Saiih Yaacob Kini Diuji Hampir Tujuh Bulan Menganggur Lni Yang Berlaku Kepadanya Dan Isteri
Pastinya ramai yang merindui celoteh SaIih Yaacob atau Abang Jem sewaktu bergelar penyampai radio dalam segmen Sinar Pagi bersama Raja Azura dan Khairil Rashid di SinarFM.
Meninggalkan SinarFM pada Jun lalu, hampir tujuh bulan meninggalkan konti sebagai penyampai radio sejak Mei lalu, selebriti terkenal, SaIih Yaacob, 58, memberitahu dia kini banyak masa berehat di rumah.
SaIih mengakui boleh dilabel penganggur berikutan tidak lagi aktif bekerja seperti dulu dan masanya hanya diluangkan bersama tiga isteri dan anak-anak.
” Syukur Alhamdulillah, meskipun kini saya sudah tidak bekerja tetap namun jiwa sangat tenang kerana semakin dekat dengan Allah SWT.
” Ini saya anggap masa berehat seketika yang wajar dimanfaatkan untuk lebih bermuhasabah diri ke arah positif.
” Ditambah kemasyhuran dunia bukan lagi keutamaan buat saya dan Alhamdulillah kerana isteri-isteri dan anak-anak sangat memahami,” katanya.
SaIih berkata, dia tidak menduga di saat dirinya ‘sudah jatuh’, tiga isteri iaitu Norlizah Mamat, 54, (isteri pertama) Norfara Wahida Sulaiman, 40, (ketiga) dan Samihah Sheikh Ali (Emi), 33, (keempat) masih setia bersama dalam susah dan senang.
” Di saat saya kini jatuh dan berada di bawah, saya hanya mampu berserah kepada Allah SWT kerana yakin dengan perancangan diatur-Nya.
” Ia dugaan buat saya dan keluarga apabila suatu ketika dulu pernah berada di atas. Ini namanya lumrah kehidupan.
” Selama lebih lima dekad saya dalam kerjaya seni keadaan sekarang bukan kali pertama saya lalui. Saya pernah jatuh teruk pada era 2000 dulu,” katanya.
SaIih berkata, keyakinan teguhnya pada rezeki Allah SWT membuatkan dia selepas itu bangkit semula dan terus aktif sebagai pengacara program televisyen termasuk berkhidmat dengan Sinar FM di konti radio selama 13 tahun.
Mengulas pendapatan keluarganya, SaIih berkata, isteri-isteri dan anak-anaknya kini turut membantu dengan menjalankan perniagaan menjual makanan secara dalam talian.
” Alhamdulillah, rezeki buat kami sekeluarga masih ada dan saya bersyukur dengan ketabahan isteri-isteri berserta anak-anak berganding bahu berniaga bersama,” katanya.
Ditanya mengenai pembabitan semula sebagai penyampai radio, katanya, jika ada peluang dia sedia mempertimbangkan tawaran itu.
” Ikutkan permintaan pendengar, memang ramai yang masih inginkan kemunculan saya berkhidmat menghiburkan mereka di konti radio.
” Cuma, hingga kini saya masih menunggu kalau ada peluang baru. Namun, jika ditakdirkan sudah tiada, saya bercadang membuka saluran YouTube sendiri.
” Saya akui pada usia semakin menjejak senja dan sudah veteran ini, perlu bijak mencari peluang dengan berbekalkan pengalaman dimiliki,” katanya.
Gambar bersama isteri – dari kiri, Samihah, Wahida dan Norfara
SaIih berkata, dia juga tidak malu menjalani kehidupan sekarang bersama keluarga besarnya dalam keadaan serba sederhana dan sekadar mencukupi.
” Apapun, saya tetap mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Sinar FM kerana peluang diberikan selama ini,” katanya.
SaIih pernah berkahwin empat dan hasil daripada perkahwinan itu pelakon filem Jejaka Perasan ini dikurniakan 13 anak.
Pun begitu, pada 2015 lalu SaIih bercrai dengan isteri keduanya iaitu Nor Raha Hamad, 50, selepas 23 tahun hidup bersama dan memiliki lima anak.
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : hmetro
The post SaIih Yaacob Kini Diuji Hampir Tujuh Bulan Menganggur, lni Yang Berlaku Kepadanya Dan Isteri appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://suaraviral.org/saiih-yaacob-dulu-saya-pernah-diatas/