Rm2 23 Bilion Dimasuk Ke Akaun Najib Oleh Syarikat Berkait Jho Low Putera Faisal Kata Saksi


malaysiatoday.com
Bernama
-September 28, 2022 7:43 PM
Najib Razak berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai bank memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa RM2.23 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib Razak dari 2011 hingga 2013 oleh tiga pihak, termasuk dua syarikat dikaitkan dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Ketua Pasaran Modal Perbankan Persendirian AmBank, Yap Wai Keat, 57, berkata kedua-dua syarikat itu, Blackstone Asia Real Estate Partners dan Tanore Finance Corp, telah mendepositkan RM2.2 bilion ke dalam akaun bekas perdana menteri itu yang berakhir dengan nombor 694, melalui 11 transaksi pada 2012 dan 2013.

Beliau berkata selain syarikat itu, Najib turut menerima RM60.6 juta daripada Putera Faisal Bin Turki Bandar Al Saud melalui dua transaksi pada Februari dan Jun 2011.

Saksi pendakwaan ke-38 itu berkata demikian ketika membaca pernyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam pada perbicaraan rasuah dan pengubahan wang haram Najib membabitkan RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Yap yang terlibat dalam sebut harga kadar pertukaran asing bagi kiriman wang masuk atau keluar pada ketika itu, berkata beliau telah diarahkan oleh pengurus perhubungan AmBank yang mengendali akaun Najib, Joanna Yu Ging Ping untuk membantu dalam perkara berkaitan pertukaran asing di bawah Bahagian Pasaran untuk akaun tersebut.

“Maklumat mengenai wang masuk ini telah disampaikan oleh Bahagian Kiriman Wang kepada saya dan pengurus perhubungan Najib iaitu Joanna Yu bagi membolehkannya memaklumkan kepada pelanggan bahawa terdapat wang masuk ke dalam akaun Najib.

“Joanna Yu mengarahkan saya supaya melaksanakan penukaran wang daripada dolar AS kepada ringgit selepas dia mendapat kelulusan daripada pelanggan (Najib). Selepas itu, jabatan saya melakukan apa yang perlu dengan memasukkan data yang berkaitan ke dalam sistem yang dipanggil MUREX di mana penukaran dilakukan mengikut kadar yang dipersetujui seperti dalam kontrak.

“Kemudian, pihak saya menghubungi Bahagian Kiriman Wang dan memaklumkan nombor kontrak dan kadar pertukaran. Berkenaan dengan transaksi ini, jabatan saya bertindak mengikut arahan oleh Joanna Yu kepada saya selepas dia menerima arahan daripada pelanggan,” jelasnya.

Najib, 69, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB funds dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/rm223-bilion-dimasuk-ke-akaun-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm2 08 Bilion Masuk Akaun Najib Dalam Dua Bulan Kata Saksi

Rm2 08 Bilion Masuk Akaun Najib Dalam Dua Bulan Kata Saksi

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 201 hits
Seorang pegawai bank hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa wang berjumlah RM2 08 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi AmIslamic Bank Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi sembilan transaksi pada 2013 Pengurus Cawangan ...
Tiada Amaran Ketika Dana Rm2 03 Bilion Dipindah Dari Akaun Najib

Tiada Amaran Ketika Dana Rm2 03 Bilion Dipindah Dari Akaun Najib

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 148 hits
malaysiakini comTiada red flag dikeluarkan berhubung pemindahan keluar AS 620 juta daripada akaun Najib Abdul Razak pada 2013 kata pengurus AmBank Jalan Raja Chulan R Uma Devi Kata saksi ke 37 pihak pendakwaan ia menjadi sebab kenapa transa...
Peguam Najib Kata Rm60 6j Hadiah Saudi Tapi Saksi Tak Dapat Sahkan

Peguam Najib Kata Rm60 6j Hadiah Saudi Tapi Saksi Tak Dapat Sahkan

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 179 hits
Pemindahan kira kira RM60 6 juta ke dalam akaun peribadi Bank AmIslamic Datuk Seri Najib Razak pada 2011 sebenarnya adalah sebahagian daripada hadiah yang dijanjikan sebanyak AS 100 juta yang dibuat oleh keluarga diraja Arab Saudi dakwa peg...
Akaun Najib Sensitif Kerana Beliau Individu Terdedah Secara Politik Saksi

Akaun Najib Sensitif Kerana Beliau Individu Terdedah Secara Politik Saksi

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 201 hits
KUALA LUMPUR Seorang pegawai AmBank memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau perlu berhati hati dalam menguruskan akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun razak kerana ia satu akaun sensitif yang dimiliki individu terdedah secara polit...
1mdb Kerajaan Setuju Penyelesaian Jho Low Dengan Amerika Syarikat

1mdb Kerajaan Setuju Penyelesaian Jho Low Dengan Amerika Syarikat

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 156 hits
MALAYSIA dipercayai bersetuju berhubung penyelesaian yang telah dibuat ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho ataupun Jho Low dengan kerajaan Amerika Syarikat berhubung skandal 1MDB Bagaimanapun tidak dapat dipastikan persetujuan itu dib...
Najib Mohon Hadir Ke Sidang Parlimen Tetapi Ditolak Oleh Jabatan Penjara

Najib Mohon Hadir Ke Sidang Parlimen Tetapi Ditolak Oleh Jabatan Penjara

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 164 hits
Ahli Parlimen Pekan Najib Razak yang dipenjara 12 tahun atas kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd dilaporkan ada membuat permohonan pada 19 September lalu untuk hadir pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula pada hari ini ...
Zeti Tahu Najib Akan Terima Us 100 Juta Daripada Arab Saudi Saksi

Zeti Tahu Najib Akan Terima Us 100 Juta Daripada Arab Saudi Saksi

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 204 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengetahui bahawa Datuk Seri Najib Abdul Razak akan menerima sumbangan AS 100 juta daripada Arab Saudi ke dalam akaun per...
Ringgit Akan Terjejas Jika As 600 Juta Keluar Dari Akaun Najib

Ringgit Akan Terjejas Jika As 600 Juta Keluar Dari Akaun Najib

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 189 hits
malaysiakini comSeorang jurubank memberi keterangan bahawa pasaran kewangan akan berubah dan nilai ringgit akan terjejas jika AS 600 juta telah dipindahkan daripada akaun perdana menteri Najib Razak Ketua Pasaran Modal Perbankan Persendiria...
Awani Ringkas Wang Rm1 Juta Masuk Akaun Shahrir Isteri Saksi

Awani Ringkas Wang Rm1 Juta Masuk Akaun Shahrir Isteri Saksi

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 183 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTE
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti