Temasya Warisan Pahang 2025 Pastikan Kesinambungan Legasi Seni Budaya Dan Warisan Agar Terus Hidup




PEKAN: Temasya Warisan Pahang 2025 yang melabuhkan tirainya semalam bukan sekadar persembahan kebudayaan, sebaliknya dilihat menjadi platform mengetengahkan legasi seni, budaya dan warisan agar terus hidup dalam jiwa masyarakat khususnya generasi muda.
Program anjuran Yayasan Tenun Pahang Diraja itu berlangsung tujuh hari bermula 1 Sept lepas di Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah, Pulau Keladi di sini dan telah membawa pengunjung mendekati elemen kesenian bukan sahaja daripada Pahang bahkan seluruh negara termasuk Sarawak.
Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa terharu dengan sambutan yang diberikan terhadap acara yang julung kali diadakan itu yang merekodkan kehadiran hampir 100,000 pengunjung dari dalam dan luar negara. 
Tunku Azizah yang juga pengasas dan Pengerusi Yayasan Tenun Pahang Diraja turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan temasya itu antaranya Muzium Pahang dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. 
“Masa kita rancang nak buat temasya ini sama sendiri cakap tak tahulah macam mana sambutan nanti, tetapi ini kali pertama kita belajar apa yang salah buat...ketakutan terbesar kami ialah tiada siapa datang, tapi Alhamdulillah hari kelima saya diberitahu dah dekat 70,000 orang pengunjung.
“Saya tengok sambutan yang begitu meriah dan sebenarnya kami rancang hanya buat dua tahun sekali, tetapi mungkin terpaksa buat tahunan juga,” titah baginda kepada pemberita semalam. 
Temasya yang turut disertai Türkiye bersama tiga negara ASEAN iaitu Laos, Indonesia dan Singapura itu turut merekodkan hasil jualan mencecah RM1 juta antaranya menerusi penawaran pelbagai produk kraf dan makanan warisan. 
Tunku Azizah bertitah seni warisan negara perlu sentiasa dipelihara, diketengahkan serta dikembangkan demi generasi akan datang dengan pelbagai inisiatif dilaksanakan baginda sendiri antaranya menerusi Yayasan Warisan Tunku Azizah dan Yayasan Tenun Pahang Diraja. 
“Ini semua bukan untuk saya, tetapi rakyat negeri Pahang untuk tahu kita ini kaya dengan seni kraf daripada menenun, mengukir, makanan, tarian, muzik itu semua adalah warisan kita, jadi sepatutnya kena pelihara warisan, kalau tidak ia akan mati begitu sahaja,” titah baginda.
Tengku Ampuan Pahang turut menzahirkan penghargaan kepada Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sentiasa menyokong hasrat baginda berkenaan warisan seni, budaya dan kraf tradisional negara agar terus dipelihara serta dimartabatkan di persada antarabangsa.
Temasya berkenaan telah membuka ruang kepada pengunjung menyertai pelbagai aktiviti menarik antaranya di bengkel kraf yang disediakan seperti batik blok, batik lukis, batik tanah liat, batik linut, pewarnaan fabrik teknik ikat dan celup, selain ukiran kayu, logam, anyaman mengkuang, seni telepuk, gerus, kelingkam, seramik, tenunan benang sutera dari Laos, sulaman sirma (Türkiye), pewarnaan alam (Indonesia), serat nanas dan kenaf (Singapura).
Lebih istimewa, program itu diserikan dengan demonstrasi masakan oleh Tunku Azizah sendiri selain pertandingan memasak dalam kalangan pelajar sekolah. #Bernama
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/09/temasya-warisan-pahang-2025-pastikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyertaan Turkiye Serta Beberapa Negara Asean Buktikan Tanda Sokongan Temasya Warisan Pahang 2025

Penyertaan Turkiye Serta Beberapa Negara Asean Buktikan Tanda Sokongan Temasya Warisan Pahang 2025

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 4168 hits
PEKAN Penyertaan Turkiye dan beberapa negara ASEAN seperti Laos Singapura dan Indonesia membuktikan tanda sokongan terhadap Yayasan Tenun Pahang Diraja dalam memartabatkan seni kraf warisan negara di persada dunia Memasuki hari ketiga pada ...
Tengku Ampuan Pahang Alhamdulillah Seni Tenun Pahang Yang Dulunya Hampir Pupus Kini Hidup Kembali

Tengku Ampuan Pahang Alhamdulillah Seni Tenun Pahang Yang Dulunya Hampir Pupus Kini Hidup Kembali

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 4230 hits
PEKAN Saya menangis beberapa kali tetapi Alhamdulillah seni warisan Tenun Pahang yang dulunya hampir pupus kini hidup kembali titah Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Malah baginda amat terharu kerana ilham mengan...
Laluan Sutera Budaya Benang Dan Budi Semarakkantemasya Warisan Pahang Hari Persahabatan Malaysia Afrika

Laluan Sutera Budaya Benang Dan Budi Semarakkantemasya Warisan Pahang Hari Persahabatan Malaysia Afrika

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 6495 hits
KUANTAN Program bertemakan Laluan Sutera Budaya Benang dan Budi serta Lawatan Eksplorasi Budaya berlangsung meriah di Pulau Keladi Pekan semalam sempena Temasya Warisan Pahang dan Hari Persahabatan Malaysia Afrika 2025 Acara berkenaan diser...
Al Sultan Abdullah Merasmikan Temasya Warisan Pahang Di Muzium Maritim Pulau Beram Pekan Malam Tadi

Al Sultan Abdullah Merasmikan Temasya Warisan Pahang Di Muzium Maritim Pulau Beram Pekan Malam Tadi

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2975 hits
PEKAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli merasmikan Temasya Warisan Pahang di Muzium Maritim Pulau Beram malam tadi Keberangkatan baginda diiringi Tengku Ampuan Pahang Tunku...
Festival Cita Rasa Warisan Pantai Timur 2025 Jom Bekwoh

Festival Cita Rasa Warisan Pantai Timur 2025 Jom Bekwoh

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 2572 hits
Festival Cita Rasa Warisan Pantai Timur 2025 Jom Bekwoh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya melalui Jabatan Warisan Negara dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan akan menganjurkan Festival Cita Rasa Warisan Pantai Timur 2025 selama t...
Sultan Pahang Berkenan Rasmikan Program Road Tour Skor A Spm Tuisyen Komuniti Yasa Umpsa 2025

Sultan Pahang Berkenan Rasmikan Program Road Tour Skor A Spm Tuisyen Komuniti Yasa Umpsa 2025

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 3957 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini berkenan merasmikan Program Road Tour Skor A SPM Pahang dan Tuisyen Komuniti YASA UMPSA 2025 di Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah Gambang di s...
Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan Esg

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan Esg

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 3824 hits
KUANTAN Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran sosial dan tadbir urus bagi memastikan hasil pertanian terus diterima di pasaran antarabangsa Sultan Pahang Al Sult...
Edutainment Fest Simpan Sspn 2025 Anak Cilik Bersinar Dengan Bakat Warisan Melayu

Edutainment Fest Simpan Sspn 2025 Anak Cilik Bersinar Dengan Bakat Warisan Melayu

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 2008 hits
Pa Ma sekali lagi berjaya mencipta kenangan manis bersama keluarga apabila membawakan Edutainment Fest Simpan SSPN 2025 yang berlangsung penuh gemilang pada 24 dan 25 Ogos lalu di KSL Explanade Mall Klang Festival anjuran Pa Ma dengan kerja...
Sultan Pahang Cadang Air Borneo Wujudkan Penerbangan Terus Melalui Laluan Kuching Kuantan Melaka

Sultan Pahang Cadang Air Borneo Wujudkan Penerbangan Terus Melalui Laluan Kuching Kuantan Melaka

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 4277 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan minat baginda terhadap penubuhan syarikat penerbangan baharu Sarawak Air Borneo Titah baginda perkhidmatan itu kelak berpotensi menghubungkan Pahang Sa...
Armizan Replaces Ewon As Sabah Rep On Ma63 Technical Committee

Malaysianow Editor Seeks To Void Criminal Defamation Provisions

Produk Amazon Yang Boleh Dihantar Ke Malaysia Top Pilihan

Klia Bocor Hujan Mencurah Macam Air Terjun

Kajian Korea Dakwa Risiko Kanser Naik Selepas Vaksin Covid 19

Hari Perlawanan 8 Pertarungan Epik Menanti Di Arena

Unrestrained An All Out Yamaha Tr1 Caf Racer From France

Tajuk Caj Jalan Baru Di Genting Reaksi Terkejut Dari Pengguna


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


November Datang Lagi Dan Kisah Blog Capai 59 Juta Pageviews

Cara Jadi Kaya Dengan Makan Gaji Alwi Adam Ceo Ezaz Wealth Management

Tumbuk Rusuk Pengkisahan Dari Tirai Besi Part 1

Drama Bf Green Flag

Puding Tembikai Pencuci Mulut Comel Memikat Selera Yang Mengagumkan

Amad Dayyan Mendewasa Chord