Rm2 08 Bilion Masuk Akaun Najib Dalam Dua Bulan Kata Saksi


 

Seorang pegawai bank hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa, wang berjumlah RM2.08 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi AmIslamic Bank Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi sembilan transaksi pada 2013.
Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan R. Uma Devi, 43, berkata berdasarkan penyata akaun berakhir 694, kesemua transaksi itu berlaku pada Mac dan April 2013, menurut laporan Bernama.
Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya, semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam, pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dihadapi Najib membabitkan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Saksi pendakwaan ke-37 itu berkata sejumlah RM465 juta di masukkan ke dalam akaun tertuduh (Najib) pada 22 Mac 2013 menerusi tiga transaksi.
“Pada 26 Mac 2013, sejumlah RM188,001,963.02 dimasukkan ke dalam dalam akaun Najib. Selain itu, pada 28 Mac tahun sama, sejumlah RM369,974,962.98 dimasukkan menerusi dua transaksi,” kata Uma Devi.
Beliau berkata sejumlah RM1,058,500,000 dimasukkan dalam akaun Najib pada 8, 9 dan 10 Apil 2013 menerusi tiga transaksi.
Saksi berkata, kesemua sembilan transaksi itu adalah berjumlah RM2,081,476,926.
Dalam penyataan pembukaan pada 2019, Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata antara 21 Mac 2013 dan 10 April 2013, Tanore (syarikat dipercayai milik ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low) memindahkan US$681 juta ke akaun tertuduh.
Sri Ram berkata mengikut mata wang Malaysia, ia berjumlah RM2,081,471,926 dan jumlah wang itu menjadi perkara utama dalam pertuduhan ketiga dihadapi Najib.
Dalam prosiding hari ini, mahkamah juga diberitahu bahawa RM2,034,350,000 dikeluarkan dari akaun Najib antara 2 Ogos 2013 dan 23 Ogos 2013, menerusi lima transaksi.
Sebelum ini, Sri Ram juga memberitahu mahkamah bahawa tertuduh memindahkan sejumlah RM2,034,350,000 ke Tanore Singapore dan baki RM22,649,000 digunakan untuk membayar empat entiti dan seorang individu.
Dalam penyataan pembukaannya, beliau berkata pihak pendakwaan akan membuktikan kesemua pembayaran itu memberi manfaat kepada tertuduh.
Sementara itu, ditanya Najwa sama ada kad ATM diberikan kepada pemegang akaun berakhir nombor 694, saksi berkata “no ATM card was granted as per record,”.
Uma Devi juga berkata beberapa syarikat, individu, parti dan entiti menerima cek daripada Najib sepanjang 2012.
Antaranya, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah yang menerima RM100,000, Barisan Nasional Negeri Selangor (RM400,000), Badan Perhubungan UMNO Pahang (RM760,000) dan Salt Media Consultancy Sdn Bhd berjumlah RM49,000.
Najib, 69, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/rm208-bilion-masuk-akaun-najib-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm2 23 Bilion Dimasuk Ke Akaun Najib Oleh Syarikat Berkait Jho Low Putera Faisal Kata Saksi

Rm2 23 Bilion Dimasuk Ke Akaun Najib Oleh Syarikat Berkait Jho Low Putera Faisal Kata Saksi

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 166 hits
malaysiatoday com September 28 2022 7 43 PMNajib Razak berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2 3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama ...
Tiada Amaran Ketika Dana Rm2 03 Bilion Dipindah Dari Akaun Najib

Tiada Amaran Ketika Dana Rm2 03 Bilion Dipindah Dari Akaun Najib

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 101 hits
malaysiakini comTiada red flag dikeluarkan berhubung pemindahan keluar AS 620 juta daripada akaun Najib Abdul Razak pada 2013 kata pengurus AmBank Jalan Raja Chulan R Uma Devi Kata saksi ke 37 pihak pendakwaan ia menjadi sebab kenapa transa...
Peguam Najib Kata Rm60 6j Hadiah Saudi Tapi Saksi Tak Dapat Sahkan

Peguam Najib Kata Rm60 6j Hadiah Saudi Tapi Saksi Tak Dapat Sahkan

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 131 hits
Pemindahan kira kira RM60 6 juta ke dalam akaun peribadi Bank AmIslamic Datuk Seri Najib Razak pada 2011 sebenarnya adalah sebahagian daripada hadiah yang dijanjikan sebanyak AS 100 juta yang dibuat oleh keluarga diraja Arab Saudi dakwa peg...
Akaun Najib Sensitif Kerana Beliau Individu Terdedah Secara Politik Saksi

Akaun Najib Sensitif Kerana Beliau Individu Terdedah Secara Politik Saksi

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 155 hits
KUALA LUMPUR Seorang pegawai AmBank memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau perlu berhati hati dalam menguruskan akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun razak kerana ia satu akaun sensitif yang dimiliki individu terdedah secara polit...
Shafee Kata Najib Tidak Lagi Ceria Seperti Sebelum Ini

Shafee Kata Najib Tidak Lagi Ceria Seperti Sebelum Ini

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 125 hits
gemilangdaily com FATIMAH ZAHRAShafee kata Najib tidak lagi ceria seperti sebelum ini Datuk Seri Najib Tun Razak tidak seceria seperti sebelum ini kata peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah selepas prosiding kes 1Malaysia Development Berh...
Cukai Tertunggak Rm1 7 Bilion Najib Anak Berjaya Gantung Penghakiman Terus

Cukai Tertunggak Rm1 7 Bilion Najib Anak Berjaya Gantung Penghakiman Terus

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 90 hits
malaysiakini comNajib Razak dan anaknya Mohd Nazifuddin berjaya mendapatkan perintah mahkamah tertinggi negara untuk menggantung pelaksanaan penghakiman terus dalam kes cukai tertunggak lebih RM1 7 bilion dihadapi mereka sementara menunggu ...
Sokongan Melayu Kepada Umno Jatuh Teruk Sejak Najib Masuk Penjara Rafizi

Sokongan Melayu Kepada Umno Jatuh Teruk Sejak Najib Masuk Penjara Rafizi

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 172 hits
agendaily com02 10 2022Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli UMNO bakal berdepan satu lagi penolakan rakyat sekiranya mereka masih mahu mendesak untuk mengadakan pilihan raya umum ke 15 dengan segera tahun ini juga kata Rafizi Ramli Timbalan P...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Lelaki Lihat Lembaga Besar Semasa Solat Berjemaah

Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris