Pertandingan Teh Tarik King Queen Gegarkan Rasa Layan Curry Fiesta 2025


Suasana meriah di Rasa Layan Curry Fiesta 2025 yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa bertambah hangat dengan acara kemuncak, Pertandingan Teh Tarik King & Queen tajaan OKI Malaysia. Acara ini berjaya mengumpulkan ramai pengunjung yang hadir menyaksikan aksi menarik penuh gaya oleh para peserta.
Sebelum acara bermula OKI Malaysia turut berbesar hati mengedarkan 100 cawan teh tarik yang dibancuh menggunakan OKI Krimer Manis Kopi & Teh Tarik dan juga OKI Krimer Sejat kepada pengunjung yang hadir.



100 cawan air teh tarik percuma yang dibancuh sendiri oleh Fakir menggunakan produk OKI 20 Peserta, Satu Gelaran Berprestij Seramai 20 peserta terdiri daripada 10 lelaki dan 10 wanita tampil berentap di pentas utama. Dengan masa hanya 2 minit setiap seorang, mereka dinilai berdasarkan gaya tarik, teknik, kelajuan dan kebersihan persembahan. Sorakan penonton tidak pernah berhenti apabila pelbagai gaya tarikan dipamerkan, menjadikan suasana lebih mengujakan.
Antara aksi teh tarik yang dipersembahkan oleh peserta

Peserta wanita pun tak kurang hebatnya!

Acara dimulakan dengan persembahan istimewa daripada Encik Fakir, bekas Juara Teh Tarik Malaysia. Aksi beliau yang penuh kemahiran menjadi tarikan utama sekaligus memberi inspirasi kepada para peserta sebelum pertandingan bermula.
Fakir dengan aksi teh tarik yang memukau penonton

Juri & Penaja Turut Hadir Pertandingan kali ini lebih bermakna dengan kehadiran barisan juri berwibawa termasuk Encik Fakir serta wakil penaja utama, Encik Alex Chiong, National Sales Manager OKI Malaysia. Kehadiran mereka bukan sahaja memberi kredibiliti, malah memperkukuhkan lagi peranan OKI dalam menyokong budaya teh tarik sebagai minuman warisan negara.
En Fakir dan En Alex Chiong selaku juri pada hari pertandingan
Sambil menanti keputusan, pengunjung turut menyertai kuiz interaktif mengenai produk OKI Krimer Manis Kopi & Teh Tarik. Soalan-soalan mudah tetapi menarik berjaya mencuri perhatian penonton.


Saat Dinanti: Pengumuman King & Queen Teh Tarik OKI 2025 Detik yang paling ditunggu akhirnya tiba apabila nama pemenang diumumkan. Wakil OKI Encik Alex Chiong, National Sales Manager dan Ms Chong Wan Pick, Marketing Manager bersama Puan Emma Masri Editor Pengurusan majalah RASA hadir ke pentas untuk menyampaikan hadiah. Pemenang tempat ketiga dan kedua menerima sorakan gemuruh, manakala juara lelaki dan wanita yang dinobatkan sebagai King & Queen Teh Tarik OKI diraikan penuh meriah.
Juara kategori Lelaki dan Wanita masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM300 berserta barangan OKI, pemenang tempat kedua pula memenangi hadiah wang tunai RM200 berserta barangan OKI, manakala tempat ketiga turut membawa pulang hadiah wang tunai RM100 berserta barangan OKI Malaysia.
Pemenang Pertandingan Teh Tarik King Pemenang Pertandingan Teh Tarik Queen Para peserta King & Queen Teh Tarik bergambar kenangan bersama pihak penganjur
OKI – Pilihan No.1 Untuk Teh Tarik Padu Selain hiburan, pertandingan ini juga menjadi ruang memperkenalkan keistimewaan OKI Krimer Manis Kopi & Teh Tarik. Dikenali dengan buih lebih halus, rasa lemak berkrim dan pek praktikal pelbagai saiz, OKI sememangnya pilihan utama bagi menghasilkan teh tarik yang sempurna di rumah mahupun restoran.
Bukan itu sahaja, sepanjang lima hari fiesta berlangsung, pengunjung juga berpeluang singgah di booth OKI untuk menikmati minuman chocolate malt percuma. Inisiatif ini bukan sahaja menambah keceriaan suasana, malah memberi peluang kepada orang ramai merasai sendiri kelazatan produk keluaran OKI.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Tiong King Sing singgah di Booth OKI untuk merasai sendiri keenakkan minuman Chocolate Malt
Kemeriahan di Booth OKI dengan kehadiran orang ramai yang tidak lepaskan peluang dapatkan minuman Chocolate Malt OKI



Dengan tagline “Say OK to OKI”, produk ini terus membuktikan peranannya dalam mengekalkan tradisi secawan teh tarik dan minuman berkrim yang sentiasa dekat di hati rakyat Malaysia.



from Rasa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2025/09/pertandingan-teh-tarik-king-queen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasa Layan Curry Fiesta 2025 Pesta Kari Terbesar Paling Meriah Di Malaysia

