Kenapa Perempuan Selalu Overthinking
Perempuan memang selalu dikaitkan dengan perkataan overthinking. Sikit-sikit fikir. Diam sikit, mula berteka-teki. Ayat pendek pun boleh jadi satu cerita panjang dalam kepala. Tapi persoalannya, kenapa perempuan jadi camtu? Adakah sebab emosi tak stabil atau memang tabiat semula jadi?
Sebenarnya, overthinking jadi bukannya takde sebab. Ia berkait rapat dengan cara otak dan emosi perempuan berfungsi. Otak perempuan cenderung memproses emosi dengan lebih mendalam dan terperinci. Bila berlaku sesuatu perkara, walaupun kecil, otak akan cuba mencari makna di sebaliknya. Nada suara berubah sikit, mesej dibalas lambat atau reaksi tak macam biasa, semua itu boleh mencetuskan persoalan dalam fikiran
Selain itu, perempuan biasanya lebih mementingkan hubungan dan perasaan orang sekeliling. Mereka lebih peka terhadap perubahan sikap, bahasa badan dan emosi orang lain.

Bukan sebab suka mencari masalah, tapi sebab naluri untuk menjaga hubungan. Dalam kepala mereka, “Kalau dia berubah, mesti ada sebab.” Dari situlah proses berfikir berulang-ulang bermula
Faktor hormon juga memainkan peranan besar. Perubahan hormon, terutama ketika keletihan, stres atau fasa tertentu dalam kitaran bulanan, boleh membuatkan emosi jadi lagi sensitif. Bila emosi naik turun, fikiran pun jadi lebih aktif. Perkara yang biasanya tak difikirkan pun boleh tiba-tiba terasa berat dan mengganggu
Satu lagi sebab utama kenapa perempuan mudah overthinking ialah sebab mereka jenis yang ambil berat dan bertanggungjawab. Mereka mahu pastikan semuanya berjalan lancar. Keluarga, pasangan, kerja dan perasaan orang lain.
Bila terlalu peduli, mereka cenderung menyalahkan diri sendiri atau memikirkan pelbagai kemungkinan walaupun hakikatnya bukan salah mereka
Dan yang paling penting, ramai perempuan pilih untuk pendam daripada meluahkan. Mereka simpan perasaan, tahan emosi dan cuba selesaikan semuanya sendiri. Bila perasaan tak diluah, otak akan terus bekerja tanpa henti, memikirkan apa yang patut dibuat, apa yang salah dan apa yang mungkin berlaku selepas ini
Kesimpulannya, overthinking bukan tanda perempuan lemah atau drama. Ia adalah gabungan sifat peka, empati yang tinggi dan keinginan untuk menjaga keseimbangan emosi dalam hidup.
Apa yang penting, perempuan perlu belajar untuk memberi ruang kepada diri sendiri, berani meluah dan sedar bahawa tak semua perkara perlu difikirkan terlalu dalam. Kadang-kadang, yang diperlukan hanyalah rehat, kejujuran pada diri sendiri dan keyakinan bahawa tak semua benda perlu dikawal.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2025/12/kenapa-perempuan-selalu-overthinking.html