Kalau Pas Sokong Pm Sokong Sekali Kabinet



Via WhatsApp
Sememangnya otak saya jadi celaru sikit bila baca berita ini. Nak buat usul percaya kepada Perdana Menteri dalam Dewan Rakyat. Sepanjang ingatan saya belum pernah lagi dibuat dalam mana-mana negara komanwel wakil rakyat pembangkang buat usul undi percaya kepada PM.
Selalunya pembangkang akan buat usul undi tidak percaya kepada MB atau Perdana Menteri untuk memaksa Perdana Menteri itu meletakkan jawatan seperti pernah berlaku pada tahun 1961 terhadap Adun PAS Daud Samad yang menjadi Menteri Besar Terengganu pada waktu itu
Kalau dirujuk Per. 43(4) Perlembagaan Persekutuan pun disebut “(4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.”
Maknanya test of confidence itu dibuat melalui usul dalam Dewan baharulah diketahui sama ada MB atau PM itu mendapat sokongan ahli dewan.
Dalam laporan Malaysiakini dinyatakan kenyataan Dato Tuan Ibrahim, “Usul ini sangat perlu dibincang supaya kita boleh tengok sejauh mana perdana menteri mendapat sokongan daripada ahli-ahli parlimen,” kata Tuan Ibrahim.
“Sepatutnya yang tak puas hati kepada perdana menteri, bawa usul tak percaya. Bila usul tak percaya tidak ada, kita bawa usul percaya. Kalau selepas ini ada usul tak percaya, mungkin kita akan tarik balik usul percaya, akan mengundi usul tak percaya itu untuk menolak (usul),” kata Takiyuddin kemudiannya.
Maaflah, memang berbelit nak faham kenyataan ini. Maknanya kerana tiada orang bawa usul tidak percaya maka Pas bawa usul percaya. Mana logiknya hal ini dari segi perundangan? Saya rasa orang BN sendiri pun mungkin tak sudi nak undi usul sebegini.
Saya fikir jika mahu pun dibawa usul begini awal-awal lagi Speaker Dewan akan buang dalam tong sampah sebab kalau bawa usul percaya bermakna pembangkang menyokong PM. Kalau dah sokong PM angkatlah kerusi duduk sebelah kerajaan!
Satu hal lagi, bila menyokong PM bermakna menyokong juga kabinet yang berada di bawah PM. Ini kerana PM itu bukan mentadbir seorang diri. PM mentadbir bersama dengan Jemaah Menteri. Bila menyokong Jemaah Menteri maka maknanya PAS juga sokong DAP yang menjadi sebahagian daripada Jemaah Menteri.
Jika pun PAS tidak setuju DSAI menggantikan Tun sebagai PM maka pas perlu tunggulah dulu DSAI angkat sumpah sebagai PM baharulah PAS bawa usul undi tidak percaya. Ataupun, sebelum DSAI angkat sumpah maka pada waktu itu dikemukakan usul kepada Speaker untuk undian belah bahagi sama ada DSAI mendapat sokongan majoriti Dewan.
Bagi saya tindakan untuk bawa usul percaya ini macam mengambil sebaldi air untuk dicurahkan ke dalam laut atau tasik. Air laut atau tasik itu tidak bertambah pun dengan sebaldi air itu.
Kawan saya kata dalam bahasa arab “Tahsilul Hasil” (menghasilkan sesuatu yang sudah terhasil).
Dr Zulqarnain Lukman
8 Feb 2020


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/26319

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Konsisten Sokong Tun Mahathir Sebagai Pm

Pas Konsisten Sokong Tun Mahathir Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 381 hits
KUALA NERUS 11 Februari Hanya mereka yang paranoid akan bertindak menentang usul undi percaya kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan dibentangkan parti itu di parlimen bulan depan menurut Naib Presiden Pas Dato Seri Dr Ahm...
Kenapa Ph Cuba Mengelak Lari Dan Tidak Bersatu Utk Berhadapan Dengan Usul Pas Sokong Mahathir

Kenapa Ph Cuba Mengelak Lari Dan Tidak Bersatu Utk Berhadapan Dengan Usul Pas Sokong Mahathir

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 333 hits
klik jangan tak klikSemasa Tun serahkan tugas PM pada Paklah apa terjadi kepada projek landasan keretapi berkembar Singapura Padang Besar dan Jambatan Bengkok Kedua duanya kecut untuk meneruskan Dan ini tidak wajar berulang jika Tun serahka...
Mukhriz Persoal Apa Keperluan Pas Bawa Usul Sokong Pm

Mukhriz Persoal Apa Keperluan Pas Bawa Usul Sokong Pm

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 330 hits
ALOR SETAR Parti Pribumi Bersatu Malaysia mempersoal tindakan Pas yang berhasrat mengemukakan usul menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula bulan depan Timbalan Presidennya...
Sokong Tun M Pas Bazir Masa Parlimen Bukan Main Pandai Sindir Hannah

Sokong Tun M Pas Bazir Masa Parlimen Bukan Main Pandai Sindir Hannah

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 312 hits
Hannah Yeoh TIMBALAN Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh menyindir langkah Pas untuk mengemukakan usul kepada Dewan Rakyat untuk menyokong kepemimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga penggal Parlimen ke 14 tamat...
Pas Sokong Dr M Selepas Kleptokrat Kesayangan Hilang Kuasa

Pas Sokong Dr M Selepas Kleptokrat Kesayangan Hilang Kuasa

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 334 hits
Malaysiakini Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution membidas kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mengulangi pendirian menyokong agar Dr Mahathir Mohamad mentadbir negara sebagai perdana menteri sehingga habis penggal Beliau berkat...
Mustahil Ph Menang Pru14 Kalau Pas Sokong Bn Kata Takiyuddin

Mustahil Ph Menang Pru14 Kalau Pas Sokong Bn Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 347 hits
BERITAPAS hari ini mengemukakan hujah bagi membuktikan parti itu tidak menyokong BN atau Najib Razak menjelang pilihan raya umum ke 14 lalu seperti didakwa Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail Menurut Setiausaha Agung PAS Takiyudd...
Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


T25d24 Aina Buat Hal Di Sekolah Kebangsaan

10 Tahun Di Alam Maya Akhirnya Bertemu Juga

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Rose B Buai Aku Jaga Ia Sulu Chord

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Everyman Tracker Build Pt 8 Pre Wiring Wrap Up