Rasa Layan Curry Fiesta 2025 Pesta Kari Terbesar Paling Meriah Di Malaysia

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 6280 hits
Bila sebut sahaja kari pasti ramai yang terbayang aroma harum rempah ratus kuah pekat berempah dan rasa yang membangkitkan selera Kari bukan sekadar hidangan ia adalah warisan budaya yang menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau u...
Roti Jala Jelita Jadi Kanvas Seni Di Rasa Layan Curry Fiesta 2025

Roti Jala Jelita Jadi Kanvas Seni Di Rasa Layan Curry Fiesta 2025

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 3232 hits
Aroma kari yang harum muzik santai yang bergema dan gelak ketawa pengunjung menjadi latar suasana ketika ribuan orang berpusu pusu ke khemah utama RASA Layan Curry Fiesta Tetapi sorakan paling gemuruh bukan kerana makanan percuma semata mat...
King And Queen Extend Malaysia Day Greetings Pray For Peace And Unity

King And Queen Extend Malaysia Day Greetings Pray For Peace And Unity

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 3964 hits
His Majesty Sultan Ibrahim King of Malaysia and Her Majesty the Queen Raja Zarith Sofiah have extended Malaysia Day greetings ahead of the celebration today Bernama picKUALA LUMPUR Sept 16 His Majesty Sultan Ibrahim King of Malaysia and Her...
Festival Budaya Malaysia 2025 5 Hari Penuh Warna Irama Rasa Di Taman Tasik Titiwangsa

Festival Budaya Malaysia 2025 5 Hari Penuh Warna Irama Rasa Di Taman Tasik Titiwangsa

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 9013 hits
Bayangkan ketika anda melangkah masuk ke Taman Tasik Titiwangsa pada pagi 12 September 2025 dari pintu masuk lagi sudah kedengaran bunyi gendang aroma masakan berempah menusuk hidung serta deretan gerai penuh warna yang menghidangkan pelbag...
Makar Fest Johor Bahru 2025 Tarik 15 000 Orang Pengunjung

Makar Fest Johor Bahru 2025 Tarik 15 000 Orang Pengunjung

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 6029 hits
JOHOR BAHRU Makar Fest Johor Bahru 2025 melabuhkan tirainya dengan kejayaan cemerlang selepas berlangsung selama empat hari mencatat lebih 15 000 pengunjung sepanjang penganjuran Festival gaya hidup dan seni itu tampil dengan konsep berbeza...
Puji Sedap Lelaki Algeria Terus Jadi Ketagih Lepas Cuba Teh Tarik

Puji Sedap Lelaki Algeria Terus Jadi Ketagih Lepas Cuba Teh Tarik

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 1972 hits
Puji Sedap Lelaki Algeria Terus Jadi Ketagih Lepas Cuba Teh Tarik Malaysia sering digelar sebagai syurga makanan kerana kepelbagaian hidangan yang lahir daripada pertembungan budaya Melayu Cina India dan etnik etnik lain Dari nasi lemak yan...
Juara Pertandingan Dekorasi Ruang Merdeka 2025

Juara Pertandingan Dekorasi Ruang Merdeka 2025

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 4153 hits
Pada 27 Ogos 2025 lepas keputusan rasmi Pertandingan Dekorasi Ruang Merdeka 2025 telah diumumkan dan tak sangka team aku berjaya meraih kemenangan besar Tahniah diucapkan kepada semua yang telah bertungkus lumus menyiapkan dekorasi hingga b...
Hujan Rahmat Mengiring Majlis Perkahwinan 13 09 2025

Hujan Rahmat Mengiring Majlis Perkahwinan 13 09 2025

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 3994 hits
Dapat Cenderahati di majlis perkahwinan Hazwan Bin SaminSabtu 13 09 2025 Majlis Perkahwinan Hazwan dengan wanita pilihannya berlangsung meriah dengan kehadiran ramai saudara hadirin taulan Dan ramai orang kampung datang memeriahkan majlis i...
Football Citizenship Scandal Puts Malaysia S Political Past Back In Play

Sekolah Tutup Kkm Kpm Bincang Keperluan Jika Kes Influenza Meningkat Dr Dzulkefly

Rafizi Tak Setuju Kerajaan Libatkan Glc Glic Dalam Belanjawan

Ex Mp Presses Wisma Putra On Claims Of Backing Myanmar Elections

Cuepacs Hails Madani Budget 2026 As A True Show Of Appreciation For Civil Servants

Sempat Tangkap Beberapa Gambar View Pagi Ni Langit Biru Cantik Betul

Mcmc Told To Block Melaka Student Gang Rape Video Online

The Hidden Advantages Of Ordering Bulk Socks With Logo For Your Business


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kadang Kita Cuma Perlukan Masa Bukan Nasihat

Amazing Healthy Yeast Recipes

Kita Takut Pada Siapa Sebenarnya

Kitted Jvb Moto Revisits The Yamaha Xsr900

Tetty Kadi Siapa Pernah Jatuh Cinta Chord

Zynakal Benzooloo Dani Kurama Ian J Harry Caprice Namira Warzone Chord