Roti Jala Jelita Jadi Kanvas Seni Di Rasa Layan Curry Fiesta 2025


Aroma kari yang harum, muzik santai yang bergema, dan gelak ketawa pengunjung menjadi latar suasana ketika ribuan orang berpusu-pusu ke khemah utama RASA Layan Curry Fiesta. Tetapi sorakan paling gemuruh bukan kerana makanan percuma semata-mata, sebaliknya untuk menyaksikan bagaimana selembar roti jala mampu ditukar menjadi karya seni yang membanggakan negara.
Inilah momen istimewa yang ditunggu-tunggu: Pertandingan Roti Jala Jelita Jalur Gemilang Gala. Acara kemuncak ini diraikan penuh warna sempena bulan kebangsaan dan Hari Malaysia, anjuran Majalah RASA dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara, serta sokongan penaja utama OKI, Seri Pelangi dan Ajinomoto.

Dari Dapur Ke Pentas Sejak pagi lagi, khemah Roti Jala sudah menjadi tumpuan. Sebanyak 2,000 gulung roti jala diagihkan percuma kepada orang ramai. Ramai yang teruja mencuba sendiri teknik “menjala” di empat stesen dapur khas. Ada yang berjaya buat cantik, ada juga yang ketawa bila adunan tak jadi.
Pengunjung tak lepaskan peluang mencuba sendiri buat roti jala
Namun menjelang petang, semua mata tertumpu ke pentas utama. Hos membuka tirai acara dengan penuh semangat Malaysia Madani, disusuli ucapan penuh makna oleh Puan Emma Masri, Managing Editor RASA. Barisan juri yang berpengalaman kemudian mengambil tempat, bersedia menilai kreativiti peserta yang membawa roti jala ke tahap seni.
Kreativiti Jalur Gemilang Seorang demi seorang peserta naik ke pentas, mempersembahkan hasil ciptaan mereka. Dari corak bendera Malaysia, bunga-bungaan patriotik, hinggalah replika 3D makanan tradisi, semuanya diinspirasikan daripada Jalur Gemilang. Penonton bersorak setiap kali karya ditayangkan di skrin LED, seolah-olah berada di sebuah pameran seni, bukan sekadar pertandingan masakan.
Antara karya-karya roti jala dari peserta
Suasana makin meriah apabila MC mengadakan Kuiz Merdeka & Makanan. Kanak-kanak, remaja dan ibu bapa sama-sama berebut menjawab soalan pantas tentang Malaysia.


Saat Mendebarkan – Pengumuman Pemenang Tibalah saat yang paling dinanti. Sorakan penonton bergema apabila nama-nama pemenang diumumkan.
🥇 Juara – Nadila binti Mohd Suhaimi
Karyanya diberi nama “Warna Warni Gemilang Kebudayaan”. Nadila mengambil masa 6 jam dengan 2.5 kg tepung untuk menyiapkan hasil roti jala berinspirasikan kepelbagaian budaya di bawah Jalur Gemilang.
“Saya ambil inspirasi daripada tema kebangsaan – Jalur Gemilang dan budaya kita yang pelbagai. Paling susah bila nak hasilkan bunga-bunga. Warna kena padan betul-betul supaya dekorasi nampak harmoni,” jelas Nadila, yang akhirnya berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM800.

🥈 Tempat Kedua – Roszalaimi bin Mat Salleh
Karya “Wau Bulan Gemilang” pula mengambil masa 3 jam dan menggunakan 3 kg tepung. Wau bulan dipilih sebagai simbol negeri kelahirannya, Kelantan, dengan hiasan bendera-bendera negeri lain melambangkan perpaduan.
“Bahagian paling susah ialah menghasilkan bentuk bendera dengan tepat, terutama logo kecil-kecil tu. Warna pun kena seragam, kalau tidak tak jadi,” kata Roszalaimi yang memenangi hadiah wang tunai RM500.

🥉 Tempat Ketiga – Suzilawati binti Sahari
Dengan karya “Aneka Warisan Malaysia”, Suzilawati memulakan kerja seawal 5 pagi. Menggunakan 5 kg tepung, beliau menghasilkan bukan sahaja roti jala patriotik, tetapi juga replika 3D makanan tradisi dan kraftangan Malaysia.
“Cabaran terbesar ialah nak buat replika 3D daripada adunan tepung. Tekstur kena betul-betul dijaga – kalau terlalu kering, ia boleh merekah,” katanya. Hasil ketekunannya itu berjaya melayakkan beliau ke tempat ketiga dengan hadiah RM300

9 peserta yang menyertai Pertandingan. Semuanya hebat-hebat belaka
Lebih Dari Sekadar Pertandingan Pertandingan ini bukan sekadar mencari juara. Ia adalah pentas untuk mengangkat roti jala sebagai simbol seni, budaya dan kebersamaan rakyat Malaysia. Dari generasi muda hingga warga berusia, semua sama-sama merasai semangat kebangsaan yang disulam dalam sehelai roti jala.
Pengunjung yang jawab soalan tak pulang dengan tangan kosong
Ketika lampu pentas mulai padam, penonton pulang dengan senyuman. Bukan hanya kerana kenyang menjamu roti jala, tetapi kerana rasa bangga melihat kreativiti rakyat Malaysia. Roti jala bukan lagi sekadar makanan, tetapi telah menjadi kanvas seni Jalur Gemilang yang menghubungkan kita semua.



from Rasa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2025/09/roti-jala-jelita-jadi-kanvas-seni-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertandingan Teh Tarik King Queen Gegarkan Rasa Layan Curry Fiesta 2025

Pertandingan Teh Tarik King Queen Gegarkan Rasa Layan Curry Fiesta 2025

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 2280 hits
Suasana meriah di Rasa Layan Curry Fiesta 2025 yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa bertambah hangat dengan acara kemuncak Pertandingan Teh Tarik King Queen tajaan OKI Malaysia Acara ini berjaya mengumpulkan ramai pengunjung yang hadi...
Rasa Layan Curry Fiesta 2025 Pesta Kari Terbesar Paling Meriah Di Malaysia

Rasa Layan Curry Fiesta 2025 Pesta Kari Terbesar Paling Meriah Di Malaysia

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 6280 hits
Bila sebut sahaja kari pasti ramai yang terbayang aroma harum rempah ratus kuah pekat berempah dan rasa yang membangkitkan selera Kari bukan sekadar hidangan ia adalah warisan budaya yang menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau u...
Festival Budaya Malaysia 2025 5 Hari Penuh Warna Irama Rasa Di Taman Tasik Titiwangsa

Festival Budaya Malaysia 2025 5 Hari Penuh Warna Irama Rasa Di Taman Tasik Titiwangsa

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 9013 hits
Bayangkan ketika anda melangkah masuk ke Taman Tasik Titiwangsa pada pagi 12 September 2025 dari pintu masuk lagi sudah kedengaran bunyi gendang aroma masakan berempah menusuk hidung serta deretan gerai penuh warna yang menghidangkan pelbag...
Temasya Warisan Pahang 2025 Pastikan Kesinambungan Legasi Seni Budaya Dan Warisan Agar Terus Hidup

Temasya Warisan Pahang 2025 Pastikan Kesinambungan Legasi Seni Budaya Dan Warisan Agar Terus Hidup

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 4558 hits
PEKAN Temasya Warisan Pahang 2025 yang melabuhkan tirainya semalam bukan sekadar persembahan kebudayaan sebaliknya dilihat menjadi platform mengetengahkan legasi seni budaya dan warisan agar terus hidup dalam jiwa masyarakat khususnya gener...
Doa 15 September 2025

Doa 15 September 2025

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 1416 hits
Ya Allah Tuhan yang Maha Mengetahui segala yang tersembunyi tuntunlah kami agar tidak tersalah memilih jalan hidup peliharalah hati kami dari keliru menilai yang sementara dan tetapkan langkah kami di jalan yang Engkau redhai Ya Allah jika ...
Update Terkini Ranking Fifa Asean 10 September 2025

Update Terkini Ranking Fifa Asean 10 September 2025

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 2277 hits
UPDATE TERKINI RANKING FIFA ASEAN 10 SEPTEMBER 2025 MONOLOG JIWA UPDATE TERKINI RANKING FIFA ASEAN 10 SEPTEMBER 2025 Thailand kekal teratas Malaysia mencatat penambahan mata paling tinggi sebuah catatan kemenangan dan harapan Diterbitkan 10...
Ulasan Bull360 Apa Kata Pedagang Pada 2025

Ulasan Bull360 Apa Kata Pedagang Pada 2025

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 2083 hits
Pendapat Pengguna Tentang Bull360 Kelebihan dan KekuranganBull360 telah menjadi nama yang semakin dikenali dalam industri dagangan dalam talian khususnya dalam kalangan pedagang forex dan CFD Dengan pengembangan berterusan serta kemasukan p...
The Colours Of Life Selamat Menyambut Hari Malaysia 2025

The Colours Of Life Selamat Menyambut Hari Malaysia 2025

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 6284 hits
Bangga jadi rakyat Malaysia yang berbilang kaum satu hati satu jiwa Jom kita terus hargai keamanan dan kebersamaan yang kita ada Satu hati satu jiwa Malaysia MADANI Rakyat Disantuni HariMalaysia2025 MalaysiaMADANI mknaceunlimited mknace the...
Afc Champions League Elite 2025 2026 Buriram Vs Jdt

Afc Champions League Elite 2025 2026 Buriram Vs Jdt

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 2248 hits
Perlawanan antara dan dalam saingan pada pada jam 8 15 malam waktu Malaysia Ianya berlangsung di Rekod Pertemuan Perlawanan ini membangkitkan kembali persaingan sengit antara dua gergasi Berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini Buriram mempu...
Football Citizenship Scandal Puts Malaysia S Political Past Back In Play

Budget 2026 Cushions The Poor Squeezes The Middle

Mcmc Told To Block Melaka Student Gang Rape Video Online

Sempat Tangkap Beberapa Gambar View Pagi Ni Langit Biru Cantik Betul

Menyingkap Usunan Budaya Etnik Suku Kaum Bajau Dalam Majlis Perkahwinan

A Thief Never Becomes An Owner Kebenaran Yang Tak Mampu Dicuri

Irresistible Beef Torta Filipino Recipe

Drama Jika Itu Salahku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Betflixtikto 10 June Betflixtikto Truemoney Wallet Top 10 By Arnold

Betm4 26 July Betm4 Top 31 By Kermit

Laicikang

Laungan Pertama Azan Subuh Dari Jantung Gaz Selepas Gencatan Senjata

Pensyarah Uitm Ditemui Lemas Di Kolam

Belanjawan 2026 Fokus Subsidi Digital Dan Rakyat