Lelaki Bersenjata Iringi Saksi Serah 2 Beg Kepada Rizal Mansor


Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau telah diiringi seorang ‘lelaki Melayu’ berjaket gelap dan bersenjata api sebelum dua bagasi berat berwarna hitam diserahkan kepada bekas pembantu Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor, pada penghujung tahun 2016.

Loading… Shamsul Rizal Sharbini, 42, yang merupakan bekas pemandu Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin, berkata kejadian itu berlaku di luar Maybank di Jalan Tunku sebelum dia membawa majikannya ke Pavilion Mall untuk bertemu dengan Rizal.
Saksi pendakwaan keempat itu berkata Saidi dan rakannya, Razak Othman, masing-masing membawa sebuah bagasi serta meletakkan kedua-duanya di bahagian bonet kereta.
“Secara tiba-tiba, seorang lelaki Melayu berjaket gelap telah masuk di bahagian belakang (kereta) dan duduk di sebelah Razak. Saya tidak kenal lelaki itu tetapi beliau kelihatan seperti anggota polis kerana beliau bersenjata api (pistol),” katanya pada hari kedua perbicaraan kes rasuah yang dihadapi Rosmah berhubung projek solar hibrid.
Membacakan penyataan saksinya, Shamsul Rizal berkata apabila tiba di lobi sebuah bangunan bersebelahan Pavilion Mall, Saidi mengarahkan dia untuk mengeluarkan kedua-dua bagasi tersebut.
“Saya terpaksa mengangkat beg itu satu persatu kerana beg tersebut agak berat dan saya tidak berdaya untuk mengangkat kedua-duanya sekali gus. Semasa saya membawa kedua-dua beg tersebut, saya nampak Rizal berdiri di lobi bangunan tersebut.
“Kemudian Saidi dan Razak telah mengambil beg tersebut sambil diiringi lelaki Melayu tidak tahu ke mana kerana saya telah keluar untuk mengalihkan kenderaan.
“Tidak sampai setengah jam kemudian, Saidi telah menghubungi dan mengarahkan saya untuk mengambil beliau di tempat mereka diturunkan tadi. Apabila tiba di situ, saya nampak dua beg itu dimasukkan ke dalam kereta jenis Vellfire yang berada di situ,” katanya.
Saksi itu juga berkata ketika beredar dari tempat berkenaan, hanya Saidi dan Razak sahaja yang menaiki kenderaan yang dipandunya.
“Semasa dalam kereta, Saidi ada membuat lawak dengan berkata: “Entah siapa yang masuk ke dalam kereta aku pun tidak tahu.

“Kalau dia bunuh kita macam mana?” Razak hanya ketawa apabila mendengar kata-kata Saidi itu,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam.
Terdahulu, saksi itu memberitahu dua bagasi tersebut dibeli oleh Saidi dan Razak di Pertama Kompleks di Kuala Lumpur pada penghujung tahun 2016.
Rosmah, 68, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Saidi menerusi Rizal.
Wang itu sebagai upah kerana membantu syarikat berkenaan mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Rosmah didakwa melakukan perbuatan itu di tiga tempat berasingan iaitu Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini dan di Kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 Sept 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung Isnin depan.
– Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2020/02/lelaki-bersenjata-iringi-saksi-serah-2-beg-kepada-rizal-mansor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saksi Dedahkan Ahmad Zahid Tidak Pernah Serah Dokumen Agm Laporan Audit

Saksi Dedahkan Ahmad Zahid Tidak Pernah Serah Dokumen Agm Laporan Audit

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 164 hits
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Yayasan Akalbudi milik bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah menfailkan laporan mesyuarat tahunan dan laporan audit tahunan kepada Suruhanjaya Syarikat Malays...
Tarikh Serah Kuasa Sepatutnya Ditetapkan Sebaik Saja Anwar Menang Di Pd

Tarikh Serah Kuasa Sepatutnya Ditetapkan Sebaik Saja Anwar Menang Di Pd

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 248 hits
Jika kerajaan selamatkan diri Pakatan Nasional yang diperbualkan kebelakangan ini akhirnya benar menjadi kenyataan sebab utama ia boleh berlaku ialah kerana gagalnya PH menetapkan tarikh peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada ...
Kerajaan Baru Petanda Tun M Takkan Serah Kuasa Pada Anwar

Kerajaan Baru Petanda Tun M Takkan Serah Kuasa Pada Anwar

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 297 hits
Oleh Siti Fatimah Ishak Tuduhan Lokman berat Zahid dan Hishamuddin patut beri penjelasanBANGI Pembentukan kerajaan baharu yang lebih cekap dan berwibawa wajib disegerakan sekiranya kerajaan dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad merasakan mereka ...
Ph Boleh Segerakan Pecat Tun Jika Enggan Serah Kuasa Pada Anwar Atau Buat Usul Undi Tidak Percaya Di Parlimen

Ph Boleh Segerakan Pecat Tun Jika Enggan Serah Kuasa Pada Anwar Atau Buat Usul Undi Tidak Percaya Di Parlimen

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 389 hits
Isu peralihan kuasa isu PPSMI isu Azmin dan banyak lagi isu yang berkaitan Tun boleh dijadikan alasan kepada PH untuk tendang keluar BERSATU sekaligus pecat Tun Anwar boleh jadi PM Lim Kit Siang Timbalan Perdana Menteri Kalau setakat desak ...
Umum Tarikh Serah Kuasa Henti Pn

Umum Tarikh Serah Kuasa Henti Pn

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 186 hits
Mohd Sayuti Omar Pergolakan politik Malaysia seakan tidak akan berakhir selagi Anwar Ibrahim tidak jadi perdana menteri Ia macam musim banjir penghujung tahun laut akan tetap bergelora selagi musim tenkujuh tidak berakhir Sepanjang tengkuju...
Selepas Pakatan Nasional Gagal Inilah Kesempatan Terbaik Majlis Presiden Tetapkan Tarikh Serah Kuasa

Selepas Pakatan Nasional Gagal Inilah Kesempatan Terbaik Majlis Presiden Tetapkan Tarikh Serah Kuasa

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 368 hits
Sebagaimana yang dijangka hasrat UMNO untuk membentuk kerjasama dengan Tun Mahathir Mohamad yang turut disertai Pas dalam sebuah gabungan baru yang dinamakan Pakatan Nasional akhirnya sah telah menemui kegagalan Perkara itu yang sepatutnya ...
Saya Akan Bersara Jika Tun Mahathir Tidak Serah Jawatan Kepada Anwar Lim Kit Siang

Saya Akan Bersara Jika Tun Mahathir Tidak Serah Jawatan Kepada Anwar Lim Kit Siang

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 372 hits
Veteran DAP Lim Kit Siang sanggup mempertaruhkan kerjaya politiknya sekiranya janji Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyerahkan jawatannya kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ditunaikan Beliau bagaimanapun yakin...
Dr Maza Persoal Janji Serah Jawatan Pm

Dr Maza Persoal Janji Serah Jawatan Pm

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 234 hits
BERITAKetika hangat isu peralihan kuasa jawatan perdana menteri dibincangkan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkias mengenai seseorang yang berjanji menyerahkan sesuatu yang bukan miliknya kepada orang lain Menerusi hantaran di Fac...
Nama Tun M Rosak Jika Tak Serah Pm Pada Anwar Kata Ahli Dap Perak

Nama Tun M Rosak Jika Tak Serah Pm Pada Anwar Kata Ahli Dap Perak

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 269 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad akan merosakkan namanya sendiri seandainya tidak menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik November ini Ahli Jawatankuasa DAP Perak Dat...
Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands

Siri Iqoo Z9 Yang Dikuasakan Oleh Snapdragon 7 Gen 3 Kini Dilancarkan Di Malaysia

Uitm Ijn Gave Assurance On Surgery Course S Diversity Say Foreign Advisers

Projek Perumahan Lumira Di Eka Heights Menawarkan Sentuhan Moden Dan Tema Reka Bentuk Avant Garde

Hantar Anak Ke Sekolah Tidak Pakai Topi Keledar

Shanghai Dim Sum Dan Big Bowl Noodles Di Dorsett Grand Subang

Zim Zim Ala Kazim

Simpan Duit Kertas Rm5



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Lumira Eka Heights Menawarkan Kediaman Selesa Dengan Sentuhan Moden

Terokai Kehidupan Moden Di Eka Heights Memperkenalkan Lumira

Suburban Villa By Nach Zel Architekti In Prague Czech Republic

14 Tahun Solo Raja Azura Kembali Bersuami

Cops To Release Photofit Of Suspect Who Splashed Footballer With Acid

Kkb Result Shows More Malays Backing Govt Says Selangor Mb