Shafie Apdal Pesaing Anwar Calon Pm Blok Pembangkang


Shafie Apdal dilihat sebagai calon lebih ‘mesra’ berbanding Anwar Ibrahim.


KUALA LUMPUR: Walaupun Anwar Ibrahim tidak dinafikan adalah pemimpin pembangkang, nama Presiden Warisan Shafie Apdal turut disebut antara yang mungkin dicalonkan sebagai Perdana Menteri susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin petang tadi.

Beberapa Ahli Parlimen memberitahu FMT, mereka telah dihubungi untuk menyokong Shafie sebagai calon Perdana Menteri. Malah, seorang Ahli Parlimen dari Malaysia Timur yang enggan dinamakan mengakui ada usaha untuk menamakan bekas ketua menteri Sabah itu sebagai calon alternatif pembangkang.

“Ada 105 Ahli Parlimen pembangkang. Ini asasnya, dengan mengandaikan pembangkang bergerak sebagai satu blok, dan saya dimaklumkan dalam Pakatan Harapan pun tidak semua orang yakin hanya satu calon mencukupi.

“Angka ‘ajaib’ adalah 111 namun ada keraguan sama ada Anwar mampu meraih bilangan itu.

“Shafie mungkin lebih berjaya kerana dilihat sebagai calon lebih ‘mesra’ berbanding Anwar, terutama kepada Ahli Parlimen bekas PKR dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).”

Shafie Apdal dilihat sebagai calon lebih ‘mesra’ berbanding Anwar Ibrahim. Ahli Parlimen itu berkata, ada kemungkinan lebih tinggi Shafie akan mendapat sokongan dari Sarawak kerana kemungkinan adanya Perdana Menteri dari Borneo pasti lebih mengukuhkan kemungkinan mencapai apa dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Terdahulu hari ini, beberapa Ahli Parlimen memberitahu FMT mereka telah menerima panggilan daripada pelbagai parti untuk mendapatkan sokongan bagi calon Perdana Menteri mereka.

Ini susulan Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, kira-kira 17 bulan selepas dilantik ke jawatan itu. Beliau akan menjadi Perdana Menteri ‘caretaker’ sehingga pemimpin baharu dilantik.

Bagaimanapun, seorang Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang enggan dinamakan berkata, Anwar sajalah diketahui calonnya setakat ini dalam kalangan Ahli Parlimen.

Ahli Parlimen itu menyuarakan keraguan sama ada Shafie dan Warisan mampu meyakinkan pembangkang mengenai kelayakannya.
Anwar Perlu berkorban Shafie Apdal Calon Perdana Menteri ke-9 “Ia parti kecil. Mereka cuma mempunyai lapan Ahli Parlimen dan Shafie tidak cukup kukuh di peringkat nasional. Beliau pemain peringkat negeri.

“Ia umpama PAS mahu memegang jawatan Perdana Menteri sedangkan Umno yang mempunyai bilangan lebih tinggi.”

Katanya, nama Anwar dan Shafie memang telah diperkatakan dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang, namun cadangannya adalah supaya dua pemimpin itu bekerjasama di bawah satu gabungan pembangkang yang besar, bukannya untuk bersaing bagi jawatan Perdana Menteri.

Katanya, hakikatnya tiada parti yang mempunyai angka diperlukan bagi membentuk kerajaan, seterusnya kerajaan campuran adalah penyelesaian paling mungkin untuk kemelut politik dihadapi sekarang.

Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul dari PKR berkata, setahunya Anwar adalah satu-satunya calon untuk pembangkang, dan beliau tidak mendengar mengenai sebarang cadangan melibatkan Shafie.

Sementara itu, satu sumber berkata dalam kalangan DAP masih ada yang tidak berpuas hati Anwar tidak menerima cadangan pembaharuan dan pentadbiran inklusif yang ditawarkan Muhyiddin untuk meraih undi sokongan di Parlimen yang sepatutnya diadakan bulan depan.

“Menurut rasional mereka, sekiranya Anwar bersetuju, PH akan berkuasa semula dan menjadi ‘kingmaker’, malah Anwar mungkin boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri selain pelbagai pembaharuan dapat dilakukan.” – FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/shafie-apdal-pesaing-anwar-calon-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Blok Pembangkang Sepakat Namakan Anwar Shafie Calon Pm

Blok Pembangkang Sepakat Namakan Anwar Shafie Calon Pm

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 178 hits
Blok pembangkang sepakat namakan Anwar Shafie calon PM Blok pembangkang akan mengemukakan dua nama iaitu Anwar Ibrahim dan Mohd Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri dengan sokongan asas masing masing sekata membabitkan 105 Ahli Parlim...
Ketua Pembangkang Shafie Apdal Paling Layak Ganti Anwar

Ketua Pembangkang Shafie Apdal Paling Layak Ganti Anwar

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 228 hits
Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ANALISIS KETIKA pencalonan bagi jawatan Perdana Menteri dijalankan baru baru ini ia bukan sahaja melibatkan pertarungan antara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pembangkang Datuk Se...
Anwar Calon Pm Pembangkang Kata Shafie

Anwar Calon Pm Pembangkang Kata Shafie

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 217 hits
August 18 2021 Warisan akan memberi sokongan penuh kepada Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri PETALING JAYA Blok pembangkang memutuskan Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim sebagai calon tunggal perdana menteri gabungan itu kata Presid...
Saya Anwar Ada Sokongan 105 Ahli Parlimen Shafie Apdal

Saya Anwar Ada Sokongan 105 Ahli Parlimen Shafie Apdal

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 230 hits
Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengakui bahawa namanya dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dibawa sebagai calon Perdana Menteri daripada PH Plus KUALA LUMPUR Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengakui bahawa diri...
Shafie Apdal Semua Mp Warisan Sokong Pencalonan Anwar

Shafie Apdal Semua Mp Warisan Sokong Pencalonan Anwar

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 259 hits
BORHAN AHMAD Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal mengesahkan semua ahli parlimen Warisan menyokong pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dengan syarat Anwar boleh mencukupkan majoriti di Dewan Rakyat Kami berdua D...
Blok Pembangkang Jangan Berbalah Siapa Calon Pm Yang Penting Jatuhkan Mahiaddin Dahulu

Blok Pembangkang Jangan Berbalah Siapa Calon Pm Yang Penting Jatuhkan Mahiaddin Dahulu

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 173 hits
Menjelang usul percaya yang akan dibentangkan pada sidang Parlimen September depan di mana sokongan terhadap Mahiaddin Md Yasin kini merosot hari demi hari sebenarnya kini sudah pun tiada majoriti lagi ramai yang mula cenderung menimbulkan ...
Warisan Cadang Shafie Apdal Sebagai Calon Pm

Warisan Cadang Shafie Apdal Sebagai Calon Pm

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 402 hits
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal KUALA LUMPUR Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal wajar dilantik sebagai calon Perdana Menteri baharu berdasarkan pengalaman beliau lebih 30 tahun dalam politik Bercakap kepada Utusan Malays...
Anwar Paling Layak Dianggap Sebagai Calon Pm 9

Anwar Paling Layak Dianggap Sebagai Calon Pm 9

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 197 hits
Kemelut yang tidak berkesudahan melanda politik negara sejak Langkah Sheraton dan menyebabkan kerajaan Perikatan Nasional tidak stabil hanya boleh ditangani dengan satu solusi Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu Aza...
Lawmaker Criticises Pas Leader For Improper Use Of Malay In Parliament

Ensuring Satisfaction With Meriahkan Ramadan Bersama Le Meridien Kota Kinabalu Breaking Of Fast Buffet

Pas Perlu Henti Bodohkan Rakyat Dengan Teori Konspirasi Dangkal Mp Dap

Huawei Mate Xt Takes Spotlight At Pavilion Kuala Lumpur With Groundbreakingtri Fold Innovation

Menu Western Di Vivo Pizza Aeon Anggun

Limit Vape Sale To Pharmacies Smoking Cessation Clinics Says Ex Health Official

Usaha Ikhtiar Semulajadi Termurah Kaedah Rawatan Tawakkal Doa

Good Morning


echo '';
10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton


Girls Leadership Institute

Pet Urgent Care Ensuring Lifesaving Care For Your Furry Friends

Forget Expensive Peels This Exfoliating Glove Transforms Your Skin Instantly

Orang Ramai Terbalikkan Kereta Untuk Menyelamatkan Murid Yang Dilanggar Kereta Tersebut

Sosma Dulu Ph Kata Zalim Sekarang Mahu Perkukuh

Kerutuk Ayam Kampung