2 Kad Kredit Milik Najib Diguna Belanja Rm3 3j Dalam Sehari Saksi


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa dua kad kredit milik Najib Razak digunakan untuk membelanjakan RM3.3 juta dalam masa satu hari, di De Grisogono, butik barang kemas mewah, di Itali pada 2014.
Perkara ini didedahkan oleh Naib Presiden Kanan Ambank yang bertanggungjawab bagi kelulusan kad dan pengurusan penipuan kredit kad Yeoh Eng Leong, 58, pada hari ke-37 perbicaraan bekas perdana menteri itu berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Loading… Saksi ke-47 pendakwaan itu berkata sejumlah RM456,360.51 telah dibelanjakan menggunakan kad kredit Visa Platinum dan RM2,864,309.54 menggunakan kad kredit Master Platinum.
Saksi itu berkata perbelanjaan berkenaan berlaku pada 8 Ogos, 2014.
Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Budiman Lufti Mohamed.
Budiman Lutfi: berapakah jumlah had penggunaan kedua-dua kad kredit tersebut?

Yeoh: Had penggunaan kedua-dua kad ialah RM3 juta.
Budiman Lutfi: Ada apa-apa bayaran dibuat untuk jumlah itu?
Yeoh: Ya. Untuk Kad visa, (pembayaran) RM449,586.95 telah dibuat sementara untuk kad Master RM2, 833,147.21.
Saksi itu juga berkata pada awal Januari 2015, sebanyak RM466,330.11 lagi dibelanjakan di Chanel, butik eksklusif di Honolulu, Amerika Syarikat menggunakan kedua-dua kad kredit.
Beliau berkata kad-kad itu juga digunakan untuk membuat bayaran RM127,017.46 di Shangri-La Hotel di ibu negara Thailand.
Sementara itu, semasa pemeriksaan balas oleh peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Najib, saksi itu saksi itu bersetuju bahawa menurut penyata kad kredit bertarikh April 2015, bayaran terakhir dibuat oleh seorang yang bernama Nik Faisal Ariff Kamil (bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC).
Semasa pemeriksaan semula oleh Budiman Lutfi, Yeoh berkata semua pembayaran dibuat melalui akaun semasa Ambank Najib yang berakhir dengan nombor 880.

Beliau juga memberitahu bahawa Najib tidak mengambil tindakan berhubung penyata kad kredit tersebut.
Najib, 66, menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/07/2-kad-kredit-milik-najib-diguna-belanja-rm3-3j-dalam-sehari-saksi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Ke 37 Najib Tak Lapor Perbelanjaan Rm3 2 Juta Guna Kad Kreditnya Saksi

Hari Ke 37 Najib Tak Lapor Perbelanjaan Rm3 2 Juta Guna Kad Kreditnya Saksi

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 383 hits
LANGSUNG Perbicaraan bekas perdana menteri Najib Razak berkenaan dakwaan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd masuk hari ke 37 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Malaysiakini membawakan laporan langsung perbicaraan Iklan Ringkasan kes ...
Najib Pertahan Belanja Rm3 3j Sehari Di Butik Barang Kemas Itali

Najib Pertahan Belanja Rm3 3j Sehari Di Butik Barang Kemas Itali

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 333 hits
Bekas perdana Datuk Seri Najib Razak tampil mempertahankan perbelanjaan RM3 36 juta sehari daripada dua kad kredit miliknya Najib berkata perbelanjaan di De Grisogono butik barang kemas mewah di Itali pada 2014 adalah bertujuan untuk membel...
Lebih Rm3 2 Juta Dibelanja Dalam Masa 6 Bulan Guna Kad Kredit Penasihat Bn

Lebih Rm3 2 Juta Dibelanja Dalam Masa 6 Bulan Guna Kad Kredit Penasihat Bn

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 394 hits
Dua kad kredit bekas perdana menteri Najib Razak digunakan untuk perbelanjaan lebih RM3 2 juta dalam masa enam bulan iaitu antara Ogos 2014 hingga Januari 2015 Naib Presiden AmBank Yeoh Eng Leong yang bertugas dalam bahagian penipuan perban...
Penjelasan Mengenai Kad Kredit Saya Najib

Penjelasan Mengenai Kad Kredit Saya Najib

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 786 hits
Mengenai tajuk berita Saksi 2 kad kredit milik Najib diguna belanja RM3 3j dalam sehari 1 Saksi ini sebenarnya telah membuktikan bahawa saya jarang menggunakan kad kredit ini Walaupun saya selalu dituduh beli ini dan beli itu fakta di Mahka...
Rm42 Juta Masuk Ke Akaun Najib Bukan Milik Yr1m Kata Saksi

Rm42 Juta Masuk Ke Akaun Najib Bukan Milik Yr1m Kata Saksi

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 389 hits
KUALA LUMPUR 16 Julai Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa wang RM42 juta yang dimasukkan ke dalam dua akaun bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak oleh Syarikat Ihsan Perdana Sdn Bhd pada 2014 dan 2015 bukan milik Yayas...
Rm3 3 Propagandanya Begini Kata Najib

Rm3 3 Propagandanya Begini Kata Najib

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 287 hits
Propaganda itu begini Menurut akhbar The Wall Street Journal Najib menghabiskan AS 15 juta bagi percutian membeli belah dan barangan kemas Perbelanjaan dilakukan di Amerika Syarikat Malaysia Itali dan di beberapa tempat lain Itulah propagan...
Najib Tandatangan Draf Pindahan Src Ke Mkd Sambil Berdiri Kata Saksi

Najib Tandatangan Draf Pindahan Src Ke Mkd Sambil Berdiri Kata Saksi

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 351 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangani draf memorandum berhubung permohonan pemindahan syarikat SRC International Sdn Bhd untuk diletakkan di bawah Menteri Kewangan Diperbad...
Orang Atas Itu Adalah Najib Saksi Kes Dana Src International Beritahu Mahkamah

Orang Atas Itu Adalah Najib Saksi Kes Dana Src International Beritahu Mahkamah

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 441 hits
Bekas pengarah bukan eksekutif SRC International Sdn Bhd Datuk Suboh Md Yassin menyambung memberi keterangan terhadap perbicaraan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini berdepan tujuh pertuduhan membabitkan dana SRC Inte...
Bolehkah Najib Jadi Saksi Kes Kunan Ini Pencerahan Dari Tuan Haniff

Bolehkah Najib Jadi Saksi Kes Kunan Ini Pencerahan Dari Tuan Haniff

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 253 hits
SUDUT PERUNDANGAN SIRI 35 BICARA NAJIB RAZAK TANPA GUNDAH GANJARA PERMOHONAN RASMI PEGUAM NEGARA BERKAITAN TINDANAN BICARA SRC DAN 1MDB DAPATKAN VIDEO PENUH PADA LINK DI BAWAH https youtu be Syy73PPNKgQ Layari Facebook kami untuk mendapat b...
Bella Astillah Sah Sertai Era Kini Penyampai Radio 3 Pagi Era

Cara Guna Setel Untuk Subsidi Ron95 Tak Payah Scan Mykad Lagi

Semua Warganegara Malaysia Dengan Lesen Memandu Sah Layak Untuk Subsidi Ron95 Anwar

Subsidi Petrol Ron95 Budi Madani

Pak Cik Shell Tunjuk Demo Isi Minyak Guna Mykad Tebus Subsidi Ron95

Makluman Penambahan Waktu Operasi Kaunter Lesen Memandu Dan Pelbagai Pada 27 September 2025 26 Oktober 2025

Itu Bukan Anak Saya Eira Syazira Nafi Anak Pembuli Tular Tempoh Hari

Mamat Sepah Umum Pencen Dunia Komedi Banyak Kemenangan Dah Perolehi Masa Untuk Bidang Perniagaan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Competing With Big Brands

8 Tahun Lepas

Iklan Digantung Jun Jihyun Diboikot Dek Isu Ini Dalam Tempest

Saya Minta Maaf Saya Cakap Tipu Mama Amp Abuya Space Dollah Bongkar Satu Rahsia

Bismillah Trip Penerbangan Dari Kuching Ke Kuala Lumpur Ke Pulau Langkawi

Pbt Kl Tak Berfungsi Mereka Monopoli Sampai Orang Tempatan Berniaga Dapat Rm5 Sahaja