Krisis Melaka Zahid Beri Isyarat Senario Sama Boleh Berlaku Terhadap Pm


agendaily.com5/10/2021
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Adakah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebenarnya sedang memberi isyarat kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa senario krisis politik di Melaka boleh juga berlaku terhadap pentadbirannya?

Di Melaka, krisis politik yang berlaku berpunca daripada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri yang juga dari UMNO, ia juga tidak mustahil boleh berlaku di peringkat kerajaan pusat.

Jika melihat kepada tindak-tanduk Presiden UMNO itu semasa menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin, kebarangkalian tersebut episod sama boleh berulang kepada Ismail Sabri sekiranya kehendak mereka yang dikatakan kumpulan ‘kluster mahkamah’ tidak dituruti.

Harus diingat, penarikan sokongan 15 Ahli Parlimen (MP) UMNO sebelum ini menjadi punca kepada kejatuhan kerajaan PN dan skrip sama digunakan di Melaka, namun situasi yang janggal berlaku kerana ia melibatkan pertembungan sesama wakil rakyat UMNO.

Kata-kata Zahid dalam Dewan Rakyat semalam mempunyai maksud tersirat apabila mengatakan kesediaannya melihat kerajaan negeri Melaka dijatuhkan dan memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri diadakan.

“Begitu juga yang kita perhatikan sedang berlaku di negeri Melaka sekarang ini, saya harap perkara itu tidak akan menular untuk ahli-ahli Dewan Rakyat nanti,” katanya semasa mengulas krisis di Melaka dalam sidang Dewan Rakyat semasa membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12.

Zahid dilihat sedang bermain kata-kata yang seakan memberi amaran kepada Ismail Sabri bahawa nasib sama akan menimpanya jika beberapa MP UMNO menarik sokongan terhadapnya seperti yang berlaku di Melaka.

Untuk rekod, Zahid kini sedang terhimpit dengan kes mahkamah yang sedang perbicaraan dan berkemungkinan keputusan muktamad akan diputuskan dalam masa terdekat.

Kes mahkamah yang paling dekat sedang dihadapi Zahid ketika ini adalah bersabit 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah jenayah, lapan pertuduhah rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit milik Yayasan Akal Budi.

Pihak pendakwaan sedang mengemukakan hujahan di Mahkamah Tinggi ketika ini.

Yang peliknya, Zahid langsung tidak cuba kerajaan Melaka daripada jatuh ke pihak pembangkang, malah seakan-akan merelakan tindakan dua ADUN UMNO yang menarik sokongan.

Ismail Sabri perlu melakukan sesuatu sekiranya tidak mahu episod di Melaka berlaku terhadap kerajaan pimpinannya ketika ini, jika tidak berkemungkinan beliau akan jadi PM tersingkat dalam sejarah negara.

Satu lagi krisis politik bukan sesuatu yang baik kepada rakyat yang sudah cukup susah kehidupan mereka ketika ini ekoran krisis kesihatan yang melanda negara.

Rakyat mahu hidup dengan normal secepat mungkin dan mencari pendapatan untuk menampung keluarga, mereka tidak lagi menghiraukan ahli politik yang masih membicarakan hal kuasa demi kepentingan politik diri sendiri.

Ketika negara sedang memasuki fasa pemulihan, satu lagi krisis politik hanya akan menyebabkan segala perancangan untuk membantu rakyat akan terjejas.

Atau UMNO sebenarnya sudah tidak lagi menghiraukan hal rakyat dan mahu menjadi dominan tanpa memikirkan soal kebajikan rakyat lagi, atau UMNO kini lebih memikirkan diri sendiri berbanding hal rakyat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/10/krisis-melaka-zahid-beri-isyarat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Krisis Melaka Zahid Tarik Sokongan Boleh Kenapa Dua Adun Umno Tak Boleh

Krisis Melaka Zahid Tarik Sokongan Boleh Kenapa Dua Adun Umno Tak Boleh

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 341 hits
agendadaily com4 10 2021ADUN UMNO Sungai Udang Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan ADUN UMNO Pantai Kundor menarik sokongan kepada Ketua Menteri Melaka daripada parti itu Datuk Seri Sulaiman Md Ali Tidak ada isu semasa Preside...
Tiga Kepelikan Dalam Kemelut Melaka Zahid Hamidi Sama Macam Mahiaddin Suka Perguna Darurat Untuk Kuasa

Tiga Kepelikan Dalam Kemelut Melaka Zahid Hamidi Sama Macam Mahiaddin Suka Perguna Darurat Untuk Kuasa

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 333 hits
DUN Melaka kini sah telah dibubarkan berikutan setujunya Yang Dipertua Negeri itu Tun Ali Rustam terhadap cadangan yang dikemukakan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali berkenaan perkara tersebut Namun pengumuman pembubaran itu tidak dilakukan ole...
Zahid And Umno Melaka Clash On Working With Bersatu

Zahid And Umno Melaka Clash On Working With Bersatu

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 527 hits
Ahmad Zahid Hamidi has slammed the door shut on working with Bersatu in the impending Melaka state election amid talk that the state s Perikatan Nasional and Barisan Nasional chapters are considering joining forces Umno is part of BN while ...
Netizen Kecam Cadangan Zahid Isytihar Darurat Di Melaka Kenapa Tak Buat Mageran Masa Umno Gulingkan Muhyiddin

Netizen Kecam Cadangan Zahid Isytihar Darurat Di Melaka Kenapa Tak Buat Mageran Masa Umno Gulingkan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 243 hits
October 6 2021 Sebenarnya aku tak berminat komen pasal krisis politik di Melaka Tapi kejap tadi lihat video kenyataan presiden UMNO Zahid hamidi di Awani begitu dangkal cadangkan Dharurat di Melaka kononnya merujuk Politik di Sarawak Inilah...
Dengan Bersatu Zahid Kata No Way Di Melaka Umno Minta Ehsan Dap

Dengan Bersatu Zahid Kata No Way Di Melaka Umno Minta Ehsan Dap

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 303 hits
satuberita myBy October 7 2021 KETIKA ditanya oleh portal Malaysiakini adakah UMNO akan bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Negeri Melaka jika diadakan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui pesanan teks menjawab Sa...
Pas Boleh Jadi Penentu Dalam Prn Melaka

Pas Boleh Jadi Penentu Dalam Prn Melaka

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 254 hits
Kamarul Yusoff Sukar untuk difahami bila ada yang masih berani memperkecilkan dan membuang terus PAS dari perkiraan mereka dalam PRN Melaka Sedangkan jika diteliti kepada keputusan kerusi DUN Melaka dalam PRU 14 PAS mampu menjadi penentu ya...
Zahid Sumpah Wallahi Tiada Kerjasama Dengan Dap Tapi Lain Pula Di Melaka

Zahid Sumpah Wallahi Tiada Kerjasama Dengan Dap Tapi Lain Pula Di Melaka

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 507 hits
agendaily com8 10 2021Dalam keadaan tersepit untuk mengekalkan kuasa UMNO sanggup bekerjasama dengan DAP Sudah terang lagi bersuluh mengambil ayat Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pemimpin tertinggi parti itu tidak boleh lagi ber...
Prn Melaka Boleh Atau Tidak

Prn Melaka Boleh Atau Tidak

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 206 hits
Dr Musa Mohd Nordin7 Oct 2021Ada beberapa indikator kesihatan awam yang asas yang harus dipenuhi sebelum kerajaan membenarkan piliharaya diMelaka Kesemua data kesihatan awam ini mesti dinilai secara integratif supaya memberi petunjuk yang h...
Mercedes Benz Will Continue To Offer Combustion Engines After 2030

Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

Resipi Lobster Butter Cheese Yang Ringkas Sedap Menu Untuk Sambut Hari Istimewa

More Action Needed To Combat Vaping By Students

Top 10 Hotel Berdekatan Klia Bermula Rm70

Kes Bunuh Pelajar Universiti 3 Suspek Direman 7 Hari

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maksud Gambar Sekadar Hiasan

Ets Diselenggara Secara Berkala

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Untuk Arwah Ibu Bapa Maulana Juhari Terima Anugerah Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang

Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak Rm500 000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini