Sakit Telinga Berdesing Gejala Punca Serta Cara Mengubatinya


Sakit telinga berdesing adalah masalah yang selalu dialami oleh semua orang tidak kira usia. Ia menimbulkan rasa ketidakselesaan bahkan boleh menyebabkan rasa sakit pada telinga.  
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan masalah sakit telinga berdesing dan cara untuk mencegahnya dari berulang.
Baca juga:
Kebas Kaki Sakit Perut Sebelah Kanan Sakit Belakang Kepala  Apa itu sakit telinga berdesing? Telinga berdesing atau lebih dikenali sebagai “tinnitus” adalah merupakan satu keadaan dimana seseorang mendengar bunyi yang asing di dalam kepala. 
Bunyi selalunya dikaitkan dengan berdesing tetapi kadang-kadang bunyi mengaum, berdetik dan sebagainya.
Menurut beberapa sumber kajian, masalah tinnitus paling kerap dialami oleh kaum lelaki dan individu yang berusia 40-70 tahun.
Gejala & simptom telinga berdesing Telinga berdesing atau tinnitus boleh terjadi di salah satu telinga mahupun kedua-dua belah telinga. Antara gejala telinga berdesing yang sering berlaku ialah:
Menyebabkan kepala sakit Boleh terjadinya vertigo  Menyebabkan pendengaran berkurangan  Ketidakseimbangan badan Sakit di bahagian dalam telinga Masalah tidur Dan lain-lain Gejala yang berlaku ini boleh terjadi dalam tempoh yang singkat, secara berterusan atau berulang-ulang. Yang pasti, ia sangat tidak selesa dan boleh menyebabkan produktiviti seseorang itu menurun. 
Walaubagaimanapun, sekiranya anda mengalami gejala-gejala yang disenaraikan di bawah, jangan abaikan kerana ia mungkin petanda masalah yang serius. 
Telinga berdesing dalam tempoh yang lama dan secara berterusan. Kemungkinan tanda awal tumor di bahagian telinga dalam atau otak Berbunyi seperti degupan jantung di salah satu telinga Makin lama makin bertambah teruk  Disertai dengan gejala-gejala lain seperti demam tinggi dan sebagainya Punca telinga berdesing Terdapat pelbagai punca terjadinya telinga berdesing. Namun, tidak semua punca tersebut dapat dikenal pasti.
Berikut adalah antara punca yang dapat dikenalpasti dan sering dialami oleh pesakit. 
1. Hilang pendengaran
Terdapat sel rambut yang kecil dan halus di telinga dalam (koklea) yang bergerak apabila telinga anda menerima gelombang bunyi. 
Pergerakan ini mencetuskan isyarat elektrik di sepanjang saraf dari telinga anda ke otak anda (saraf pendengaran). Otak anda menafsirkan isyarat ini sebagai bunyi.
Sekiranya sel rambut ini bengkok atau patah (berlaku apabila anda meningkat usia atau apabila anda kerap terdedah kepada bunyi yang kuat), ia boleh “membocorkan” impuls elektrik rawak ke otak anda, lalu menyebabkan telinga berdesing. 
2. Jangkitan telinga atau saluran telinga tersumbat
Saluran telinga boleh tersumbat sekiranya terjadi pengumpulan cecair (jangkitan telinga), tahi telinga, kotoran atau bahan asing yang lain.
Salura yang tersumbat boleh mengubah tekanan dalam telinga anda lalu menyebabkan telinga anda berdesing.
3. Kecederaan kepala atau leher
Trauma kepada kepala atau leher boleh menjejaskan telinga, saraf pendengaran atau fungsi otak yang dikaitkan dengan pendengaran.
Kecederaan sedemikian biasanya menyebabkan tinnitus pada salah satu telinga sahaja.
4. Ubat-ubatan yang diambil
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan atau memburukkan sakit telinga berdesing.
Secara amnya, semakin tinggi dos ubat, maka akan semakin tinggi juga risiko anda terkena tinnitus.
Selalunya bunyi yang tidak diingini hilang apabila anda berhenti menggunakan ubat tersebut.
Selain itu, punca sakit telinga berdesing juga boleh disebabkan oleh beberapa penyakit.
Antaranya ialah penyakit Meniere, disfungsi tiub Eustachian, kekejangan otot di bahagian dalam telinga, gangguan sendi temporomandibular (TMJ), neuroma akustik, tumor kepala dan leher, gangguan saluran darah dan sebagainya. 
5. Terdedah kepada bunyi kuat 
Memakai earphone/headphone secara kerap dengan tempoh yang lama atau mendengar bunyi yang kuat atau terlalu lantang boleh menyebabkan telinga anda berdesing atau berdengung.
Ini juga akan menyebabkan gegendang telinga rosak. Yang terbaik, elakkan pendedahan kepada bunyi yang kuat dalam masa yang lama.
Ketika bekerja di kilang misalnya, pastikan anda memakai alat yang boleh melindungi telinga.
6. Presbikusis
Presbikusis adalah merupakan gangguan pendengaran sensorineural dan selalunya berlaku kepada individu yang berusia 65 tahun ke atas.
Ia menyebabkan kedua-dua belah telinga kehilangan pendengaran secara berperingkat sehinggakan ramai yang tidak menyedarinya di peringkat awal.
Selain itu, ia juga boleh disebabkan oleh pendedahan berulang kepada bunyi trafik jalan, kerja pembinaan, pejabat bising, peralatan yang menghasilkan bunyi bising, muzik yang kuat dan sebagainya. 
Antara simptom presbikusis adalah telinga berdengung disebabkan oleh gegendang telinga yang terjejas akibat penuaan.
7. Jangkitan dalam telinga (Otitis Media)
Sekiranya telinga berdesing dalam tempoh yang agak lama, anda boleh cuba dapatkan pemeriksaaan lebih lanjut.
Ia boleh disebabkan oleh jangkitan kuman yang menyebabkan telinga anda tersumbat bahkan boleh menyebabkan gegendang telinga anda pecah. Jangkitan ini juga dikenali sebagai Otitis Media.
Jangan biar lama-lama, dapatkan segera rawatan untuk mengelakkan kemungkinan yang lebih buruk berlaku. 
8. Masalah Pada Salur Darah
Telinga berdesing juga boleh disebabkan oleh aliran darah yang tidak selari berdekatan dengan telinga.
Keadaan ini boleh mengakibatkan komplikasi lebih teruk sehingga menyebabkan terjadinya strok/ serangan angin ahmar. 
9. Tahi telinga
Tahi telinga yang mengeras sehingga menyebabkan lubang telinga tersumbat juga boleh menjadi punca telinga anda berdesing. 
Justeru, rajin-rajinkanlah diri membersihkan telinga dengan cara yang betul bila tahi telinga mula keluar.
Elak dari mengorek telinga kerana ia justeru akan menyebabkan sakit telinga lebih teruk di kemudian hari.
10. Schwannoma Vestibular
Schwannoma Vestibular merupakan sejenis ketumbuhan yang terbentuk pada bahagian urat saraf telinga vestibular.
Ketumbuhan ini boleh menyebabkan pelbagai gejala antaranya ialah pening, kebas bahagian muka, badan tidak seimbang dan juga telinga berdengung atau tinnitus. 
Rawatan yang sesuai Selalunya masalah sakit telinga berdesing ini tidak memerlukan rawatan khusus. Ia akan hilang dengan sendirinya.
Walaubagaimanapun, sekiranya ia menimbulkan ketidakselesaan serta menyebabkan kesakitan anda perlu berjumpa doktor dengan segera. 
Dapatkan diagnosis doktor untuk mengetahui masalah sebenar yang dihadapi oleh telinga anda. 
Selain itu, anda boleh cuba beberapa petua sebagai ikhtiar untuk menghilangkan bunyi berdesing di telinga.
Caranya, telan air liur banyak kali untuk membuka kembali tiub dalam telinga anda yang tersumbat.
Anda juga boleh cuba menguap atau mengunyah sesuatu. Jangan lupa cuba tarik nafas dalam-dalam kemudian lepaskan. 
Cara mencegah sakit telinga berdesing 1. Gunakan alat pelindung pendengaran
Pendedahan kepada bunyi yang kuat boleh merosakkan saraf di telinga, menyebabkan kehilangan pendengaran dan juga tinnitus.
Oleh itu, hadkan pendedahan anda kepada bunyi yang kuat dan gunakan pelindung telinga untuk membantu melindungi pendengaran anda sekiranya perlu.
2. Kurangkan/Kecilkan Volume
Pendedahan jangka panjang kepada muzik yang dikuatkan tanpa pelindung telinga atau mendengar muzik pada volume yang sangat tinggi boleh menyebabkan kehilangan pendengaran dan tinnitus.
3. Jaga kesihatan
Amalkan gaya hidup sihat, bersenam dan amalkan pemakanan yang betul bagi membantu mencegah tinnitus yang dikaitkan dengan obesiti dan gangguan saluran darah.
Selain itu, hadkan pengambilan alkohol, kafein dan nikotin. Bahan-bahan ini, terutamanya apabila digunakan secara berlebihan, boleh menjejaskan aliran darah dan menyumbang kepada tinnitus.
Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan masalah sakit telinga berdegung ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
Tinnitus (Ringing in Ears) – Symptoms and Causes. Penn Medicine When Should I Be Concerned About Ringing In My Ears? Harvard Health

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/sakit-telinga/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sakit-telinga

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Ambil Anak Angkat Di Malaysia Serta Prosedur Ambil Anak Angkat

Cara Ambil Anak Angkat Di Malaysia Serta Prosedur Ambil Anak Angkat

papar berkaitan - pada 23/4/2024 - jumlah : 199 hits
Tahukah anda Mengambil anak angkat merupakan satu kebahagiaan buat pasangan yang belum dikurniakan zuriat dalam tempoh yang lama Anak angkat yang ingin di ambil perlulah dilakukan pendaftaran serta melalui bebrapa prosedur terlebih dahulu b...
Gejala Cerebral Palsy Pada Kanak Kanak Berumur 5 Tahun Dan Cara Diagnosis Awal

Gejala Cerebral Palsy Pada Kanak Kanak Berumur 5 Tahun Dan Cara Diagnosis Awal

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 186 hits
Gejala Cerebral Palsy pada Kanak kanak Berumur 5 tahun dan Cara Diagnosis Awal 5 Pernahkah anda mendengar mengenai cerebral palsy pada bayi atau Cerebral palsy adalah disebabkan oleh kecedaraan otak yang berlaku pada kanak kanak 5 tahun ke ...
Cara Atasi Rambut Gugur Dengan Mudah

Cara Atasi Rambut Gugur Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 237 hits
Cara Mengatasi Rambut Gugur Rambut gugur adalahyang dialami oleh banyak orang di seluruh dunia Hal ini berlaku disebabkan pelbagai faktor Dalam perkongsian artikel pada hari ini saya akan membahas lebih lanjut tentang faktor rambut gugur da...
Begini Cara Arif Memasukkan Jenazah Rini Mariany Ke Dalam Koper

Begini Cara Arif Memasukkan Jenazah Rini Mariany Ke Dalam Koper

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 161 hits
Koper di beli dengan menggunakan uang perusahaan yang dipegang korban
Cara Putihkan Kulit Dengan Mudah Dan Cepat

Cara Putihkan Kulit Dengan Mudah Dan Cepat

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 146 hits
Tahukah anda terdapat banyak cara untuk putihkan kulit kerana mempunyai kulit yang putih bersih dan bersinar sereta bebas daripada sebarang jerawat atau jeragat merupakan impian semua orang khususnya golongan remaja perempuan dan wanita Nam...
Cara Pelaku Jebak Adiknya Untuk Buang Koper Berisi Mayat Di Bekasi

Cara Pelaku Jebak Adiknya Untuk Buang Koper Berisi Mayat Di Bekasi

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 175 hits
Pasca kejadian AT lantas melarikan diri sementara Arif kabur ke rumah istrinya yang ada di Palembang
Cara Memasarkan Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 291 hits
Tahukah anda sebanyak 8100 carian bagi kata kunci homestay dibuat setiap bulan Ada ketikanya permintaan carian ini boleh mencecah 18000 carian Ini menunjukkan bahawa homestay adalah satu perniagaan yang sentiasa mendapat permintaan Untuk it...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir