Bagaimana Menjadi Isteri Yang Menyenangi Hati Suami


Asam garam dalam rumah tangga pasti ada pasang surutnya. Ada masanya cinta sentiasa mekar tidak kuncup-kuncup. Namun, ada kalanya pasti wujud salah faham dan pertengkaran yang perlu diharungi.
Namun, jika kedua-duanya saling bertoleransi dan memahami antara satu sama lain, pasti setiap masalah itu dapat diharungi dengan baik walaupun ada kalanya jalannya berliku-liku.
Sebab itu, dalam mengharungi badai rumah tangga, kedua-dua pihak memainkan peranan. Bukan bergantung kepada suami sahaja. Namun, tidak salah jika sebagai isteri, anda juga meletakkan usaha untuk mengurangkan pertelingkahan dalam rumah tangga.
Kerana, salah satu ciri yang disukai oleh suami adalah wanita yang sentiasa menenangkan hatinya. Jadi, entri kali ini akan memberi tips mengenai bagaimana cara untuk menjadi isteri yang disenangi suami:
#1 – Mengambil Berat Mengenai Perkara Yang Kecil
Kadang-kadang, mengambil berat mengenai perkara yang kecil pun boleh dijadikan sebagai cara yang mudah untuk menambat hati suami.
Bertanya kepadanya mengenai sarapan apa yang ingin dimakannya, warna tali leher apa yang ingin dipakainya dan pelbagai lagi.
Ia sedikit sebanyak boleh dijadikan perkara untuk bergurau jenaka sesama suami isteri.
Dari sini juga, anda boleh mengetahui perkara yang disukai suami dan sama ada dia seorang yang suka dimanja atau berdikari.
#2 – Tukarkan Leteran Kepada Penyelesaian
Lumrah wanita suka bercakap sama ada ia adalah dalam bentuk leteran atau sebaliknya.
Namun, tak ramai lelaki yang suka akan perkara itu. Terutamanya jika ia dilakukan secara kerap. Kadang-kadang perkara ini yang boleh menimbulkan pergaduhan.
Jadi, jika leteran itu adalah disebabkan oleh perkara kecil seperti kenapa tidak memasukkan baju yang telah dipakai ke dalam bakul atau mengapa ubat gigi tidak dipicit dari bawah; apa kata tukarkan ia kepada penyelesaian.
Contohnya, meletakkan bakul baju di tempat yang suami anda biasa lemparkan baju.
Cari cara yang kreatif untuk menyelesaikan masalah itu jika perkara itu tetap berlaku walau setelah menasihatinya berkali-kali.
#3 – Jangan Memperkecil Minat Suami
Jika suami suka bertanya pendapat mengenai sesuatu atau meminta bantuan kita mengenai minatnya, jangan dipandang ringan akan perkara tersebut.
Mereka juga sama seperti wanita. Yang sentiasa memerlukan sokongan dan pendapat daripada orang lain.
Dan semangatnya boleh luntur jika orang terdekatnya memberi komen atau kata-kata yang boleh meruntuhkan semangat.
#4 – Memahami Situasi
Seorang isteri yang baik ialah yang sentiasa memahami situasi dan mood suami. Apabila suami pulang dari kerja dengan penat, janganlah dimulakan perkara yang tidak disukainya. Contohnya mencari gaduh atau berleter kepadanya.
Jika suami memerlukan masa untuk bersendiri atau tidak menjawab persoalan anda, berikan dia ruang untuk berfikir.
Seperti wanita yang memerlukan ruang untuk bersendiri atau difahami, begitu juga dengan suami.
#5 – Sentiasa Berhias Untuk Suami
Berhias di rumah tidak semestinya memakai make up secara penuh atau berkebaya sepanjang masa, namun memadai dengan sentiasa kemas dan menjaga pemakaian.
Sekurang-kurangnya biarlah sedap mata kita memandang. Jika kita rajin untuk berhias di luar rumah, rajin-rajinkanlah diri juga untuk berhias di dalam rumah. Berhias itu bukan untuk orang lain, tetapi suami anda juga.
Kesimpulan
Banyak lagi perbuatan yang boleh diambil perhatian dan dititikberatkan dalam rumah tangga. Semua itu adalah bergantung kepada kreativiti dan personaliti masing-masing.
Yang paling penting ialah rumah tangga itu perlu dilalui dengan toleransi, barulah akan wujud harmoni.
Dan wanita yang menggembirakan suami adalah termasuk dalam ciri-ciri wanita solehah yang sentiasa didambakan syurga dan merupakan harta yang tidak ternilai buat suami.
Maksud: “Hendakkah kamu aku beritahukan tentang sebaik-baik harta seorang lelaki adalah wanita yang solehah. Apabila dia melihat kepadanya, dia akan menggembirakan, apabila dia memberi arahan kepadanya, wanita itu taat dan apabila dia tidak berada di sisinya,wanita tu menjaga maruah dirinya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no.1664)
 
Sumber: tzkrh.com 
The post Bagaimana Menjadi Isteri Yang Menyenangi Hati Suami appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/bagaimana-menjadi-isteri-yang-menyenangi-hati-suami/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wahai Suami Hati Wanita Sangat Halus Jangan Biarkan Isteri Merajuk Tanpa Dipujuk

Wahai Suami Hati Wanita Sangat Halus Jangan Biarkan Isteri Merajuk Tanpa Dipujuk

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 1617 hits
Wanita dari tulang rusuk lelaki Sifat tulang rusuk ni mudah patah Begitulah hati wanita ni sangat halus mudah sangat nak terguris Lelaki lebih rasional wanita lebih beremosi Jangan samakan hati suami dengan isteri Hati lelaki tak sama denga...
Doa Pendek Untuk Hilangkan Sedih Hati Gelisah Elok Diamalkan Buat Suami Isteri

Doa Pendek Untuk Hilangkan Sedih Hati Gelisah Elok Diamalkan Buat Suami Isteri

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 383 hits
Ada waktu waktu tertentu kita akan rasa serabut dengan pelbagai masalah Hati pun tak boleh tenang dan asyik memikirkan pelbagai perkara yang seperti tiada kesudahannya Tak kisahlah masalah peribadi keluarga atau kerjaya jika semuanya difiki...
Isteri Tak Suka Masak Saya Penat Nak Tegur Suami Buntu Isteri Goyang Kaki Memanjang

Isteri Tak Suka Masak Saya Penat Nak Tegur Suami Buntu Isteri Goyang Kaki Memanjang

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 366 hits
Saya dan isteri dah berkahwin selama enam tahun dan dikurniakan tiga orang anak Saya bekerja dan isteri pula suri rumah Isteri saya jenis tak suka memasak kurang makan dan jenis makan je apa apa makanan ringan atau makanan segera Kerja kerj...
Kadang Kadang Suami Tolong Cuci Tandas Je Isteri Punya Happy Sampai Ambil Gambar Nak Bagitahu 1 Dunia

Kadang Kadang Suami Tolong Cuci Tandas Je Isteri Punya Happy Sampai Ambil Gambar Nak Bagitahu 1 Dunia

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 764 hits
Isteri sangat gembira bila suaminya tolong dalam urusan rumahtangga walaupun hanya cuci tandas sahaja Bernilainya pertolongan kecil suami dimata isteri Isteri tidak mengharapkan bulan bintang cukup sekadar memahami dirinya penat dan sama sa...
Isteri Pukul Suami Sampai Mati Kerana Tak Masak Hidangan Makan Malam

Isteri Pukul Suami Sampai Mati Kerana Tak Masak Hidangan Makan Malam

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 378 hits
Isteri pukul suami sampai mati kerana tak masak hidangan makan malamSeorang wanita bertindak memukul suaminya sehingga mati hanya kerana tidak sediakan hidangan makan malam Dalam kejadian yang berlaku di Huaian Jiangsu China pasangan itu be...
Saya Nak Bergaduh Dengan Dia Isteri Tuntut Cerai Kerana Suami Terlalu Baik Menyayanginya

Saya Nak Bergaduh Dengan Dia Isteri Tuntut Cerai Kerana Suami Terlalu Baik Menyayanginya

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 638 hits
Saya nak bergaduh dengan dia Isteri tuntut cerai kerana suami terlalu baik menyayanginyaSeorang wanita di India nekad menuntut cerai hanya kerana tidak pernah bertengkar dengan suaminya selepas 18 bulan mendirikan rumah tangga Difahamkan wa...
Sanggup Tanggal Cuba Sembunyi Gelang Pink Pasangan Suami Isteri Ditahan Semasa Sekatan Jalan Raya

Sanggup Tanggal Cuba Sembunyi Gelang Pink Pasangan Suami Isteri Ditahan Semasa Sekatan Jalan Raya

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 330 hits
Ohmedia baru jer bercerita mengenai makcik gelang pink didakwa di Mahkamah Majistret pagi tadi gara gara ingkar arahan kuarantin Covid 19 di rumah Mana taknya makcik tu boleh makan dan minum pula dekat sebuah kafe di Bandaraya Meru Raya Ipo...
Saya Geli Tengok Isteri Saya Tak Terurus Bau Bawang Suami Dayus

Saya Geli Tengok Isteri Saya Tak Terurus Bau Bawang Suami Dayus

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 419 hits
Hari ini tersebar di laman sosial Facebook yang dimuatnaik oleh page Kisah Rumah Tanggadi mana mengisahkan seorang suami yang menceritakan kisah isterinya yang sering mengadu penat walaupun hanya bekerja dirumah dan isterinya tidak pandai m...
Hiburan Aman Graseka Kecil Hati Dengan Anak Isteri Muda Nafi Halang Anak Tiri Jumpa Bapa

Hiburan Aman Graseka Kecil Hati Dengan Anak Isteri Muda Nafi Halang Anak Tiri Jumpa Bapa

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 3059 hits
Tempoh hari kecoh di media sosial apabila anak kepada penyanyi dangdut popular tanah air Mas Idayu iaitu Nur Dayini mendakwa ibu tirinya Reena Arina menghalang untuk berjumpa bapa kandungnya pelakon Aman Graseka Tidak mahu dirinya dipersala...
Tnb S Share Price Falls After Federal Court Decision On Lhdn Case

No Promotions For Macc Officers With Bmi Above 27 From Next Year

Oppo Reno14 Drops At Ooo Fest With Ai Cam Freebies

Bank Rakyat Defends Ex Ybr Ceo S Termination Says Proper Procedures Followed

What New York S Mamdani Can Teach Malaysia S Madani

Masak Lemak Udang Dan Bab Dosa Media Social

Insiden Letupan Gas Putra Heights Menteri Besar Selangor Dakwa Siasatan Dilakukan Dengan Bebas Dan Telus

Opening Up Zero Knowledge Proof Technology To Promote Privacy In Age Assurance


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Drama Mandul Bukan Pilihan

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

Monolog Jiwa Andai Rasa Tak Sedalam Ini

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

Sindiket Pil Kuda Rm6 16 Juta Tumpas Sembunyi Dalam Najis Lembu Bisnes Salon