Rm42 Juta Masuk Ke Akaun Najib Bukan Milik Yr1m Kata Saksi


KUALA LUMPUR, 16 Julai — Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa wang RM42 juta yang dimasukkan ke dalam dua akaun bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak oleh Syarikat Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB) pada 2014 dan 2015, bukan milik Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M).
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif  YR1M, Ung Su Ling, 50, yang kini tidak bekerja berkata beliau hanya dimaklumkan oleh Allahyarham Datuk Azlin Alias iaitu bekas Setiausaha Sulit kepada Najib untuk mengarahkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif IPSB Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman supaya memindahkan wang berkenaan ke dalam dua akaun di AmIslamic Bank Berhad.

Loading… Saksi pendakwaan ke-49 itu berkata beliau diberitahu kesemua wang tersebut adalah untuk menjalankan kerja-kerja tanggungjawab sosial korporat (CSR).
“Merujuk kepada keseluruhan wang berjumlah RM27 juta, RM5 juta serta RM 10 juta di mana jumlah keseluruhan RM42 juta, saya sahkan kesemua jumlah wang tersebut bukan milik YR1M,” katanya ketika membacakan penyataan saksi pada perbicaraan hari ke-38 kes Najib membabitkan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Ung berkata arahan memindahkan wang berjumlah RM42 juta ke dalam akaun bank IPSB itu diterima daripada Azlin yang memaklumkan kepadanya mengenai perkara tersebut dalam satu pertemuan di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya bagi membincangkan hal ehwal YR1M pada September 2014.

“Ketika di sana, Datuk Azlin memaklumkan saya bahawa sejumlah wang akan dipindahkan ke dalam akaun bank milik IPSB, namun jumlah dan tarikhnya tidak dimaklumkan. Saya hanya dimaklumkan wang tersebut adalah untuk CSR.
“Datuk Azlin kemudian meminta bantuan saya untuk memberitahu Datuk Shamsul Anwar ke mana wang tersebut perlu dipindahkan. Saya bersetuju untuk membantu Datuk Azlin apabila masanya tiba untuk berbuat demikian,” katanya.
Saksi itu berkata pada Disember 2014, beliau diarahkan oleh Azlin melalui pesanan Whatsapp untuk memberitahu Dr Shamsul Anwar supaya memindahkan RM27 juta dan RM5 juta secara berasingan kepada dua akaun di Ambank.
Beliau berkata nombor dan nama akaun turut dimaklumkan kepadanya namun beliau tidak menyimpan pesanan tersebut kerana telah memadamkan nombor Azlin selepas kematian Allahyarham.
Ung berkata berdasarkan maklumat yang diterima daripada Azlin, beliau telah menghantar emel kepada Dr Shamsul mengenai maklumat pindahan wang melibatkan dua transaksi iaitu RM27 juta dipindahkan daripada akaun IPSB ke dalam akaun nombor 211-202-201188-0 atas nama AmPrivate Banking -1MY dan RM5 juta ke dalam akaun nombor 211-202-201190-6 atas nama AmPrivate Banking – MY.
Katanya pada awal Februari 2015, beliau telah dihubungi lagi oleh Azlin melalui Whatsapp dan dimaklumkan bahawa sejumlah wang lain telah dipindahkan ke dalam akaun IPSB dan beliau diarah untuk memaklumkan kepada Shamsul Anwar agar memindahkan RM10 juta kepada akaun di Ambank.
“Saya kemudian memaklumkan Datuk Shamsul Anwar melalui pesanan Whatsapp juga, untuk menghantar ke akaun AmIslamic Bank Berhad nombor 211-202-201188-0 atas nama “AmPrivate Banking-1MY” sejumlah RM10 juta,” katanya.
Ung berkata pada 9 Feb 2015, jam 5.23 petang, beliau telah menerima satu emel daripada bekas Eksekutif Akaun Kanan IPSB Aishah Ghazali yang memaklumkan borang pemindahan wang telah disediakan dan beliau kemudian memanjangkan emel sama kepada bekas Pengurus Perhubungan Ambank Joanna Yu.

