumen berkenaan perlu difailkan kepada SSM untuk dikemas kini.
“Beliau (Ahmad Zahid) memaklumkan kepada saya bahawa beliau akan memberi dokumen bagi tujuan itu, namun sehingga kini saya belum menerimanya untuk dikemas kini dokumen Yayasan Akalbudi dengan SSM,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lee Keng Fatt.
Mahinder berkata dalam pengetahuannya sejak memegang jawatan itu pada 2012, Yayasan Akalbudi juga tidak pernah mengadakan mesyuarat antara Lembaga Pemegang Amanah, AGM dan tidak ada membuat audit ke atas akaun-akaun miliknya.
“Sepanjang saya dilantik sebagai setiausaha syarikat Yayasan Akalbudi, saya juga tidak pernah dimaklumkan mengenai aktiviti-aktiviti Yayasan Akalbudi, laporan kewangan tidak pernah dibentangkan kepada saya untuk difailkan ke SSM dan tidak ada menghantar laporan audit kepada pihak SSM,” katanya.
Mahinder menjelaskan di bawah Akta Syarikat 1965, sesebuah syarikat harus mengadakan AGM pertama dalam masa 18 bulan selepas didaftarkan manakala AGM berikut hendaklah diadakan dalam masa 15 bulan daripada AGM sebelum itu.
Katanya, di bawah akta itu sesebuah syarikat harus menghantar laporan audit kepada SSM dalam masa 30 hari selepas AGM diadakan.
Mahinder berkata, alamat berdaftar yayasan itu adalah seperti yang terdapat dalam ‘maklumat syarikat SSM Yayasan Akalbudi’, bagaimanapun beliau tidak mengetahui sama ada alamat itu wujud atau tidak.
Saksi itu juga memberitahu bahawa beliau tidak menerima sebarang pertanyaan daripada SSM berhubung Yayasan itu.
Ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazilee Abdul Khairi bagaimana cara Ahmad Zahid memberi arahan kepadanya, Mahinder menjawab “menerusi panggilan telefon dan jumpa di pejabat beliau (Ahmad Zahid) “.
Ahmad Zahid, 67, menghadapi 47 pertuduhan, dengan 12 daripadanya melakukan pecah amanah, lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/02/zahid-tidak-serah-dokumen-agm-audit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saksi Dedahkan Ahmad Zahid Tidak Pernah Serah Dokumen Agm Laporan Audit

Saksi Dedahkan Ahmad Zahid Tidak Pernah Serah Dokumen Agm Laporan Audit

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 163 hits
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Yayasan Akalbudi milik bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah menfailkan laporan mesyuarat tahunan dan laporan audit tahunan kepada Suruhanjaya Syarikat Malays...
Yayasan Akalbudi Never Submit Agm Audit Reports To Ssm Court Told

Yayasan Akalbudi Never Submit Agm Audit Reports To Ssm Court Told

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 181 hits
KUALA LUMPUR The High Court here was yesterday told that Yayasan Akalbudi founded by former deputy prime minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi had never submitted its annual general meeting and audit reports to the Malaysian Companies C...
Kes Yth Sedang Disiasat Kini

Kes Yth Sedang Disiasat Kini

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 249 hits
YTH ditubuh pada tahun 2016 Dakwaan salahlaku berlaku tahun 2017 dan laporan polis dibuat pengurusan baru TH tahun 2018 30 November 2018 TH buat 2 laporan polis terhadap Abdul Azeez dua bekas CEO Ismee Ismail dan Johan Abdullah sertapenguru...
Angka Kematian Akibat Koronavirus Kini Cecah 1 000

Angka Kematian Akibat Koronavirus Kini Cecah 1 000

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 194 hits
MALAYSIAKINI Angka korban akibat novel koronavirus atau 2019 nCoV kini mencecah lebih 1 000 apabila wilayah Hubei yang menjadi tempat virus itu mula menular mencatatkan 103 kematian pada Isnin Menurut Reuters hari ini angka kematian itu mer...
Tanpa Lelah Menghiburkan Peminat Kini Pemergian Abam Ditangisi

Tanpa Lelah Menghiburkan Peminat Kini Pemergian Abam Ditangisi

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 319 hits
Jenazah Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan di sembahyangkan di Masjid Gombak Utara Selangor foto IQBAL BASRI GOMBAK Hujan renyai sebaik sahaja jenazah pelawak popular Abam Bocey atau nama sebenar...
Brownies Monster Kini Dengan Nama Baru Monstr

Brownies Monster Kini Dengan Nama Baru Monstr

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 445 hits
Apabila perniagaan semakin maju sudah tiba masanya untuk melakukan penambahbaikan dari segi jenama dan tanda dagangan Inilah situasi yang dilalui oleh jenama brownies terkenal iaitu
Terima Kasih Abam Kitabaikramaisayang Kini Jadi Trending Di Media Sosial

Terima Kasih Abam Kitabaikramaisayang Kini Jadi Trending Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 284 hits
Masuk hari kedua pemergian pelawak terkenal Abam nbsp Bocey atau nama penuhnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan kehilangannya masih lagi terkesan di jiwa ramai Terkini ucapan atau hashtag yang selalu digunakan arwah iaitu kitabaikramaisa...
Samsung Galaxy Buds Kini Rasmi Dengan Bateri Yang Bertahan Sehingga 11 Jam

Samsung Galaxy Buds Kini Rasmi Dengan Bateri Yang Bertahan Sehingga 11 Jam

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 296 hits
https ift tt 2HdEzaN Samsung Galaxy Buds telah dilancarkan secara rasmi bersama dengan Galaxy Z Flip dan Galaxy S20 hari ini Dengan generasi kedua Samsung membawakan beberapa penambahbaikan yang pastinya menggembirakan pengguna Buds Pertama...
Wabak Novel Koronavirus Kini Mempunyai Nama Rasmi Covid 19

Wabak Novel Koronavirus Kini Mempunyai Nama Rasmi Covid 19

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 316 hits
https ift tt 31YDnkT Wabak koronavirus yang kini sedang menular dengan bahaya dari negara China mempunyai nama rasmi yang diberikan oleh pihak World Health Organization iaitu COVID 19 Menurut Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus Ketua Pengarah WHO...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Cerita Foto Sepanjang Minggu



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Jakim Sets Up Special Hotline To Channel Complaints Regarding Insults To Islam

Targeted Tourist Arrival Figures Mostly Hits Or Misses

6 Bulan Sudah Berlalu

Kenapa Media Takut Sebut Gomo Kini Rapat Dengan Mahathir