Najib Tandatangan Draf Pindahan Src Ke Mkd Sambil Berdiri Kata Saksi


KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangani draf memorandum berhubung permohonan pemindahan syarikat SRC International Sdn Bhd untuk diletakkan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) sambil berdiri di tepi kereta.
Bekas Timbalan Ketua Perbendaharaan Dasar, Kementerian Kewangan Datuk Mat Noor Nawi berkata, beliau menemui Najib untuk menandatangani draf itu di kawasan bersebelahan Balai Menunggu, Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja (TUDM), Subang pada 3 Februari 2012.

Loading… “Kereta yang bawa Perdana Menteri ketika itu berhenti bersebelahan Balai Menunggu. Saya keluar dari Balai Menunggu ke kereta tersebut… di tepi kereta tersebut dan Perdana Menteri ketika itu meneliti kandungan memo ini sambil berdiri bersebelahan kereta.
Selepas meneliti keempat-empat muka surat, beliau tandatangan dan buat catatan atas muka pertama memo itu sambil letak draf memo di atas bonet depan kereta. Di situ beliau tandatangan memo tersebut,” kata saksi pendakwaan ke-44 itu semasa pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Datuk Suhaimi Ibrahim.
Saksi itu berkata demikian pada perbicaraan kes Najib yang menghadapi tujuh tuduhan berhubung penyelewengan wang SRC berjumlah RM42 juta.
Mat Noor, 64, dalam keterangannya berkata beliau sebelum itu diberitahu pegawai 1MDB, dikenali dengan nama Zahid Taib bahawa Najib ingin melihat draf dokumen pengambilalihan SRC itu sehari sebelumnya.

Suhaimi: Pada masa itu Zahid dengan Datuk?
Mat Noor: Zahid pada masa itu berdiri bersebelahan dengan saya, tidak side by side tapi dekat dengan saya.
Suhaimi: Datuk banyak kali sebut nama Zahid, siapa Zahid ini.
Mat Noor: Zahid bin Taib iaitu kakitangan 1MDB, jawatannya government liason officer. Beliau merupakan penghubung antara 1MDB dalam banyak hal. Beliau banyak juga berurusan dengan saya ketika saya berkhidmat di EPU dulu.
Terdahulu, Mat Noor dalam keterangannya berkata Najib membaca draf memorandum yang diserahkan kepadanya pada setiap perenggan.
“Beliau telah membaca draf ini setiap perenggan, setiap muka surat, to my surprise, sebelum beliau sign di atas muka surat pertama beliau (Najib) sudah membuat catatan bersetuju dengan cadangan pemindahan itu. Satu lagi, draf surat ini tidak ada kepala surat saya sebagai TKSP dan yang kedua, ia tidak ada cop Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan.
“Oleh itu, saya balik ke pejabat dan berjumpa dengan Setiausaha Sulit Kanan Kementerian Kewangan Datuk Sheikh Mohd Fuzi untuk mendapatkan cop Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
“Sebelum itu, saya sudah serahkan kepadanya salinan asal draf memorandum yang tiada kepala surat dan tarikh serta surat sama yang ada kepala surat TKSP,” kata saksi itu lagi.
Kepada soalan lain, saksi itu berkata pada pengetahuannya pemindahan SRC daripada 1MDB untuk diletakkan di bawah MKD dibuat tanpa melaksanakan “due diligence” (kajian kemungkinan).

Suhaimi: Mengikut syor di para 8, menyatakan bahawa due diligence dilakukan selewatnya akhir 2012, untuk pastikan nilai sebenar pelaburan kerajaan dalam SRC. Sehingga Datuk ditukarkan, ada atau tidak due diligence ini dilaksanakan?
Mat Noor: Sepanjang yang saya tahu ia tidak dilaksanakan. Hingga saya berpindah pada November 2012.
Suhaimi: Ia tidak dilaksanakan. Tahu kenapa?
Mat Noor: Saya pun tak tahu sebabnya
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/07/najib-tandatangan-draf-pindahan-src-ke-mkd-sambil-berdiri-kata-saksi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Atas Itu Adalah Najib Saksi Kes Dana Src International Beritahu Mahkamah

Orang Atas Itu Adalah Najib Saksi Kes Dana Src International Beritahu Mahkamah

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 335 hits
Bekas pengarah bukan eksekutif SRC International Sdn Bhd Datuk Suboh Md Yassin menyambung memberi keterangan terhadap perbicaraan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini berdepan tujuh pertuduhan membabitkan dana SRC Inte...
Pelantikan Najib Langkah Ke Belakang Kata Nazri Aziz

Pelantikan Najib Langkah Ke Belakang Kata Nazri Aziz

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 368 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini menyifatkan pelantikan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional sebagai langkah ke belakang Ki...
At Najib Trial Ex Director Drops Jaw In Shock When Shown Bank Account Opened Secretly In Src Name

At Najib Trial Ex Director Drops Jaw In Shock When Shown Bank Account Opened Secretly In Src Name

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 312 hits
Datuk Suboh Md Yassin became the second former director of SRC International Sdn Bhd to drop his jaw in shock when shown details of a bank account registered in the company name at the trial of Pekan MP Datuk Seri Najib Razak today Under qu...
Pelantikan Najib Tiba Tiba Saya Tak Gembira Kata Kj

Pelantikan Najib Tiba Tiba Saya Tak Gembira Kata Kj

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 314 hits
Dua hari lalu Khairy Jamaluddin menolak pelawaan menyertai Bersatu dengan mengatakan bahawa dia gembira dengan kedudukannya ketika ini
Nazri Kata Lantik Najib Sebagai Ketua Penasihat Bn Langkah Ke Belakang

Nazri Kata Lantik Najib Sebagai Ketua Penasihat Bn Langkah Ke Belakang

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 319 hits
Keputusan BN untuk melantik bekas perdana menteri Najib Razak sebagai pengerusi lembaga penasihat gabungan itu sebagai langkah ke belakang kata bekas setiausaha agung BN Mohamed Nazri Abdul Aziz Nazri yang sebelum ini dikenali sebagai pemim...
Sarawak Tidak Sebodoh Itu Untuk Terima Najib Kembali Sebagai Pm Kata Pembantu Km

Sarawak Tidak Sebodoh Itu Untuk Terima Najib Kembali Sebagai Pm Kata Pembantu Km

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 365 hits
PENGGUNA Internet patut mendengar ucapan Datuk Seri Nancy Syukri secara keseluruhan dan bukan sekadar bahagian ucapannya yang mengatakan Rakyat Sarawak mahu Datuk Seri Najib Razak kembali sebagai Perdana Menteri kata seorang pembantu kepada...
Najib Src Trial Macc Failed To Produce All Digital Transcripts To Court

Najib Src Trial Macc Failed To Produce All Digital Transcripts To Court

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 324 hits
KUALA LUMPUR The Malaysian Anti Corruption Commission is not transparent and honest after all in the trial of Datuk Seri Najib Razak pertaining to SRC International Sdn Bhd funds A Bank Negara Malaysia officer has admitted at the Kuala Lump...
Jemaah Haji Pelajar Akan Terbabit Jika Kojadi Perlu Pulang Rm15 Juta Diberi Yayasan 1mdb Kata Najib

Jemaah Haji Pelajar Akan Terbabit Jika Kojadi Perlu Pulang Rm15 Juta Diberi Yayasan 1mdb Kata Najib

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 333 hits
June 29 2019 11 05 PMBekas perdana menteri Najib Razak pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Shah Alam hari ini PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak tidak menolak kemungkinan pelbagai pihak akan terlibat sekiranya koperasi mili...
Najib Minta Jadi Pengerusi Bn Untuk Jadi Pm Semula Kata Pemimpin Umno

Najib Minta Jadi Pengerusi Bn Untuk Jadi Pm Semula Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 291 hits
KALANGAN pemimpin Umno mendedahkan Najib Razak sebenarnya meminta untuk dilantik menjadi pengerusi Barisan Nasional kerana masih mahu menjadi perdana menteri Ketua Umno Padang Rengas Nazri Aziz berkata Najib bagaimanapun hanya diberikan jaw...
Thaipusam Hormati Perbezaan Budaya Tunjang Kekuatan Rakyat Malaysia Pm

I Eulogised Augustine Paul But Almost Lost My Christmas Lunch

Siti Kasim Exposes 3 Political Stooges Who Make Non Muslims Look At Islam In Bad Light

Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Apa Ada Kat Air Papan Johor

Trump Release All Gaza Hostages By Saturday Or Hell Will Break Out

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Responsible Gaming At Its Best Dive Into The World Of Gacor Slots


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Aku Bukan Untukmu Anggi Marito

Upiak Donat Pisang Chord

Naim Daniel Syaitan Pun Pening Chord

Windmill Pink Market Melaka Lokasi Dan Waktu Operasi

Workhorse Smoked Garage Customizes Their Moto Guzzi V7 Daily Runner

Lucu Dan Menghibur Akting Jisoo Blackpink Di Drama Newtopia Ini Viral