Saingan Anwar Shafie Musnah Peluang Pembangkang Jadi Pm Kata Pemuda Upko


Shafie Apdal turut dinamakan sebagai calon perdana menteri tetapi kemudian menyatakan sokongannya kepada Anwar Ibrahim. (Gambar Bernama)


KOTA KINABALU: Persaingan antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Presiden Warisa Shafie Apdal mengenai siapa yang patut menjadi calon perdana menteri memusnahkan harapan blok itu untuk mendapatkan kerusi panas berkenaan, demikian bayangan diberikan pemimpin Pemuda pembangkang Sabah.

Tanpa menyebut nama dua pemimpin itu, Ketua Pemuda Upko Felix Joseph Saang dalam kenyataan berkata: “Tiada syak pada awalnya ada sedikit persaingan dan kekeliruan dalam pembangkang mengenai pemilihan calon PM.”

“Akhirnya ini menjejaskan semua parti dalam pembangkang.

“Bagaimanapun semua sudah berlalu. Biarlah ini menjadi pengajaran untuk kita semua. Usahlah kita ulangi kesilapan sama, terutama pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).”

Katanya, blok pembangkang akhirnya berjaya meraih sokongan 105 Ahli Parlimen untuk Anwar, walaupun tidak cukup untuk membolehkannya dilantik sebagai perdana menteri kesembilan.

Shafie pada awalnya disebut-sebut bersama Anwar sebagai calon pembangkang untuk jawatan berkenaan.

Bagaimanapun, pilihan terakhir bergantung kepada siapa yang mampu mendapat sokongan tambahan yang diperlukan daripada luar blok parti pembangkang.

Shafie kemudian mengundurkan diri dan berkata, partinya akan menyokong Anwar sepenuhnya.

Walaupun begitu Saang berkata, pembangkang seharusnya mampu belajar daripada pengalaman berkenaan.

Beliau menggesa parti pembangkang lain menerima tawaran Anwar supaya mereka menyertai atau bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

“Pembangkang pertama sekali mesti menyelesaikan sebarang perbalahan sesama sendiri sebelum dapat membentuk dasar dan perancangan berkesan secara bersama untuk memacu negara ini, contohnya berhubung pengendalian wabak serta pemulihan ekonomi,” katanya.

Semalam Anwar berkata, beliau akan menemui pemimpin parti pembangkang lain untuk menjemput mereka menyertai atau bekerjasama dengan PH.

Dalam kenyataan, Majlis Presiden PH berkata, ini selaras dengan konsep “khemah besar” pakatan itu demi memperkukuh blok pembangkang.

Saang berkata, cadangan itu wajar dipertimbangkan secara serius oleh semua parti pembangkang supaya dapat mewujudkan agenda bersama untuk menjadi alternatif yang kukuh buat rakyat dalam PRU15.

“Pembangkang tidak banyak masa lagi kerana pilihan raya mungkin diadakan bila-bila masa.

“Kita mesti bersedia dan akar umbi mesti bertindak dari sekarang. Sudah tiba masanya parti pembangkang bersatu. Kita mesti bertindak sebagai satu suara,” katanya.

Katanya, Pemuda Upko akan tetap dengan pendiriannya untuk menyokong keputusan kepimpinan tertinggi supaya bekerjasama dengan parti yang memperjuangkan ideologi pelbagai bangsa.

Upko kini mempunyai seorang Ahli Parlimen, iaitu Wilfred Madius Tangau. – FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/saingan-anwar-shafie-musnah-peluang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Calon Pm Pembangkang Kata Shafie

Anwar Calon Pm Pembangkang Kata Shafie

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 268 hits
August 18 2021 Warisan akan memberi sokongan penuh kepada Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri PETALING JAYA Blok pembangkang memutuskan Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim sebagai calon tunggal perdana menteri gabungan itu kata Presid...
Shafie Apdal Pesaing Anwar Calon Pm Blok Pembangkang

