S Wak Report Sekumpulan Mp Tandatangan Sd Sokong Dr M


BERITA

Anwar Ibrahim sekadar memberi respons ringkas berhubung dakwaan Sarawak Report bahawa terdapat ahli parlimen yang menandatangani akuan berkanun (SD) menyokong Dr Mahathir Mohamad terus berkhidmat sebagai perdana menteri sehingga pilihan raya umum akan datang.

"Saya tidak dimaklumkan secara rasmi," kata presiden PKR itu kepada pemberita di Shah Alam, Selangor ketika ditanya mengenainya petang ini.

Sarawak Report memetik sumber yang mendakwa bahawa ahli parlimen dari Umno, PAS, Bersatu selain ahli parlimen PKR yang memihak kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali "telah digesa untuk datang ke Kuala Lumpur" bagi menandatangani SD itu dalam tempoh 48 jam terakhir.

Bagaimanapun, ketika dihubungi, Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin, yang juga dikenali sebagai orang kuat Azmin, menafikan anggota parlimen dari kem Azmin menandatangani SD itu seperti yang dilaporkan.

"Tidak benar. Setakat yang saya tahu, tidak ada," kata Zuraida, yang kini bercuti sebagai naib presiden parti.

Malaysiakini telah menghubungi beberapa ahli parlimen Umno dan Bersatu, untuk mendapatkan komen.

Jika benar, SD itu dilihat sebagai melanggar perjanjian yang dipersetujui bersama parti Pakatan Harapan untuk meletakkan Anwar sebagai pengganti Mahathir sebelum pilihan raya umum akan datang.

Perkembangan itu juga hadir selepas PAS mengumumkan rancangannya untuk membawa usul undi percaya terhadap Mahathir dalam sesi Parlimen akan datang pada Mac, selain ketika spekulasi mengenai penubuhan gabungan politik baru sedang hangat diperkatakan.

Sarawak Report juga memetik "khabar angin" sekiranya terdapat bilangan ahli parlimen yang mencukupi menandatangani SD, dalang di sebalik rancangan tersebut akan mendapatkan sokongan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Laman web pendedah maklumat yang memainkan peranan penting dalam mendedahkan skandal 1MDB itu juga memberitahu mengenai halangan-halangan berhubung usul undi percaya terhadap Mahathir.

"... Sebarang usul undi percaya seperti itu tidak dapat mendapat senarai atas di dalam kertas aturan mesyuarat melainkan ia menerima notis sokongan dari kerajaan sebagai urusan rasmi.

"Untuk berbuat demikian, ia akan memaksa Mahathir secara terbuka untuk mengakui bahawa beliau menyokong tindakan dari parti-parti pembangkang itu dan mereka yang tidak berpuas hati dalam di PH, sementara pada masa yang sama berisiko menerima kekalahan berdasarkan (jumlah) ahli parlimen yang jelas - setiap pihak mendakwa telah berjaya memperoleh majoriti penyokong.

"Oleh itu jelas bahawa alasan utama untuk mengumpul SD ini adalah bahawa mereka berharap untuk dapat mencapai jumlah sepatutnya dan lakukan yang terbaik untuk meraih perhatian perdana menteri untuk membenarkannya di Parlimen," kata laporan itu.

Bagaimanapun, Sarawak Report berkata masih sukar untuk dipastikan manfaat diperoleh Mahathir dari tindakan itu.

Namun, menurut laman web itu, Mahathir akan bimbang untuk mengkhianati pengundi yang telah meletakkannya di tampuk kuasa.

"Ia akan mewujudkan kemarahan dan permusuhan dalam kalangan anggota parlimen dari gabungannya sendiri dan menyerahkan nasibnya di tangan pihak yang dituduhnya sebagai penjenayah dan penyebab dia kembali ke politik.

"Begitu juga, pemimpin PKR yang menyokongnya, seperti Azmin, akan mendapati diri mereka menjadi ikan yang sangat kecil di kolam politik baru ... berenang di kalangan jerung.

"Pemenangnya pula adalah (bekas perdana menteri) Najib (Abdul Razak), isterinya Rosmah Mansor, bekas presiden Umno, Hisahamuddin (Hussein), (Presiden Umno) Zahid (Hamidi), (Presiden PAS) Hadi Awang, sebab itulah mereka merupakan dalang di sebalik SD ini," kata laporan itu.

Sarawak Report juga berkata perkara langkah mengumpulkan SD ini merupakan yang kedua, dengan SD pertama sudah ditandatangani tapi belum digunakan.

Pada 9 Februari lalu, Mahathir sekali lagi menegaskan bahawa beliau akan menunaikan janji untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar, tetapi menambah keputusan muktamad terletak pada Dewan Rakyat.

Dua hari sebelum itu, Anwar memberitahu Reuters bahawa dia bersedia menunggu enam bulan lagi untuk menjadi perdana menteri dan menyatakan keyakinannya bahawa dia mendapat sokongan PH.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/02/swak-report-sekumpulan-mp-tandatangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Ahli Parlimen Tandatangan Sokong Mahathir Tolak Anwar Jadi Pm

Ramai Ahli Parlimen Tandatangan Sokong Mahathir Tolak Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 585 hits
Buletin Asia Gambar hiasan KUALA LUMPUR Ahli parlimen dari UMNO PAS Bersatu dan sebahagian ahli parlimen PKR yang pro Timbalan Presiden PKR Dato Sri Azmin Ali telah dipanggil untuk menandatangani deklarasi untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mo...
Umno Mungkin Sokong Usul Undi Percaya Mahathir Kata Tok Mat

Umno Mungkin Sokong Usul Undi Percaya Mahathir Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 296 hits
Umno tidak menolak kemungkinan menyokong usul undi percaya kepimpinan Dr Mahathir Mohamad yang akan dibawakan PAS ke Dewan Rakyat bulan depan sekiranya ia memberi manfaat kepada rakyat Bagaimanapun Timbalan Presidennya Mohamad Hasan berkata...
Mat Hasan Umno Sokong Usul Percaya Pm Jika Beri Manfaat

Mat Hasan Umno Sokong Usul Percaya Pm Jika Beri Manfaat

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 257 hits
MALAYSIAKINI Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menjelaskan partinya tidak akan teragak agak menyokong usul undi percaya terhadap kepimpinan Dr Mahathir Mohamad yang akan dibawakan PAS ke Dewan Rakyat bulan depan Jelasnya ini kerana PAS m...
Mukhriz Persoal Apa Keperluan Pas Bawa Usul Sokong Pm

Mukhriz Persoal Apa Keperluan Pas Bawa Usul Sokong Pm

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 309 hits
ALOR SETAR Parti Pribumi Bersatu Malaysia mempersoal tindakan Pas yang berhasrat mengemukakan usul menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula bulan depan Timbalan Presidennya...
Minyak Enjin Terbaik Di Malaysia Yang Perlu Anda Sokong

Minyak Enjin Terbaik Di Malaysia Yang Perlu Anda Sokong

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 378 hits
Minyak enjin adalah penting bagi setiap kenderaan korang namun pemilihan jenama dan keperluan selalu membuatkan pengguna pening kerana di pasaran terdapat banyak sangat jenama Jika tanya aku jawapannya sudah pasti sokonglah minyak enjin kel...
Kalau Pas Sokong Pm Sokong Sekali Kabinet

Kalau Pas Sokong Pm Sokong Sekali Kabinet

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 195 hits
Via WhatsApp Sememangnya otak saya jadi celaru sikit bila baca berita ini Nak buat usul percaya kepada Perdana Menteri dalam Dewan Rakyat Sepanjang ingatan saya belum pernah lagi dibuat dalam mana mana negara komanwel wakil rakyat pembangka...
Sokong Tun M Pas Bazir Masa Parlimen Bukan Main Pandai Sindir Hannah

Sokong Tun M Pas Bazir Masa Parlimen Bukan Main Pandai Sindir Hannah

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 293 hits
Hannah Yeoh TIMBALAN Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh menyindir langkah Pas untuk mengemukakan usul kepada Dewan Rakyat untuk menyokong kepemimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga penggal Parlimen ke 14 tamat...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner