Kerajaan Grs Tidak Bertindak Secukupnya Tangani Covid 19 Kata Shafie


Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal mendakwa katil tambahan kini ditempatkan di bilik pembedahan di Hospital Queen Elizabeth 1.


KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah tidak menangani situasi Covid-19 secukupnya susulan peningkatan harian jangkitan Covid-19 di negeri itu, dakwa Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal.

Shafie berkata, sistem perkhidmatan kesihatan di Sabah kini berada dalam keadaan genting, dengan ketiadaan katil mencukupi selain kekurangan fasiliti untuk merawat pesakit.

“Saya dimaklumkan individu berusia 60 tahun ke atas mendapat akses terhad mesin ventilator untuk digunakan ke atas pesakit lebih muda kerana faktor kadar mereka hidup lebih tinggi,” kata bekas ketua menteri Sabah itu dalam kenyataan.

“Pastinya, kerajaan mempunyai kemampuan membeli lebih banyak ventilator bagi menyelamatkan nyawa,” katanya.

Beliau mendapat maklumat katil tambahan ditempatkan di bilik pembedahan di Hospital Queen Elizabeth 1, namun masih terdapat senarai panjang pesakit menunggu.

“Pesakit kritikal diberikan oksigen di katil yang ditempatkan di bahagian terowong hospital sementara mereka menunggu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya.

Shafie berkata, kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebelum ini berulang kali mendakwa situasi adalah terkawal, tetapi mengakui negeri ini berdepan kekurangan vaksin.

“Dalam pada itu, lebih ramai rakyat mendapat jangkitan Covid-19 dalam kadar pantas. Lebih memburukkan, kanak-kanak termasuk bayi juga tergolong dalam statistik berkenaan,” katanya.

Sebagai kerajaan memerintah hari ini, beliau berkata, kelihatan tiada usaha dilaksanakan GRS bagi mencari penyelesaian untuk memperoleh lebih banyak bekalan vaksin.

“Tiada sepatah kata atau rungutan daripada pihak mereka terhadap kerajaan persekutuan untuk mempercepat penghantaran vaksin ke negeri ini.

“Sudah lebih 15 bulan sejak wabak melanda di Sabah dan sejak itu kadar jangkitan melonjak.

“Sabah berada di tangga kedua jangkitan kes positif Covid-19 tertinggi di negara ini, selain berada pada kedudukan terakhir membabitkan jumlah penduduk divaksin,” katanya.

Semalam, jangkitan harian di Sabah mencapai rekod tertinggi 3,487 kes, selain menunjukkan lebih sebulan lalu, kadar purata jangkitan mingguan di negeri ini meningkat ketara kepada 266%.

Shafie menggambarkan situasi semasa sebagai “membimbangkan dan menakutkan”.

Beliau menggesa kerajaan negeri menubuhkan lebih banyak pusat rawatan dan mencadangkan kem tentera Lok Kawi dan pangkalan tentera laut Sepanggar sebagai lokasi berpotensi.

Sehingga semalam, Sabah merekodkan keseluruhan jangkitan 134,517 kes, dengan 34,517 kes masih aktif. Keseluruhannya, 174 pesakit kini dirawat di ICU dengan 78 daripadanya menerima bantuan pernafasan.

Bagi tempoh sama, sejumlah 1,001 kes kematian dengan 26 kematian berlaku semalam. – FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/kerajaan-grs-tidak-bertindak-secukupnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Pun Jadi Kerajaan Utamakan Kepentingan Negara Kata Shafie

Siapa Pun Jadi Kerajaan Utamakan Kepentingan Negara Kata Shafie

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 298 hits
Shafie Apdal berharap semua usaha berkaitan vaksinasi kesihatan pendidikan ekonomi dan kebajikan rakyat tidak terhenti dan terhalang susulan peletakan jawatan perdana menteri serta Kabinetnya hari ini KOTA KINABALU Presiden Warisan Shafie A...
Sabah Perlu Bantuan Kerajaan Persekutuan Kerana Meningkatnya Kes Covid 19 Kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu

Sabah Perlu Bantuan Kerajaan Persekutuan Kerana Meningkatnya Kes Covid 19 Kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 379 hits
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin KOTA KINABALU Kerajaan Persekutuan perlu menolong Sabah dengan mengerahkan lebih banyak kakitangan perubatan dan mempercepat vaksinasi kerana barisan depan negeri ini dibanjiri dengan jumlah kes ba...
Kerajaan Baru Mesti Kekalkan Dasar Sedia Ada Dalam Perang Melawan Covid 19 Kata Agong

Kerajaan Baru Mesti Kekalkan Dasar Sedia Ada Dalam Perang Melawan Covid 19 Kata Agong

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 233 hits
MALAYSIA NOW Agong berkata ia termasuk program vaksinasi kebangsaan dan usaha mencapai imuniti kelompok dalam negara Petugas kesihatan membuat pemeriksaan dos vaksin pada picagari dengan berlatar belakang bendera Malaysia di Pusat Perubatan...
Kerajaan Sabah Perlu Wujudkan Lebih Lagi Pusat Rawatan Covid 19 Shafie

Kerajaan Sabah Perlu Wujudkan Lebih Lagi Pusat Rawatan Covid 19 Shafie

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 311 hits
Tambahnya dengan kedudukan Sabah yang terus mencatatkan kes empat angka setiap hari strategi untuk memperkukuhkan sistem kesihatan juga wajar disegerakan Kerajaan Sabah perlu wujudkan lebih banyak pusat rawatan perhebat strategi tangani pen...
Lonjakan Kes Covid 19 Di Sabah Kerajaan Negeri Harus Dipersalahkan Kata Bekas Menteri Kesihatannya

Lonjakan Kes Covid 19 Di Sabah Kerajaan Negeri Harus Dipersalahkan Kata Bekas Menteri Kesihatannya

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 263 hits
Keadaan orang ramai yang bersesak di PPV di Sandakan Sabah KOTA KINABALU Bekas menteri kesihatan Sabah Frankie Poon mahu kerajaan negeri bertanggungjawab atas lonjakan kes Covid 19 pada bulan lalu yang turut menyebabkan rekod kematian yang ...
Covid 19 Varian Delta Akhirnya Tersebar Ke Seluruh Negara Hasil Dari Kelonggaran Kerajaan

Covid 19 Varian Delta Akhirnya Tersebar Ke Seluruh Negara Hasil Dari Kelonggaran Kerajaan

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 243 hits
August 19 2021 1 Hari ini Malaysia mencatatkan kes Covid 19 tertinggi 22 242 Kes Baru dicatatkan Kematian sudah pun melebihi 13 ribu orang Membaca data dari portal KKM hari ini yang buat aku marah bukan kadar Positif tetap merebaknya varian...
Saingan Anwar Shafie Musnah Peluang Pembangkang Jadi Pm Kata Pemuda Upko

Saingan Anwar Shafie Musnah Peluang Pembangkang Jadi Pm Kata Pemuda Upko

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 263 hits
Shafie Apdal turut dinamakan sebagai calon perdana menteri tetapi kemudian menyatakan sokongannya kepada Anwar Ibrahim KOTA KINABALU Persaingan antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Presiden Warisa Shafie Apdal mengenai siapa yang patut men...
Kerajaan Perpaduan Hanya Berfungsi Dengan Syarat Jelas Kata Penganalisis

Kerajaan Perpaduan Hanya Berfungsi Dengan Syarat Jelas Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 346 hits
August 17 2021 8 30 AM Muhyiddin Yassin cuba mendapatkan sokongan parti lain sebagai usaha terakhir menyelamatkan kerajaan pimpinannya tetapi ditolak pada saat akhir PETALING JAYA Sebuah kerajaan perpaduan hanya akan berfungsi sekiranya sem...
Bibit Lompat Parti Di Sabah Bahayakan Kerajaan Grs

Bibit Lompat Parti Di Sabah Bahayakan Kerajaan Grs

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 334 hits
GRS merangkumi gabungan Perikatan Nasional BN dan Parti Bersatu Sabah yang membentuk kerajaan negeri selepas menang Pilihan Raya Negeri pada 26 September lalu Perubahan dinamik politik nasional akan membawa kepada perubahan di peringkat neg...
Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan

Kebakaran Paip Gas 112 Mangsa Cedera 49 Rumah Terjejas

When Audio Isn T An Afterthought Why Riders Choose Cicada Systems First

Update Kebakaran Saluran Gas Di Putra Heights

Building An Online Marketing Plan

Konsert Energy Ryan B Dan Banyak Lagi Aktiviti Menarik Dalam Lembah Klang Minggu Ini

Pondok Abuya Lakonan Faizal Hussein Vanidah Imran

Masak Makan Di Pagi Raya Pertama


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

What Are The Benefits Of Chiku Fruit

Perempuan Melawan Lara

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran