Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Haramkan Golongan Pondan Memasuki Masjid




KANGAR - Golongan mukhannath atau lebih dikenali sebagai mak nyah atau 'transgender' diharamkan memasuki masjid dalam keadaan kecelaruan jantina, kerana boleh mengganggu suasana ibadah.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-53/ 2021 pada 23 dan 24 Jun lalu, golongan itu yang sengaja menyerupai jantina yang berbeza termasuk dalam golongan fasik.
"Oleh hal demikian, mereka diharamkan memasuki masjid dalam keadaan kecelaruan jantina kerana boleh mengganggu suasana ibadah di masjid.
"Solat jemaah golongan mak nyah ini hendaklah berdasarkan jantinanya yang sebenar. Juga dilarang mengerjakan haji dan umrah, jika penampilan mereka boleh menimbulkan fitnah kepada jemaah haji dan umrah lain," katanya dalam kenyataan yang dimuatkan dalam Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis, hari ini.
"Dakwaan ini perlu dibuktikan dengan saya pun tak tahu apa ceritanya. Saya menantikan kenyataan rasmi mengenai tuduhan dibangkitkan itu," katanya pada sidang media secara dalam talian selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini, hari ini.
Katanya, tasyabbuh ialah perbuatan lelaki ataupun wanita dengan sengaja meniru jantina yang berbeza dari segi pertuturan, tingkah laku, perbuatan atau berpakaian tanpa mempunyai keperluan yang dibenarkan oleh syarak seperti pendidikan, penyaksian atau pemberian keterangan dan seumpamanya.
"Hukum tasyabbuh ini haram kerana termasuk di dalam dosa besar yang dilaknat oleh Allah SWT, seperti dalam hadis Nabi SAW daripada Ibn Abbas r.a iaitu Rasulullah SAW melaknat orang lelaki yang menyerupai wanita dan orang wanita yang menyerupai lelaki. (HR al-Bukhari).
"Jika penyerupaan itu tidak disengajakan seperti sifat lembut yang ada pada lelaki sejak asal, bukan sengaja dibuat-buat, tidak dinamakan dengan tasyabbuh, iaitu golongan ini pula dipanggil 'mukhannath khalqi' iaitu seorang yang mempunyai sifat keperempuanan yang tidak disengajakan.
"Ini juga sama seperti wanita yang mempunyai sifat lelaki sejak asal seperti suara yang garau. Mereka ini dimaafkan selagi ia bukan disengajakan," katanya.
Beliau berkata, berbalik kepada perkara utama, terdapat beberapa hukum yang perlu diberikan perhatian dalam membantu golongan itu, iaitu haram hukumnya seseorang berkhalwat dengan golongan mak nyah, sekalipun dari jantina yang sama kerana boleh menimbulkan fitnah atau mencemarkan nama baik seseorang.
"Jika tidak menimbulkan fitnah, hukumnya sama seperti seseorang berkhalwat dengan jantina yang sama.
"Mereka turut dilarang mengerjakan haji dan umrah jika penampilan mereka boleh menimbulkan fitnah kepada jemaah haji dan umrah. Sekiranya mereka meninggal dunia, jenazah golongan ini diuruskan berdasarkan jantina yang sebenar," katanya.
Mohd Asri berkata, pengurusan jenazah perlu memilih mereka yang sesuai untuk mengendalikan jenazah bagi mengelakkan fitnah.
"Demikian juga lelaki atau wanita yang memiliki perasaan seks kepada golongan sejenis tanpa sengaja, namun tidak melakukan apa-apa perbuatan yang mencanggahi syarak, dimaafkan. Bahkan jika dia bersabar menahan dirinya dari melakukan perbuatan yang haram, dia mendapat pahala yang besar.
"Selain itu juga, lelaki dari golongan ini boleh menjadi wali dengan syarat ketika proses perwalian dia tampil dengan perwatakan lelaki," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/09/mesyuarat-jawatankuasa-fatwa-negeri.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pahang Menubuhkan Jawatankuasa Ombudsman Negeri Bagi Tingkatkan Integriti

Kerajaan Pahang Menubuhkan Jawatankuasa Ombudsman Negeri Bagi Tingkatkan Integriti

