Pm Berjanji Peruntukan Rm9b Untuk Berkongsi Kemakmuran Dengan Sabah Sarawak


PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2021 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), malam ini. RMK12: Lebih RM9 bilion peruntukan pembangunan untuk Sabah, Sarawak - PM Kota Kinabalu: Kerajaan memperuntukkan RM4.66 bilion bagi Sabah dan RM4.47 bilion untuk Sarawak melalui peruntukan pembangunan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Perdana Menteri berkata, peruntukan pembangunan itu bakal disalur di bawah Rolling Plan Pertama 2021, RMK12, yang akan dibentangkan di Parlimen pada 27 September ini dan merupakan yang tertinggi berbanding negeri lain.


"Ini adalah bukti komitmen tinggi kerajaan ke arah meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan penduduk di Sabah dan Sarawak.

"Berbekal prinsip 'Bekerja Bersama Rakyat', kerajaan akan terus memberi fokus kepada penduduk di Sabah dan Sarawak agar kemakmuran dikecapi pada hari ini dapat dinikmati secara saksama," katanya semasa berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2021, di sini, malam ini.


Hadir sama, Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin; Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor; Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.


Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan melalui Majlis Khas Perjanjian Malaysia (MA63) berjanji memberi perhatian terhadap isu berkaitan dengan kepentingan Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, kerajaan memberi jaminan untuk terus memperhalusi perkara perlu diselesaikan melalui rundingan menerusi Majlis Khas MA63 yang dipengerusikannya dan dianggotai Ketua Menteri Sabah, Ketua Menteri Sarawak, serta 8 menteri persekutuan.

"Usaha ini membuktikan kerajaan komited dalam memberi perhatian terhadap isu berkaitan dengan pelbagai perkara penting bagi negeri Sabah dan Sarawak.


"Seluruh rakyat Malaysia seharusnya bersyukur apabila setiap cabaran berjaya ditangani dan dihadapi sebagai sebuah negara dengan kerangka tindakan toleransi dan demokratik, berpaksikan keluhuran perlembagaan serta kedaulatan undang-undang," katanya.

Beliau berkata, Malaysia yang terbentuk pada 16 September 1963 melalui Perjanjian Malaysia (MA63), masih utuh sebagai sebuah negara aman, merdeka dan berdaulat di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Payung Perpaduan Negara.

Menurutnya, nama seperti Datu Mat Salleh, Tun Mohd Fuad Stephens dan Tun Datu Mustapha Datu Harun adalah tokoh pejuang gemilang dalam sejarah Sabah, manakala Datu Patinggi Abang Ali, Temenggong Jugah dan Rentap adalah antara tokoh kemerdekaan Sarawak.

Justeru, katanya, semangat tokoh pejuang ini tidak seharusnya terhenti dalam perang melawan musuh yang tidak terlihat iaitu pandemik Covid-19.

"Semangat juang ini harus mengalir dalam darah setiap ahli Keluarga Malaysia bagi memerdekakan diri, keluarga serta tanah air daripada kemelut pandemik.

"Tumpuan kerajaan ketika ini memulihkan sektor ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik, selain turut memberi tumpuan dalam memastikan pembangunan mampan dan seimbang merentasi wilayah," katanya.

Mengambil semangat sambutan Hari Malaysia, Perdana Menteri menyeru semua pihak menghayati dengan mendalam makna hari yang bersejarah ini dan bertoleransi dalam semua perkara, hormat menghormati serta mengekalkan perpaduan yang merentasi ideologi politik demi negara yang dicintai.


"Ayuh Keluarga Malaysia, kita bulatkan tekad dan bersatu hati untuk terus memelihara serta mempertahankan kedaulatan negara.

"Perpaduan rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa, selain integrasi nasional silang budaya serta merentasi ideologi politik adalah tunjang kekuatan sebuah negara bangsa yang berjaya," katanya.

SOURCE: Hmetro

Kongsikan artikel ini: ***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/09/pm-berjanji-peruntukan-rm9b-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rmk 12 Sabah Sarawak Dapat Peruntukan Tinggi

Rmk 12 Sabah Sarawak Dapat Peruntukan Tinggi

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 349 hits
RMK 12 Sabah Sarawak dapat peruntukan tinggi Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4 66 bilion bagi negeri Sabah manakala RM4 47 bilion bagi negeri Sarawak Ia sedang disalurkan melalui peruntukan pembangunan di bawah Rolling Plan 1 2021 sebaga...
Kembalikan Hak Sabah Sarawak

Kembalikan Hak Sabah Sarawak

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 271 hits
2 wanita berdiri di tepi jalan yang dihiasi Jalur Gemilang dan bendera Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di Kota Kinabalu semalam BERNAMA PIX Penulis Kolumnis oleh Emeritus Prof Datuk Dr Hj Shad Saleem Faruqi Emeritus Prof Datuk ...
Kerajaan Jamin Perhalusi Isu Sabah Sarawak Dalam Ma63 Ismail

Kerajaan Jamin Perhalusi Isu Sabah Sarawak Dalam Ma63 Ismail

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 272 hits
Kerajaan jamin perhalusi isu Sabah Sarawak dalam MA63 Ismail Kerajaan memberi jaminan akan memberi perhatian terhadap isu yang berkaitan dengan kepentingan Sabah dan Sarawak khususnya melalui aspek rakan kongsi setaraf dalam Perjanjian Mala...
Ikuti Langkah Sarawak Beri Kanak Kanak Vaksin Kerajaan Sabah Diberitahu

Ikuti Langkah Sarawak Beri Kanak Kanak Vaksin Kerajaan Sabah Diberitahu

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 460 hits
Lonjakan kes Covid 19 di kalangan kanak kanak telah menyaksikan wad kanak kanak di hospital Sabah terpaksa meningkatkan kapasiti mereka KOTA KINABALU Seorang pakar kanak kanak percaya bahawa Sabah harus mencontohi negara jirannya Sarawak da...
Pm Says Ma63 Issues Will Be Resolved Announces Over Rm9bil Allocation For Sabah And Sarawak

Pm Says Ma63 Issues Will Be Resolved Announces Over Rm9bil Allocation For Sabah And Sarawak

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 339 hits
KOTA KINABALU The Federal Government is committed to resolving issues with Sabah and Sarawak under the Malaysia Agreement 1963 says Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob The government gives the assurance that it will resolve issues...
Mou Dianggap Berjaya Jika Pinda Perlembagaan Untuk Sabah Sarawak

Mou Dianggap Berjaya Jika Pinda Perlembagaan Untuk Sabah Sarawak

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 324 hits
Salah satu perkara yang dipersetujui dalam memorandum kerjasama kerajaan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan adalah mengkaji Perjanjian Malaysia 1963 untuk dikembalikan kepada semangat asalnya Bagi Presiden UPKO Datuk Seri Panglima Wilfr...
Anwar Guan Eng Differ On Sabah Sarawak Ph Parties Using Own Logos

Anwar Guan Eng Differ On Sabah Sarawak Ph Parties Using Own Logos

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 300 hits
Anwar Ibrahim said disagreement over using a common PH logo by component parties may be exploited by the coalition s opponents PETALING JAYA PKR president Anwar Ibrahim and DAP secretary general Lim Guan Eng seem to be at odds on the questi...
Bukan Sahaja Jurang Pembanggunan Berbeza Sikap Rasis Anti Semenanjung Juga Menebal Di Sabah Dan Sarawak

Bukan Sahaja Jurang Pembanggunan Berbeza Sikap Rasis Anti Semenanjung Juga Menebal Di Sabah Dan Sarawak

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 180 hits
Rungutan lama jurang pembangunan punca sentimen negatif Sabah dan Sarawak kata penganalisisRakyat di Sabah dan Sarawak percaya banyak sumber alam termasuk minyak dan gas yang diambil dari kedua dua negeri itu digunakan untuk projek pembangu...
Restoring Special Position Of Sabah And Sarawak

Restoring Special Position Of Sabah And Sarawak

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 327 hits
From Shad Saleem FaruqiFifty eight years ago on Sept 16 1963 the Federation of Malaya joined the self governing territories of North Borneo and Sarawak and the British colony of Singapore to forge the new and enlarged nation of Malaysia Eve...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba