Saat Isteri Tidur Suami Tataplah Wajah Isteri Selawat Cium Dahinya Tanda Terima Kasih


Isteri ni sanggup berkorban demi orang yang dia sayang. Tak kisahlah dalam karier, masa untuk dirinya sendiri atau apa saja demi memastikan kebahagiaan keluarga nombor satu.
Seperti yang dikongsikan oleh saudara Abu Hurairah Asifa, isteri rela berkorban dirinya untuk membantu meringankan beban suami walaupun dalam masa sama rasa tak mampu.
Berikut antara perkongsiannya
Bila hantar isteri setiap pagi ke tempat kerja, kadang rasa kesian sangat. Sepatutnya, bukan dia yang memikul tanggungjawab dan mencari rezeki ni.
Tapi, isteri tetap mahu membantu meringankan beban dalam setiap usaha dan kerja hari-hari.

Kadang, melihat para isteri yang bekerja ni, yang sedari awal pagi bangun dan siapkan anak-anak, pastikan sarapan suami walau secawan kopi, petang pula berlari berhimpit dalam LRT, meredah hujan dan panas lagi.
Betapa kuatnya wanita hari ini hidup dan terus hidup lagi.
Maka, sebagai suami, ada cara untuk kita bantu dan hiburkan para isteri. Yang membuatkan mereka akan terus hidup dan akan membahagiakan diri serta anak-anak kita nanti.
Ini tipsnya:
1. Kadang kita takde duit minyak pergi kerja. Isteri faham tu. Dia akan tanya dan kadang akan hulurkan RM50 untuk kita.Ucapkan terima kasih dan bila kita ada lebihan rezeki, pulangkan semula duit isteri tu. Walau mereka tak minta, tapi moga dengan kita beri, rezeki kita akan berkat kembali.
2. Tengah sibuk, tengah serabut, tengah kelam kelibut, jangan minta isteri melayani kita. Buatkan air, tolong urutkan badan, tolong gembirakan, tolong puaskan kita. Tengok isteri penat baru balik kerja, anak tiba-tiba nak susu, kita bangunlah buatkan. Sibuk pagi-pagi, kita tolong isteri siapkan baju anak-anak ke taska dan sekolah.
3. Isteri kalau penat, semua benda dia nak marah. Semua benda dia nak baling. Semua benda dia nak hangin. Cara bantu mereka adalah dengan sabar. Diam je. Pergilah siram bunga ke, betulkan meja makan ke, suap anak biskut ke. Tapi kalau dia rimas dan suruh kita berhenti buat apa-apa, bertukarlah jadi tiang. Yang kekal tegak berdiri.
4. Kalau isteri tunjuk bil, bagitahu perbelanjaan dan kewangan, itu yang paling isteri risau dan pening. Kalau kita tak mampu bantu, kita dengar dan bagi idea dan ingatkan isteri, tentang rezeki yang Allah nak beri. Kuatkan keyakinan dia. Ajak isteri berusaha lagi dan kita akan terus kuat untuk rumahtangga ini.
5. Hiburan isteri, satu sahaja dalam hidup ni. Suami! Ya! Suami adalah hiburan utama pada isteri. Kita kalau tidak menjadi sumber hiburan isteri, maka isteri akan mencari hiburan yang lain. Maka, hiburkanlah isteri. Jadilah seorang penyanyi. Seorang pelawak. Seorang penyair. Seorang penjual shawl.
6. Kalau isteri penat, peluklah dia. Letakkan bahu supaya dia boleh bersandar. Doakan isteri kita. Selawat dan ciumlah dahinya. Kita pun bukan suami romantik sangat, tapi apa yang kita buat ni, demi amanah yang Allah beri.
Hari ni, kita sebagai suami dan isteri, bukan lagi pasangan yang biasa. Kita di uji dan di sakiti hari-hari.
Dengan tekanan dan sara hidup yang gila, dengan ujian di tempat kerja, soal anak yang hari-hari menambah sakit kepala, dan soal pasangan kita yang berubah dan menyakiti hati dengan sikapnya.

Jadi, apakah jalan keluarnya? Apa sikap dan cara kita mendepaninya?
Hanya dengan kembali menjadi hamba. Hamba yang banyak memberi dari meminta. Yang terus berjuang dari mengeluarkan pedang dan ajak berperang.
Rumah tangga itu tempat untuk kita mengusahakan bahagia. Panggillah Allah membela rumahtangga kita.
Panggillah Rasulullah memberkati rumah tangga kita. Ingatlah, dosa kita, yang menjarakkan kita. Dosa itu, lebih besar dari salah dan silap pasangan kita.
Sumber: Abu Hurairah Asifa
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.

The post Saat Isteri Tidur, Suami Tataplah Wajah Isteri. Selawat & Cium Dahinya Tanda Terima Kasih   appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/saat-isteri-tidur-suami-tataplah-wajah-isteri-selawat-cium-dahinya-tanda-terima-kasih/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Bacalah Doa Ini Di Saat Isteri Nak Bersalin Insya Allah Dipermudahkan

Suami Bacalah Doa Ini Di Saat Isteri Nak Bersalin Insya Allah Dipermudahkan

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 436 hits
Sakit bersalin adalah sakit yang sukar diungkapkan dengan kata kata Ia ibarat antara hidup dan mati Walaupun sebelum ini pernah ada pengalaman bersalin pastinya perasaan gementar takut semuanya bermain dalam fikiran Sebab itulah ada banyak ...
Anak Tidur Sama Dalam Bilik Boleh Jadi Punca Suami Isteri Asyik Bergaduh

Anak Tidur Sama Dalam Bilik Boleh Jadi Punca Suami Isteri Asyik Bergaduh

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 564 hits
Anak anak tidur dengan ibu ayah adalah perkara biasa Ada beberapa faktor yang menyebabkan kebanyakan pasangan merasa kurang selesa untuk membenarkan anak anak untuk tidur sendiri Ketika masih kecil tiada masalah untuk tidur bersama Tetapi s...
Suruh Istrinya Layani 4 Pria Suami Minta Bebas Saat Sidang Tuntutan Kan Uangnya Saya Kasih Dia

Suruh Istrinya Layani 4 Pria Suami Minta Bebas Saat Sidang Tuntutan Kan Uangnya Saya Kasih Dia

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 381 hits
Suami yang jual istrinya ke pria hidung belang minta meminta bebas di meja pengadilan Hal itu dikarenakan menurutnya apa yang ia lakukan atas kesepakatan bersama dengan sang itri Dilansir dari SURYAMALANG COM kasus suami jual istri yang dil...
Hukum Suami Enggan Membayar Hutang Hantaran Isteri

Hukum Suami Enggan Membayar Hutang Hantaran Isteri

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 368 hits
Suami saya ada meminjam wang hantaran pernikahan saya sebanyak RM2500 untuk keperluannya Masalahnya sampai sekarang suami saya tidak membayarnya Bila saya minta suami saya kata dia telah banyak mengeluarkan belanja sara hidup nafaqah saya j...
Terima Kasih Atas Doa Semua Tak Sangka 2 Tahun Ainul Berjaya Survive Happy Birthday

Terima Kasih Atas Doa Semua Tak Sangka 2 Tahun Ainul Berjaya Survive Happy Birthday

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 526 hits
Kisah adik Ainul suatu ketika dahulu pernah viral di seluruh Malaysia dan ramai yang menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan sokongan moral demi melihat bayi comel ini sembuh Menderita ketumbuhan dalam mulut bapa kepada adik Ainul tabah...
Hukum Suami Melarang Isteri Membeli Perhiasan Sedangkan Duit Isteri

Hukum Suami Melarang Isteri Membeli Perhiasan Sedangkan Duit Isteri

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 384 hits
Saya seorang isteri yang bekerja dengan kerajaan dan saya amat suka kepada barang kemas Soalan saya kalau saya hendak membeli barang kemas dengan duit saya sendiri adakah harus kerana suami saya selalu melarang saya berbelanja sedangkan say...
Perkongsian Pa21 Terima Kasih Ppd Kemaman

Perkongsian Pa21 Terima Kasih Ppd Kemaman

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 417 hits
Alhamdulillah selesai sudah misi perkongsian di Kemaman untuk kali ini Jutaan terima kasih yg tak terhingga buat PPD Kemaman terutamanya SI Partner Pn Hajjah atas kepercayaan untuk saya berkongsi sedikit pengalaman amalan PA21 dalam kelas d...
Bagaimana Menjadi Isteri Yang Menyenangi Hati Suami

Bagaimana Menjadi Isteri Yang Menyenangi Hati Suami

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 247 hits
Asam garam dalam rumah tangga pasti ada pasang surutnya Ada masanya cinta sentiasa mekar tidak kuncup kuncup Namun ada kalanya pasti wujud salah faham dan pertengkaran yang perlu diharungi Namun jika kedua duanya saling bertoleransi dan mem...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Gagal Itu Biasa Bangkit Itu Luar Biasa

Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence

Resep Thailand Milk Bun Viral Sajian Berbuka Puasa Yang Bikin Ketagihan

Masak Ayam Berlado Cili Merah Kesukaan Anak Anakku

Kes Buang Bayi Wanita Berusia 29 Tahun Direman

Doorgift Kenduri Dapat Numee Gardenia