Rmk 12 Utamakan Negeri Kurang Membangun Kedah Kelantan Perlis Terengganu Sabah Dan Sarawak


Oleh Mohd Ridzwan Md. ImanNEGERI-negeri kurang membangun banyak menjalankan aktiviti pertanian sebagai teras ekonomi. - Gambar hiasan ENAM negeri kurang membangun iaitu Kedah, Kelantan, Perlis, Sabah, Sarawak dan Terengganu akan terus diberi keutamaan dalam agihan peruntukan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, usaha mengurangkan jurang pembangunan ekonomi antara negeri, antara wilayah serta antara bandar dan luar bandar akan terus diberi tumpuan oleh kerajaan.
“Usaha melonjakkan pertumbuhan negeri kurang membangun, terutama Sabah dan Sarawak akan dipergiat.
“Ia bermatlamat untuk mempercepatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang perlahan di negeri Kedah, Kelantan, Perlis, Sabah, Sarawak dan Terengganu serta mengurangkan kadar kemiskinan, terutama di Sabah, Kelantan dan Sarawak,” katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata, bagi tujuan itu, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan peruntukan Pembangunan Asas Persekutuan akan diagihkan kepada negeri-negeri tersebut.
Katanya, peruntukan ini ditumpukan kepada penyediaan infrastruktur asas, pendigitalan, pendidikan, perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pembangunan ekonomi. Saya sendiri akan memantau pelaksanaannya secara dekat.

Sementara itu, menurut dokumen RMK12 yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, kerajaan menggariskan tiga bidang keutamaan dalam membangunkan enam negeri tersebut.
Langkah tersebut adalah memanfaatkan sepenuhnya potensi ekonomi wilayah, membangunkan bandar yang mampan dan mentransformasi kawasan luar bandar untuk merapatkan jurang pembangunan dengan lebih penekanan akan diberi untuk pembangunan di enam negeri terbabit.
“Enam negeri kurang membangun akan terus diberi keutamaan dengan agihan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan peruntukan Perbelanjaan Pembangunan Asas Persekutuan. Kerjasama yang lebih baik antara agensi persekutuan dan negeri akan diwujudkan untuk memastikan program dan projek pembangunan bersasar dilaksana dengan berkesan dan cekap.
“Ini akan mempercepat penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas serta menjana lebih banyak peluang ekonomi di negeri kurang membangun dan mengurangkan jurang pembangunan,” demikian menurut dokumen itu, memetik laporan Bernama.
Menurut dokumen itu, di bawah bidang keutamaan memanfaatkan potensi wilayah, kerajaan menyasarkan pertumbuhan purata Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi tempoh 2021 hingga 2025 sebanyak 5.6 peratus bagi wilayah Utara, Tengah (4.3 peratus), Selatan (5.1 peratus), Timur (6.5 peratus), Sabah (6.4 peratus) dan Sarawak (5.3 peratus).
Bagi pendapatan penengah bulanan isi rumah antara wilayah pula, kerajaan menyasarkan pendapatan penengah bulanan isi rumah bagi wilayah Utara akan meningkat kepada RM5,560; Tengah (RM9,290); Selatan (RM7,480); Timur (RM5,210); Sabah (RM5,380) dan Sarawak (5,430) menjelang 2025.
Wilayah Utara melibatkan negeri Pulau Pinang, Perak, Perlis dan Kedah; Tengah (Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan); Selatan (Johor); Timur (Pahang, Terengganu, Kelantan); Sabah (Labuan, Sabah) dan Sarawak.
Menurut dokumen itu, bagi merealisasikan bidang keutamaan itu, tumpuan akan diberi untuk mempercepat pembangunan berasaskan nod pertumbuhan utama dan kawasan titik tumpuan, menarik pelaburan berkualiti, menambah baik ekosistem perniagaan dan mempertingkat kerjasama strategik.
Selain itu, penyelarasan serta meningkatkan kerjasama di bawah Pertumbuhan Segitiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) dan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).
Di bawah bidang keutamaan membangun bandar yang mampan, sasaran ialah 120 bandar mencapai status bandar mampan berdasarkan Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar-Luar Bandar Malaysia (MURNInets) pada tahun 2025 berbanding 75 bandar pada tahun 2019.
Sebanyak 14 bandar akan melaksanakan Pelan Tindakan Bandar Hijau di bawah IMT-GT dan BIMP-EAGA menjelang 2025.
“Menjelang tahun 2040, sebanyak 85 peratus daripada jumlah populasi dijangka tinggal di kawasan bandar. Keutamaan akan diberi untuk menggalakkan perancangan dan tadbir urus bandar yang berkesan, mempergiat ekonomi bandar yang mampan, mengutamakan pembangunan bandar hijau dan berdaya tahan serta membangunkan masyarakat luar bandar yang mampan.
“Ini akan menggalakkan keterangkuman yang lebih baik dan meningkatkan kesejahteraan penduduk bandar. Langkah ini juga selaras dengan Agenda Perbandaran Baharu (NUA) yang menyokong Agenda 2030,” demikian menurut dokumen itu.
Di bawah bidang keutamaan mentransformasikan kawasan luar bandar bagi merapatkan jurang pembangunan, kerajaan menyasarkan untuk membina dan menaik taraf 2,800 kilometer (km) jalan luar bandar berturap.
Dokumen itu memaklumkan bekalan elektrik akan diperluas untuk mencapai liputan 99 peratus manakala liputan bekalan air akan diperluas untuk mencapai 98 peratus daripada isi rumah luar bandar, termasuk penyediaan bekalan air alternatif dan sistem retikulasi. – UtusanTV


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/rmk-12-utamakan-negeri-kurang-membangun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rmk 12 Sabah Sarawak Dapat Peruntukan Tinggi

Rmk 12 Sabah Sarawak Dapat Peruntukan Tinggi

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 312 hits
RMK 12 Sabah Sarawak dapat peruntukan tinggi Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4 66 bilion bagi negeri Sabah manakala RM4 47 bilion bagi negeri Sarawak Ia sedang disalurkan melalui peruntukan pembangunan di bawah Rolling Plan 1 2021 sebaga...
Amanah Perlu Kerja Keras Di Kelantan Dan Terengganu

Amanah Perlu Kerja Keras Di Kelantan Dan Terengganu

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 162 hits
KAK IDA ABDULLAHAMANAH ada peluang jatuhkan PAS di Kelantan dan Trengganu tapi tak nak buat kerja di sana Sana hanya ada BN dan PAS Org Kelantan dan Trengganu dah kenal PAS tapi tak kenal AMANAH akan terpaksa beri pada BN Lepas tu Mat Sabu ...
Kerajaan Jamin Perhalusi Isu Sabah Sarawak Dalam Ma63 Ismail

Kerajaan Jamin Perhalusi Isu Sabah Sarawak Dalam Ma63 Ismail

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 224 hits
Kerajaan jamin perhalusi isu Sabah Sarawak dalam MA63 Ismail Kerajaan memberi jaminan akan memberi perhatian terhadap isu yang berkaitan dengan kepentingan Sabah dan Sarawak khususnya melalui aspek rakan kongsi setaraf dalam Perjanjian Mala...
Pm Berjanji Peruntukan Rm9b Untuk Berkongsi Kemakmuran Dengan Sabah Sarawak

Pm Berjanji Peruntukan Rm9b Untuk Berkongsi Kemakmuran Dengan Sabah Sarawak

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 269 hits
PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2021 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah malam ini RMK12 Lebih RM9 bilion peruntukan pembangunan untuk Sabah Sarawak PM Kota Kinabalu Kerajaan memperuntuk...
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Haramkan Golongan Pondan Memasuki Masjid

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Haramkan Golongan Pondan Memasuki Masjid

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 241 hits
KANGAR Golongan mukhannath atau lebih dikenali sebagai mak nyah atau transgender diharamkan memasuki masjid dalam keadaan kecelaruan jantina kerana boleh mengganggu suasana ibadah Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata berdas...
Kembalikan Hak Sabah Sarawak

Kembalikan Hak Sabah Sarawak

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 222 hits
2 wanita berdiri di tepi jalan yang dihiasi Jalur Gemilang dan bendera Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di Kota Kinabalu semalam BERNAMA PIX Penulis Kolumnis oleh Emeritus Prof Datuk Dr Hj Shad Saleem Faruqi Emeritus Prof Datuk ...
Restoring Special Position Of Sabah And Sarawak

Restoring Special Position Of Sabah And Sarawak

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 292 hits
From Shad Saleem FaruqiFifty eight years ago on Sept 16 1963 the Federation of Malaya joined the self governing territories of North Borneo and Sarawak and the British colony of Singapore to forge the new and enlarged nation of Malaysia Eve...
Sabah Sarawak Have High Expectations Of Ismail

Sabah Sarawak Have High Expectations Of Ismail

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 329 hits
Sabah Sarawak have high expectations of Ismail On the eve of Malaysia Day Prime Minister Ismail Sabri Yaakob has been told to continue working on narrowing the disparity between Sabah and Sarawak and the peninsula in terms of development Pa...
Sabah Sarawak Leaders Welcome Govt Harapan Deal

Sabah Sarawak Leaders Welcome Govt Harapan Deal

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 198 hits
Leaders from Sabah and Sarawak welcomed the memorandum of understanding on bipartisan cooperation inked by Prime Minister Ismail Sabri Yaakob s government and Pakatan Harapan Gabungan Parti Sarawak secretary general Alexander Nanta Linggi f...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Titah Addendum Kenyataan Dan Pendirian Anwar Didorong Pemegang Saham Terbesar Pakatan Harapan

Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams