Cara Memasarkan Homestay Anda


 Tahukah anda sebanyak 8100 carian bagi kata kunci ‘homestay’ dibuat setiap bulan. Ada ketikanya permintaan carian ini boleh mencecah 18000 carian. Ini menunjukkan bahawa homestay adalah satu perniagaan yang sentiasa mendapat permintaan. Untuk itu, ianya sesuatu yang perlu diberikan perhatian.

Percaya atau tidak, jumlah pemilik homestay yang menggunakan internet sebagai alat pemasaran masih rendah. Kebanyakkannya tidak tahu atau tidak mahu. Bagi golongan yang tidak mahu, maka ini tidak boleh dibantu. Tetapi bagi mereka yang tidak tahu, artikel ini boleh membantu anda. Artikel ini mengandungi 7 panduan khas menggunakan Internet untuk memasarkan homestay anda.
MUSLIM HOMESTAY RUMAH KELADI LIMA DI KLEBANG MELAKA
1. Bina WebsiteSetiap homestay wajib mempunyai website. Ini penting untuk kredibiliti dan autoriti. Bagi membina website, mulakan dengan servis percuma seperti blogspot.com dan wordpress.com. Sekiranya anda mempunyai kemahiran dan bajet, bina website yang nampak profesional. Website homestay anda mesti mempunyai sekurang-kurangnya maklumat berikut:
A) Latar belakang homestay
B) Gambar-gambar homestay seperti bilik tidur, tandas, ruang tamu
C) Kemudahan di sekitar atau tempat menarik di sekitar homestay
D) Peta lokasi
E) Borang tempahan (gunakan Google Doc untuk peringkat awal)
2. Daftar Google BusinessSelepas memiliki website, daftarkan bisnes anda di Google Business. Proses ini akan membantu homestay anda untuk muncul dengan lebih mudah di Google. Ianya percuma. Apa yang diperlukan hanyalah alamat untuk verifikasi.
3. Iklankan Homestay Anda Di Platform TravelDi peringkat awal, homestay anda mungkin belum dikenali lagi. Untuk itu kita perlu cari tempat di mana pencari homestay berkumpul. Antaranya mudah.my, ibooking.com, ibilik.my, agoda.com. Daftarkan homestay anda di website ini. Saya cadangkan mulakan dengan mudah.my. Kemudian tambah direktori secara perlahan-lahan. Pastikan anda membaca peraturan dan syarat yang dikenakan untuk mengelakkan masalah di masa akan datang.

4. Bina Profile Facebook AndaCadangan ini mungkin jarang didengari. Kebiasaannya orang akan mencadangkan untuk membuka Page. Berdasarkan maklum balas yang saya terima, profil adalah tempat yang efektif untuk anda menarik pelanggan terutamanya di peringkat awal. Kredibiliti profil tinggi. Justeru kita boleh memanfaatkan peluang ini. Kemudian barulah dibina Page khas homestay itu.
5. Gunakan Fungsi Group di FBBuat carian di Facebook group homestay. Kemudian masuk group itu dan mulakan sesi promosi anda. Ini kaedah biasa. Ada juga pengusaha homestay yang mencipta group baru. Mereka kemudiannya menjemput semua kawan mereka ke dalam group berkenaan. Sesiapa yang ingin keluar, boleh keluar. Mereka yang kekal dalam group itu akan menerima info homestay anda.

6. Iklankan Homestay di FBIni adalah langkah yang terkehadapan. Pun begitu jika anda sudah biasa dengan iklan di Facebook, maka boleh mulakan. Pilih target yang betul. Seandainya anda ingin mendapatkan kos iklan yang murah, hasilkan video homestay. Pastikan video itu tidak melebihi 60 saat. Tonjolkan kelebihan dan keindahan homestay anda. Kemudian jadikan iklan. Video sebegini boleh menarik perhatian audiens dengan mudah (viral).

7. Berkongsi InfoSeandainya anda ingin mengambil satu mesej utama dari artikel ini, maka amalkan yang ini. Banyakkan berkongsi info berkaitan apa yang pelanggan anda inginkan. Sebagai contoh, jika homestay anda disasarkan kepada keluarga, maka kongsikan info seperti tempat-tempat menarik, restoran yang mesti dicuba, tip keselamatan. Ini secara tidak lansung akan menarik minat mereka. Kaedah ini dipanggil soft-sell atau native ads. Kaedah iklan secara terus gunakan sekali sekala.

Ini adalah 7 panduan khas pemilik homestay untuk menggunakan Internet sebagai medium pemasaran. Sejauh mana keberkesanannya? Anda perlu cuba. Kebanyakan panduan dan tip di atas tidak menggunakan duit. Zero-cost marketing. Jadi usah takut mengambil risiko. Selamat mencuba.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://haniftravel.blogspot.com/2024/05/cara-memasarkan-homestay-anda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Ambil Anak Angkat Di Malaysia Serta Prosedur Ambil Anak Angkat

Cara Ambil Anak Angkat Di Malaysia Serta Prosedur Ambil Anak Angkat

papar berkaitan - pada 23/4/2024 - jumlah : 198 hits
Tahukah anda Mengambil anak angkat merupakan satu kebahagiaan buat pasangan yang belum dikurniakan zuriat dalam tempoh yang lama Anak angkat yang ingin di ambil perlulah dilakukan pendaftaran serta melalui bebrapa prosedur terlebih dahulu b...
Cara Azan Dan Iqamah Bayi Baru Lahir

Cara Azan Dan Iqamah Bayi Baru Lahir

papar berkaitan - pada 23/4/2024 - jumlah : 122 hits
Tahukah anda yang baru lahir Menurut Islam bayi yang baru lahir disunatkan bayi tersebut supaya diazankan Namun terdapat beberapa cara azan dan iqamah bayi mengikut tertibnya yang betul Sebaik sahaja bayi dilahirkan bayi perlu dibersihkan t...
Asam Keping Penganti Asam Jawa Ini Cara Pembuatannya

Asam Keping Penganti Asam Jawa Ini Cara Pembuatannya

papar berkaitan - pada 23/4/2024 - jumlah : 135 hits
Apakah perbezaan asam keping dan asam jawa dalam masakan Bagaimanakah pula proses pengolahan buah asam gelegur menjadi produk asam keping Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat asam keping dan cara pe...
Cara Buka Akaun Asb Online Melalui Apps Myasnb Tak Perlu Ke Kaunter

Cara Buka Akaun Asb Online Melalui Apps Myasnb Tak Perlu Ke Kaunter

papar berkaitan - pada 23/4/2024 - jumlah : 210 hits
CARA BUKA AKAUN ASB ONLINE MELALUI APLIKASI myASNB BUAT DI RUMAH SAJA Berita baik untuk mana mana individu ibu ayah yang nak buka akaun ASB untuk anak anak atau diri sendiri anda kini dah tak perlu nak beratur atau keluar ke kaunter cawanga...
Cara Ambil Wudhu Beserta Niat Dan Panduannya

Cara Ambil Wudhu Beserta Niat Dan Panduannya

papar berkaitan - pada 23/4/2024 - jumlah : 238 hits
Tahukah anda dengan betul Bagi agama islam kita diwajibkan untuk mengambil wudhu secara sah sebelum menunaikan ibadah terutamanya solat Sudah pastinya semua umat islam tahu cara ambil wudhu namun terdapat juga segelintir yang kurang pasti t...
Istiwa Adzam 27 Mei 2024 Malaysia Cara Semakan Arah Kiblat

Istiwa Adzam 27 Mei 2024 Malaysia Cara Semakan Arah Kiblat

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 231 hits
Istiwa Adzam 2024 Di Malaysia Cara Semakan Arah Kiblat Info Planetarium 201 Matahari tepat di atas Mekah 27 Mei 2024 Isnin jam 5 18 petang waktu Malaysia Pada Isnin 27 Mei 2024 tepat jam 05 18 petang Matahari akan berada tepat di atas banda...
Cara Menghilangkan Bau Mulut Efektif Dan Dapat Dilakukan Di Rumah

Cara Menghilangkan Bau Mulut Efektif Dan Dapat Dilakukan Di Rumah

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 147 hits
Banyak individu tak menyadari bahwa mereka mengalami kesulitan dengan bau mulut Konsekuensinya permasalahan ini seringkali tidak teratasi dengan tepat
Cara Menghilangkan Bau Ketiak Efektif Bikin Percaya Diri Meningkat

Cara Menghilangkan Bau Ketiak Efektif Bikin Percaya Diri Meningkat

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 114 hits
Bau ketiak merupakan masalah umum yang sering mengganggu bagi individu dan orang orang di sekitarnya Ayo temukan solusinya
Bersih Dan Wangi Ini 5 Cara Efektif Dan Cepat Hilangkan Bau Kaki

Bersih Dan Wangi Ini 5 Cara Efektif Dan Cepat Hilangkan Bau Kaki

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 187 hits
Tak perlu mengeluarkan uang banyak untuk berkonsultasi dengan dokter karena ada 5 metode mengatasi bau kaki yang bisa Anda lakukan sendiri di rumah
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash