Ramai Ahli Parlimen Tandatangan Sokong Mahathir Tolak Anwar Jadi Pm


Buletin Asia


 Gambar hiasan.
 

KUALA LUMPUR – Ahli parlimen dari UMNO, PAS, Bersatu dan sebahagian ahli parlimen PKR yang pro Timbalan Presiden PKR Dato’ Sri Azmin Ali telah dipanggil untuk menandatangani deklarasi, untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sehingga pilihan raya akan datang, lapor Sarawak Report.

Ia adalah secara langsung menentang konsensus Pakatan Harapan (PH) yang bercadang untuk memindahkan kuasa Perdana Menteri kepada Presiden PKR, Dato’ Sri Anwar Ibrahim.

Dakwa Sarawak Report, sekiranya jumlah yang mencukupi diperoleh, deklarasi itu akan berarak ke istana untuk mendapatkan perkenan Yang Dipertuan Agong bagi mengekalkan Mahathir dan menghalang Anwar untuk menjadi perdana menteri.

PAS terdahulu mengakui menyokong penuh pentadbiran Mahathir dan akan membuat undi percaya terhadap Pengerusi Bersatu itu di parlimen.

Khabar angin juga mendakwa PAS bekerjasama dengan sekurang-kurangnya sekumpulan besar UMNO, untuk menghalang Anwar dan parti sekutu yang lain dalam PH iaitu PAN dan DAP daripada terus mengemudi kerajaan.

Deklarasi ini membolehkan kemungkinan Bersatu, UMNO, PAS dan sebahagian wakil rakyat PKR membentuk kerajaan baharu tanpa PKR pro Anwar, PAN dan AMANAH.

Manakala parti-parti Sabah dan Sarawak berkemungkinan akan memilih untuk bersama ‘government of the day‘ bagi memastikan kesinambungan pembangunan dua negeri berkenaan.

Anwar dalam satu pertanyaan media berkata beliau tidak dimaklumkan secara rasmi berkenaan sokongan ramai ahli parlimen ke atas Mahathir, dan mendakwa perbuatan itu adalah perbuatan terdesak oleh ‘parti kalah’ yang mahu memecah belahkan PH.

Terdahulu, Mahathir telah berjanji akan menyerahkan kuasanya kepada Anwar namun acapkali ditangguhkan atas alasan mahu membaiki kerosakan negara dan memerlukan lebih banyak masa untuk menangani hal itu. – Buletin Asia



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/ramai-ahli-parlimen-tandatangan-sokong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Mahathir Anwar Belum Dapat Sokongan Minimum 112 Ahli Parlimen China Press

Dr Mahathir Anwar Belum Dapat Sokongan Minimum 112 Ahli Parlimen China Press

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 412 hits
Kedua dua kem yang masing masing menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri masih gagal mengumpul sokongan minimum 112 Ahli Parlimen Keadaan itu berlaku susulan perpecahan pendapat dalam UMNO sela...
138 Ahli Parlimen Sokong Tun Dr Mahathir Kekal Sebagai Pm Hingga Akhir Penggal

138 Ahli Parlimen Sokong Tun Dr Mahathir Kekal Sebagai Pm Hingga Akhir Penggal

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 583 hits
oleh Dr KamarulZakiah Koya melaporkan dalam akhbar The Star hari ini bahawa sumber sumber beliau menyebut 138 daripada 222 Ahli Parlimen telah menandatangani Akuan Bersumpah menyokong Tun Dr Mahathir kekal sebagai PM hingga akhir penggal Ji...
Selepas Komited Serah Kuasa Kepada Anwar Mahathir Sepatutnya Larang Usaha Kumpul Sd Dan Tolak Usul Percaya Pas

Selepas Komited Serah Kuasa Kepada Anwar Mahathir Sepatutnya Larang Usaha Kumpul Sd Dan Tolak Usul Percaya Pas

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 436 hits
Seiring dengan pengakuan Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim dalam pertemuan mereka Khamis lalu bahawa beliau komited berpegang kepada janji peralihan kuasa dan tidak terlibat dengan sebarang komplot mengumpul Akuan Bersumpah atau SD ...
Geng Anwar Cuak Ker Usul Sokong Mahathir Ditolak

Geng Anwar Cuak Ker Usul Sokong Mahathir Ditolak

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 402 hits
Tindakan Timbalan Yang Di Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon menolak usul Pas untuk melakukan undi percaya terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah tidak demokratik Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa...
Sd Ahli Parlimen Sokong Pm Hanya Khabar Angin Saifuddin

Sd Ahli Parlimen Sokong Pm Hanya Khabar Angin Saifuddin

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 312 hits
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berucap pada Sesi Dialog Bersama Industri Mengenai Impak Covid 19 di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Putrajaya foto SYA...
Dakwaan Hadi Kena Sokong Mahathir Anwar Perlu Jelas

Dakwaan Hadi Kena Sokong Mahathir Anwar Perlu Jelas

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 462 hits
Seorang penganalisis politik menggesa Anwar Ibrahim menjelaskan dakwaan seorang ahli veteran Umno mendakwa presiden PKR itu memberitahunya Presiden PAS Abdul Hadi Awang kena menyokong kepimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Kamarul Z...
Mengapa Pas Sokong Mahathir

Mengapa Pas Sokong Mahathir

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 392 hits
MOHSIN ABDULLAH Umum tahu PAS telah beberapa kali menyatakan sokongan terhadap Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai perdana menteri sekurang kurangnya sehingga tamat penggal pilihan raya umum ke 14 Sokongan terbuka PAS disuarakan pemimpinnya t...
Rezeki Dikongsi Hari Malaysia 16 09 2025

Sabah Electricity Worker Swept Away In Flood

Banjir Di Perak Pulih Lebih 3 000 Mangsa Terjejas Di Sabah Kelantan

Ciapan Lama Amira Othman Ucap Tahniah Buat Fattah Amin Kembali Tular Memang Dah Crush Lama La Ni

Macc Adopting Ai Digital Systems To Boost Anti Graft Efforts

Sabah Floods Branded Man Made Disaster Of Systemic Negligence

Kolaborasi Ikonik Buatan Malaysia Secret Recipe X Zus Coffee

The Wonders Of Watermelon Fruit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Percubaan Mewujudkan Ai Classroom World

Nila Seputih Biru

Button Badge Custom Cenderahati Murah Untuk Event Sekolah Bisnes

Buasir Otak Tv Buah Apa Yang Susah Be Like

Bekas Presiden Brazil Jair Bolsonaro Dimasukkan Ke Hospital Malaysiagazette

Filipina Tuduh Pengawal Pantai China Lakukan Perbuatan Menyalahi Undang Undang