Shafie Apdal Pesaing Anwar Calon Pm Blok Pembangkang

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 537 hits
Shafie Apdal dilihat sebagai calon lebih mesra berbanding Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR Walaupun Anwar Ibrahim tidak dinafikan adalah pemimpin pembangkang nama Presiden Warisan Shafie Apdal turut disebut antara yang mungkin dicalonkan sebagai ...
Blok Pembangkang Sepakat Namakan Anwar Shafie Calon Pm

Blok Pembangkang Sepakat Namakan Anwar Shafie Calon Pm

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 217 hits
Blok pembangkang sepakat namakan Anwar Shafie calon PM Blok pembangkang akan mengemukakan dua nama iaitu Anwar Ibrahim dan Mohd Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri dengan sokongan asas masing masing sekata membabitkan 105 Ahli Parlim...
Ketua Pembangkang Shafie Apdal Paling Layak Ganti Anwar

Ketua Pembangkang Shafie Apdal Paling Layak Ganti Anwar

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 299 hits
Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ANALISIS KETIKA pencalonan bagi jawatan Perdana Menteri dijalankan baru baru ini ia bukan sahaja melibatkan pertarungan antara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pembangkang Datuk Se...
Kerajaan Grs Tidak Bertindak Secukupnya Tangani Covid 19 Kata Shafie

Kerajaan Grs Tidak Bertindak Secukupnya Tangani Covid 19 Kata Shafie

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 263 hits
Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal mendakwa katil tambahan kini ditempatkan di bilik pembedahan di Hospital Queen Elizabeth 1 KOTA KINABALU Kerajaan Sabah tidak menangani situasi Covid 19 secukupnya susulan peningkatan harian jangkitan Covi...
Anwar Ajak Pemimpin Pembangkang Lain Sertai Ph

Anwar Ajak Pemimpin Pembangkang Lain Sertai Ph

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 259 hits
FMT Reporters August 25 2021 Anwar Ibrahim PETALING JAYA Pakatan Harapan melalui Pengerusinya Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan semua pemimpin utama parti pembangkang dalam masa terdekat Menerusi kenyataan Majlis Presiden gabun...
Ph Tak Akan Mempersulit Undi Percaya Jika Pm Pro Rakyat Kata Anwar

Ph Tak Akan Mempersulit Undi Percaya Jika Pm Pro Rakyat Kata Anwar

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 345 hits
PH memberi jaminan tidak akan mempersulitkan undi percaya terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob jika dia mengambil langkah demi kepentingan rakyat Perkara itu dinyatakan Pengerusi PH Anwar Ibrahim setelah dengan Ismail Sabri Pertemua...
Saya Boleh Menang Jika Jadi Satu Satunya Calon Kata Shafie

Saya Boleh Menang Jika Jadi Satu Satunya Calon Kata Shafie

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 239 hits
Datuk Seri Shafie Apdal mengatakan bahawa tidak mudah baginya untuk meyakinkan beberapa anggota Gabungan Parti Sarawak kerana dia tidak mendapat sokongan dari blok Pakatan Harapan KOTA KINABALU Presiden Warisan Shafie Apdal percaya beliau b...
Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026

Talentcorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes Rock The School Mega 2025

Magnitude 5 7 Quake Hits Indonesia S East Java Near Holiday Island Bali Agency Says

Paracetamol Vaccines Won T Cause Autism Says Health Ministry

Your Countries Are Going To Hell Trump Tells Europe

Barnsbury House By Architecture For London A Grade Ii Listed Georgian Home In The Barnsbury Conservation Area

Top 19 The Greatest Historical Buildings From All Over The World


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ultimate Beef Cheeks With Beer Recipe

Lucky Cup Menu Signature Drinks Must Try Favorites

Sekadar Penjelasan Ringkas

Drama Mutiara Dalam Debuan Kabus

Bila Mati Korang Rasa Roh Akan Balik Rumah Tak

Ikan Bilis Kentang Tumis Suhun Lauk Simple Tapi Paling Laju Habis