Bolehkah Suami Menghalang Isteri Pergi Ke Masjid



SOALAN:
Saya sangat teringin untuk solat berjemaah di masjid tetapi suami saya tidak izinkan. Katanya lelaki afdhal ke masjid. Soalan saya, bolehkah suami menghalang saya ke masjid?

JAWAPAN:
Kami mulakan dengan sabda Nabi SAW :

صَلاةُ الجَماعَةِ تَفْضُلُ صَلاةَ الفَذِّ بسَبْعٍ وعِشْرِينَ دَرَجَةً
“Solat berjemaah itu lebih baik (afdhal) daripada solat secara bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda.” [HR. al-Bukhari (645)]

Hadis di atas adalah merupakan galakan kepada Muslimin dan Muslimat supaya menunaikan solat secara berjemaah kerana ganjaran pahalanya sangat besar. Para fuqaha’ juga telah bersepakat bahawa bagi laki-laki, solat yang mereka tunaikan secara berjemaah di masjid adalah lebih baik (afdhal) berbanding solat mereka secara bersendirian di rumah. Adapun bagi hak perempuan, solat yang didirikan di rumah-rumah mereka adalah lebih baik. [Lihat: al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (8/231-232)]

Imam al-Nawawi menyatakan bahawa solat secara berjemaah bagi perempuan di rumahnya adalah lebih baik berbanding mereka pergi ke masjid berdasarkan sabda Nabi SAW:

لَا تَمْنَعُوا نِسَاءَكُمْ الْمَسَاجِدَ وَبُيُوتُهُنَّ خَيْرٌ لَهُنَّ
“Janganlah kamu melarang kaum wanita pergi ke masjid, akan tetapi sebenarnya (solat) di rumah-rumah mereka itu lebih baik bagi mereka.” [HR. Abu Daud (567)]

Sekiranya mereka mahu juga pergi ke masjid, hukumnya adalah makruh jika perempuan tersebut cantik dan boleh menarik perhatian lelaki. Begitu juga, makruh bagi suaminya atau walinya memberi keizinan kepadanya pergi ke masjid. Akan tetapi jika dia telah tua (lanjut usia) serta tiada lagi tarikan hukumnya tidak lagi menjadi makruh. [Lihat: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (4/197-198)]

Namun di sana, para ulama’ ada meletakan syarat-syarat atau garis panduan bagi seorang perempuan yang mahu ke masjid. Syarat-syarat tersebut ialah:

• Tidak memakai wangi-wangian.
• Tidak berhias-hias (tabarruj).
• Tidak membunyikan gelang kaki sehingga didengari oleh lelaki ajnabi.
• Tidak memakai pakaian yang boleh menarik perhatian.
• Tiada percampuran lelaki dan perempuan.
• Selamat daripada fitnah.
• Jalan yang dilalui selamat dan tidak berbahaya.
[Lihat: al-Dibaj ‘ala Sahih Muslim (2/156)]

Berbalik kepada soalan yang di atas, Nabi SAW ada bersabda:

لا يَحِلُّ لِلْمَرْأَةِ أنْ تَصُومَ وزَوْجُها شاهِدٌ إلّا بإذْنِهِ، ولا تَأْذَنَ في بَيْتِهِ إلّا بإذْنِهِ
“Tidak boleh seorang isteri berpuasa sedangkan suaminya melihatnya (ada di rumah) melainkan dengan keizinanannya, dan tidak boleh dia membenarkan (sesiapapun) masuk ke rumah melainkan dengan izin suaminya.” [HR. al-Bukhari (5195) dan Muslim (1026)]

Dapat difahami daripada hadis di atas, bahawa dalam kehidupan suami isteri, ada beberapa perkara keizinan suami diperlukan. Termasuklah di dalam perkara tersebut keizinan daripada suami sebelum keluar daripada rumah.

Malah, Dr. Muhammad al-Zuhaili menyebut di dalam kitabnya bahawa termasuk di dalam nusyuz, seorang isteri yang tidak taat dan tidak patuh kepada suaminya, sebagai contoh keluar rumah tanpa keizinan suaminya tanpa ada keuzuran yang membenarkannya. [Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (4/92)]

Keizinan suami untuk pergi ke masjid

Sekiranya seorang isteri meminta izin daripada suaminya untuk menunaikan solat di masjid, sebagai seorang suami yang baik, tidak boleh dia melarangnya selagi mana isterinya memenuhi syarat-syarat yang telah diletakkan oleh para ulama’ seperti selamat daripada fitnah, tidak berhias berlebihan dan lain-lain. Sabda Nabi SAW:

إِذَا اسْتَأْذَنَتْ أَحَدَكُمُ امْرَأَتُهُ إِلَى الْمَسْجِدِ فَلَا يَمْنَعْهَا
“Apabila isteri salah seorang daripada kamu meminta izin untuk ke masjid, janganlah kamu menghalangnya.” [HR. Muslim (442)]

Di dalam riwayat lain:

إِذا اسْتَأْذَنَكُمْ نِساؤُكُمْ باللَّيْلِ إلى المَسْجِدِ، فَأْذَنُوا لهنَّ
“JIka isteri-isteri kamu meminta izin ke masjid pada waktu malam, berilah mereka keizinan.” [HR. al-Bukhari (865)]

Hal ini kerana menunaikan solat secara berjemaah di masjid mempunyai ganjaran dan fadhilat yang besar buat Muslimin dan Muslimat. Juga ganjaran berjalan (menuju) ke masjid sebagaimana di dalam hadis:

فإنَّ أحَدَكُمْ إذا تَوَضَّأَ فأحْسَنَ، وأَتى المَسْجِدَ، لا يُرِيدُ إلّا الصَّلاةَ، لَمْ يَخْطُ خَطْوَةً إلّا رَفَعَهُ اللَّهُ بها دَرَجَةً، وحَطَّ عنْه خَطِيئَةً، حتّى يَدْخُلَ المَسْجِدَ
“Jika salah seorang daripada kamu berwudhu’ lalu memperelokkan wudhu’nya, kemudian mendatangi masjid dengan tidak ada tujuan lain melainkan untuk solat, maka tidak ada langkah yang dilakukannya melainkan Allah akan mengangkat kedudukannya (bagi setiap langkah tersebut) dan menghapuskan daripadanya dosa-dosa sehinggalah dia masuk ke dalam masjid.” [HR. al-Bukhari (477) dan Muslim (649)]

Imam al-Nawawi menyatakan bahawa sunat bagi suami mengizinkan isterinya untuk hadir berjemaah di masjid. Kalau dia melarangnya, hukumnya tidak haram (tidak berdosa) menurut pandangan mazhab Syafie. Imam al-Baihaqi menyebut bahawa ini adalah merupakan pandangan kebanyakan para ulama’.

Adapun, larangan atau tegahan di dalam hadis adalah bersifat makruh tanzih kerana tanggungjawab seorang isteri untuk sentiasa berada di dalam rumah adalah wajib, maka tidak boleh dia meninggalkan rumah semata-mata bertujuan mencari (mengejar) kelebihan-kelebihan (fadhilat) yang lain. [Lihat: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (4/199)]

Akan tetapi, sekiranya isteri pergi ke masjid bagi menuntut ilmu wajib (fardu ain), dia tidak perlu mendapatkan keizinan suaminya. Ibnu Hajar al-Haithami ada menyatakan beberapa keadaan yang membenarkan isteri keluar daripada rumah tanpa keizinan suami seperti keluar menemui Qadi bagi menuntut kembali haknya, atau keluar bagi menuntut ilmu, atau keluar bagi mendapatkan fatwa (jawapan) sekiranya jawapan suaminya tidak cukup (memuaskan). [Lihat: Tuhfah al-Muhtaj (8/327) dan al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (4/920]

Hal ini kerana menuntut ilmu serta mengangkat kejahilan daripada diri adalah merupakan antara kewajipan seorang Muslim dan Muslimah, supaya dapat menunaikan kewajipan dengan penuh keyakinan dan bertepatan sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak. Nabi SAW bersabda:

طلبُ العلمِ فريضةٌ على كلِّ مسلمٍ
“Menuntut ilmu wajib ke atas setiap orang-orang Islam.” [HR. Ibnu Majah (224)]

Namun, setelah dia selesai menunaikan keperluannya di luar sebagaimana yang telah dibenarkan, hendaklah dia segera pulang semula ke rumah.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada persoalan di atas, kami menyimpulkan kepada beberapa perkara:

• Solat yang paling baik bagi lelaki ialah dilakukan secara berjemaah di masjid manakala solat yang paling baik bagi perempuan pula ialah dilakukan secara berjemaah di rumah.

• Perempuan diharuskan untuk solat secara berjemaah di masjid dengan syarat tidak memakai wangi-wangian, tidak berhias secara berlebihan, tidak bercampur antara lelaki dan perempuan, jalan yang dilalui selamat serta tidak berbahaya, jauh daripada fitnah dan lain-lain sebagaimana yang telah digariskan oleh para ulama’. Bahkan, mereka digalakkan ke masjid agar mendapat kelebihan-kelebihan (fadhilat) tertentu seperti kelebihan solat berjemaah di masjid, kelebihan berjalan ke masjid dan beriktikaf di masjid.

• Bagi perempuan yang sudah berkahwin, perlu mendapatkan keizinan suami terlebih dahulu sebelum keluar. Dan kami ingin menasihati buat semua para suami, berilah sokongan kepada isteri dalam perkara-perkara yang baik. Mudah-mudahan, perkara tersebut dapat menjadikan rumah tangga yang terbina menjadi lebih baik dan diberkati.

• Bagi pihak isteri pula, janganlah pernah berputus asa daripada berdoa dan mengajak suami melakukan amal kebaikan bersama. Buat para suami, ingatlah anda, isteri dan anak-anak adalah merupakan satu pasukan. Salinglah sokong menyokong dalam perkara kebaikan.

• Di sana ada beberapa pengecualian diberikan buat para isteri untuk keluar daripada rumah tanpa izin suami iaitu seperti keluar ke masjid bagi menuntut ilmu atau belajar ilmu wajib (fardu ain), mendapatkan rawatan dan lain-lain. Akan tetapi, kami menasihatkan sekurang-kurangnya biarlah ketika keluar itu atas pengetahuan suami dan begitu juga bagi suami, sekurang-kurangnya beritahulah kepada isteri kemana kita pergi kerana dalam sebuah rumah tangga yang harmoni, komunikasi dua hala itu sangat penting agar pasangan saling faham apa yang masing-masing inginkan.

Kami akhiri dengan satu hadis daripada Aisyah R.Anha:

لَوْ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى مَا أَحْدَثَ النِّسَاءُ لَمَنَعَهُنَّ الْمَسْجِدَ كَمَا مُنِعَتْ نِسَاءُ بَنِي إِسْرَائِيلَ
“Kalaulah Rasulullah SAW melihat apa telah terjadi kepada kaum wanita sekarang (daripada segi berhias, memakai wangian dan mencantikan pakaian bagi menarik perhatian), sudah tentu Baginda akan melarang mereka daripada pergi ke masjid sebagaimana kaum wanita Bani Israil dilarang.” [HR. al-Bukhari (869) dan Muslim (445)]

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/12/bolehkah-suami-menghalang-isteri-pergi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Mengidam Nak Makan Jagung Tapi Dia Suruh Berjimat Isteri Hamil Kecewa Suami Habiskan Duit Untuk Beli Barang Moto

Saya Mengidam Nak Makan Jagung Tapi Dia Suruh Berjimat Isteri Hamil Kecewa Suami Habiskan Duit Untuk Beli Barang Moto

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 605 hits
Assalamualaikum warga KRT Saya isteri berumur 18 tahun saya berkahwin dengan suami saya hampir lima bulan Sekarang saya disahkan hamil empat bulan Saya berjumpa dengan suami secara kebetulan dan berkawan dalam tempoh sebulan Saya berkahwin ...
Bukan Malas Layan Tapi Suami Tak Reti Berkias Isteri Tolong Cakap Straight Je

Bukan Malas Layan Tapi Suami Tak Reti Berkias Isteri Tolong Cakap Straight Je

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 444 hits
Dalam rumah tangga tidak dinafikan ada pasang surutnya Biasalah kalau berselisihan faham itu semua dapat menguatkan lagi rasa sayang antara pasangan Namun kebanyakan isteri ada masanya teralpa kerana terlalu sibuk menguruskan rumah tangga m...
Malu Dapat Anak Cacat Suami Ceraikan Isteri Dan Tinggalkan Anak Sendiri

