Gejala Cerebral Palsy Pada Kanak Kanak Berumur 5 Tahun Dan Cara Diagnosis Awal


Gejala Cerebral Palsy (Palsi Serebrum) pada Kanak-kanak Berumur 5 tahun dan Cara Diagnosis Awal 5 Pernahkah anda mendengar mengenai cerebral palsy pada bayi atau kanak-kanak? Cerebral palsy adalah disebabkan oleh kecedaraan otak yang berlaku pada kanak-kanak 5 tahun ke bawah. Bayi pra-matang adalah berisiko tinggi mengalami cerebral palsy. Jika anak anda mempunyai gejala cerebral palsy, anda perlu rujuk pada doktor pakar dan dapatkan rawatan awal, kerana cerebral palsy boleh menyebabkan kecacatan seumur hidup. Artikel ini menerangkan apakah itu cerebral palsy, gejala-gejala, kaedah pengesanan dan rawatan cerebral palsy.
Apakah itu Cerebral Palsy? Cerebral palsy adalah gangguan kebolehan mengawal kedudukan, keseimbangan dan pengaktifan badan disebabkan kerosakan pada otak yang sedang berkembang. Penyebab cerebral palsy adalah kelainan otak atau kerosakan pada bahagian otak yang mengawal pergerakan dan ini boleh berlaku sebelum, semasa atau selepas kelahiran. Secara statistiknya, cerebral palsy terjadi pada 1-2 orang bayi daripada 1,000 bayi. Bagaimanapun, lebih 10 kali ganda terjadi pada bayi yang lahir pramatang dan juga sering terjadi pada bayi yang tidak cukup berat badan semasa lahir.
Gejala Cerebral Palsy (Palsi Serebrum) pada Kanak-kanak Berumur 5 tahun dan Cara Diagnosis Awal 6 Punca-punca Cerebral Palsy Celebral palsy terjadi pada kanak-kanak yang kurang daripada 5 tahun dan berlaku semasa beberapa kategori berikut.
1. Bayi masih berada dalam kandungan2. Proses persalinan berlangsung3. Bayi baru lahir4. Kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun. Penyebab utama cerebral palsy adalah tidak diketahui. Antara 10-15% terjadi akibat cedera lahir dan kekurangan aliran darah ke otak sebelum, semasa dan setelah kelahiran bayi. Antara penyebab kecedaraan otak adalah;
Kadar bilirubin yang tinggi di dalam darah, biasa menyebabkan kernikterus dan kerosakan otak Penyakit serius pada tahun pertama kehidupan bayi (misalnya ensefalitis, meningitis, sepsis, trauma dan dehidrasi berat) Bayi pramatang berisiko tinggi kerana saluran darah ke otak belum berkembang secara sempurna dan mudah mengalami perdarahan dan tidak dapat mengalirkan oksigen dalam jumlah yang cukup ke otak. Gejala Cerebral Palsy (Palsi Serebrum) pada Kanak-kanak Berumur 5 tahun dan Cara Diagnosis Awal 7 Gejala Cerebral Palsy Gejala cerebral palsy pada bayi atau kanak-kanak bergantung kepada jenis cerebral palsy. Gejala yang berat boleh menyebabkan kanak-kanak menggunakan kerusi roda. Terdapat empat jenis cerebral palsy, iaitu;
1. Jenis Spastik (65% terbanyak):
– otot-otot menjadi tegang dan lemah
– Quadriplegia (lemah kedua tangan dan kedua kaki)
– Diplegia (lemah kedua kaki)
– Hemiplegia (lemah pada tangan dan kaki pada sebelah badan)
– Sawan/epilepsi2. Jenis Diskinetik (10% dari semua kes):
– otot tangan, kaki dan badan secara spontan bergerak perlahan, dan pergerakan tidak sempurna
– pergerakan yang kasar dan mengejang. 3. Jenis Ataksik, (5% dari semua kes):
– Kaki bergetar, langkah yang goyah dengan kedua kaki terpisah jauh
– Alami gangguan keseimbangan yang menyebabkan pergerakan kaki dan tangan tidak sempurna.4. Jenis Campuran (20% dari semua kes):
– Gejala gabungan dari jenis spastik dan diskinetik.
– Kecerdasan di bawah normal
– Gangguan menghisap atau makan
– Pernafasan yang tidak teratur
– Gangguan bercakap
– Gangguan penglihatan
– Gangguan pendengaran Cara Pengesanan Cerebral Palsy Berikut merupakan kaedah rawatan pengesanan cerebral palsy pada bayi:
Pemeriksaan pendengaran bayi (untuk mengesan masalah pendengaran) Pemeriksaan penglihatan bayi (untuk mengesan masalah penglihatan) EEG jika pesakit mengalami sawan Biopsi otot MRI atau CT scan kepala bayi untuk mengesan kelainan bentuk atau kecederaan otak Gejala Cerebral Palsy (Palsi Serebrum) pada Kanak-kanak Berumur 5 tahun dan Cara Diagnosis Awal 8 Rawatan untuk Cerebral Palsy Rawatan yang dilakukan bergantung kepada jenis gejala dan simptom cerebral palsy yang dialami oleh kanak-kanak yang sakit. Jika tidak disembuhkan, ia boleh menjadi kecacatan seumur hidup.
Rawatan Cerebral palsy1. Menggunakan jurupulih anggota seperti braces mulut2. Menggunakan alat bantu pendengaran3. Menggunakan kaca mata jika mempunyai masalah penglihatan4. Mendapat pendidikan dan sekolah khusus5. Menggunakan jurupulih dengan cara kerja pembedahan ortopedik6. Menggunakan ubat anti-kejang (untuk mengurangi tremor dan kekakuan)7. Menggunakan jurupulih bahasa untuk masalah pertuturan serta pemakanan.8. Fisioterapi atau terapi fizikal yang berterusan, dan pendidikan khas Rujukan: KKM
Soalan FAQs Berkenaan Cerebral Palsy Apakah itu cerebral palsy? Cerebral palsi adalah gangguan kebolehan mengawal kedudukan dan pengaktifan badan disebabkan kerosakan pada otak yang sedang berkembang.
Apakah golongan berisiko cerebral palsy? Bayi pra-matang dan bayi kurang 5 tahun
Apakah cara pengesanan cerebral palsy? MRI atau CT scan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2024/04/cerebral-palsy.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Gejala Awal Kanser Usus Dan Ujian Diagnosis Kanser Usus

7 Gejala Awal Kanser Usus Dan Ujian Diagnosis Kanser Usus

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 135 hits
7 Gejala Awal Kanser Usus dan Ujian Diagnosis Kanser Usus 21 Pernahkah anda dengar mengenai kanser usus dan rektum adalah salah satu satu daripada kanser yang kerap berlaku di dunia Artikel kali in menerangkan apakah itu kanser usus gejala ...
Panduan Dan Cara Atasi Sembelit Bagi Dewasa Kanak Kanak Dan Selepas Bersalin

Panduan Dan Cara Atasi Sembelit Bagi Dewasa Kanak Kanak Dan Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 392 hits
Buat anda yang mengalami masalah sembelit kami mempunyai solusi yang terbaik untuk anda Disini kami telah berkongsi panduan dan kepada anda Di negara kita sembelit juga merupakan masalah kesihatan yang sangat biasa Satu daripada lima orang ...
Kes Kanak Kanak Jatuh Sungai Sambut Birthday Awal Jadi Momen Akhir Adan Keluarga

Kes Kanak Kanak Jatuh Sungai Sambut Birthday Awal Jadi Momen Akhir Adan Keluarga

papar berkaitan - pada 3/5/2024 - jumlah : 227 hits
Kejadian malang yang menimpa seorang kanak kanak lelaki autisme berusia 5 tahun di Johor semalam sememangnya satu kejutan buat keluarganya Siapa sangka anak yang sihat dan bijak menemui ajalnya kerana lemas semasa dia terjatuh ke dalam Sung...
Kenali 10 Ciri Ciri Disleksia Pada Kanak Kanak Dan Cara Cara Pemulihan Disleksia

Kenali 10 Ciri Ciri Disleksia Pada Kanak Kanak Dan Cara Cara Pemulihan Disleksia

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 198 hits
Kenali 10 Ciri ciri Disleksia pada Kanak kanak dan Cara cara Pemulihan Disleksia 13 Pernahkah anda dengar disleksia pada kanak kanak Disleksia secara amnya bermaksud kanak kanak mempunyai masalah pembelanjaran di sekolah pada peringkat awal...
Perintah Berkurung Untuk Kanak Kanak Bawah 13 Tahun

Perintah Berkurung Untuk Kanak Kanak Bawah 13 Tahun

papar berkaitan - pada 24/4/2024 - jumlah : 258 hits
Hmetro nbsp Paris Seorang datuk bandar di Perancis memperkenalkan perintah berkurung pada waktu malam untuk kanak kanak bawah 13 tahun dalam langkah terbaharu seumpama itu di Perancis untuk membendung dakwaan keganasan belia Beberapa bandar...
Kanak Kanak Lelaki 2 Tahun Lemas Terjatuh Dalam Tasik

Kanak Kanak Lelaki 2 Tahun Lemas Terjatuh Dalam Tasik

papar berkaitan - pada 21/4/2024 - jumlah : 194 hits
Seorang berusia dua tahun ditemui selepas terjatuh ke dalam tasik berhampiran Masjid Universiti Teknologi PETRONAS Difahamkan kejadian berlaku semasa keluarga mangsa menunggu waktu solat Zuhur Kanak kanak Lelaki 2 Tahun Lemas Penolong Penga...
Beguk Mudah Menjangkit Pada Kanak Kanak Dan 5 Gejala Jangkitan Virus Beguk

Beguk Mudah Menjangkit Pada Kanak Kanak Dan 5 Gejala Jangkitan Virus Beguk

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 157 hits
Beguk Mudah Menjangkit pada Kanak kanak dan 5 Gejala Jangkitan Virus Beguk 26 Pernahkah anda menghidapi beguk Beguk merupakan satu penyakit berjangkit akibat daripada jangkitan virus Ia lebih kerap menjangkiti kanak kanak dan memberi kesan ...
Permohonan Mykad Bagi Kanak Kanak 12 Tahun

Permohonan Mykad Bagi Kanak Kanak 12 Tahun

papar berkaitan - pada 26/4/2024 - jumlah : 272 hits
Penjelasan Permohonan Mengikut Peraturan 3 Peraturan peraturan Pendaftaran Negara 1990 setiap kanak kanak yang telah mencapai umur 12 tahun dan bertaraf Warganegara wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya 25 April 2024 Khamis Pe...
Jatuh Sungai Kanak Kanak Autisme Umur 5 Tahun Ditemukan Meninggal Dunia

Jatuh Sungai Kanak Kanak Autisme Umur 5 Tahun Ditemukan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 3/5/2024 - jumlah : 262 hits
Seorang kanak kanak lelaki autisme berusia lima tahun yang dilaporkan hilang setelah terjatuh di Sungai Skudai dekat Kampung Sepakat Baru pada Rabu ditemukan meninggal dunia lewat malam tadi Menurut Komander Operasi Pegawai Kanan Penguasa B...
Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

Buat Program Infaq Bagi Bantuan Sana Sini Tapi Akaun Tiktok Boikotpakmat Dakwa Pak Mat Western Liat Bayar Gaji Staf

Kek Lapis Penganan Pilah

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik

Flood Situation In Sabah Worsens

Lintah Berkepala Manusia By Rakib Jamari Riau


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Rise Of K Pop Fandoms And Their Global Influence

Maher Zain Feat Harris J Qalbi Fil Madinah Chord

Marketing Semakin Mudah Chatbot Sudah Disediakan Untuk Bisnes Anda

Bawani S Ayer Kuning Bid Crucial For Putting Socialism On The National Agenda

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Siti Kasim Rallies Behind Psm Give Smaller Parties A Chance To Deliver Shocker In Ayer Kuning By Election