Rosmah Menangis Dakwa Kezaliman Berlaku Terhadap Dirinya



KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor tidak dapat menahan emosi dan menangis di Mahkamah Tinggi di sini ketika memberi keterangan dan menyifatkan pendakwaan atas pertuduhan rasuah adalah perbuatan zalim dan kejam terhadap dirinya dan keluarga.
Rosmah, 69, yang memakai baju kurung hijau dan selendang sepadan, sebak ketika membacakan pernyataan saksinya pada dua halaman terakhir pada hari kedua prosiding membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Beliau berkata pihak pendakwaan telah menutup kedua-dua belah mata apabila wujud kesalahan dan ketidakaturan dalam proses tender Jepak Holdings Sdn Bhd yang didalangi Menteri Pendidikan ketika itu Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan (KPM) ketika itu, Tan Sri Madinah Mohamed serta Datuk Seri Alias Ahmad juga KSU KPM yang menggantikan Madinah.
Ketiga-tiga mereka adalah saksi pendakwaan (SP) dalam perbicaraan kes itu.
"Biarpun Mahdzir, Madinah, Alias, pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd ketika itu, Saidi Abang Samsuddin (SP17) dan Datuk Rizal Mansor (SP21) sepatutnya diambil tindakan di atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan, namun pihak pendakwaan lebih suka untuk memanggil mereka sebagai saksi di mahkamah sebagai saksi pendakwaan tanpa apa-apa pendakwaan dilakukan ke atas mereka.
"... agar mereka bersama-sama menunding jari kepada saya, iaitu seorang individu yang tidak ada jawatan dalam kerajaan dan tidak ada kuasa melulus apa-apa projek kerajaan sekalipun, demi menutup aib masing-masing yang kini telah tersingkap ke khalayak umum.
"Ini adalah perbuatan (pendakwaan) zalim dan kejam terhadap saya dan keluarga saya. Ini juga adalah suatu malicious and selective prosecution (berniat jahat dan pendakwaan terpilih) terhadap saya," katanya sambil menangis.
Sejurus selepas itu, Hakim Mohamed Zaini Mazlan bertanya kepada isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu: "Are you ok?" (Anda okey?)
Rosmah, yang memberi keterangan dari tempat saksi menjawab: "Saya minta maaf Yang Arif, saya telah melalui banyak perkara,".
Beliau juga dilihat mengesat air matanya sebelum meneruskan keterangan dan pihak media yang mengikuti prosiding itu menerusi video link turut terdiam seketika melihat situasi berkenaan.
Hakikat yang sebenar, katanya adalah pihak pendakwaan tahu bahawa kesemua pertuduhan ke atasnya adalah tidak berasas ditambah pula dengan kesediaan Rizal yang bersekongkol dengan pendakwaan untuk memberikan keterangan palsu di mahkamah bagi membolehkan pertuduhan ke atasnya ditarik balik dan menjadi saksi penting pihak pendakwaan.
Rosmah juga berkata beliau tidak pernah menerima wang berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi bagi membantu mempercepatkan pemberian projek solar hibrid kepada syarikat berkenaan, kononnya dihantar kepadanya di dua lokasi berbeza di Jalan Langgak Duta dan Seri Perdana.
Katanya, dakwaan Rizal bahawa wang RM6.5 juta itu yang diletakkan dalam empat buah beg, kononnya dihantar secara berasingan ke kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana pada 20 Dis 2016 dan rumahnya di Langgak Duta pada 7 Sept 2017, adalah pembohongan semata-mata.
Mengenai penyerahan RM5 juta di Seri Perdana, Rosmah berkata beliau tidak mempunyai pengetahuan bahawa Saidi kononnya berhasrat memberikan wang itu kepadanya.
"Saya tidak pernah menerima wang RM5 juta yang kononnya diberikan oleh Saidi, melalui Rizal kepada saya di dalam dua beg bagasi di Seri Perdana dan tuduhan Rizal bahawa dua beg bagasi tersebut telah diserahkannya kepada dua butler dan kemudiannya diserahkan kepada saya, adalah tidak benar dan mengaibkan saya," katanya.
Sementara itu, berhubung penyerahan wang RM1.5 juta di Langgak Duta, Rosmah berkata Saidi semasa memberi keterangan menyatakan bahawa beliau (Saidi) tidak pernah menunjukkan atau menyerahkan dua beg galas hitam berjalur oren kepadanya dan Saidi juga tidak pernah membuka atau mengira wang dalam dua beg tersebut.
Disoal peguam Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakilinya mengenai keterangan Rizal bahawa beliau nampak Rosmah mengarahkan butlernya membawa dua beg galas itu ke dalam 'bilik beliau' dan 'bilik beliau' merujuk kepada siapa, Rosmah sempat berseloroh: " Bilik siapa lagi, bilik saya (Rizal maksudkan).
Rosmah juga berkata pihak pendakwaan telah gagal untuk memanggil butler berkenaan sebagai saksi di mahkamah ini serta gagal untuk menawarkan butler tersebut sebagai saksi kepada pihak pembelaan.
"Ini adalah satu perbuatan penganiayaan dan keji terhadap saya kerana pihak pendakwaan sengaja enggan memanggil butler tersebut kerana mereka tahu hal tersebut tidak pernah berlaku.
"Sekiranya memang benar apa yang dikatakan oleh Rizal yang kononnya saya mengarahkan butler untuk mengangkat dua beg hitam berstripe oren ke bilik saya, sudah pasti pihak pendakwaan akan memanggil butler tersebut sebagai saksi penting mereka di mahkamah semasa kes pendakwaan," katanya.
Pada 18 Feb lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan Rosmah membela diri atas tiga pertuduhan rasuah selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi melalui Rizal sebagai ganjaran kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung esok dengan pihak pendakwaan akan menyoal balas Rosmah lapor AstroAwani

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/10/rosmah-menangis-dakwa-kezaliman-berlaku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rosmah Dakwa Beliau Sasaran Serangan Rela Berkorban Demi Najib Razak Di Media Sosial

Rosmah Dakwa Beliau Sasaran Serangan Rela Berkorban Demi Najib Razak Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 289 hits
KUALA LUMPUR Datin Seri Rosmah Mansor yang berdepan tuduhan rasuah berkait projek solar untuk sekolah luar bandar di Sarawak berkata beliau menjadi sasaran serangan di media sosial ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri Katan...
Krisis Melaka Zahid Beri Isyarat Senario Sama Boleh Berlaku Terhadap Pm

Krisis Melaka Zahid Beri Isyarat Senario Sama Boleh Berlaku Terhadap Pm

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 441 hits
agendaily com5 10 2021Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Adakah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebenarnya sedang memberi isyarat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahaw...
Bmkg Ingatkan Dampak Bibit Siklon Tropis 92w Terhadap Wilayah Indonesia

Bmkg Ingatkan Dampak Bibit Siklon Tropis 92w Terhadap Wilayah Indonesia

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 282 hits
Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika melalui Jakarta Tropical Cyclone Warning Center memantau Bibit Siklon Tropis yang tumbuh di Belahan Bumi Utara pada tanggal 04 Oktober 2021 pukul 07 00 WIB
Lelaki Pekak Gagal Rayuan Terakhir Terhadap Hukuman Mati

Lelaki Pekak Gagal Rayuan Terakhir Terhadap Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 332 hits
Lelaki pekak hilang rayuan terakhir terhadap hukuman mati Dituduh bunuh kekasih berusia 15 tahun Hukuman mati lelaki OKU kekal Seorang lelaki tempatan gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan dan hukuman mati kerana membunuh bekas te...
Radzi Buat Laporan Polis Terhadap Pemilik Akaun Facebook

Radzi Buat Laporan Polis Terhadap Pemilik Akaun Facebook

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 223 hits
BERNAMA Ia berhubung satu hantaran Facebook yang tular bersama sekeping gambar yang menunjukkan seolah olah tiada penjarakan fizikal Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin membuat laporan polis terhadap se...
Habibul Rahman Ambil Tindakan Undang Undang Terhadap Syed Saddiq

Habibul Rahman Ambil Tindakan Undang Undang Terhadap Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 379 hits
Habibul Rahman ambil tindakan undang undang terhadap Syed Saddiq Seorang ahli perniagaan akan mengambil tindakan undang undang terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas beliau enggan memenuhi tuntutan permohonan maaf atas tuduhan menga...
Pandora Papers Zafrul Rujuk Peguam Untuk Tindakan Lanjut Terhadap Malaysiakini

Pandora Papers Zafrul Rujuk Peguam Untuk Tindakan Lanjut Terhadap Malaysiakini

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 250 hits
Tengku Zafrul Aziz berkata Malaysiakini tetap menerbitkan artikel itu dan membabitkan namanya dengan memberi gambaran beliau masih mempunyai kaitan dengan Capital Investment Limited sedangkan beliau meninggalkan Kumpulan Kenanga pada Jun 20...
Pn Melaka Kesal Terhadap Pembubaran Dun

Pn Melaka Kesal Terhadap Pembubaran Dun

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 308 hits
PN Melaka berpendirian bahawa segala fokus diberikan kepada usaha memulihkan negeri Melaka daripada COVID 19
Dakwaan Umat Islam Malaysia Berisiko Diserang Golongan Kafir Laporan Polis Dibuat Terhadap Penceramah

Dakwaan Umat Islam Malaysia Berisiko Diserang Golongan Kafir Laporan Polis Dibuat Terhadap Penceramah

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 357 hits
October 3 2021 Presiden Persekutuan Hak Asasi Manusia Global S Shashi Kumar di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul selepas membuat laporan terhadap Syakir Nasoha PETALING JAYA Kira kira 30 badan bukan kerajaan membuat laporan polis terhada...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Christmas From The Manger To The Margins

Walimatul Urus Majlis Bertaut Kaseh Uzair Izzati

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Road To Upkk 2024

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration