Saksi Rm 31 Juta Dana Akalbudi Dikeluar Melalui Kiriman Wang Cek Ditandatangani Zahid




3:30 petang (Dikemaskini 3:35 petang)

*KES ZAHID*

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan Yayasan Akal Budi yang dipengerusikan bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, membuat pembayaran berjumlah RM 31,082,732.57 atas pelbagai tujuan.

Perkara itu dimaklumkan Pengurus Cawangan Affin Bank ,Cawangan Jalan Bunus, Kuala Lumpur, S Rajen Taran.

Dia menyatakan perkara itu sambil merujuk pernyataan bertulis saksinya, ketika pemeriksaan utama oleh DPP Lee Keng Fatt.

Jumlah tersebut kira-kira sama dengan nilai dakwaan yang didakwa diselewengkan Zahid oleh pihak pendakwaan dalam perbicaraan ini.

Rajen berkata, pembayaran dengan jumlah itu setelah meneliti rekod cek, kiriman wang dan penyata kewangan milik Yayasan Akalbudi antara Januari 2014 hingga November 2016.

Menurutnya, transaksi itu melibatkan kiriman wang berjumlah RM 17,953,185.21 kepada firma guaman Messrs Lewis & Co menerusi cek jurubank, dan 50 keping cek bernilai RM 13,129,547.36 dari akaun yayasan itu, yang menurutnya memiliki "tandangan sah Ahmad Zahid".

Katanya, cek-cek tersebut antara lain melibatkan RM 1,300,630.82 yang dibayar kepada "Amislamic Bank Card Services for Ahmad Zahid Hamidi” dan RM 61,406.99 yang dibayar kepada “Maybankard Centre for Ahmad Zahid Hamidi”.

Selain itu, kata Rajesh lagi, cek-cek tersebut juga digunakan untuk membayar RM 107,509.55 kepada Ahmad Izhan Abdul Rashid (ejen insurans Allianz General Insurance yang menguruskan pembayaran polisi insurans dan cukai jalan Zahid), RM 360,000 kepada TS Consultancy & Resouces, RM 1,300,000 kepada Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia dan RM 10,000,000 kepada Armada Holdings Sdn Bhd.

Rajen merupakan saksi pendakwaan ke-27 bagi perbicaraan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram terhadap Ahmad Zahid.

Selain pengerusi, dia juga pengasas, pemegang amanah dan penandatangan tunggal bagi Yayasan Akalbudi.

Ketika perbicaraan sebelum ini, pada tahun lalu, semua transaksi melibatkan RM 31 juta ini telah dibangkitkan oleh saks-saksi lain, antaranya pegawai Maybank dan Ambank, Ahmad Izhan, serta saksi daripada TS Consultancy, Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia dan Armada Holdings.

Dalam pernyataan pembukaan, pihak pendakwaan mendakwa RM 31 juta dana milik yayasan itu langsung tidak disalurkan kepada golongan miskin dan memerlukan semasa Zahid menjadi pemegang amanah, bertentangan dengan tujuan penubuhannya.

Sebaliknya, melalui jejak aliran tunai yang dibentangkan kepada mahkamah, pihak pendakwaan mendakwa, dan akan cuba membuktikan dalam perbicaraan, bahawa jumlah besar milik yayasan itu digunakan untuk, antara lain, membayar bil kad kredit peribadi, membeli polisi insurans kenderaan bermotor dan menjelaskan cukai jalan untuk kenderaan milik peribadi.

Perbicaraan yang masuk hari ke-13 hari ini dilakukan di hadapan Hakim Collin Lawrence.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/02/saksi-rm-31-juta-dana-akalbudi-dikeluar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Tandatangan 51 Cek Yayasan Akalbudi Berjumlah Rm31 Juta Saksi

Zahid Tandatangan 51 Cek Yayasan Akalbudi Berjumlah Rm31 Juta Saksi

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 255 hits
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menandatangani 51 keping cek berjumlah RM31 juta milik Yayasan Akalbudi yang digunakan untuk membuat beberapa pembayaran termasuk kegunaan peribadi Pengurus...
16 Cek Yayasan Akalbudi Mempunyai Tandatangan Zahid Ahli Kimia

16 Cek Yayasan Akalbudi Mempunyai Tandatangan Zahid Ahli Kimia

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 300 hits
Seorang ahli kimia hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa 16 cek milik Yayasan Akalbudi yang digunakan untuk membuat beberapa pembayaran termasuk kegunaan peribadi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempunyai tandatangan bekas Ti...
Belum Temukan Unsur Penipuan Sunda Empire Polda Jabar Cek Klaim Usd500 Juta Di Swiss

Belum Temukan Unsur Penipuan Sunda Empire Polda Jabar Cek Klaim Usd500 Juta Di Swiss

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 198 hits
Penyidik Polda Jabar belum menemukan unsur penipuan yang dilakukan para petinggi Sunda Empire yang sudah ditetapkan tersangka Para anggotanya bergabung karena tergiur janji pencairan deposito di Bank Swiss
Hadiah Wang Tunai Berjumlah Rm105 000 Untuk Dimenangi Melalui Pertandingan Video Kreatif

Hadiah Wang Tunai Berjumlah Rm105 000 Untuk Dimenangi Melalui Pertandingan Video Kreatif

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 320 hits
Assalammualaikum dan salam sejahtera Kami mencari anda yang berjiwa patriotik untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM105 00 melalui pertandingan video kreatif Ekspresi Menjiwai Rukun Negara Pertandingan bermula 20 Februari sehingga 1...
Pendakwa Mohon Gantung Perintah Kembalikan Wang Rm194 Juta Kepada Umno Mca

Pendakwa Mohon Gantung Perintah Kembalikan Wang Rm194 Juta Kepada Umno Mca

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 248 hits
KUALA LUMPUR 17 FEB Pihak pendakwaan memohon untuk menggantung pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi supaya wang RM194 juta yang disita daripada UMNO Wanita MCA dan dua syarikat dikembalikan kepada keempat empat entiti itu Wang yang disita S...
Saksi Dedahkan Ahmad Zahid Tidak Pernah Serah Dokumen Agm Laporan Audit

Saksi Dedahkan Ahmad Zahid Tidak Pernah Serah Dokumen Agm Laporan Audit

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 220 hits
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Yayasan Akalbudi milik bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah menfailkan laporan mesyuarat tahunan dan laporan audit tahunan kepada Suruhanjaya Syarikat Malays...
Almarhum Raja Abdullah Minta Wang Beliau Dimasukkan Ke Akaun Najib Saksi Src

Almarhum Raja Abdullah Minta Wang Beliau Dimasukkan Ke Akaun Najib Saksi Src

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 312 hits
KUALA LUMPUR Ketika ditanya oleh Sithambaram DS Anifah Aman tidak mampu mengingati dengan baik tarikh mesyuarat dengan kerajaan Saudi yang berlaku kita kira 10 tahun lalu Tetapi beliau mengakui mesyuarat yang dinyatakan oleh saksi saksi seb...
Kini 1 523 Nyawa Diragut Hingga Wang Kertas Pun Di Kuarantin Di China

Kini 1 523 Nyawa Diragut Hingga Wang Kertas Pun Di Kuarantin Di China

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 405 hits
Cahaya ultraungu atau suhu tinggi digunakan untuk pembasmian kuman pada wang kertas Yuan sebelum diasingkan Foto AgensiChina mula asing kuarantin wang kertasBEIJING China kini membasmi dan mengasingkan wang kertas sudah digunakan sebagai se...
Security Alert Verify Your Metamask Account

Enticing Aroma Of Nasi Lemak Curious Tourists Flock To Sabah S Car Boot Stall

Not All Bail Bonds Are Equal What Makes Rocket Bail Bonds The Smart Choice In Sd

A Beautifully Refreshing Perspective On Proded888

Elite World Ku Adas By Ye Im Kozanl Architecture A Refined Coastal Retreat

Unearthing Derinkuyu The Ancient Underground City Of Cappadocia

Masa Yang Terhad Sebagai Ibu Dan Ghostwriter 2025

Andansura Kekalahan Tiga Adun Pada Pemilihan Pkr Beri Kelebihan Pn Bentuk Kerajaan Selepas Pru 16


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Forgotten Empire Of Axum Africa S Ancient Powerhouse

When Did An Editorial Mistake Become A Crime

Modern Living In Moscow By Ariana Ahmad A Fusion Of Art And Function

Beige Apartment In Yekaterinburg By Alexander Tischler A Tranquil Customizable Space

Let Penang Be Your Platform Chow Pitches State As Asean Education Hub With Focus On Ai Green Tech And Chip Design

Sabah Pkr Chief Retains Division Post Predecessor Liew Shown The Door