Rosmah Dakwa Beliau Sasaran Serangan Rela Berkorban Demi Najib Razak Di Media Sosial


 

KUALA LUMPUR - Datin Seri Rosmah Mansor, yang berdepan tuduhan rasuah berkait projek solar untuk sekolah luar bandar di Sarawak berkata, beliau menjadi sasaran serangan di media sosial ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.
Katanya, Najib pernah memberitahu kritikan itu sebenarnya terhadap pemimpin itu tetapi Rosmah yang menerima tempiasnya.
“Saya bersedia berkorban untuk suami. Saya terpaksa menerimanya kerana saya isteri ahli politik, lebih-lebih lagi Najib,” katanya ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram.
Sri Ram: Kamu bersetuju kamu sangat mendapat perhatian berbanding isteri Perdana Menteri lain?
Rosmah: Jika begitu, terima kasih.
Rosmah berkata kehidupannya sangat sibuk sebagai isteri Najib, yang menjadi Perdana Menteri pada 2009.
Katanya, isteri Perdana Menteri terdahulu tidak seaktif beliau dalam isu sosial dengan memberi contoh penglibatannya dalam program didikan awal kanak-kanak (PERMATA).
Katanya, beliau juga kerap diminta menyampaikan ucapan, termasuk di luar negara.
Rosmah berkata, tiada siapa yang memberikannya gelaran Wanita Pertama Malaysia, sebaliknya ia sekadar untuk tujuan pentadbiran.
“Saya tidak pasti sama ada Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali atau ibu mentua saya (Allahyarhamah) Tun Rahah Mohamed Noah pernah diberi gelaran itu,” katanya.
Siti Hasmah adalah isteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri kelima dan ketujuh, manakala Tun Rahah isteri Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein yang juga bapa Najib.
Rosmah berkata, beliau tidak mempunyai pejabat sendiri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) manakala semua urusannya dikendalikan Pegawai Khas, Datuk Siti Azizah Sheikh Abod.
“Beliau ditugaskan untuk saya kerana saya isteri Perdana Menteri. Beliaulah hubung kait antara saya dan PMO,” katanya.
Rosmah turut menolak cadangan Sri Ram bahawa beliau telah menggunakan bekas pembantunya Datuk Seri Rizal Mansor untuk mengutip wang daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, dan pembantunya Rayyan Radzwill Abdullah.
Rosmah, 69, didakwa meminta RM187.5 juta daripada Saidi menerusi Rizal, sebagai imbuhan untuk membantu syarikat itu mendapatkan projek solar berkenaan menerusi rundingan terus dengan Kementerian Pendidikan.
Beliau juga berdepan dua tuduhan menerima rasuah RM1.5 juta pada 2016, dan RM5 juta pada 2017, daripada Saidi.
Perbicaraan di hadapan hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung pada 21 Oktober. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/10/rosmah-mansor-dakwa-beliau-rela.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Semua Gambar Anak Perlu Dikongsi Di Sosial Media Anak Pun Perlukan Privasi

Bukan Semua Gambar Anak Perlu Dikongsi Di Sosial Media Anak Pun Perlukan Privasi

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 661 hits
Kebanyakan ibu bapa pasti pernah berkongsikan gambar anak di media sosial betul tak Tetapi tahukah anda kesan penggunaan media sosial itu boleh mengundang bahaya tidak terjangkau dek fikiran Kesan penggunaan media sosial akibat berkongsi ga...
Pengumuman Rentas Negeri Negara Cetus Reaksi Rai Kemenangan Menerusi Media Sosial

Pengumuman Rentas Negeri Negara Cetus Reaksi Rai Kemenangan Menerusi Media Sosial

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 478 hits
KUALA LUMPUR 10 Okt Pengumuman kebenaran merentas negeri dan negara yang dinanti nantikan rakyat mencetuskan pelbagai reaksi positif dengan perkongsian pengguna media sosial umpama meraikan kemenangan hari ini Kebenaran merentas yang berkua...
Hiburan Raja Ilya Hairan Pelakon Antarabangsa Pun Tak Perlu 1 Juta Pengikut Media Sosial

Hiburan Raja Ilya Hairan Pelakon Antarabangsa Pun Tak Perlu 1 Juta Pengikut Media Sosial

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 376 hits
Pelakon jelita yang kini menetap di luar negara Raja Ilya tampil meluahkan rasa hairan dan tertanya tanya mengenai sikap segelintir penerbit filem dan drama yang menetapkan setiap pelakon yang ingin berlakon harus mempunyai jumlah bilangan ...
Hiburan Pelakon Tak Perlu Merungut Atau Cerita Di Media Sosial Dibayar Murah Faizal Hussein

Hiburan Pelakon Tak Perlu Merungut Atau Cerita Di Media Sosial Dibayar Murah Faizal Hussein

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 354 hits
Pelakon Faizal Hussein mengutarakan pendapatnya mengenai seseorang pelakon tidak seharusnya bercerita atau merungut di media sosial apabila dibayar murah ataupun disenarai hitam ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenurut pelakon yang pernah men...
Hantaran Sahabat Baik Ebit Liew Di Media Sosial Dedah Wajah Sebenar Pendakwah Tersebut

Hantaran Sahabat Baik Ebit Liew Di Media Sosial Dedah Wajah Sebenar Pendakwah Tersebut

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 476 hits
Kontroversi melanda Ebit Lew sejak akhir akhir ini membuatkan seorang sahabat karib kepada penceramah terkenal itu tampil menitipkan pesanan kepada beliau sekali gus menjawab persoalan yang ditanyakan orang ramai kepada wanita berkenaan Men...
Tular Resepi Gula Gula Squid Game Netflix Di Media Sosial Video

Tular Resepi Gula Gula Squid Game Netflix Di Media Sosial Video

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 329 hits
lom siap Tular Resepi Gula Gula Squid Game Netflix Di Media Sosial VIDEO Drama bersiri Netflix Squid Game menjadi topik hangat diperkatakan di media sosial sejak kebelakangan ini dengan pelbagai perkongsian menarik Salah satu babak yang men...
Adab Menggunakan Media Sosial Yang Patut Diamalkan

Adab Menggunakan Media Sosial Yang Patut Diamalkan

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 439 hits
ADAB MENGGUNAKAN MEDIA SOSIAL YANG PATUT DIAMALKAN Zaman moden sekarang ni media sosial menjadi platform penting tak kira dalah bisnes pembelajaran malah pergaulan dengan orang lain Tapi dalam menggunakan menggunakan media sosial ini ada ad...
Tipe Tipe K Popers Mulai Sekedar Suka Hingga Rela Nggak Tidur Demi Pecahkan Teori Comeback Bias

Tipe Tipe K Popers Mulai Sekedar Suka Hingga Rela Nggak Tidur Demi Pecahkan Teori Comeback Bias

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 322 hits
Ternyata tipe tipe penggemar K Pop itu banyak juga Mulai dari yang wajar wajar aja sampai yang garis keras
Kes Saman Serangan Seksual Anwar Dakwa Satu Lagi Rekaan

Kes Saman Serangan Seksual Anwar Dakwa Satu Lagi Rekaan

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 396 hits
agendadaily com28 9 2021Bekas staf Yusoff Rawther membuat tuntutan saman terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Selepas disaman bekas staf Muhammed Yusoff Rawther pada Julai lalu Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan pembela...
Speaker By Election Needed For Three Perlis State Seats

National Pride Does Not Pay The Bills For Malaysia S Medal Winners

Semangat Kasih Dan Keharmonian Menyambut Hari Krismas 2025

Anwar S Political Survival Flip Flop

Yuan Mencapai Paras Tertinggi 15 Bulan Meski Pboc Mengeluarkan Isyarat Mewah

10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Lawatan Cuti Sekolah 2025

Exco Pemuda Umno Malaysia Md Jamil Pauzi Tegaskan Titah Tuanku Bukanlah Bahan Politik Untuk Di Permainkan

Perjuanganku Belum Berakhir Kuat Kerana Tiada Pilihan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Keyboard Retro Led Unboxing Malaysia

Peranan Liga Persatuan Palang Merah Antarabangsa

Mak Tak Perlu Jerit Anak Pun Boleh Belajar Sendiri

Tsunami 2004 Dan Banjir Besar 2025 Di Indonesia

Hari Jumaat Yang Sunyi Sepi

Lirik Lagu Jendela Hafsah Syah Inteam