Saksi-saksi dalam perbicaraan kes itu sebelum ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa terdapat tiga transaksi wang masuk berjumlah RM42 juta ke dalam dua akaun AmIslamic Bank Berhad milik  Najib  daripada IPSB.
Saksi memberitahu wang tersebut dipindahkan ke dalam akaun milik bekas perdana menteri itu bertujuan untuk menjalankan program CSR, manakala saksi pendakwaan ke-21, Pengurus AmBank Jalan Raja Chulan R. Uma Devi mengesahkan kedua-dua akaun AmPrivate Banking-1MY itu adalah milik Najib.
Terdahulu, Ung memberitahu, YR1M mempunyai empat orang pemegang amanah yang diketuai oleh Najib dan dianggotai oleh tiga lagi iaitu Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, Datuk Wan Shihab Wan Ismail yang merupakan bekas pegawai khas di pejabat perdana menteri dan Azlin.
Namun selepas kematian Azlin, YR1M hanya mempunyai tiga orang pemegang amanah sahaja.
Ung berkata berkenaan urusan pentadbiran dan dasar YR1M, beliau akan berhubung dengan Azlin terutama bagi perbincangan kertas lembaga yang memerlukan kelulusan pemegang amanah termasuk mendapatkan kelulusan serta tandatangan perdana menteri.
Katanya Azlin juga menyampaikan arahan dan cadangan daripada perdana menteri untuk tindakan pihaknya.
Beliau berkata  YR1M ditubuhkan pada Januari 2013 antaranya bertujuan meningkatkan kualiti hidup golongan kurang berada dan bernasib baik serta meningkatkan taraf pendidikan pelajar luar bandar dan bagi melaksanakan program yang dirancang  YR1M akan menjalinkan usahasama  dengan beberapa rakan kongsi antaranya IPSB yang membantu dalam aktiviti CSR.
Najib, 66, menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd yang berjumlah RM42 juta.
Perbicaraan dihadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok.  —  Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/07/rm42-juta-masuk-ke-akaun-najib-bukan-milik-yr1m-kata-saksi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Kad Kredit Milik Najib Diguna Belanja Rm3 3j Dalam Sehari Saksi

2 Kad Kredit Milik Najib Diguna Belanja Rm3 3j Dalam Sehari Saksi

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 200 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa dua kad kredit milik Najib Razak digunakan untuk membelanjakan RM3 3 juta dalam masa satu hari di De Grisogono butik barang kemas mewah di Itali pada 2014 Perkara ini didedahkan oleh N...
Mahkamah Lucut Rm48 Juta Milik Bapanya Jho Low Kata Undang Undang Rimba

Mahkamah Lucut Rm48 Juta Milik Bapanya Jho Low Kata Undang Undang Rimba

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 193 hits
Ahli perniagaan Jho Low mengkritik keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan pelucutan hak lebih RM48 juta daripada akaun bank kepunyaan bapanya Larry Low Jurucakap bagi Low berkata pentadbiran Perdana Menteri Dr Mahathir Moha...
Rm3 3 Juta Dibelanja Di Itali Adalah Untuk Hadiah Permaisuri Kata Najib

Rm3 3 Juta Dibelanja Di Itali Adalah Untuk Hadiah Permaisuri Kata Najib

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 228 hits
RM3 3 juta dibelanja di Itali adalah untuk hadiah permaisuri kata Najib Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 17 Jul
Najib Tandatangan Draf Pindahan Src Ke Mkd Sambil Berdiri Kata Saksi

Najib Tandatangan Draf Pindahan Src Ke Mkd Sambil Berdiri Kata Saksi

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 235 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangani draf memorandum berhubung permohonan pemindahan syarikat SRC International Sdn Bhd untuk diletakkan di bawah Menteri Kewangan Diperbad...
Najib Said News On Rm42 Million Damaged His Career Ex Yr1m Chief Tells Court

Najib Said News On Rm42 Million Damaged His Career Ex Yr1m Chief Tells Court

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 254 hits
Former Yayasan Rakyat 1Malaysia CEO Ung Su Ling KUALA LUMPUR The former CEO of Yayasan Rakyat 1Malaysia told the High Court in Najib Razak s SRC International trial today that the former prime minister had told her that news about funds all...
Hari Ke 37 Najib Tak Lapor Perbelanjaan Rm3 2 Juta Guna Kad Kreditnya Saksi

Hari Ke 37 Najib Tak Lapor Perbelanjaan Rm3 2 Juta Guna Kad Kreditnya Saksi

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 258 hits
LANGSUNG Perbicaraan bekas perdana menteri Najib Razak berkenaan dakwaan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd masuk hari ke 37 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Malaysiakini membawakan laporan langsung perbicaraan Iklan Ringkasan kes ...
Nazri Kata Lantik Najib Sebagai Ketua Penasihat Bn Langkah Ke Belakang

Nazri Kata Lantik Najib Sebagai Ketua Penasihat Bn Langkah Ke Belakang

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 269 hits
Keputusan BN untuk melantik bekas perdana menteri Najib Razak sebagai pengerusi lembaga penasihat gabungan itu sebagai langkah ke belakang kata bekas setiausaha agung BN Mohamed Nazri Abdul Aziz Nazri yang sebelum ini dikenali sebagai pemim...
Kalau Saya Belah Ketupat Ni Isinya Putih Maknanya Masuk Syurga Kata Kata Anak Autisme Ini Buat Netizen Sebak

Kalau Saya Belah Ketupat Ni Isinya Putih Maknanya Masuk Syurga Kata Kata Anak Autisme Ini Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 396 hits
Tugas untuk menjaga anak istimewa merupakan tanggungjawab yang mencabar dan tidak mampu dipikul oleh calang calang orang Hanya golongan penyabar dan penyayang sahaja yang mampu menjaga mereka dengan sepenuh hati Tingkah laku anak autisme ad...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih

Tinggi Protein Dan Mikronutrien Ini Manfaat Ikan Susu Untuk Kesihatan

Upiak Hari Raya Duit Tak Ada Chord