Mat Hasan Umno Sokong Usul Percaya Pm Jika Beri Manfaat


MALAYSIAKINI



Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan menjelaskan partinya tidak akan teragak-agak menyokong usul undi percaya terhadap kepimpinan Dr Mahathir Mohamad yang akan dibawakan PAS ke Dewan Rakyat bulan depan.

Jelasnya, ini kerana PAS merupakan gabungan dari Muafakat Nasional dan Umno akan menyokong sekiranya ia memberi manfaat kepada rakyat.

“Usul ini datang daripada PAS dan sebagai rakan dalam Muafakat Nasional, kita mesti lakukan secara bersama-sama.

“Jika ia merupakan sesuatu langkah yang baik, maka Umno tidak akan teragak-agak untuk bersama,” katanya seperti dipetik oleh portal Free Malaysia Today.

Bagaimanapun, beliau berkata Umno akan mendapatkan penjelasan PAS terlebih dahulu dalam mesyuarat Muafakat Nasional, sebelum membuat keputusan itu secara bersama.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim dan Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan mengumumkan 18 anggota parlimen PAS akan membawa usul berkenaan dalam sidang Dewan Rakyat pada Mac depan.

Ia memandangkan pihak yang sebelum ini “menggembar-gemburkan rasa tidak puas hati” terhadap kepimpinan perdana menteri tidak membawa usul undi tidak percaya di parlimen.

Semalam, Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa cadangan usul tersebut akan dibincangkan bersama parti sekutunya Umno pada mesyuarat malam ini.

Namun, Setiausaha Agung Umno Annuar Musa pula berpendapat PAS mempunyai hak membawa usul berkenaan, tetapi berpendirian bahawa Umno tidak perlu “busybody” (menyibuk) dengan masalah yang dihadapi PH.

'Orang belum lamar, kita sudah bising'
Sementara itu, Mohamad turut menasihati pemimpin dan ahli Umno supaya tidak menghiraukan khabar angin susulan pembentukan kerajaan 'pintu belakang'.

Katanya, fokus kini Umo adalah untuk berusaha bagi merampas Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

“Dua, tiga hari ini ada bising-bising, apa yang hendak dibisingkan? Orang belum melamar kita lagi, kita sudah bising. Itu sebabnya orang kata strategi kena betul, ini langkah tidak betul, maka mudah dibaca orang.

“Jangan pening-pening kepala hendak masuk pintu belakang atau pintu tepi. Kita ingat pilihan raya sajalah. Kalau ada rezeki, ada. Jangan menikam dari belakang.

“Kebanyakan empayar seperti Andalusia, Uthmaniyah kalah bukan disebabkan orang luar, tetapi orang dalam. Jadi, janganlah kita menjadi penderhaka kepada perjuangan,” katanya.

Untuk rekod, isu pembentukan 'kerajaan pintu belakang' dengan PAS mula timbul apabila sekeping gambar memaparkan pertemuan antara Mahathir dengan Abdul Hadi dan Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, bulan lalu.

Pertemuan itu turut disertai isteri Mahathir, Dr Siti Hasmah Mohd Ali, serta individu yang dekat dengan perdana menteri, Khairuddin Abu Hassan.

Ia meledak apabila 3 Februari lalu, bekas ahli majlis tertinggi Umno Lokman Noor Adam mendedahkan rakaman audio dan mendakwa Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mahu mengikut PAS menubuhkan pakatan kerajaan, bagi mengetepikan DAP.

Spekulasi itu dinafikan oleh Ahmad Zahid yang menyifatkan kerjasama Umno dengan Mahathir sebagai khabar angin, sementara Lokman pula dipecat daripada menjadi ahli Umno ekoran pendedahan rakaman audio berkenaan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/mat-hasan-umno-sokong-usul-percaya-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Mungkin Sokong Usul Undi Percaya Mahathir Kata Tok Mat

Umno Mungkin Sokong Usul Undi Percaya Mahathir Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 318 hits
Umno tidak menolak kemungkinan menyokong usul undi percaya kepimpinan Dr Mahathir Mohamad yang akan dibawakan PAS ke Dewan Rakyat bulan depan sekiranya ia memberi manfaat kepada rakyat Bagaimanapun Timbalan Presidennya Mohamad Hasan berkata...
Umno Belum Buat Keputusan Usul Sokong Pm Tok Mat

Umno Belum Buat Keputusan Usul Sokong Pm Tok Mat

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 301 hits
Umno belum membuat sebarang keputusan berhubung usul menyokong Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang akan dibawa PAS pada sidang Parlimen Mac ini Bagaimanapun Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata beliau telah dimaklumkan mengenai...
Usul Undi Percaya Pas Komponen Ph Juga Perlu Sokong Mahathir Kata Penganalisis

Usul Undi Percaya Pas Komponen Ph Juga Perlu Sokong Mahathir Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 335 hits
Pengisytiharan Pas yang akan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melalui usul undi percaya di Dewan Rakyat wajar dilihat sebagai peringatan agar kesemua anggota dewan untuk terus menyokong pentadbiran beliau Malah d...
Usul Percaya Pm Itu Tanda Pas Takut Dan Cemas Kata Penganalisis

Usul Percaya Pm Itu Tanda Pas Takut Dan Cemas Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 271 hits
Tulang Besi9 28 malam A AHasrat PAS untuk mengemukakan undi percaya terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di parlimen adalah strategi parti itu yang berbentuk provokasi kata penganalisis politik Pensyarah Universiti Teknologi Malaysi...
Usul Undi Percaya Pas Di Luar Tabie

Usul Undi Percaya Pas Di Luar Tabie

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 343 hits
Pas berpotensi mencatat sejarah sebagai parti yang mencadangkan usul songsang di Dewan Rakyat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan usul undi percaya ke atas perdana menteri Tun Mahathir yang akan dibentangkan Pas dalam sesi Dewan R...
Anwar Dakwa Usul Undi Percaya Pas Mahu Pecah Belah Ph

Anwar Dakwa Usul Undi Percaya Pas Mahu Pecah Belah Ph

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 379 hits
February 11 2020 7 16 PMPresiden PKR Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR Usul undi percaya PAS bagi menyokong kepimpinan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri adalah usaha untuk memecah belahkan Pakatan Harapan kata Anwar Ibrahim Presiden PKR ...
Untuk Henti Politicking Yang Diperlu Peralihan Kuasa Bukannya Usul Undi Percaya 11 February 2020

Untuk Henti Politicking Yang Diperlu Peralihan Kuasa Bukannya Usul Undi Percaya 11 February 2020

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 350 hits
Walaupun belum membuat keputusan sama ada menyokong atau tidak Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hassan berkata usul undi percaya kepada Perdana Menteri yang akan dibawa oleh Pas adalah perlu untuk Malaysia Ini kerana katanya terlalu banyak po...
Usul Percaya Vs Usul Tidak Percaya

Usul Percaya Vs Usul Tidak Percaya

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 299 hits
Izwan Abdul Halim Harakah Ada pihak yang keterlaluan menganggap PAS seperti buang tabiat kerana melakukan perkara tidak pernah dibuat orang namun realitinya Usul Percaya pernah dikemukakan ke Parlimen Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Ustaz...
Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Raub Mp Arrested Over Obstruction Claims

Mangkuk Seramik Bunga Tulip

Spontan Perempuan Itu Menghulurkan Salam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

3 Lagu Untuk Ana

Dapat Juga Derma Darah Kali Kedua

Resipi Rendang Rempah Cili Padi Daging Pedas Padu Rahsia Sedap Rempah Buat Sendiri