Rm1 5 Juta Sagu Hati Bantu 2 500 Peniaga Bazar Di Kelantan


Oleh ROSALWANI CHE SOH DR IZANI HUSINKOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan bersetuju menyalurkan wang sagu hati sebanyak RM1.5 juta kepada 2,500 peniaga yang terjejas ekoran penutupan bazar Ramadan dan Aidilfitri.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, kerajaan negeri juga akan memulangkan semula wang deposit yang dibayar peniaga melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam masa terdekat.
“Jumlah 2,500 orang peniaga ini merupakan peniaga yang berdaftar dengan semua PBT di seluruh negeri Kelantan. Pengumuman lanjut akan dimaklumkan kelak.
“Jadi, kesemua mereka akan diberikan wang sagu hati memandangkan kebanyakan punca pendapatan peniaga terbabit adalah melalui jualan di bazar Ramadan,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.
Mengikut pengiraan, daripada jumlah sagu hati RM1.5 juta itu, 2,500 peniaga terbabit akan menerima sebanyak RM600 setiap seorang.
Kerajaan Kelantan membuat keputusan membatalkan semua bazar Ramadan dan bazar Aildilfitri di seluruh negeri pada tahun ini berikutan peningkatan kes Covid-19 sejak beberapa hari lepas.
Kesan daripada pembatalan itu menyebabkan ribuan peniaga kecil di bazar Ramadan di 11 jajahan di negeri itu terpaksa menanggung kerugian selain kehilangan sumber pendapatan.
Mengulas lanjut, menurut Dr. Izani, beliau berharap bantuan sagu hati itu akan membantu peniaga dan meringankan beban mereka terutamanya yang telah mengeluarkan modal untuk membeli barangan perniagaan.
Sementara itu, menurutnya, susulan daripada pembatalan bazar Ramadan, kerajaan negeri tidak menyekat aktiviti jualan di kawasan kaki lima dan tepi jalan.
“Kita tegaskan bahawa hanya bazar Ramadan dan Aidilfitri di seluruh negeri ini yang tidak dibenarkan beroperasi. Kita masih benarkan jualan di kawasan lain termasuk premis kedai makan dan jualan colek selepas tarawih.
“Bagaimanapun, peniaga perlu patuh prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Jika ingkar, kita tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan sehingga tidak membenarkan terus aktiviti perniagaan,” katanya.- UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/rm15-juta-sagu-hati-bantu-2500-peniaga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rata Rata Peniaga Bazar Ramadan Di Kelantan Luah Kekecewaan

Rata Rata Peniaga Bazar Ramadan Di Kelantan Luah Kekecewaan

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 332 hits
Seramai 100 peniaga bazar Ramadan di Stadium Sultan Muhammad V di sini kecewa apabila kerajaan negeri membatalkan kebenaran operasi bazar Ramadan secara drastik di seluruh negeri itu Peniaga mendakwa mereka sudah membuat segala persiapan de...
Sediakan Pangkalan Web Percuma Bantu Peniaga Bazar Ramadan

Sediakan Pangkalan Web Percuma Bantu Peniaga Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 385 hits
MUHAMAD Amar Mirza menunjukkan sistem pangkalan web percuma Odajer com untuk membantu peniaga bazar Ramadan berniaga secara dalam talian FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR Kota Bharu Simpati dengan nasib peniaga berikutan bazar Ramadan dibatalkan d...
Peniaga Terkesan Dan Kesal Bazar Ramadan Di Kelantan Dibatal Mendadak

Peniaga Terkesan Dan Kesal Bazar Ramadan Di Kelantan Dibatal Mendadak

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 354 hits
Golongan peniaga yang sepatutnya memulakan perniagaan di bazar Ramadan di Kelantan mengakui terkesan dan kesal dengan pengumuman kerajaan negeri membatalkan operasi Bazar Ramadan Ini selepas kerajaan Kelantan semalam menjelaskan pembatalan ...
Drive Thru Bantu Kejar Target 21 6 Juta Lansia Sudah Divaksin

Drive Thru Bantu Kejar Target 21 6 Juta Lansia Sudah Divaksin

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 242 hits
Drive Thru Bantu Kejar Target 21 6 Juta Lansia Sudah Divaksin Vaksinasi untuk kalangan lanjut usia di Indonesia terbilang lambat dari target sasaran 21 6 juta lansia baru sekitar 1 6 juta lansia yang sudah mendapatkan suntikan pertama vaksi...
Pembatalan Bazar Ramadan Demi Keselamatan Rakyat Kelantan

Pembatalan Bazar Ramadan Demi Keselamatan Rakyat Kelantan

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 314 hits
Oleh PENINGKATAN mendadak kes positif Covid 19 dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi membuatkan Kerajaan Negeri Kelantan terpaksa mengambil keputusan membatalkan kesemua bazar Ramadan di negeri berkenaan tahun ini Pada masa sama Pengerusi ...
Batal Bazar Ramadan Aidilfitri Kerajaan Kelantan Lemah Buat Keputusan Mengejut Kerja Nak Kencing Saja

Batal Bazar Ramadan Aidilfitri Kerajaan Kelantan Lemah Buat Keputusan Mengejut Kerja Nak Kencing Saja

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 386 hits
Keputusan Kerajaan Negeri Kelantan membatalkan bazar Ramadan dan Aidilfitri dua hari sebelum umat Islam mengerjakan ibadah puasa menimbulkan kemarahan dalam kalangan peniaga di negeri itu Biarpun Kerajaan Negeri telah mengumumkan sedikit pa...
Kelantan Hadkan Dua Pelanggan Di Satu Gerai Bazar Ramadan

Kelantan Hadkan Dua Pelanggan Di Satu Gerai Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 472 hits
Kerajaan Kelantan menghadkan dua orang pelanggan sahaja dibenarkan untuk membeli juadah berbuka di sesebuah gerai yang beroperasi di seluruh bazar Ramadan di negeri ini Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata ketika urus niaga itu ...
Kerajaan Pas Kelantan Batalkan Operasi Bazar Ramadan Dan Aidilfitri

Kerajaan Pas Kelantan Batalkan Operasi Bazar Ramadan Dan Aidilfitri

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 285 hits
Dua hari sebelum umat Islam di Malaysia dijangka menyambut Ramadan kerajaan Kelantan memutuskan untuk membatalkan kebenaran pengoperasian bazar Ramadan dan bazar Aildilfitri tahun ini sebagai langkah menanagani peningkatan kes Covid 19 di n...
Belanja Rm1 24 Juta Hasil Sentuhan Pakar Xiaomi Akhirnya Tampil Dengan Logo Berwajah Baharu

Belanja Rm1 24 Juta Hasil Sentuhan Pakar Xiaomi Akhirnya Tampil Dengan Logo Berwajah Baharu

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 254 hits
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini VOCKET Hampir setiap kali sesebuah syarikat mengumumkan logo baharu orang ramai pastinya mengharapkan rekaan yang tampak lebih moden serta berbeza dengan logo sebel...
Malaysia Ready To Join Un Force In Gaza Says Anwar

Anna Jobling Kena Seret 3 Kali Buat Stunt Sendiri Dalam Sukma

Donald Trump Mendarat Di Malaysia Lawatan Rasmi Menandakan Hubungan Diplomatik Yang Kuat

Kumpulan As Bersedia Untuk Menyambung Bantuan Gaza Apabila Gencatan Senjata Berkuat Kuasa

Saifuddin Joins Chorus Pushing For Muhyiddin Exit Wants Azmin Out Too

Penyakit Tiroid Berulang Bagaimana Pulak Kalau Mereka Yang Hypothyroid Sebab Pembedahan

Bila Mak Penat Emosi Apa Perlu Buat

Suasana Ruang Boarding Hotel Kucing Spa Kinrara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beego Ni Tak Faham Bahasa Jangan Sampai Saya Jadi Gila Linda Hashim

Uitm Lancar Nanosatelit Uitmsat 2 Ke Iss

Farhash Saman Rafizi Rm10 Juta Berhubung Video Di Media Sosial

Living In The Past Rtm Red Faced In Hattrick Of Blunders As Pmx Hitches A Ride In The Beast To Klcc

Blackmores Kekal Sebagai Jenama Kesihatan Dipercayai Setelah Meraih Anugerah Platinum Ke 11 Pada 2025

Brazil Sokong Hasrat Malaysia Jadi Anggota Penuh Brics Lula