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 256 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang menubuhkan Jawatankuasa Ombudsman Negeri Pahang selaras dengan komitmen memperkukuhkan lagi kualiti pengurusan aduan berkaitan integriti dalam urusan penyampaian perkhidmatan awam negeri ini kata Menteri Besar...
Rmk 12 Utamakan Negeri Kurang Membangun Kedah Kelantan Perlis Terengganu Sabah Dan Sarawak

Rmk 12 Utamakan Negeri Kurang Membangun Kedah Kelantan Perlis Terengganu Sabah Dan Sarawak

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 315 hits
Oleh NEGERI negeri kurang membangun banyak menjalankan aktiviti pertanian sebagai teras ekonomi Gambar hiasan ENAM negeri kurang membangun iaitu Kedah Kelantan Perlis Sabah Sarawak dan Terengganu akan terus diberi keutamaan dalam agihan per...
No Laughing Matter Perlis Issues Fatwa Against Improper Jokes

No Laughing Matter Perlis Issues Fatwa Against Improper Jokes

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 259 hits
Perlis mufti Mohd Asri Zainul Abidin says jokes are allowed in Islam but not at the expense of the religion PETALING JAYA Perlis has introduced a new fatwa banning jokes those that make fun of Islam or can lead to immorality sin and wickedn...
Tmj Adakan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Khas Covid 19 Johor

Tmj Adakan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Khas Covid 19 Johor

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 288 hits
BH ONLINE Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengadakan mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Negeri Johor hari ini Foto Facebook HRH Crown Prince of Johor JOHOR BAHRU Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengadakan me...
Wali Kota Danny Letakkan Batu Pertama Pembangunan Shelter Masjid Al Muttaqin

Wali Kota Danny Letakkan Batu Pertama Pembangunan Shelter Masjid Al Muttaqin

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 226 hits
Danny juga mengapresiasi pengurus masjid yang menginisiasi pembangunan masjid menjadi dua lantai sekaligus dijadikan shelter bagi warga apabila terjadi bencana banjir setiap tahunnya
Wajib Halau Jika Yakin Transgender Ceroboh Bahagian Muslimat Di Masjid

Wajib Halau Jika Yakin Transgender Ceroboh Bahagian Muslimat Di Masjid

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 283 hits
Dedahkan mereka dengan ilmu supaya tak terus hanyut BANGI Ahli jawatankuasa masjid dan pihak berkuasa tempatan mempunyai kuasa menghalau golongan transgender sekiranya mereka melakukan pencerobohan di masjid dan mencetuskan keadaan huru har...
Golongan Remaja Diberikan Vaksin Pfizer Kj

Golongan Remaja Diberikan Vaksin Pfizer Kj

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 417 hits
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Foto BERNAMA PUTRAJAYA Vaksinasi kepada golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun akan menerima vaksin jenis Pfizer Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata perkara itu telah diberi kelulusan Jawatank...
Pas Islam Sharia Menjadi Sasaran Serangan Golongan Anti Kerajaan

Pas Islam Sharia Menjadi Sasaran Serangan Golongan Anti Kerajaan

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 229 hits
Mulai dari tarikh Pakatan Harapan menandatangani memorandum persefahaman dengan kerajaan Ismail Sabri Yaakob PAS Islam dan undang undang Sharia telah menjadi sasaran serangan golongan anti kerajaan
Golongan Yang Dijauhkan Dari Syurga

Golongan Yang Dijauhkan Dari Syurga

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 203 hits
Salam hari Jumaat yang penuh keberkatan Harini mama nak share berkenaan dengan Golongan Yang Dijauhkan Dari Syurga Nauzubillah semoga kita tak tergolong dalam golongan ni Mari kita kenali golongan yang jauh dari syurga ni supaya dapat kita ...
Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Johan Pakai T Shirt Topi Di Istiadat Pengebumian Allahyarham Pak Lah Ditegur Netizen Macam Tak Tahu Hormat Majlis

Understand Your Target Audience

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Throwback Menu Berbuka Puasa Sepanjang Ramadan 2025

Aprilian Feat Puspa Indah Cinta Tak Terbagi Chord

Ahli Umno Akan Pilih Siapa Sebagai Presiden

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

What Does Langsat Fruit Taste Like