Ketua Pembangkang Shafie Apdal Paling Layak Ganti Anwar


Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
ANALISIS


KETIKA pencalonan bagi jawatan Perdana Menteri dijalankan baru-baru ini, ia bukan sahaja melibatkan ‘pertarungan’ antara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi juga turut ‘dibuka laluan’ kepada Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Ketika itu, tersebar berita bahawa kedua-dua mereka mempunyai 105 kerusi. Ia bermaksud semua blok pembangkang bersatu jika mana-mana calon mendapat angka majoriti mudah 111 kerusi.

Bagaimanapun Anwar gagal mendapat sokongan diperlukan begitu juga Mohd. Shafie yang tidak berjaya memperolehi undi daripada ahli-ahli Parlimen di Sarawak. Tetapi itu tidak bermaksud kedudukan Anwar sebagai Ketua Pembangkang terus selesa.

Sebaliknya, sekarang sudah ada bunyi-bunyi dalam blok pembangkang bahawa sudah tiba masanya individu lain diberikan peluang menduduki jawatan tersebut khususnya bagi membolehkan pembangkang turun ke gelanggang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebagai satu pasukan dengan ketua baharu.

Calon paling layak untuk dipertimbangkan ialah Mohd.Shafie. Walaupun hanya menguasai lapan kerusi Parlimen melalui parti Warisan yang diterajui oleh beliau, tetapi Mohd. Shafie dianggap tidak mempunyai musuh dalam pembangkang.

Beliau dikatakan diterima oleh majoriti blok pembangkang termasuk DAP. Dalam DAP pun sudah ada ‘suara-suara’ yang dikatakan sudah tidak berpuas hati dengan kepemimpinan Anwar terutamanya apabila Pakatan Harapan (PH) menolak kerjasama bipartisan yang ditawarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Walaupun ada pemimpin-pemimpin DAP yang menyokong saranan itu tetapi kepemimpinan PH dikatakan menolak. Mungkin ada di antara mereka melihat inilah peluang terbaik untuk Anwar menjadi Perdana Menteri dan pakatan tersebut kembali berkuasa.

Tetapi harapan itu berkecai apabila Ismail Sabri mendapat sokongan 114 daripada 115 ahli Parlimen. Lanjutan itu maka wujudlah suara-suara bukan sahaja dalam kalangan ahli politik pembangkang tetapi penyokong-penyokong mereka yang mahu Anwar digantikan sebagai Ketua Pembangkang.

Malah mereka juga sudah bosan dengan mainan angka ‘kukuh dan meyakinkan’ yang sudah beberapa kali Anwar lakukan sejak 2008 lagi.

Mohd Shafie dilihat berkemampuan untuk menggalas tugas sebagai Ketua Pembangkang kerana ramai yang berpendapat, selain boleh mendapat sokongan daripada ahli Parlimen Sabah, beliau juga sudah pasti akan mendapat sokongan daripada Tun Dr.Mahathir Mohamad yang menguasai empat kerusi Parlimen.

Jika Mohd Shafie menjadi Ketua Pembangkang, tidak mustahil ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak akan menyokong beliau. Keadaan itu akan membolehkan impian untuk melihat seorang ahli Parlimen daripada Borneo menjadi Perdana Menteri akan tercapai.

Mungkin ada yang melihat perkara ini janggal dan mustahil, tetapi dalam politik segalanya berkemungkinan. Blok pembangkang dilihat sudah tidak boleh lagi bergantung kepada Anwar yang pada masa ini gagal menguasai keseluruhan 105 ahli Parlimen di blok tersebut.

Siapa tahu dengan pemilihan Mohd.Shafie menggantikan Anwar, blok pembangkang akan dilihat lebih berwibawa. Lagipun sudah lama sangat, pembangkang bergantung kepada Anwar.

Ramai yang percaya dengan pengalaman yang ada kepada Mohd.Shafie di dalam UMNO dan menteri suatu ketika dahulu, beliau mampu memimpin parti-parti pembangkang mencapai kejayaan dalam PRU-15. Belum cuba, belum tahu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/ketua-pembangkang-shafie-apdal-paling.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shafie Apdal Pesaing Anwar Calon Pm Blok Pembangkang

Shafie Apdal Pesaing Anwar Calon Pm Blok Pembangkang

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 436 hits
Shafie Apdal dilihat sebagai calon lebih mesra berbanding Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR Walaupun Anwar Ibrahim tidak dinafikan adalah pemimpin pembangkang nama Presiden Warisan Shafie Apdal turut disebut antara yang mungkin dicalonkan sebagai ...
Blok Pembangkang Sepakat Namakan Anwar Shafie Calon Pm

Blok Pembangkang Sepakat Namakan Anwar Shafie Calon Pm

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 137 hits
Blok pembangkang sepakat namakan Anwar Shafie calon PM Blok pembangkang akan mengemukakan dua nama iaitu Anwar Ibrahim dan Mohd Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri dengan sokongan asas masing masing sekata membabitkan 105 Ahli Parlim...
Saya Anwar Ada Sokongan 105 Ahli Parlimen Shafie Apdal

Saya Anwar Ada Sokongan 105 Ahli Parlimen Shafie Apdal

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 178 hits
Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengakui bahawa namanya dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dibawa sebagai calon Perdana Menteri daripada PH Plus KUALA LUMPUR Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengakui bahawa diri...
Shafie Apdal Semua Mp Warisan Sokong Pencalonan Anwar

Shafie Apdal Semua Mp Warisan Sokong Pencalonan Anwar

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 199 hits
BORHAN AHMAD Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal mengesahkan semua ahli parlimen Warisan menyokong pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dengan syarat Anwar boleh mencukupkan majoriti di Dewan Rakyat Kami berdua D...
Anwar Paling Layak Dianggap Sebagai Calon Pm 9

Anwar Paling Layak Dianggap Sebagai Calon Pm 9

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 148 hits
Kemelut yang tidak berkesudahan melanda politik negara sejak Langkah Sheraton dan menyebabkan kerajaan Perikatan Nasional tidak stabil hanya boleh ditangani dengan satu solusi Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu Aza...
Saingan Anwar Shafie Musnah Peluang Pembangkang Jadi Pm Kata Pemuda Upko

Saingan Anwar Shafie Musnah Peluang Pembangkang Jadi Pm Kata Pemuda Upko

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 204 hits
Shafie Apdal turut dinamakan sebagai calon perdana menteri tetapi kemudian menyatakan sokongannya kepada Anwar Ibrahim KOTA KINABALU Persaingan antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Presiden Warisa Shafie Apdal mengenai siapa yang patut men...
Anwar Calon Pm Pembangkang Kata Shafie

Anwar Calon Pm Pembangkang Kata Shafie

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 167 hits
August 18 2021 Warisan akan memberi sokongan penuh kepada Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri PETALING JAYA Blok pembangkang memutuskan Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim sebagai calon tunggal perdana menteri gabungan itu kata Presid...
Kita Kerja Lebih Gigih Menangi Pru 15 Mesej Anwar Kepada Pembangkang Susulan Ismail Jadi Pm Ke 9

Kita Kerja Lebih Gigih Menangi Pru 15 Mesej Anwar Kepada Pembangkang Susulan Ismail Jadi Pm Ke 9

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 180 hits
Anwar Ibrahim berkata pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri baharu akan mendorong pembangkang bekerja lebih gigih untuk memenangi PRU15 KUALA LUMPUR Anwar Ibrahim berkata pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana mente...
Polis Bentong Buka Kertas Siasatan Aktiviti Memasak Di Stesen Minyak Di Genting Highlands

Uitm Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera Kpt

Selamat Hari Guru 2024 Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani

Akaun Fleksibel Tidak Layak Pengeluaran Ini Sebabnya Cara Atasi

Lirik Lagu Takyah Sonaone

Haziq Rosebi Zuraida Chord

Bantuan Sara Diri Mahasiswa Penuntut Negeri Perak

Unlocking Insights Leveraging The Indonesia Brand Database For Brand Research



Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix


Umur 21 Terlibat Dalam Mesyuarat Penajaan Ukm

Bergenang Air Mata

Hadiah Hari Guru

Deep Bowl Glass Pipes A Versatile Choice For Smoking Concentrates

Beyond The Headlines Unveiling The Hidden Gems Of Sports Statistics

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion