Terima Kasih Atas Doa Semua Tak Sangka 2 Tahun Ainul Berjaya Survive Happy Birthday


Kisah adik Ainul suatu ketika dahulu pernah viral di seluruh Malaysia dan ramai yang menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan sokongan moral demi melihat bayi comel ini sembuh.
Menderita ketumbuhan dalam mulut,  bapa kepada adik Ainul, Ahmad Safiuddin tabah dan begitu kuat menerima takdir Allah.
Hari ini, 18.8.2020 genap 2 tahun umur adik Ainul kesayangan rakyat Malaysia. Happy Birthday sayang dari Team Pa&Ma.

Menerusi perkongsian bapa Ainul di instagram, dia berkongsi tentang rasa bersyukur kerana anaknya mampu bertahan hingga kini. Dia turut berterima kasih pada rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kesihatan Ainul.

“Isnin, 13 Aug 2018, 3.25pm @ Hospital Besar Melaka
Alhamdulillah, banyak pengajaran, pengalaman yang Allah swt berikan diatas kelahiran puteri sulung kami, Ainul Mardhiah.
Daripada tidak dikenali, sehingga lah mendapat tempat di hati masyarakat yang prihatin dan penuh kasih sayang terhadapnya.
Alhamdulillah, kami tidak sangka dengan apa yang telah Ainul lalui pada usianya setahun yang lalu. Ternyata, puteri kami ini sangat kuat, cekal dan tabah orangnya. Mungkin lebih kuat dari kami dan juga orang yang berada disekelilingnya pada ketika itu.
Hari ini, boleh dikatakan ainul telah berjaya suvive dari ketumbuhan yang pernah menyinggah sebentar dalam kehidupnya. Hari ini, Ainul membesar seperti seorang juara! Ainul bertambah aktif dan kelihatan sangat ceria. Ainul boleh bermain, boleh ketawa, boleh menangis dan Ainul dah reti menyakat orang disekeliling. Ainul menjadi penghibur duka lara kami dengan keletahnya.
Terima kasih Allah swt. Terima kasih semua. Doakan Ainul membesar dengan sihat, doakan Ainul diberikan kesembuhan secara total, Doakan Ainul dapat membesar dengan baik, dan doakan juga supaya Ainul menjadi seseorang yang akan memberi banyak manfaat dan kebaikan kepada orang lain di masa akan datang. Amin.
Happy Birthday Ainul Mardhiah. Semoga Allah berkati kamu, Anak”
Pa&Ma kongsikan kembali perjalanan kisah Ainul seawal lahir hingga selesai pembedahan.

Berikut merupakan kronologi kisah adik Ainul;

13 Ogos 2018, Hari isnin, 3:15ptg di GH Melaka
Ainul lahir tidak cukup bulan, Dia pramatang. Lahir melihat dunia ketika usia kandungan isteri 31 minggu.
Pada saat disedang dikeluarkan, Doktor dan kami baru tahu bahawa ada ketumbuhan yang terkeluar dari mulutnya. Ainul terus dimasukkan kedalam wad kecemasan. Doktor memberitahu keadaan Ainul terlalu kritikal. Dia ada dua masalah iaitu; Pramatang & Ketumbuhan.
Beberapa minit selepas ainul keluar dari perut, doktor mengatakan nadi dia berhenti. Tapi alhamdulillah, dengan ilmu dan kesungguhan doktor, Ainul berjaya diselamatkan dengan cara bypass pernafasan. Doktor beritahu, dia tidak dapat bernafas kerana ketumbuhan itu telah menutupi mulut dan hidungnya.
23.8.2018, Khamis (Menaiki Ambulan)
Doktor Pakar Bedah menemui saya dan memaklumkan yg Ainul perlu segera dibedah dan pembedahan itu akan dilakukan esok pagi ( Hari jumaat ).
Ketumbuhan Kali Kedua Selepas Sebulan Buat Pembedahan
Ujian Allah buat saya sekeluarga apabila ketumbuhan keluar lagi kali kedua sebulan selepas dia operation. Ainul perlu jalani rawatan chemotherapy sebab Doktor kata ianya adalah Kanser.
Tidak Boleh Lakukan Pembedahan 
Ainul tidak boleh dioperate kerana lokasi ketumbuhan itu adalah tempat yang banyak salur darah dan saraf. Dalam CT scan, report mengatakan ketumbuhannya telah berada di belakang tengkorak hidung dan mata.
Kisah adik Ainul mula tular selepas luahan bapanya di Facebook dan mendapat perhatian ramai termasuklah Jutawan Kosmetik, Dato’ Seri Aliff Syukri.
April 2019
Apa nama adik ni yaa… siapa kenal adik ni??kalau boleh saya nak jumpa adik ni sendiri… saya amat kesian dengan nasib adik ni dan ingin menbantu apa yang perlu utk beliau… siapa yang kenal atau menpunyai number telefon adik ni sila pm sy..inyallah sy cuba yg terbaik dgn rezki apa yg saya ada – Aliff Syukri
12.04.2019
Menurut Ahmad Safiuddin, salah seorang kenalannya di sana telah membawa laporan kesihatan Ainul untuk diberikan kepada pakar perubatan kanser di hospital tersebut.
“Kenalan di sana dah bawa medical report ainul kepada pakar perubatan kanser di sana. Harap mereka boleh lakukan sesuatu!” katanya.

13.04.19 (Genap Usia Ainul 8 Bulan)
Tarikh 13 April lalu genaplah usia Ainul Mardhiah, 8 bulan. Di sebalik tarikh lahir Ainul yang dilahirkan 13 Ogos 2018 ada tersimpan maksud tersirat di sebalik tarikh tersebut.
Sebab Surah ke 13, Ayat 8 ( Surah Ar-Ra’d )

17 April 2019
Tidak sanggup melihat kesakitan yang ditanggung adik Ainul Mardhiah, Dato’ Sri Aliff Syukri melawat anak istimewa ini untuk menyerahkan cek sumbangan.

19 April 2019
Masih tunggu respon pakar di UK. Walid terpaksa ikat tangan ainul elak tumor berdarah



Ainul Mardhiah,.Ainul ni nampak seorang yang tidak akan berputus asa. Kami terpaksa ikat tangan dia supaya dia tak cakar tumor tu. Jika dia dapat cakar, maka akan berdarah. Dan darah tu sangat tak elok bila masuk ke dalam tubuh badannya.
Posted by Ahmad Safiuddin on Wednesday, 17 April 2019
 
22 April 2019
Dr Nur Amalina Che Bakri cuba menghubungi ibu bapa adik Ainul dengan membuat carian di Instagram (IG) sebelum mereka berhubung melalui mesej di media sosial itu.
Katanya, selepas mendapat mesej di IG, dia memberikan nombor telefonnya kepada Dr Amalina sebelum doktor yang berpangkalan di United Kingdom (UK) itu menghubunginya menerusi WhatsApp.
Dr Amalina turut meminta laporan perubatan anaknya untuk membawa isu berkenaan kepada doktor di sana termasuk pakar dalam bidang masing-masing dan akan sentiasa berhubung dengan ibu Ainul.

26 April 2019
“Sementara tunggu respon dari luar negara, kami perlu lakukan sesuatu. Tidak boleh duduk diam di rumah kerana tumor ini setiap hari makin membesar.”

8 May 2019
Dr. Amalina & Team Sudah Respon!
“Mereka dah ready di sana and minta kami buat MRI di sini. Menurut kata Dr Amalina, Pakar-pakar di UK ramai yang nak bantu Ainul,” katanya.
Dr Amalina Mohon Terus Bagi Sumbangan Bantu Ainul!
Sementara itu, menerusi insta story Dr Amalina dia juga memohon jasa baik masyarakat untuk memberi sedikit sumbangan untuk membawa Ainul Mardhiah dengan segera ke London. Turut tertera nombor akaun Ahmad Safiuddin.

11 May 2019
Kerajaan Melaka akan membantu kos penerbangan dan pengangkutan keluarga adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menderita kanser ‘Germ Cell Tumor’ di bahagian mulut, ke United Kingdom (UK).
Satu Persatu Allah Permudahkan!
Sebelum ini Ahmad Safiuddin ada bertanya mengenai urusan membuat pasport Ainul untuk persediaan ke UK. Namun beberapa jam selepas itu, Safiuddin menjelaskan telah dihubungi pegawai imigresen yang menawarkan bantuan untuk memudahkan Ainul membuat passport tanpa perlu ke pejabat imigresen.

21 May 2019
Urusan persiapan keluarga Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, penghidap kanser mulut, ‘Germ Cell Tumor’, ke London hampir selesai apabila bapanya mengesahkan bakal bertolak ke sana, Khamis 23 May 2019.
“Pihak MAS sudah bersedia untuk membawa kami sekeluarga malah dua doktor pengiring yang juga pakar bius hospital swasta, sudah bersedia mengikut kami ke sana.
“Sebaik sahaja kami tiba di sana nanti, Ainul Mardhiah akan terus di bawa ke hospital di sana dan menjalani imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI),” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Taman Ayer Molek, Melaka.
Katanya, dua doktor pengiring itu adalah individu sukarela yang menggunakan perbelanjaan mereka sendiri, malah Dr Amalina Che Bakri juga mengesahkan kepadanya akan ada doktor yang menunggu di lapangan terbang di London.

24 May 2019
Adik Ainul Mardhiah dan ibu bapanya sudah berlepas ke London menaiki penerbangan MAS bagi menjalani rawatan. Perkara ini telah dimaklumkan oleh bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dalam facebooknya.

30 May 2019
Selepas tiba di London pagi Sabtu lalu, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, kini ditempatkan di dalam inkubator dengan wayar yang berselirat di sebuah hospital kanak-kanak.

3 June 2019
“Assalamualaikum dan hai semua! Doktor kata, Ainul semakin baik hari demi hari. Alhamdulillah. Sekarang ni Dr nak bagi Ainul rehat dulu untuk persiapan rawatan seterusnya.

7 June 2019
Ainul confirm akan dibedah tidak lama lagi, cuma sekarang ini mereka di sini mahu Ainul besar dan kuat sikit dahulu. Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) pun dah buat, doktor doktor pakar pun telah berbincang dan setelah mereka teliti keadaan Ainul dan bincang kaedahnya, mereka sebulat suara menjawab

10 June 2019
Bayi sembilan bulan yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di mulutnya.
Ketumbuhan pada mulut bayi berkenaan yang mula membesar sejak dilahirkan hingga mencapai berat 200 gram itu, berjaya dibuang oleh sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.
“Pembedahan sangat lancar, malah lebih baik daripada yang dijangka. Ketumbuhan (pada mulut Ainul) berjaya dibuang mengikut perancangan,” katanya ketika ditemui, hari ini, selepas terbabit dalam sesi pembedahan berkenaan selama lima jam.

11 June 2019
“Ainul nampak sangat comel, bibir dia cantik, pipi dia tembam. Insya-Allah mama akan jaga Ainul walau apa jua ujian dan cabarannya,” kata ibu kepada Ainul Mardhiah.
Nurul Erwani Zaidi, 24, memaklumkan anak perempuannya berusia sembilan bulan itu yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor kini sedang berehat dan berada dalam keadaan stabil.

12 June 2019
Ramai yang terlibat sepanjang rawatan anaknya di UK selain daripada Dr Amalina Bakri. Ramai doktor yang disifatkan ‘doktor kiriman Allah’ yang turut sama memberikan sokongan sepanjang usaha rawatan Ainul di Malaysia & UK. Ahmad Safiuddin dan isteri berasa amat terhutang budi.

Sumber: Ahmad Safiuddin

The post “Terima Kasih Atas Doa Semua, Tak Sangka 2 Tahun Ainul Berjaya Survive.” Happy Birthday! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/terima-kasih-atas-doa-semua-tak-sangka-2-tahun-ainul-berjaya-survive-happy-birthday/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terima Kasih Di Atas Kunjungan

Terima Kasih Di Atas Kunjungan

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 372 hits
Hi korangSabtu lepas bukan main happy lagi kakak Dania menerima kunjungan Ayah dan family dia Ye la lama plak x jumpa kan bukan dapat jumpa selalu biasanya ada special occasion ataupun perayaan baru dapat jumpa Bila Dania bg tau ayah dia na...
Sambut Hari Jadi Ke 40 Song Jihyo Ucap Terima Kasih Atas Ingatan Peminat

Sambut Hari Jadi Ke 40 Song Jihyo Ucap Terima Kasih Atas Ingatan Peminat

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 431 hits
Diam tak diam pelakon dan ahli Running Man popular iaitu Song Ji hyo menyambut hari jadi yang ke 40 hari ini Nampaknya wanita itu menerima penghargaan ramai apabila dia menerima ucapan kasih sayang yang banyak menerusi penghantaran hadiah k...
Happy Birthday Ke 2 Ainul Mardhiah

Happy Birthday Ke 2 Ainul Mardhiah

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 311 hits
Isnin 13 Aug 2018 3 25pm Hospital Besar Melaka Alhamdulillah banyak pengajaran pengalaman yang Allah swt berikan diatas kelahiran puteri sulung kami Ainul Mardhiah Daripada tidak dikenali sehingga lah mendapat tempat di hati masyarakat yang...
Koperal Polis Dihadapkan Ke Mahkamah Atas Pertuduhan Terima Rasuah

Koperal Polis Dihadapkan Ke Mahkamah Atas Pertuduhan Terima Rasuah

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 268 hits
MALAYSIAKINI Seorang anggota polis berpangkat Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas dua pertuduhan meminta rasuah daripada orang awam pada 2016 dan 2017 Tertuduh Mohd Yusry Borhan 34 membuat pengakuan i...
Jemput Sakit Pulang Sehat Warga Ucapkan Terima Kasih Pada Wali Kota Helmi Hasan

Jemput Sakit Pulang Sehat Warga Ucapkan Terima Kasih Pada Wali Kota Helmi Hasan

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 330 hits
Jebolan Sarjana Ekonomi Universitas Bengkulu sejak menjabat Wali Kota memang memiliki Program APBD untuk rakyat Tak heran semua program andal Wali Kota Bengkulu Helmi Hasan langsung menyentuh hati masyarakat Kota Bengkulu
Polis Patut Ucap Terima Kasih Bukan Siasat Saya

Polis Patut Ucap Terima Kasih Bukan Siasat Saya

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 491 hits
CYBERJAYA Seorang peniaga burger yang videonya tular dengan dakwaan bahawa terdapat aktiviti perjudian dan perniagaan haram di Sungai Buloh kesal apabila dirinya pula dipersalahkan oleh pihak berkuasa susulan pendedahan panas itu Pengasas H...
Ucapan Terima Kasih Ahli Parlimen Port Dickson

Ucapan Terima Kasih Ahli Parlimen Port Dickson

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 330 hits
Menjunjung kasih atas ingatan ikhlas Tuanku Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong As Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri A...
Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 417 hits
Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah Selamat tahun baru Hijrah dan Salam Maal Hijrah 1442 Pagini KakYa nak kongsikan Doa Akhir Dan Doa Awal Tahun Hijrah buat pembaca blog KakYa Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kalian semua Insya...
Baru Nak Layan Wayang Drive In Penonton Terima Kejutan Tak Disangka Sangka

Baru Nak Layan Wayang Drive In Penonton Terima Kejutan Tak Disangka Sangka

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 271 hits
Ketika musim Covid 19 ni macam macam trend naik dari kopi dalgona masak memasak pelbagai resepi dan bermacam lagilah Antara yang mendapat perhatian adalah trend wayang drive in yang diperkenalkan untuk menjaga penjarakan fizikal Masing masi...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation