Peniaga Terkesan Dan Kesal Bazar Ramadan Di Kelantan Dibatal Mendadak


Golongan peniaga yang sepatutnya memulakan perniagaan di bazar Ramadan di Kelantan mengakui terkesan dan kesal dengan pengumuman kerajaan negeri membatalkan operasi Bazar Ramadan.
Ini selepas kerajaan Kelantan semalam menjelaskan pembatalan bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri pada tahun ini dibuat berikutan peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.
Tinjauan dalam kalangan peniaga bazar Ramadan di Kelantan mendapati ribuan ringgit sudah dibelanjakan mereka sebagai modal berniaga, namun hangus begitu sahaja ekoran pembatalan berkenaan.
Seorang peniaga murtabak dan kuih muih, Aminuddin Zaki, 47, berkata dia berasa sedih dan kecewa dengan pengumuman kerajaan negeri selepas mengeluarkan modal berniaga kira-kira RM1,000.

“Mula-mula dapat tahu pasal pembatalan operasi ni, perasaan saya bercampur-baur. Rasa sedih dan kecewa sebab dah keluarkan modal untuk niaga.
“Sebab saya hanya pandai kerja berniaga murtabak sahaja. Pendapatan lain tak ada. Modal niaga saya dah habis dalam RM1,000.
“Yang bernasib baik, orang yang ada kedai dapat berniaga, tapi kami, nak berniaga dekat mana?” katanya yang memperoleh pendapatan bersih sekitar RM200 sehari sekiranya berniaga di bazar Ramadan.
Tambah Aminuddin lagi, ada di kalangan rakannya sanggup menggadaikan barangan kemas untuk menyediakan modal tambahan bagi berniaga di Bazar Ramadan.
Sementara itu, seorang peniaga kuih onde-onde, Nisah Hassan, 57, pula amat terkejut dengan pengumuman kerajaan negeri semalam kerana dilakukan secara tiba-tiba.
Bagaimanapun, Nisah berkata dia sudah menjangkakan perkara sebegini akan berlaku.
“Memang saya was-was boleh berniaga pada mulanya. Persiapan dilakukan separuh daripada biasa. Tetapi, saya tidak menjangkakan yang keputusan pembatalan ini dilakukan secara drastik sebegini.
“Saya rasa sedih sebab pengumuman mendadak ni menyusahkan orang ramai. Segala modal barang, tapak berniaga, suntikan tifoid dan kad kesihatan sudah dibuat. Semua tu menelan kos hampir RM 2,000,” jelasnya.
Menurut Nisah, dia merupakan golongan susah dan rumah yang diduduki juga menerima bantuan subsidi daripada kerajaan.
“Kalau boleh, saya naklah duit saya balik dan bantuan daripada kerajaan kerana ekonomi kami jatuh merudum disebabkan modal niaga hangus,” katanya ketika ditemui.
Menurut seorang peniaga masakan panas, Kamariah Zakaria, 59, modal bagi persiapan berniaga di bazar Ramadan berbeza dengan berniaga seharian.

“Modal dan stok barangan bazar Ramadan harus disediakan terus selama satu minggu sebab kita keletihan untuk sediakan stok barang niaga sehari-hari.
“Jadi, modal tu dah banyak keluar, saya habis dalam RM7000. Saya cuba untuk cari alternatif lain untuk terus berniaga dalam bulan Ramadan ini.
“Harapan saya, agar kerajaan sediakan bantuan khas untuk peniaga yang terjejas kerana diberhentikan berniaga secara drastik macam ni,” katanya.
Semalam kerajaan Kelantan memutuskan untuk membatalkan kebenaran operasi bazar Ramadan dan bazar Aildilfitri tahun ini sebagai langkah menangani peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Kelantan, Dr Izani Husin berkata, keputusan itu dibuat untuk membendung penularan Covid-19 di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.
sumber : Malaysiakini
The post Peniaga terkesan dan kesal bazar Ramadan di Kelantan dibatal mendadak appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/peniaga-terkesan-dan-kesal-bazar-ramadan-di-kelantan-dibatal-mendadak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rata Rata Peniaga Bazar Ramadan Di Kelantan Luah Kekecewaan

Rata Rata Peniaga Bazar Ramadan Di Kelantan Luah Kekecewaan

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 249 hits
Seramai 100 peniaga bazar Ramadan di Stadium Sultan Muhammad V di sini kecewa apabila kerajaan negeri membatalkan kebenaran operasi bazar Ramadan secara drastik di seluruh negeri itu Peniaga mendakwa mereka sudah membuat segala persiapan de...
Batal Bazar Ramadan Tergesa Gesa Peniaga Wajar Dibayar Ganti Rugi

Batal Bazar Ramadan Tergesa Gesa Peniaga Wajar Dibayar Ganti Rugi

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 215 hits
Oleh NASUHA RAHMAN April 13 2021Kerajaan Kelantan seharusnya membayar balik wang deposit kepada para peniaga ekoran bertindak membatalkan Bazar Ramadan di saat akhir Timbalan Pengerusi AMANAH Kelantan Che Ibrahim Mohamed berkata pembayaran ...
Peniaga Roti Canai Sesak Nafas Di Bazar Ramadan

Peniaga Roti Canai Sesak Nafas Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 421 hits
Oleh NOOR HAYATI MAMAT ROSLI Ismail berbaring atas rumput kira kira 30 minit kerana sesak nafas ketika memasak roti canai dan murtabak di bazar Ramada Kuala Berang di Hulu Terengganu hari ini HULU TERENGGANU Suasana di bazar Ramadan di Kual...
Sediakan Pangkalan Web Percuma Bantu Peniaga Bazar Ramadan

Sediakan Pangkalan Web Percuma Bantu Peniaga Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 341 hits
MUHAMAD Amar Mirza menunjukkan sistem pangkalan web percuma Odajer com untuk membantu peniaga bazar Ramadan berniaga secara dalam talian FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR Kota Bharu Simpati dengan nasib peniaga berikutan bazar Ramadan dibatalkan d...
Tahun Lalu Tiada Rezeki Kini Peniaga Bazar Bersemangat Sambut Ramadan

Tahun Lalu Tiada Rezeki Kini Peniaga Bazar Bersemangat Sambut Ramadan

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 337 hits
Peniaga baru dan lama menantikan bulan yang dijangka beri mereka peluang tambah pendapatan Veteran bazar Ramadan Salwani Abdul Shukor akan menjual makanan ringan di bazar Ramadan tahun ini Tahun lalu peniaga bazar Ramadan tiada rezeki berni...
Awani Ringkas Lagi Lokaliti Di Kelantan Dikenakan Pkpd Sop Bazar Ramadan Batu Buruk Dipantau

Awani Ringkas Lagi Lokaliti Di Kelantan Dikenakan Pkpd Sop Bazar Ramadan Batu Buruk Dipantau

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 293 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S...
Kelantan Hadkan Dua Pelanggan Di Satu Gerai Bazar Ramadan

Kelantan Hadkan Dua Pelanggan Di Satu Gerai Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 430 hits
Kerajaan Kelantan menghadkan dua orang pelanggan sahaja dibenarkan untuk membeli juadah berbuka di sesebuah gerai yang beroperasi di seluruh bazar Ramadan di negeri ini Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata ketika urus niaga itu ...
Bazar Ramadan Di Kelantan Dibatalkan

Bazar Ramadan Di Kelantan Dibatalkan

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 285 hits
Bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri dibatalkan susulan kes Covid 19 di negeri itu mencatatkan peningkatan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan dan Kesihatan Negeri Dr Izani Husin memaklumkan perkara berkenaan menerusi ...
Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bayi Berpeluh Sewaktu Tidur Normal Bahaya Atau Tanda Awal Penyakit

Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Perlukah Tukar Domain Blog Tips Penting Untuk Blogger

Kafe 28 Studio Kl Taman Setapak Indah

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Navigating The Mortgage Zone Understanding The Factors That Impact Mortgage Eligibility