Malu Dapat Anak Cacat Suami Ceraikan Isteri Dan Tinggalkan Anak Sendiri

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 556 hits
Dalam perkahwinan selalunya anak adalah pelengkap dan menambahkan kebahagiaan kan Tapi tidak bagi pasangan dari Surabaya ini yang berpisah selepas lahirnya putera sulung mereka Menurut Tribun Dina Oktavia 21 ditinggalkan suaminya selepas di...
Setitik Air Mata Isteri Jatuh Sebab Suami Sakitkan Hatinya Allah Akan Tarik Berkat Dalam Hidupnya

Setitik Air Mata Isteri Jatuh Sebab Suami Sakitkan Hatinya Allah Akan Tarik Berkat Dalam Hidupnya

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 687 hits
Isteri adalah amanah Allah kepada suami begitu juga sebaliknya Apabila disebut sebagai amanah bermakna ia bakal ditanya dan disoal di akhirat kelak Mengikut Imam al Ghazali perkara yang paling berat untuk dilaksanakan adalah amanah Sakitkan...
Suami Selagi Mampu Janganlah Pernah Berkira Dengan Isteri Sendiri

Suami Selagi Mampu Janganlah Pernah Berkira Dengan Isteri Sendiri

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 444 hits
Orang rumah bukanlah wanita yang hanya tinggal serumah tetapi sama sama mendirikan sebuah rumah tangga Suami seharusnya sentiasa ingat isterinya adalah seorang wanita yang telah meninggalkan ibu bapa dan seluruh anggota keluarganya untuk hi...
Memang Rezeki Ibu Suami Anggap Isteri Macam Anak Sendiri Sifir Hidup Bahagia

Memang Rezeki Ibu Suami Anggap Isteri Macam Anak Sendiri Sifir Hidup Bahagia

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 531 hits
Bernikah dengan seorang lelaki bukan dengan dia sahaja kita bertaut kasih Harus belajar menerima keluarganya juga Terutamanya ibu mertua Sentiasalah hormati ibunya seperti mana kita menjaga perasaan emak sendiri Artikel Menarik Ada masanya ...
Suami Isteri Bergaduh Depan Anak Lepas Geram Sana Sini Besar Nanti Dia Jadi Kaki Buli

Suami Isteri Bergaduh Depan Anak Lepas Geram Sana Sini Besar Nanti Dia Jadi Kaki Buli

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 544 hits
Tidak dinafikan setiap pasangan pasti pernah berselisihan faham Perkahwinan mana yang tidak pernah diuji Apabila sesebuah pasangan berkahwin itu mempunyai anak setiap keputusan yang diambil tidak bersifat peribadi dan melibatkan diri mereka...
Baybee Malam Ni On Tak Isteri Hidap Kanser Tahap 4 Terkejut Jumpa Mesej Suami Curang Dengan Adik Kandungnya Sendiri

Baybee Malam Ni On Tak Isteri Hidap Kanser Tahap 4 Terkejut Jumpa Mesej Suami Curang Dengan Adik Kandungnya Sendiri

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 914 hits
Hide profile saya min Saya isteri berumur 44 tahun ada tiga orang anak Bulan Ogos 2018 saya disahkan menghidap kanser payudara tahap empat Hidup saya sejak itu keluar masuk hospital saja Payudara sebelah kanan sudah dibuang Chemo dah 16 kit...
Segelas Air Campur Garam Minumlah Jika Selalu Bergaduh Suami Isteri Usaha Kekal Bahagia

Segelas Air Campur Garam Minumlah Jika Selalu Bergaduh Suami Isteri Usaha Kekal Bahagia

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 703 hits
Adat hidup berumah tangga sesekali berselisihan faham itu normal Berkongsi hidup pastinya menerbitkan rasa tidak puas hati sesama dua insan Biarpun saling menyayangi pasti akan bergaduh jua Pergaduhan itu ada baiknya supaya setiap pasangan ...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation